You are on page 1of 11

BAHAGIAN TEKNIK DAN VOKASIONA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSI


ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUA
62604 PUTRAJAY

KERTAS PENERANGAN 1
SEMESTER SEMESTER 1 DVM SESI 2021

JABATAN JABATAN HOSPITALITI

PROGRAM SENI KULINARI / DVM

KOD/KURSUS DHA 1123 INTRODUCTION TO HOPITALITY INDUSTRY

TOPIK 1.0 OVERVIEW OF THE H0SPITALITY INDUSTRY

1.1 Definition of hospitality industry


1.2 The scope of the hospitality industry
KANDUNGAN
1.3 The mission and product of hospitality
1.4 Pursuing opportunities in hospitality

Trainee must be able to:

1. Explain the major challenges in the hospitality and tourism industry (C2,PLO1)
HASIL 2. State the development of the various components of the hospitality industry globally
PEMBELAJARAN and specifically in Malaysia (P2,PLO7)
3. Discuss the factors,developments and trends that have affected the hospitality and
tourism industry (A2,PLO3)

DHA 1123/K 01/KP 01-06


NO KOD MUKA : 01 DARIPADA 07
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 2 drp : 11

1.0 PENGENALAN

Industri hospitaliti merangkumi pelbagai bidang perkhidmatan dan produk. Industri ini
dapat dibezakan melalui fungsi-fungsi hospitaliti yang meliputi aspek makro dan mikro di
dalam perniagaan yang diceburi. Perbezaan industri hospitaliti dilihat dari sudut yang
merangkumi pelbagai perkidmatan dan produk.

1.1 DEFINISI INDUSTRI HOPSPITALITI

Industri hospitaliti secara ringkasnya ditakrifkan sebagai satu industri yang


mempraktikkan perkhidmatan dan mempamerkan sikap yang baik dan peramah
kepada tetamu bagi memenuhi kehendak dan citarasa tetamu. Industri hospitaliti dan
pelancongan merupakan salah satu segmen ekonomi Malaysia yang kian pesat
berkembang. Perluasan dan pertumbuhan produk pelancongan yang meningkat telah
mencipta peluang kerjaya yang luas, bertujuan memenuhi keperluan pelanggan di
tahap yang unggul dan berkualiti tinggi. Mereka yang bekerja dan terlibat dalam
industri ini haruslah sentiasa kompeten, tidak hanya dalam kemahiran teknikal malah
dalam kemahiran interpersonal.

1.1.1 DEFINISI HOSPITALITI

Hospitaliti adalah berasal dari perkataan latin iaitu ‘hospitaire’ yang bermaksud
menerima tetamu yang tidak dijemput atau tidak diundang. Secara ringkasnya istilah
hospitaliti boleh dimaksudkan sebagai satu perkhidmatan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan tetamu seperti penginapan, makanan, minuman, hiburan
mahupun rekreasi.Berikut adalah contoh-contoh perkhidmatan dan produk yang ada di
dalam industri ini:

i.Penginapan : Hotel, Budget Hotel, Asrama


ii. Makanan : Restoran makanan segera (KFC), Grill House, Coffee house.
iii. Minuman : Pub, Specialty Coffee shop( Starbuck’s, Coffee Bean)
iv. Hiburan : Karaoke, konsert, disko, live band show dan pub
v. Rekreasi : Sukan in door dan out door (bowling, dart, ping-pong, golf,
surfing, tennis, gym, sauna, spa dan sebagainya)
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 3 drp : 11

vi. Pengurusan Acara (MICE): Istiadat dan Protokol, Kebudayaan dan


Persembahan.

1.2 SKOP DALAM INDUSTRI HOPSPITALITI

i. Lodging Segment (Tempat Penginapan)


ii. Food and Beverages (Makanan dan Minuman)
iii. Entertainment and Recreation (Hiburan dan Rekreasi)
iv. Travel and Tourism (Pelancongan)

Lodging Segment Makanan dan Entertainment Travel and Tourism


Minuman (F&B) and Recreation
 Hotel  Restaurants  Attraction  Transportations
 Inns  Fastfood  Gaming  Travel Agencies
 Motels  Catering  Parks  Tour Operations
 Pensions  Commercial  Clubs
foodservice
 Resorts/  Institutional
Chalet foodservices
 Residential
Suite
 Rest Houses

