You are on page 1of 22

Kebaikan internet dalam kalangan masyarakat kini

Saban hari penggunaan internet semakin digemari oleh setiap lapisan masyarakat di
negara kita. Tahukan anda bahawa penggunaan internet di negara kita ibarat cendawan
tumbuh selepas hujan kerana pertambahan penggunaannya amat ketara sama ada di
kawasan bandar mahu pun di kawasan luar bandar. Penggunaan internet juga bertambah
dalam kalangan rakyat di negara kita disebabkan wujudnya rangkaian jaringan sosial
seperti Facebook, Friendster, My Space dan Tagged dalam internet yang semakin meluas.
Bahkan, negara kita tersenarai dalam sepuluh negara yang paling banyak menggunakan
jaringan sosial iaitu Facebook. Sedar atau tidak, penggunaan internet juga telah sampai di
segenap desa apatah lagi selepas wujudnya teknologi 3G dan "4G". Apa yang pasti,
kajian telah menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh buah rumah di negara kita
menggunakan kemudahan internet untuk pelbagai tujuan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh
bahawa pelbagai manfaat dapat diperoleh daripada kemudahan penggunaan internet
dalam kalangan masyarakat sekaligus mengubah ajakan paradigma masyarakat dalam era
teknologi maklumat kini kerana maklumat berada di hujung jari.

Mari kita melebarkan lensa perbincangan dengan mengupas kebaikan penggunaan


internet dalam kalangan masyarakat kini. Pertama kita gunakan minda pelajar kelas
pertama dalam memperinci tajuk perbincangan pertama dengan kata kunci internet
bermanfaat untuk mencari dan mengumpul maklumat dalam masa yang singkat. Hal ini
kerana dalam era globalisasi ini segala maklumat sama ada formal atau tidak formal telah
dimuat naik dalam rangkaian internet oleh pelbagai pihak dengan cepat sehingga
mengalahkan media cetak seperti surat khabar. Dalam soal ini, pengguna hanya perlu
menaip sahaja maklumat yang dikehendaki dalam carian enjin google atau yahoo dan
segala maklumat yang diperlukan akan tertera di skrin komputer. Malah, setiap maklumat
yang kita perlu dapat kita peroleh menggunakan pelbagai sumber yang boleh dipercayai
keesahannya. Sebagai contoh, jika kita ingin mencari maklumat berkenaan berita terkini
di akhbar, kita akan memperoleh banyak maklumat kerana hampir semua akhbar telah
dibuka atas talian seperti Utusan Malaysia Online, Berita Harian Online, Malaysia Kini dan
News Strait Times. Malahan, pelajar juga boleh mendapat maklumat mengenai berita
terkini berlaku di dunia kerana dengan internet kerana dunia ibarat tanpa sempadan.
Perkara ini secara tidak langsung memudahkan kita mengumpul maklumat daripada
pelbagai sumber dan kita juga akan memperoleh berita terbaru kerana dalam media
mungkin berita berkenaan masih belum disiarkan. Contohnya, kita akan mengetahui
peristiwa seperti bencana tsunami yang pernah berlaku di Acheh dan Jepun, serangan
Israel ke atas negara kecil iaitu di Palestin. Justeru, pada zaman milineum ini bergantung
kepada seseorang pelajar untuk mencari maklumat dan sekiranya mereka malas berbuat
demikian mereka boleh diibarat seperti katak di bawah tempurung. Oleh itu, kita dapat
membuat kesimpulan bahawa mencari maklumat akan menjadi lebih mudah dengan
menggunakan kemudahan internet.

