You are on page 1of 2

KARANGAN SPM KEBAIKAN INTERNET

Komputer amat penting pada masa ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan
dengan menggunakan komputer. Oleh sebab itu, wajarlah murid-murid berusaha
menguasai ilmu komputer sejak dari sekolah rendah lagi bagi membantu mereka
dalam pembelajaran.

Dengan menggunakan internet, murid dan pelajar boleh mendapatkan banyak


maklumat tentang sesuatu perkara. Mereka boleh memperoleh pelbagai
malumat seperti isu semasa dalam negara, sistem pendidikan, budaya,
teknologi, pertanian dan geografi dengan mudah dan cepat. Jika dibandingkan
dengan generasi murid yang masa lampau, mereka terpaksa menghabiskan
masa yang lama di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat. Kadangkala
maklumat yang dicari sukar didapati. Kini, murid dan pelajar mendapat semua
maklumat yang diperlukan dengan hanya menekan butang komputer atau
menggunakan telefon pintar pada bila-bila masa.

Selain itu, dengan bantuan internet, murid dan pelajar boleh mendapatkan
bahan-bahan pembelajaran yang dikehendaki mudah dan cepat. Capaian kepada
internet melibatkan banyak elemen seperti media elektronik (e-mel), kumpulan
perbincangan atau perbualan dan interaksi di dalam laman sosial. Dengan
menggunakan laman sosial seperti Facebook telah membenarkan komunikasi
antara murid dan pelajar di seluruh dunia. Penggunaan e-mel dengan perbualan
menerusi internet akan mendedahkan mereka kepada pelbagai sosiobudaya
masyarakat dunia. Justeru, mereka boleh bertukar-tukar maklumat budaya,
sejarah dan geografi antara rakan siber mereka.

Pertukaran maklumat antara murid atau pelajar boleh membantu proses


pengembangan mental dan psikologi mereka sepanjang proses tumbesaran.
Internet memberi peluang kepada mereka untuk membuat analisis yang lebih
mendalam mengenai subjek yang diminati. Bagi murid dan pelajar perpustakaan
merupakan sumber untuk membuat rujukkan terhadap sesuatu subjek dalam
pembelajaran mereka. Jika maklumat yang dicari tidak terdapat di perpustakaan,
maka maklumat ini dapat diperoleh melalui carian internet.

Di peringkat umur yang muda ini, murid dan pelajar terdedah kepada pelbagai
masalah sosial seperti lepak, bohsia, merempit dan kegiatan di kelab-kelab
malam dan disko. Dengan adanya internet, kanak-kanak ini tidak akan keluar
rumah. Mereka menghabiskan masa melayari internet mencari maklumat
ataupun membaca pelbagai bahan menarik yang dipaparkan. Mereka dapat
menyesuaikan minat seperti membina enjin kapal terbang, kereta, motosikal dan

kereta api sebagai hobi. Penggunaan internet bukan sahaja dapat mengisi masa
lapang kanak-kanak, malahan meningkatkan kecerdasan otak.

Internet juga dapat memainkan peranan sebagai pendidik atau `tutor siber yang
berkesan kepada murid dan pelajar. Subjek seperti Matematik dan Sains boleh
diajar kepada golongan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Bahan sains dan
matematik yang ditambah dengan kesan multimedia dapat menarik minat
kanak-kanak untuk mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam
minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Selain itu,
murid dan pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman pula dapat dibimbing oleh
tutor maya yang berupaya mempersembahkan suatu subjek dengan cara yang
paling menarik. Oleh itu, golongan kanak-kanak senang tertarik dan ingatan
mereka bertambah baik.

Konklusinya, internet mampu membawa kepada kebaikan yang ketara kepada


pengguna jika digunakan secara betul, justeru, ibu bapa mahupun penjaga
haruslah memantau anak mereka ketika mereka melayari internet untuk
memastikan mereka tidak melayari laman-laman sesawang yang berunsur lucah
yang mampu merosakkan minda si anak. Oleh itu, ibu bapa seharusnya
memasang aplikasi untuk menyekat akses kepada laman sesawang yang tidak
mempunyai moral untuk melindungi mereka daripada agen propaganda barat
yang mahu merosakkan pemikiran remaja seluruh dunia memalui muzik dan
fesyen yang keterlaluan serta penyebaran unsur black metal yang semakin
mendapat tempat di hati remaja di Malaysia dan pengguna juga harus lebih
berhati-hati ketika berurusan secara talian dan tidak mededahkan maklumat diri
anda sewenang-wenangya kerana kadar jenayah di internet telah meningkat
sejak akhir-akhir ini dan telah menelan kerugian jutaan ringgit. Di harapkan
semua pihak tampil untuk bekerja sama dalam memastikan internet sentiasa
digunakan di jalan yang betul dan kerajaan seharusnya memperbanyakkan lagi
Pusat Jalur Lebar tertutamanya di kawasan pedalaman supaya anak-anak disana
mampu untuk menikmati kebaikan internet seperti rakyat bandar yang banyak
mendahului mereka dari segi kemahiran dalam bidang IT dan dalam masa sama
aspirasi untuk mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dapat
dilaksanakan dengan jayanya! Begitu juga peranan guru dalam mendedahkan
laman-laman sesawang pendidikan serta menerapkan nilai-nilai murni
dikalangan pelajar supaya mereka mengetahui baik dan buruk melayari internet.
Slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan sangatlah sesuai untuk
dipraktikkan oleh pemimpin dalam menyebarkan dan memperkenalkan kebaikan
internet kepada rakyat supaya kebaikan ini dapat memberikan kesan postif
kepada mereka dan mampu meningkatkan kualiti hidup kearah yang lebih baik
pada masa yang akan datang..

You might also like