You are on page 1of 16

KOLEJ VOKASIONAL KUALA KANGSAR, 33700 PADANG RENGAS,

KUALA KANGSAR, PERAK DARUL RIDZUAN.

TAJUK KAJIAN KES:


KAJIAN KES FUNDAMENTAL SALES & MARKETING.

KOD DAN TAJUK KURSUS:


DHB 2113 FUNDAMENTAL SALES & MARKETING

KELAS DAN TAHUN:


DHB SEM 2 KOHORT 2022

NAMA :
AINA BINTI SAZALI

NO KAD PENGENALAN:
040610-10-0110

NAMA PENSYARAH :
PUAN NOR SYAKIRA BINTI HAIRI

TARIKH HANTAR:
14 APRIL 2023
PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi


kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi subjek MPU 2172
Penghayatan Etika Dan Peradaban ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan
jutaan terima kasih kepada Puan Norihan Binti Mohamad ,selaku pensyarah kerana telah
meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang
diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak
putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya Puan Norihan Binti Mohamad atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih


ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN KEPADA JUALAN DAN PEMASARAN

Marketing ialah aspek penting dalam perniagaan bagi memastikan barang dan
perkhidmatan yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan
dan kehendak mereka. Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di
mana individu atau kumpulan memenuhi kepeluan dan kehendak mereka melalui
penghasilan dan penukaran produk atau nilai di kalangan mereka.

Berdasarkan laman sesawang, definisi jualan adalah aktiviti menjual produk atau
servis bagi mendapatkan imbuhan dari segi nilai mata wang. Ia juga merupakan proses
interaksi dan proses pertukaran produk antara penjual dan pembeli bagi mencapai satu
persetujuan dimana ia akan terjadi pertukaran produk yang ditawarkan dengan nilai
matawang yang sebenar. Pemasaran pula adalah merupakan aktiviti yang bersangkut
paut dengan proses mengenal, memilih dan membuat produk, sebut harga, tempat
pengedar kepada pelanggan dan perancangan pelan Tindakan bagaimana untuk
mengimplimantasikan melalui kaedah promosi. Ksesemua aktiviti digelar sebagai
campuran pemasaran “marketing mix”.

Konsep jualan biasanya tertumpu pada produk atau perkhidmatan. Syarikat akan
menghasilkan produk terlebih dahulu kemudian mereka akan merancang idea untuk
mempromosikan atau menjual produk mereka. Perancangan ini dirancang dalam jangka
masa pendek dari segi produk dan pemasaran. Bagi konsep pemasaran pula, biasanya
tertumpu pada kehendak pelanggan. Syarikat akan mengenalpasti kehendak pelanggan
dahulu kemudian baru menghasilkan produk dan mengedar produk untuk memenuhi
kehendak pelanggan. Perancangan ini dalam jangka masa yang Panjang dari segi
produk bary, pemasaran dan perkembangan masa depan.
2. OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengetahui cara untuk memasarkan produk


 kita dapat mengetahui kelebihan memasarkan produk menggunkan
digital marketing

2. Mengetahui pelan dan startegi pemasaran


 kita dapat menyusun pelan dan startegi dalam pemasaran premis

3. Mengenal pasti kebaikan atau kelemahan premis


 kita dapat mengenal pasti fungsi analisis SWOT
3. PENERANGAN PREMIS YANG DIPILIH

NAMA PREMIS : MUAZZIN BAKERY

Jalan Penghulu Kassim 1 , Taman Sri Mewah ,


ALAMAT PREMIS : Kampung Jawa Klang selangor Darul ehsan , Klang,
Malaysia
PENGURUS PREMIS : MADAM WIRDA
BISKUT RAYA, PELBAGAII JENIS CROISSANT,
PRODUK YANG DIJUAL : FRUIT TART, PELBAGAI JENIS KEK DAN LAIN-
LAIN

MASA DIBUKA : 9:00 a.m – 6:00 p.m


4. CIRI-CIRI MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU PENGGUNA DAN PEMBELI

4.1. Tingkah laku membeli yang kompleks


Tingkah laku membeli yang kompleks ialah pengguna terlibat dalam pembelian dan
pengetahuan tentang perbezaan ketara antara jenama. Pengguna menunjukkan
tingkah laku pembelian yang kompleks apabila penglibatan mereka dalam
pembelian adalah tinggi, dan apabila mereka melihat perbezaan yang ketara antara
jenama. Penglibatan pembelian pengguna adalah tinggi apabila produk itu mahal,
berisiko, jarang dibeli dan sangat mengekspresikan diri.

