You are on page 1of 19

APL 5 : EDIBLE SHOWPIECE

SIJIL MODULAR KEBANGSAAN


ART OF GARDE MANGER
TUGASAN 1
APL 05.01 LAKSANAKAN EDIBLE SHOWPIECE
(FRUIT AND VEGETABLES)

DISEDIAKAN OLEH :
AHMAD B. AWANG KECHIK
700305-02-5001
DISEDIAKAN UNTUK :
PN. FARIDAH HANIM BTE AHMAD

ISI KANDUNGAN
PERKARA

MUKA SURAT

Bab 1
Penghargaan

Bab 2
Pendahuluan
Bab 3

Bab 4

Bab 5
Kesimpulan/Penutup
Rujukan
Lampiran

PENGHARGAAN

Terima kasih diucapkan kepada pengurusan Kolej Komuniti


Sg. Petani, Kedah kerana menerima kemasukan pelajar tajaan
PERHEBAT untuk mengikuti pelajaran dalam bidang masakan di sini.
Jutaan terima kasih buat semua pensyarah dalam bidang masakan
di Kolej Komuniti Sg. Petani, Kedah terutamanya Puan
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan di kolej ini yang
telah berkongsi maklumat dan memberi kerjasama yang baik semasa
mempelajari bidang masakan di kolej ini.
Tanpa bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah serta
kerjasama dari rakana-rakan seperjuangan di kolej ini, kejayaan dan
ilmu pengetahuan dalam bidang masakan tidak akan diperolehi
dengan jayanya.

PENDAHULUAN
Sayuran dan buah adalah sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan
mineral yang diperlukan oleh tubuh, selain diolah menjadi masakan, ia juga menjadi
satu bentuk kesenian iaitu boleh diukir menjadi pelbagai bentuk dan hiasan dengan
hiasan dan tatanan yang menarik.
Bagi mendapatkan tona warna yang lebih menarik, pemilihan buah dan sayur
yang berlainan warna akan menampilkan tona yang lebih menarik. Pisau digunakan
untuk mengukir buah dan sayur. Buah-buahan dan sayur-sayuran amat unik. Ia
berwarna-warni dan mempunyai pelbagai bentuk. Gabungan warna buah dan sayursayuran yang berwarna-warni pastinya lebih menarik.
Antara buah dan sayur-sayuran yang boleh digunakan untuk kerja-kerja
mengukir ialah seperti tembikai, tembikai susu, lobak putih dan merah, betik, epal,
pear, nanas, pisang, mangga dan lain-lain. Buah dan sayur keras lebih mudah diukir
dan buah yang lebih lembut memerlukan kebolehan tertentu dan latihan untuk
memahirkan proses ukiran. Bagi memudahkan proses mengukir, peralatan yang
digunakan perlu diasah tajam bagi mendapatkan permukaan yang lebih terperinci.
Dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah Pn.
sebenarnya terdapat banyak kelebihan dan ilmu pengetahuan dalam seni kulinari
yang ditemui secara tidak langsung semasa membuat rujukan di media cetak dan
elektronik. Nota-nota yang diberikan oleh pensyarah juga membantu untuk
menyiapkan tugasan ini.

Soalan 1 (10 markah)


1. 5 fungsi fruit carving di atas meja buffet. (5 markah)
4

Fruit carving menjadikan buah-buahan dan sayuran lebih menyelerakan di atas


meja yang mempunyai pelbagai jenis makanan yang lain. Ini adalah kerana
biasanya tetamu kurang gemar kepada buah-buahan dan sayuran, maka dengan
fruit carving buah dan sayur akan menjadi tarikan utama.

Selain itu, ia juga memudahkan tetamu mengambil dan makan buah-buahan


dan sayuran di meja makan. Selalunya buah dan sayuran telah disusun dan
dipotong mengikut kesesuaian melalui seni fruit carving.
Fruit carving juga memudahkan pelayan hidangan menambah dan menyusun
buah-buahan dan sayuran jika buah dan sayur kehabisan di meja buffet.Ia juga
boleh digunakan sebagai hiasan utama dan penyeri di meja buffet. Seni dan
kreativiti menjadikan hidangan seperti bunga-bungaan dengan pelbagai warna dan
bentuk.enjimatkan ruang di meja buffet. Hidangan seperti buah-buahan telah
dipotong kecil-kecil dan dibuang kulit, maka dapat meminimumkan penggunaan
ruang meja dan hidangan lebih teratur serta kemas.