1.2.1 KEPENTINGAN INDUSTRI HOSPITALITI DALAM EKONOMI, SOSIAL


DAN POLITIK NEGARA

Perkembangan industri hosptaliti berlaku dengan pesatnya pada awal tahun 80an
sehingga kini. Ini berlaku kerana kerajaan Malaysia ingin mengembangkan industri
sektor perkhidmatan selain dari industri yang sedia ada ketika itu. Sebelum ini
ekonomi Malaysia hanya tertumpu kepada kepada sektor pertanian. Pada awal tahun
90an, industri hospitaliti merupakan penyumbang ketiga terbesar kepada ekonomi
Malaysia. Perkembangan industri ini dengan tidak secara langsung telah memberi
peluang pekerjaan yang baru kepada rakyat negara ini. Akibat daripada keperluan
tenaga kerja baru ini, pendidikan secara formal perlu untuk melatih tenaga kerja yang
berminat untuk menceburi bidang ini. Sekolah atau institusi pengajian tinggi mula
berkembangan dengan banyaknya untuk menampung permintaan orang ramai
terutamanya pelajar lepasan sekolah yang ingin menceburi bidang ini. Hasilnya
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 4 drp : 11

peluang-peluang kerjaya telah bertambah, kadar pengangguran dapat dikurangkan dan


kadar kemiskinan dapat dihapuskan. Taraf hidup masyarakat juga dapat ditingkatkan
dan ini mengekalkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi negara. Pada
kesimpulannya, kepentingan ekonomi, sosial dan politik dalam industri hospitaliti
boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:-

1. Individu
2. Negara
3. Dunia

1. Individu
Terdapat banyak sekolah atau institusi pengajian tinggi memberi peluang
pembelajaran mengenai aspek-aspek yang berhubungkait dengan industri hospitaliti.
Usaha ini bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja yang mahir dan separa mahir
secara berterusan.

Banyak peluang-peluang pekerjaan yang wujud didalam industri ini, secara langsung
ataupun tidak langsung. Sebagai contoh; perkhidmatan makanan dan minuman,
penginapan, pengangkutan, pelancongan, rekreasi, percutian dan sebagainya. Taraf
hidup seseorang itu akan meningkat dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan.

2. Negara
Untuk meningkatkan pelaburan di dalam dan luar negara. Akibat dari kestabilan
ekonomi, pelabur tidak merasa takut ataupun sangsi untuk melabur di negara ini.
Contohnya pelabur antarabangsa, membuka cawangan hotel di Malaysia seperti
Hilton International, J.W Marriot, Sheraton Hotels and Resorts, Hyatt International
dan Park Royal. Ini membuktikan tahap kemajuan pembangunan industri hospitaliti di
Malaysia. Pekerja yang mahir dan terlatih dapat dihasilkan dan hotel bertaraf
antarabangsa berjaya didirikan.

Industri ini berjaya menurunkan kadar pengangguran dengan wujudnya peluang-


peluang kerjaya baru yang lebih mencabar. Kadar jenayah mungkin akan dapat
dikurangkan jika kadar pengangguran dapat dibendung. Senario ini akan
menyebabkan pelabur berminat untuk terus melabur ke satu-satu negara.
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 5 drp : 11

3. Dunia
Syarikat-syarikat antarabangsa didalam industri ini akan lebih berminat untuk
melabur di Malaysia kerana kestabilan politik dan ekonomi. Kewujudan mereka
menghasilkan pertukaran wang asing dan meningkat rizab/simpanan negara. Sebagai
contoh; Hotel Ritz Carlton, Star Cruise, Wet World, Country Resort, syarikat-syarikat
fast food dan sebagainya.

1.2.2 INDUSTRI HOSPITALITI


Industri Perhotelan (Hospitality Industry) adalah segala jenis bentuk usaha yang
berhubungan dengan penyediaan kemudahan dalam penginapan, makanan serta
minuman dan pelbagai jenis kemudahan lain yang saling berhubungan dan bentuk
pelayanannya ditujukan kepada masyarakat, samada yang menggunakan fasiliti
penginapan atau hanya menggunakan kemudahan atau produk dari hotel tersebut.

1.2.2.1 Jenis-jenis Hotel


Untuk membezakan jenis-jenis industri hotel, terdapat beberapa pengkelasan.
Antaranya adalah :

1. Hotel City / Kota


Sesuai dengan namanya, industry hotel ini bertempat di daerah pusat bandar. Antara
sebab hotel ini dipilih oleh sebilangan pelanggan adalah kerana pelanggan/tetamu
mempunyai urusan yang memerlukannya untuk tinggal di daerah pusat kota.