4.2. Disonansi – Mengurangkan tingkah laku pembelian


Terdapat penglibatan pengguna yang rendah mengenai produk dan terdapat
perbezaan yang ketara antara jenama. Pengguna biasanya membeli produk yang
berbeza bukan kerana rasa yang tidak puas hati tetapi kerana mencari kelainan.
Tingkah laku membeli yang mengurangkan percanggahan berlaku apabila
pengguna sangat sibuk dengan pembelian yang mahal. jarang atau berisiko, tetapi
sebahagian besarnya tidak menyedari perbezaan antara jenama.

4.3. Tabiat pembeli


Tingkah laku membeli kebiasaan mempunyai sedikit penglibatan pengguna dengan
produk dan sedikit perbezaan antara jenama. Tingkah laku pembelian kebiasaan
berlaku apabila penglibatan pengguna rendah dan perbezaan jenama yang
dirasakan rendah.

4.4. Tingkah laku pembelian yang mencari kepelbagaian


Pengguna mempamerkan gelagat pembelian berorientasikan varian dalam situasi
penyertaan pengguna yang rendah tetapi pembezaan jenama yang tinggi. Dalam
kes sedemikian, pengguna sering menukar jenama.
5. CARA-CARA MARKETING MIX DIJALANKAN

5.1. PRODUK (MENGIKUT TREND TERKINI)


Produk ialah satu barangan atau perkhidmatan serta idea yang akan memenuhi
keperluan pengguna. Mendapatkan idea untuk satu produk baharu adalah
merupakan satu cabaran yang besar kepada pemasar. Ini kerana ia mengambil kira
persekitaran yang sentiasa berubah.
Antara contoh produk yang dipasarkan oleh Muazzin Bakery adalah pelbagai jenis
pavlova, pelbagai jenis mini cheese tart, Korean garlic bread, creampuff serta
bomboloni dalam perisa savari.

5.2. HARGA
Harga ialah berkaitan dengan pemilihan harga yang bersesuaian bagi sesuatu
jualan produk. Perletakan harga mestilah mengambil kira kesemua kos yang terlibat.
Antara kos yang terlibat dalam pengiraan adalah termasuk kos pekerja, kos
overhead, kos pemasar da kos sewa. Jika harga produk yang dijual terlalu tinggi
akan meyebabkan pengguna memilih produk saingan.
Berikut merupakan antara harga produk yang ditawarkan oleh Muazzin Bakery :

Bil Produk Harga


1 Croissant Tuna Rm 8 / pcs
2 Pavlova Berries (M) Rm 7 / pcs
3 Cupcake Rm 5 / pcs
4 Muffin vanilla butterscotch Rm 3 / pcs
5 Brownies Bar Rm 5 / pcs
6 Korean Bread Garlic Rm 6 / pcs
7 Donut Gebu Rm 3 / pcs
Rm 13 / 5pcs
5.3. PROMOSI
Promosi merupakan teknik untuk menyampaikan maklumat mengenai sesuatu
produk dan ia merupakan aspek yang paling menonjol dalam campuran pemasaran.
Pemasar melaksanakan aktiviti ini untuk memperkenalkan produk yang hedak
ditawarkan kepada pengguna. Tanpa aktiviti promosi, pemasar produk yang
berkualiti tidak menjadi aktif dan sukar memperoleh tahap kesaingan yang
dikehendaki di pasaran.
Muazzin Bakery telah membuat satu promosi di mana mereka mempromosikan
tempahan kuih raya sempena bulan puasa ini. Selain itu, mereka juga
mempromosikan pelbagai jenis pencuci mulut sempena raya akan datang.