2. 5 jenis buah dan 5 jenis sayuran yang sesuai digunakan untuk fruit and
vegetables carving. (5 markah)
a. Buah-buahan
i. Tembikai
5

ii. Epal

iii. Oren

iv. Betik

v. Nenas

b. Sayuran
i. Timun
7

ii. Cili

iii. Daun Bawang

iv. Kobis cina

v. Terung putih

Soalan 2 (10 markah)


1. Cara pemilihan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengukir. (5 markah)

Dalam membuat fruit dan vegetables carving, proses pemilihan sayur dan buah
adalah penting supaya hidangan itu lebih mudah disediakan dan menarik. Perkara
utama yang perlu dititikberatkan ialah buah dan sayuran tersebut mestilah segar dan
cerah warnanya.
Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya
dan keras bagi memudahkan proses membentuk menggunakan pisau shaping.
Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih yang berkeadaan elok dan
tidak berkedut dan kulitnya dan kelihatan banyak mengandungi air supaya ia
nampak segar dan tidak cepat layu atau kusam warnanya. Buah-buahan segar
mestilah ranggup apabila dimakan dan masih boleh merasai kenikmatan rasa
buahnya.
Sayur-sayuran jenis kekacang perlu dipilih yang cerah warnanya dan ranggup
apabila dipatahkan. Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila
ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air. Sayur-sayuran jenis pucuk juga
hendaklah bewarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air. Untuk
memastikan kesegaran sayuran, semasa penyediaannya boleh direndam dahulu
dalam air.

2. 5 peralatan yang digunakan untuk mengukir buah-buahan. (5 markah)


a. Pisau grapefruit digunakan untuk menghiris buah-buahan.

10

b. Pisau ukir (shaping) untuk mengukir buah-buahan menjadi pelbagai bentuk


seperti kelopak bunga dan daun.

c. Apple corer untuk mengeluarkan biji epal yang berada di tengah buah epal.

d. Melon baller untuk membentuk bulat/sfera. Selalunya sesuai untuk buah


tembikai.
11

f. Zester digunakan untuk memarut atau menyagat kulit buah. Kulit buah boleh
disagat menjadi rerambut yang cantik.

Soalan 3 (10 markah)


1. 10 jenis bentuk sayur-sayuran. (5 markah)
a. Timun berbentuk daun.
12

b. Cili berbentuk bunga.

c. Lobak merah berbentuk ikan koi.

d. Ubi kentang berbentuk bunga.

13

f. Bunga kobis berbentuk kambing biri-biri.

g. Bawang besar berbentuk bunga teratai.

h. Daun bawang berbentuk tangkai bunga.

i. Kobis yang diukir menjadi muka manusia.

14

j. Lobak putih (Radish) berbentuk burung.

2. 4 jenis bentuk ukiran dari buah-buahan. (5 markah)


a. Tembikai susu diukir menjadi bekas bunga.

15

b. Tembikai diukir menjadi sebuah kek.

c. Buah oren, tembikai, anggur dan lobak merah.

d. Nenas berbentuk landak.

16

PENUTUP

17

Ukiran pada buah dan sayuran membuatkan makanan kelihatan lebih


menarik dipandang. Sentuhan hiasan seni ukiran buah-buahan dan sayur mendapat
sambutan yang menggalakkan. Rekaan berbentuk bunga, tulisan ataupun objek
tertentu yang diukir pada buah dan sayur membuatkan makanan kelihatan lebih
menarik dipandang.
Jika dahulu, perhiasan hanya terhad kepada bunga kini ukiran atau lebih
dikenali dengan nama carving menjadi amat popular. Seni ini seolah-olah merentasi
dunia dengan sendirinya apabila ia mudah dilihat dalam restoran eksklusif, dewan
bankuet bertaraf hotel lima bintang, majlis perkahwinan dan juga dalam kelas-kelas
masakan yang banyak menyediakan perkhidmatan mengajar cara-cara mengukir
buah dan sayur. Kebolehan mengukir diperlukan untuk menghasilkan sebuah ukiran
kreatif. Istimewanya seni ini mempunyai kehalusan yang tersendiri lebih-lebih lagi
apabila ia diletakkan di sebelah meja yang dihiasi dengan gubahan yang menarik
tentunya menghasilkan suasana seronok untuk semua. Sekian....

Rujukan

1. http://adlynnadamz.blogspot.com/2011/06/ukiran-pada-buah-dansayur-fruit-vege.html
2. http://www.hongkiat.com/blog/fruit-crafted-animals/
3. http://carvingdelight.blogspot.com/
4. http://en.wikipedia.org/wiki/

18

19

You might also like