You are on page 1of 9

ETIKA KERJA

- FAZRENA
- JUMA
- WAWA
DEFINISI
• Etika Kerja merujuk kepada tindakan seseorang dalam situasi tertentu. Hal
ini termasuklah persoalan tentang apa yang betul dan boleh diterima,
dan paling penting adalah menentang nilai-nilai yang salah, penipuan dan
ketidakjujuran.

• Etika kerja adalah satu kumpulan nilai-nilai berdasarkan kemuliaan akhlak


termasuklah kerajinan bekerja dan ketekunan. Adalah dipercayai bahawa
kerja boleh memberi kebaikan kepada moral seseorang, dan boleh
meningkatkan keperibadian diri. Etika kerja termasuklah boleh dipercayai,
mempunyai inisiatif dan berkemahiran dalam pergaulan
10 CIRI ETIKA KERJA
1.Kehadiran
•Hadir ke tempat kerja / balik pada masa yang ditetapkan, memaklumkan dahulu kepada
majikan sekiranya tidak dapat hadir, dan melaksanakan tugasan tepat pada masanya.
2. Keperibadian
•Menunjukkan kesetiaan, kejujuran, amanah, kebolehpercayaan, boleh diharap, berinisiatif,
disiplin diri dan bertanggungjawab.
3. Kerja Berpasukan
•Merupakan seorang yang boleh bekerja dalam pasukan, bekerjasama, tegas, menunjukkan
sikap membantu pelanggan, sentiasa mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran dan
bersikap berbudi bahasa.
4. Penampilan Diri
•Berpakaian sesuai, kemas, mengamalkan kebersihan dan beretika.
5. Sikap
•Mempamerkan sikap positif, tampil berkeyakinan dan mempunyai jangkaan yang realistik
terhadap dirinya.
6. Produktiviti
• Mematuhi amalan keselamatan, menjaga bahan dan sumber, mengekalkan persekitaran
kerja yang kemas dan bersih, mematuhi arahan dan prosedur.
7. Kemahiran Organisasi
• Mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa, memilih
keutamaan, pengurusan stres, menangani perubahan serta fleksibel.
8. Komunikasi
• Mempamerkan kemahiran lisan dan bukan lisan yang bersesuaian.
9. Kerjasama
• Mempamerkan ciri-ciri kepimpinan, berkebolehan menangani kritikan dan aduan
dengan sewajarnya, menunjukkan kebolehan menyelesai masalah, mengekalkan
hubungan baik dengan penyelia dan rakan sebaya, serta mematuhi arahan.
10. Hormat
• Menghormati hak orang lain, menangani sebaiknya kepelbagaian budaya dan kaum dan
tidak sesekali melibatkan diri dalam sebarang bentuk kacau ganggu (harassment).
NILAI-NILAI TERAS ETIKA KERJA
A. Kejujuran
- Bersikap amanah dan tidak berpura-pura atau menipu dan berpegang teguh kepada kebenaran
B. Hormat
- Mempunyai keperihatinan yang ikhlas terhadap orang lain dan menunjukkan timbangrasa
C. Ihsan
- Memahami perasaan orang lain dan mengenalpasti kesan sesuatu tindakan terhadap orang lain.
D. Keadilan
- Mengamalkan keadilan dan ketelusan dalam tindakan-tindakan yang diambil, serta memberi layanan
sama adil kepada semua orang
E. Tanggungjawab
- Bertanggungjawab terhadap tindakan peribadi dan bertanggungjawab terhadap perilaku seseorang,
tugasan yang diberi, tugas-tugas dan fungsi-fungsi. Bertanggungjawab juga bermaksud mengambil
tindakan terhadap salahlaku dan tidak bertolak ansur terhadap mereka yang tidak jujur dan terbabit
dalam penyelewengan atau menunjukkan tingkahlaku yang tidak wajar.
KEBAIKAN ETIKA KERJA
I. Membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang positif,
menjadikan mereka lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan.
II. Membantu majikan memperolehi pekerja yang mempunyai tabiat kerja yang baik.

PERATURAN ETIKA KERJA


I. AKTA ( 514 ) 1994 – Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja : Satu akta untuk menjamin
keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja, serta melindungi daripada
risiko keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan aktiviti di tempat kerja. (OSHA 1994
(Act 514), page 5 – ILBS).
II. AKTA ( 139 ) 1967 – Akta Kilang dan Jentera 1967 : Satu akta pengawalan kilang berkaitan hal-
hal keselamatan, kesihatan dan kebajikan, serta pemeriksaan jentera.
KOD ETIKA PEKERJAAN
Umumnya kod etika profesional menekankan perkara-perkara seperti :

• Norma-norma profesional yang perlu dipatuhi.


• Akauntabiliti dan tanggungjawab profesional.
• Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan.
• Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.
• Norma-norma profesional yang diterjemahkan dalam tingkahlaku
yang khusus.
Inspirasi dan
tunjuk ajar

Mempertahan
kan status Sokongan

Kod etika
dijadikan
sebagai :
Sumbangan
Pendekatan
kepada imej
baru
profesion

Pendidikan
dan
kefahaman
SOALAN

1. Apa itu etika kerja ?


2. Berikan 3 ciri etika kerja dan huraikan.
3. Berikan 5 nilai-nilai teras etika kerja.
4. Berikan satu contoh kebaikan etika kerja.
5. Berikan 5 kod etika yang dijadikan sebagai ?

You might also like