5.4. TEMPAT
Cara pelanggan membeli produk atau perkhidmatan. Ia juga berkaitan dengan
tempat produk disimpan dan dikilang. Transformasi digital telah mengubah cara
produk dijual: dalam talian, kedai kecil tempatan, pengeluar global dan banyak lagi.
Pelan pemasaran juga mempertimbangkan lokasi dan format di mana produk akan
diiklankan. B. Peletakan produk dalam majalah, iklan dalam talian, radio, infomersial
atau filem.
6. PLAN DAN STRATEGI PEMASARAN

Marketing planning ialah mengurus dalam satu urutan yang logik untuk
persediaan dalam perubahan dengan menggunakan sumber seperti kewangan,
tenaga pekerja, produk dan sebagainya yang ada dengan sebaik mungkin. Selain
itu. Marketing planning merupakan satu siri aktiviti yang berdasarkan objektif
pemasaran, satu perancangan tindakan untuk mencapai objektif menjalankan
perancangan dan satu sistem semakan untuk meningkatkan peluang untuk
berjaya.

Antara yang terkandung dalam marketing plan adalah executive summary di


mana ia menggariskan ciri penting dalam marketing plan untuk bantu dalam
pencapaian objektif organisasi. Ia mengandungi sejarah atau pengenalan syarikat.
Selain itu, jawatankuasa perniagaan atau organisasi syarikat.

Seterusnya, analisis persekitaran (SWOT). Ia merupakan analisis yang


dilakukan oleh syarikat terhadap persekitaran sebelum meghasilkan produk. Antara
yang terkandung dalam analisis persekitaran (SWOT) adalah strengths ialah
kekuatan yang terdapat dalam syarikat, weakness adalah kelemahan yang terdapat
dalam syrikat, opportunities merupakan peluang yang terdapat diluar syarikat dan
threats adalah ancaman daripada luar seperti pesaing syarikat.

S (strengths) ialah beberapa faktor yang menjadikan kekuatan kepada


projek yang dilakukan oleh premis. Kekuatan bagi Muazzin Bakery adalah mereka
menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut dan roti dengan harga yang berpatutan.
Selain itu, mereka juga menggunakan platform seperti Instagram dan Facebook
untuk berinteraksi dengan pelanggan. Mereka juga mempunyai kemahiran dan
reputasi yang baik ketika membuat produk.

W (weakness) ialah beberapa faktor yang menjadikan kelemahan kepada


projek yang dilakukan oleh premis. Muazzin Bakery mempunyai beberapa
kelemahan iaitu sumber yang diperlukan oleh Muazzin Bakery untuk membuat
produk mereka tidak mencukupi. Oleh disebabkan itu, sesetengah tempahan tidak
dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
O (opportunities) ialah faktor luaran yang positif yang boleh membantu
menigkatkan prestasi sesebuah perniagaan. Muazzin Bakery mempunyai peluang
yang luas kerana mereka menyediakan pelbagai promosi dan pelbagai produk.
Terdapat perkembangan Muazzin Bakery yang boleh memajukan perniagaan
mereka iaitu mereka mengambil tempahan serta menjual pelbagai jenis biskut raya.

T (threats) ialah faktor luaran yang berada di luar kawalan yang boleh
menyebabkan startegi perniagaan terganggu atau perniagaan akan terbantut.
Keadaan ini tidak boleh dikawal tetapi pelan kontingens atau rancangan luar jangka
boleh embantu untuk berhadapan dengan keadaan ini jika berlaku,

Melalui analisis SWOT, pengusaha atau sesebuah organisasi perniagaan


dapat menghasilkan potensi dan cabaran sebenar dalam sektor industry yang
diceburi, merangkumi faktor pengurusan, pasaran, persaingan dan apa jua yang
boleh memberi kesan baik atau buruk terhadap perniagaan.
7. MARKETS
7.1. SEGMENTATION