Seterusnya mari kita memperinci perbincangan selanjutnya dengan kata kunci


penggunaan jalur lebar dapat menyelesaikan pelbagai urusan seharian seperti membayar
bil dan urusan perbankan Kini, kehidupan masyarakat kita terutama mereka yang tinggal
di bandar sangat sibuk dek tekanan tempat kerja dan kesesakan lalu lintas sebelum serta
selepas pulang dari pejabat. Jadi, kesuntukan masa yang dialami ini amat menyusahkan
apabila mereka hendak menguruskan hal-hal berkaitan rumah tangga dan pembayaran
pelbagai bil. Oleh sebab itu, masyarakat di bandar sering mengalami tekanan kehidupan
atau stress yang membelenggu kehidupan mereka seharian. Justeru, masyarakat
milenium mereka perlu sedar akan kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai agensi
sama ada agensi kerajaan mahupun swasta dalam meringankan bebanan dan masa. Bak
kata pepatah, masa itu emas, sekiranya kita tidak memotongnya masa akan memotong
kita. Oelh sebab itu satu cara untuk menyelesaikan masal pembayaran bil dalam
kehidupan seharian adalah dengan penggunaan internet. Justeru, pembayaran bil dan
urusan perbankan boleh dilakukan pada bila-bila masa sama ada sambil minum kopi dan
berbual bersama-sama ahli keluarga di rumah, atau dipejabat. Perkara ini dapat dibuktikan
apabila banyak bank seperti Maybank, CIMB Bank, Agro Bank dan RHB Bank menyediakan
perniagaan secara online di internet kepada para pelanggan untuk memindahkan wang
ke dalam akaun lain dan menyimpan wang secara online, begitu juga dengan
pembayaran bil kad kredit. Pembayaran bil elektrik, bil air dan bil telefon juga dapat
dibayar dengan penggunaan internet di rumah melalui laman web kerajaan iaitu
myeg.com. Pendek kata, kita dapat menguruskan pembayaran bil dan urusan perbankan di
rumah melalui internet sekaligus menjimatkan masa kita.

Di samping itu, manfaat penggunaan internet di rumah dapat memudahkan kita


berkomunikasi di antara jarak jauh dan dekat malah merentasi lautan seantero dunia. Hal
ini kerana terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di internet untuk tujuan
komunikasi. Malah, syarikat gergasi telekomunikasi berlumba-lumba membuka laman web
mereka untuk memudahkan pengguna berkomunikasi di internet. Berkomunikasi di
internet bukan sahaja melibatkan suara orang yang dihubungi malah kita dapat bersua
muka dan melihat wajah kenalan atau individu yang baru kita kenali dengan hanya duduk
di kerusi dan mengadap komputer serta tangan bermain dengan tetikus melalui beberapa
klik. Perkara ini amat memberi kebaikan kepada ahli keluarga yang jauh meninggalkan
keluarga untuk bekerja dan belajar di luar negara seperti di Asia Barat dan Eropah. Oleh
sebab itu dengan penggunaan internet hubungan ahli keluarga yang jauh dapat dipererat
dengan menggunakan internet. Mereka hanya perlu mengakses aplikasi yahoo
mesengger untuk berkomunikasi bagi melihat wajah dan mendengar suara ahli keluarga
yang jauh bagi melepaskan kerinduan. Tambahan pula, gajet telefon sekarang seperti ipad
dan telefon pintar lain boleh diaplikasi sebagai akses kemudahan internet dan ini
mempermudah komunikasi antara masyarakat berlaku dengan mudah. Tuntasnya,
penggunaan internet amat bermanfaat dalam kalangan masyarakat untuk mereka
berkomunikasi jarak jauh.
Negara kita sedang mengorak langkah untuk menjadi negara maju, justeru
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa meningkatkan mutu pendidikan negara dengan

dengan memperkenal pelbagai kemudahan seperti Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah


