You are on page 1of 5

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan.

Antara contoh buah-


buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan
sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim
dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu,
nangka dan sebagainya. Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat,
duku, manggis, rambai dan sebagainya.

Kita digalakkan makan buah-buahan tempatan kerana buah-buahan ini masih segar.Kebanyakan
buah-buahan ini baru dipetik dari ladang atau dusun .Sudah tentu khasiatnya banyak kerana
kandungan vitamin dan zat yang terdapat dalam buah-buahan tersebut masih terpelihara.

Buah-buahan tempatan juga mudah didapati dan dibeli terutama pada musim buah-buahan.

Harga buah-buahan tempatan juga jauh lebih murah jika dibandingkan dengan buah-buahan yang
diimport.Tahukah kita harga buah-buahan import dua kali ganda jika dibandingkan dengan harga
buah-buahan tempatan dengan itu, kita dapat menjimatkan wang perbelanjaan seharian.

Buah-buahan tempatan juga tiada bahan pengawet yang boleh merbahayakan kesihatan.
Kebanyakan buah-buahan yang diimport seperti buah epal disapu bahan pengawet supaya tahan
lama. Oleh itu kita dapat mengelakkan risiko penyakit seperti keracunan makanan.

Kesimpulannya, buah-buah tempatan mengandungi banyak vitamin dan zat yang diperlukan oleh
manusia. Oleh itu makanlah buah-buahan tempatan.Banyak kebaikan yang dapat kita peroleh
sekiranya kita makan buah-buahan hasil keluaran negara kita sendiri.

Buah buahan Tempatan ini, jelas menunjukkan bahawa negara ini mempunyai kepelbagaian sumber
genetik buah-buahan yang sangat luas. Terpulanglah kepada generasi akan datang untuk
mengekalkannya supaya terus dapat dinikmati bersama. Usaha giat perlu dijalankan untuk
menghalang spesis ini daripada pupus. Dianggarkan tidak kurang 370 jenis buah-buahan yang boleh
dimakan terdapat dinegara ini.

Buah-buahan ini ada bermusim dan tidak bermusim. Contoh buah-buahan tidak bermusim ialah
pisang, betik, nenas, belimbing dan tembikai. Manakala contoh bagi buah-buahan bermusim pula
adalah seperti, mangga, durian, nangka, rambutan, limau dan jambu batu.

Senarai Buah-Buahan Tempatan

•Belimbing

•Betik

•Cempedak

•Ciku

•Durian

•Langsat, duku dan dokong

•Limau

•Mangga
•Manggis

•Nangka

•Pisang

•Rambutan

•Tembikai

Khasiat Buah-buahan Tempatan

Makanan adalah penting untuk tumbesaran dalam kehidupan harian manusia. Salah satu makanan
yang penting dan berkhasiat ialah buah-buahan. Bagaimanapun, buah-buahan import seperti oren,
epal dan anggur dianggap sebagai buah-buahan yang mahal. Bagaimanakah kita boleh mendapat
buah-buahan berkhasiat di samping berjimat?

Sebenarnya negara kita bertuah kerana mempunya iklim yang sesuai untuk penanaman pelbagai
jenis buah-buahan. Buah-buahan tempatan bukan sahaja sedap tetapi juga mempunyai khasiat yang
tinggi.

Mari kita lihat jenis buah-buahan tempatan.

KELAPA

- kulitnya hijau ketika muda dan coklat semasa tua

- kulitnya tebal dan bersabut

- buah ini ada air dan isi di dalamnya dan sedap diminum ketika muda

- ketika tua isinya akan menghasilkan santan

- buah ini boleh menghasilkan minyak yang banyak khasiatnya

DURIAN

- buah ini ada duri pada kulitnya

- buah ini juga dipanggil raja segala buah

- kulitnya berwarna kuning keemasan dan tebal

- isinya berwarna kuning

- rasa isinya lemak manis

BETIK

- bentuk buah ini bujur

- kulitnya kuning kehijaun

- isinya berwarna merah

- isinya lembut dan rasanya manis

- buah ini banyak bijinya

- bijinya berwarna hitam


JAMBU BOTOL

- bentuk buah ini bujur

- warna kulitnya merah

- rasa isinya masam manis

MANGGIS

- kulitnya berwarna hijau ketika muda

- kulitnya berwarna ungu ketika masak

- bentuknya bulat

- isinya putih dan rasanya manis

PISANG

- buah ini berbentuk panjang

- kulit dan isinya berwarna kuning

- isinya lembut dan rasanya manis

RAMBUTAN

- buah ini ada rambut pada kulitnya

- kulitnya berwarna merah

- isinya berwarna putih dan rasanya manis

TEMBIKAI

- bentuk buah ini bulat

- kulitnya berwarna hijau dan isinya merah

- rasa buah ini manis dan banyak air

- buah ini banyak bijinya

MANGGA

- kulit buah ini berwarna hijau atau kuning

- bentuk buah ini bujur

- rasa isinya masam ketika muda

- isinya kuning dan rasanya manis ketika ranum

LIMAU BALI

- bentuk buah ini bulat dan besar

- kulitnya hijau dan berbau harum

- isinya masam manis


CEMPEDAK

- kulitnya kasar

- kulitnya berwarna hijau ketika muda dan kuning ketika masak ranum

- bau buah ini harum ketika masak ranum

- isinya kuning dan rasanya lemak manis

- buah ini berbentuk bujur dan banyak getah

JAMBU AIR

- bentuk buah ini seperti loceng

- buah ini berwarna merah ketika masak ranum

- isinya rangup dan manis rasanya

- buah ini banyak jusnya

Keistimewaan Buah Buahan Tempatan.