Antara kepentingan pemasaran sasar adalah dapat membantu organisasi


membina strategi campuran pemasaran yang efektif dan efisyen. Selain itu,
meningkatkan kelebihan persaingan sesebuah organisasi. Segala sumber dan
usaha dapat ditumpukan kepada sasaran yang dipilih. Kejayaan startegi
pemasaran bergantung kepada kebolehan pemasar mengenalpasti, menilai dan
memilih segmen pasaran yang menarik. Seterusnya, kelebihan pemasaran
bersegmen adalah dapat memasarkan dan mensasarkan produk dan
perkhidmatan secara lebih efisyen, saluran dan program promosi yang terbaik
hanya kepada pengguna di dalam segmen tertentu sahaja. Selain itu, dapat
menghadapi persaingan yang sedikit jumlahnya jika pesaing-pesaing tidak
memfokus kepada segmen pilihannya.

7.2. TARGETING
Menilai segmen pasaran merupakan aktiviti yang amat penting kepada syarikat
yang melakukan segmentasi. Keputusan berkenaan dengannya perlu dilakukan
dengan teliti kerana tidak semua segmen yang terhasil sesuai untuk disasar oleh
syarikat. Terdapat tiga faktor yang perlu diberikan tumpuan oleh syarikat ketika
melaksanakan proses penilaian ini, iaitu saiz dan pertumbuhan segmen, daya tarikan
struktur, serta objektif dan sumber-sumber syarikat.

7.3. POSITONING
Strategi pemposisian pasaran
 Ciri produk
 Faedah yang bakal diperolehi
 Pengguna produk tersebut
 Penggunaan
 Kelas produk
 Berlawanan dengan pesaing-cermin mata dan kanta pelekap
 Berbeza dengan pesaing
 Gabungan beberapa strategi pemposisian
8. DIGITAL MARKETING / E-MARKETING

Pemasaran digital, juga dipanggil pemasaran dalam talian, ialah promosi jenama
untuk berhubung dengan bakal pelanggan menggunakan internet dan bentuk komunikasi
digital yang lain. Ini termasuk bukan sahaja e-mel, media sosial dan pengiklanan
berasaskan web, tetapi juga mesej teks dan multimedia sebagai saluran pemasaran.

Pemasaran digital membantu perniagaan menarik khalayak yang lebih besar


daripada teknik pemasaran tradisional kerana jangkauan global internet. Teknik
pemasaran ini juga membolehkan perniagaan menyasarkan bakal pelanggan yang
berkemungkinan besar untuk membeli produk atau perkhidmatan. Contohnya, perniagaan
boleh mempromosikan jualan percutian dengan menghantar e-mel kepada pelanggan
terdahulu atau berkongsi berita tentang jualan di media sosial.

Organisasi mempunyai pelbagai kaedah dalam talian yang boleh mereka gunakan
untuk menjangkau pelanggan mereka: e-mel, media sosial, teks, iklan sepanduk, ahli
gabungan dan banyak lagi.

Muazzin Bakery juga menggunakan e-marketing untuk mempromosikan jualan


mereka. Antaranya mereka akan mempromoskan di platform social media seperti
Instagram dan Facebook.
9. KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, jualan dan pemasaran dapat kita mengetahui cara untuk
memasarkan produk secara meluas dengan menggunakan digital marketing iaitu
dengan memasarkannya melalui media sosial.

Selain itu, kita juga dapat mengetahui atau menyusun pelan dan startegi
pemasaran. Oleh itu, kita dapat mengatur dalam memasarkan produk. Bukan itu sahaja,
kita juga dapat mengenal pastu kebaikan atau kelemahan premis yang dibangunkan
dengan mengetahui fungsi analisis SWOT kita akan mengetahui kelemahan atau
kebaikanya.

Oleh hal demikian, kita haruslah membuat persediaan untuk memasarkan produk
yang dibuat dengan menggunakan perkara yang terdapat dalam jualan dan pemasaran
10. LAMPIRAN
11. RUJUKAN

1. DHB 2113 Kertas Penerangan K3


2. DHB 2113 Kertas Penerangan K5
3. https://mailchimp.com/marketing-glossary/digital-marketing/
4. https://www.techtarget.com/whatis/definition/Four-Ps
5. https://www.ama.org/the-definition-of-marketing-what-is-marketing/

You might also like