2. Hotel Residential
Bagi industry hotel ini, ia kebiasaanya berada di daerah pinggiran namun ia mudah
dijangkau/dituju. Kebiasaanya pemilik indutri hotel ini selalu memilih lokasi yang
tenang, ini kerana tetamu yang menginap di hotel ini sering tinggal dalam tempoh
waktu yang cukup lama samada sehari atau dua hari sahaja dan kebiasaanya tetamu
yang mengunjungi hotel ini bersama keluarga

3. Hotel Resort
Terletak di kawasan yang mempunyai tarikan semulajadi seperti pantai, kawasan air
terjun, pergunungan salji, berdekatan kawasan gurun dan sebagainya. Kebiasaan
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 6 drp : 11

pelanggan yang mengunjungi resort adalah terdiri daripada rombongan atau


perseorangan yang ingin beristirehat dan menghabiskan masa terluang di tempat yang
tenang sambil menikmati pemandangan alam di sekitar hotel tersebut.

4. Motel
Industri hotel ini mengambil lokasi di pinggir kota atau jalan yang menuju arah kota
yang lain. Pelanggan yang datang kebanyakkan adalah orang yang sedang melakukan
perjalanan jauh dan ingin beristirehat sebelum melanjutkan perjalanannya kembali.
Maka tidak hairanlah jika motel selalu menyediakan parking yang cukup luas agar
dapat menampung kereta atau bas pengunjung.

1.3 MISI DAN PRODUK DALAM PERHOTELAN


Amenities iaitu ciri kemudahan dalam penambahan peralatan, keselesaan atau
kelancaran dalam interaksi sosial.
Terdapat 5 komponen utama di dalam industri hospitaliti iaitu:
1. Penginapan
2. Perkhidmatan makanan dan minuman
3. Rekreasi
4. Pelancongan
5. Hiburan
6. Pengurusan Acara- M.I.C.E (Meeting, Incentives, Convention, Exhibition)

Semua komponen ini akan dibincangkan secara menyeluruh kecuali M.I.C.E yang
akan dibincangkan di dalam Unit 8, Industri Pelancongan.

1.3.1 Penginapan
Menyediakan perkhidmatan penginapan untuk tetamu berehat.
Ia diuruskan oleh jawatankuasa eksekutif dan pekerja-pekerjanya.
Bahagian dalam hotel terbahagi kepada operasi kaunter perkhidmatan dan
tempahan, pengemasan (housekeeping), concierge, perkhidmatan pelanggan, sales
and marketing, restoran dan rekreasi.

1.3.2 Perkhidmatan makanan dan minuman


Menyediakan perkhidmatan penyajian makanan dan minuman.
Operasi di dalam bahagian ini terbahagi kepada beberapa pecahan iaitu:-
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 7 drp : 11

- Dapur / Katering / Bankuet


- Restoran / perkhidmatan makanan di bilik / minibar.
- Lounge / bar
1.3.3 Rekreasi
Rekreasi adalah aktiviti yang dilakukan untuk merehatkan mental dan fizikal
pada waktu yang terluang.
Aktiviti-aktiviti boleh di kategorikan kepada aktiviti rekreasi persendirian dan
aktiviti rekreasi berkumpulan.
Jenis rekreasi berkait rapat dengan gaya hidup dan tahap ekonomi serta sikap
yang positif individu tersebut.
Aktiviti yang biasa dilakukan adalah berdasarkan norma dan kebudayaan
setempat. Sebagai contoh; muzium, teater, pusat komuniti, taman permainan,
taman pertanian, rekresi air, rekresi lasak, perpustakaan dan lain-lain lagi.
Taman negara telah dijadikan kawasan perlindungan daripada ganguan dan
pencemaran pembangunan. Ianya dibiarkan didalam keadaan semulajadi untuk
dinikmati oleh pengunjungnya. Ini bertujuan untuk menyelamatkan ekosistem dari
rosak dan pupusnya spesis tumbuhan serta haiwan yang berharga.

1.3.4 Industri pelancongan


Pelancongan yang dianggap menarik sekiranya ia dapat memberikan kepuasan
kepada kumpulan dan individu dengan produk pelancongan serta perkhidmatan
yang bermutu tinggi.
Perkembagan industri pelancongan telah bermula sebelum revolusi industri.
Ianya selari dengan perkembangan sistem pengangkutan darat, laut dan udara.
Untuk menghasilkan industri pelancongan yang berjaya, ianya harus
melibatkan interaksi antarabangsa dan undang-undang kerajaan yang konsisten.
Industri pelancongan merupakan industri yang besar merangkumi
pengangkutan awam, perkhidmatan makanan dan minuman, penginapan, hiburan
dan rekreasi.