Buah-buahan tempatan semakin mendapat pasaran antara bangsa dan permintaan
ramai.Persoalannya kini, apakah yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku?Berikut terdapat
beberapa keistimewaan buah-buahan tempatan. Antara kelebihan buah-buahan tempatan
termasuklah rasanya yang sedap dan mempunyai banyak khasiat.Keenakannya memang tidak dapat
dinafikan malah telah diakui oleh pelancong luar Negara yang pernah cuba merasainya.Dalam pada
itu, buah-buahan tempatan turut mengandungi khasiat seperti vitamin C yang penting untuh tubuh
badan.Sesungguhnya keistimewaan buah-buahan tempatan sememangnya standing dengan buah
buahan import.

Selain itu, buah-buahan tempatan mudah diperoleh sepanjang tahun berbanding dengan buah-
buahn import.Buah-buahan seperti betik,pisang dan nanas yang sentiasa ada tanpa mengikut
musim.Manakala buah-buahan tempatan yang dapat diperolehi mengikut musim seperti durian,
rambutan, langsat dan manggis.Malah harga buah-buahan tempatan sangat murah dan dapat
dinikmati oleh semua.Di samping itu, pelbagai jenis makanan boleh dihasilkan daripada buah-
buahan tempatan antaranya ialah penghasilan produk makanan dan minuman.

Ringkasnya buah-buahan tempatan mempunyai banyak kelebihan malah standing dengan buah-
buahan import.OKebaikan makan buah-buahan tempatan

Kebaikan makan buah-buahan tempatan

Terima kasih kepada tuan pengerusi, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, yang berbahagia puan
pengetua sekolah, barisan pendidik yang dihormati dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Berdirinya saya pada pagi yang ceria ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bermauduk
"kebaikan makan buah-buahan tempatan".

Hadirin sekalian,

Setiap negara di dunia mempunyai buah-buahan yang digemari dan terkenal dalam kalangan
masyarakat masing-masing. Contohnya buah kiwi yang popular di New Zealand, buah kelapa yang
termashyur di Filipina dan lain-lain yang seumpamanya. Begitu juga buah-buahan tempatan di
negara kita. Antaranya buah rambutan, buah durian, buah manggis dan sebagainya. Kebaikan buah
buahan tempatan ini membawa pengertian akan faedah atau manfaat tentang buah-buahan
tempatan yang ada di negara kita terhadap kesihatan diri, nilai ekonomi dan simbol kebudayaan
masyarakat Malaysia.

Buah-buahan di Malaysia mengandungi banyak khasiat seperti vitamin, zat besi, mineral dan lain-
lain. Khasiat-khasiat ini akan membantu kesihatan badan kita untuk meningkatkan tenaga pada
tubuh badan, mengawal dan mengurangkan serangan penyakit serta meningkatkan ketahanan diri.
Misalnya pisang yang boleh meningkatkan pencernaan perut, buah jambu yang meningkatkan
antibodi badan dan menyegarkan tubuh badan kita dan buah manggis juga yang dapat
meningkatkan sel-sel badan.

Para hadirin,

Selain itu, buah-buahan tempatan digunakan untuk perniagaan dan perusahaan. Contohnya peniaga
dari industri kecil dan sederhana akan menjadikan perniagaan buah-buahan tempatan sebagai mata
pencarian bahkan sudah ada peniaga yang berjaya. Jika kita membeli buah-buahan tempatan, kita
dapat membangunkan industri perniagaan buah-buahan tempatan. Dengan ini, kita dapat
mengurangkan pengaliran wang ke luar negara. Ekonomi negara kita akan berkembang dengan
pesat. Dengan dibantu oleh dasar ekonomi kerajaan yang menggalakkan, peniaga-peniaga IKS
menceburi bidang ini dengan lebih luas. Dengan memberikan pinjaman perniagaan, peluang-peluang
untuk memasarkan buah-buahan tempatan lebih terbuka. Oleh itu, buah-buahan tempatan ini
mampu dikomersialkan dengan lebih kreatif dan dinamik. Contohnya boleh dijadikan jus buah-
buahan, kek, jus makanan dan lain-lain lagi.

Salah satu faktor Malaysia dikenali di mata dunia adalah disebabkan buah-buahan tempatan yang
sedap dan berkhasiat kerana Malaysia terletak di iklim khatulistiwa yang memudahkan pelbagai jenis
buah-buahan ditanam. Faedahnya, masyarakat di dunia mampu mengenali Malaysia kerana buah-
buahan itu sebagai identiti kebudayaan warga Malaysia. Contohnya, pokok pisang dan buahnya yang
digunakan untuk majlis perkahwinan dalam masyarakat India. Dengan cara ini, mereka dapat
memahami dan menghargai buah-buahan tempatan sebagai simbol budaya di Malaysia.

Hadirin budiman,

Secara tuntasnya, kebaikan buah-buahan tempatan tidak boleh dinafikan dalam memberikan faedah
yang pelbagai kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, saya menyeru agar hadirin dapat
menghargai buah-buahan tempatan negara kita. Sekian, terima kasih.leh itu sokonglah buah-buahan
tempatan.

You might also like