1.3.5 Hiburan
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 8 drp : 11

Hiburan seperti perjudian telah bermula sejak dari dahulu lagi. Sejumlah wang
yang digunakan untuk bermain sesuatu permainan dengan harapan mendapat
pulangan yang besar dan berganda. Tempat perjudian dikenali sebagai kasino.
Terdapat persembahan seperti tarian yang ditarikan oleh artis-artis di kasino
tersebut.

1.3.6 Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE)


Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran adalah disediakan untuk
keperluan sosial, politik dan ekonomi.

Merupakan aktiviti yang dilakukan dengan mengumpulkan individu atau


kumpulan masyarakat untuk tujuan bertukar-tukar maklumat dan pendapat. Ianya
juga bertujuan untuk mencapai satu resolusi, jawapan, pakatan dan kepuasan hasil
daripada aktiviti tersebut.

1.4 MENGEJAR PELUANG KERJAYA DALAM HOSPITALITI

1.4.1 Peluang Kerjaya


Sehingga akhir 1950, pegawai pengurusan dalam industri perhotelan kebiasaannya
tidak berpendidikan tinggi. Mereka yang berminat dalam pengurusan hospitality akan
memulakan kerjaya mereka dengan mengambil pekerjaan peringkat rendah untuk
mempelajari perniagaan dan berjaya dalam melalui organisasi.

1.4.2 Prospek Kerjaya dalam Industri Hospitaliti

1. POSITIVE VIEW

a) Pelbagai Pilihan Kerjaya (Variety of Career Choices)

Accomodation Sector Food Service Sector Other Related Sector


 Front desk receptionist  Waiter / Waitress  Tour guide
 Room attendant  Host/Hostess  Tour escort
 Telephone operator  Cashier  Travel agent
 Reservation  Food Runner/ Busser  Theme park crew
 Concierge  Bartender  Event sales
 Bellman/Doorman  Apprentice  Other customer service
positions
 Business center associate  Commis
 Banquet Server

b) Opportunities to Meet People with Different Backgrounds (Peluang untuk


berjumpa dengan orang yang mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza.)
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 9 drp : 11

Seperti yang dinyatakan sebelum ini bahawa kejayaan perkhidmatan perhotelan


sangat bergantung kepada hubungan manusia antara kakitangan dan pelanggan.
Mempunyai peluang untuk bekerja dalam industri, terutama dalam beberapa
barisan hadapan bermakna terdapat banyak peluang untuk bertemu dan
berkomunikasi dengan orang yang mempunyai latar belakang dan budaya yang
berlainan. Sebagai contoh, penyambut tetamu hotel boleh melihat kedudukannya
sebagai dua pelancong yang boleh menjadi menyeronokkan dan mencabar.
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 10 drp : 11

c) Long-Term Career Development (Perkembangan kerjaya dalam jangka masa


panjang)

Operation Manager Traiming Manager


Top Management
Level
Operations Consultant / Training Consultant /
Senior Operations Senior Training

Store Manager

First Assistant Manager Middle


Management
Second Assistant Manager Level

Manager Trainee

Team Leader

Trainee Entry Level

Crew

Trainee

Figure 1.3 : Sample Career Path in a Fast Food Chain

2. NEGATIVE VIEW

a) Long and Non Regular Working Hours (Waktu kerja yang panjang dan tidak
tetap)
b) Work Under Pressure (Bekerja di bawah tekanan)
c) Low Starting Salary (Gaji permulaan yang rendah)
d) Perceptions of Low Job Status (Persepsi status pekerjaan rendah)

1.4.3 Qualification and Employer Assessment

i. Attitude and Character (Watak dan perlakuan)


ii. Communication Skills (Kemahiran berkomunikasi)
iii. Skills and Experience (Kemahiran dan pengalaman)
NO. KOD DHA 1123 /K 01/KP 01-06 Muka : 11 drp : 11

RUJUKAN

Walker J.R, Introduction to Hospitaliti Industry (2nd. Edition), New Jersey- Practice Hall,
1999

Khairul Azam Bin Annuar, Hairuddin bin Harun,Mohd Amin bin Zakaria, HT1003
Pengenalan Kepada Industri Hospitaliti, Jabatan Pengurusan Hotel dan Katering,
Politeknik Johor Bharu

You might also like