(SAPS) yang memudahkan ibu bapa melihat keputusan anak mereka diinternet sama ada
untuk mengetahui keputusan ujian bulanan dan peperiksaan. Melalui capaian internet ini
ibu bapa akan mudah mendapat keputusan peperiksaan anak secara cepat dan berkesan.
Seterusnya, ibu bapa boleh membuat langkah susulan bertemu dengan para pendidik di
sekolah untuk mengetahui keputusan anak mereka dengan lebuh lanjut. Selain itu
program pengajaran dan pembelajaran secara maya sedang diaplikasi oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dengan memudahkan guru dan pelajar untuk berinteraksi melaui
capaian internet. Sistem berkenaan yang dikenali sebagai Frog Vle merupakan satu sistem
pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan
mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai
contoh, guru-guru dapat memberi tugasan, ujian dan menyemak tugasan secara maya,
sementara pelajar dapat menghantar tugasan dan menyemak markah menerusi VLE. Ibu
bapa boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir sekolah boleh
menguruskan kalendar sekolah dan mewar-warkan notis sekolah melalui Internet. Justeru,
pembelajaran kini boleh berlaku di mana-mana sahaja dan sudah pasti pembelajaran
secara berterusan akan memantapkan lagi prestasi pelajaran dan anak-anak akan lebih
tertarik belajar secara interaktif. Malahan ibu bapa juga mampu mengetahui prestasi
pembelajaran anak mereka sebagai sokongan Sistem Aplikasi Peperiksaan Sekolah
(SAPS) yang diguna pakai sekarang. Tegasnya, Kementerian Pelajaran Malaysia kini
berusaha membuat Transformasi Pendidikan Negara ke araf pendidikan bertaraf dunia
agar pendidikan negara kita boleh duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan
pendidikan negara maju di dunia.
Akhirnya, sebagai pelajar berminda kelas pertama saya ingin menggunakan kata
kunci bahan-bahan bloger di internet yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dalam mata
pelajaran mampu memperkasakan kemahiran pelajar dalam mata pelajaran terutama
pelajar yang akan menghadapi peperiksaan awam. Hal ini terbukti apabila guru-guru yang
bertanggungjawab, berdedikasi berusaha untuk membantu pelajar menguasai kemahiran
pelajar dalam mata pelajaran berkenaan. Bukan itu sahaja, guru-guru berkenaan juga
membuka ruang kepada pelajar untuk berinterksi di lamam web seperti bmspmet,
mohdramsul.blogspot, mohdrazak.bogspot, dan sebagainya dengan aplikasi chatrool, face
book, dan pelbagai aplikasi lain agar pelajar boleh sentiasa berhubung, sama ada untuk
bertanya hal berkaitan kemahiran yang sukar pelajar kuasai. Malangnya, pelajar tidak
mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan yang ada untuk tujuan
penguasaan terhadap kemahiran berkenaan. Tambahan pula, guru-guru pakar berkenaan
tidak mengenakan bayaran kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
penguasaan kemhiran tatabahasa, komsas, dan penulisan karangan. Usaha tangga
kejayaan, setiap usaha akan ada balasannya, begiutlah ungkapan pepatah Melayu yang
membawa maksud sekiranya pelajar berusaha apa sahaja yang mereka usahakan,
akhirnya mereka akan menerima hasilnya. Justeru, terbukti internet banyak memberikan
kebaikan kepada peajar terutamapelajar yang bijak menggunakan aplikasi ini untuk tujuan
meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, penggunaan internet mendatangkan pelbagai manfaat berguna


kepada masyarakat. Oleh itu, masyarakat di negara kita perlu memanfaatkan penggunaan
internet kerana melalui penggunaan internet segala maklumat berada di hujung jari anda.
Apa yang pasti, internet mampu memberikan seribu satu macam kemudahan kepada
pengguna jika digunakan sebaiknya. Dalam era serba moden ini, penggunaan internet
seakan tidak dapat dipisahkan lagi dengan kemajuan negara sekarang. Jadi, pihak
kerajaan perlu mendidik masyarakat menggunakan internet bagi melahirkan generasi celik
IT sekaligus setanding dengan masyarakat negara maju lain seperti Jepun demi mencapai
wawasan 2020. Selain itu, ibu bapa juga tidak ketinggalan perlu mendidik anak-anak
mempelajari internet di rumah kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Akhirul
kalam, tidak dapat dinafikan bahawa kemudahan internet di rumah memberi pelbagai
faedah kepada kita.

KEPENTINGAN PENGGUNAAN
INTERNET
(AR-PU) Pada era globalisasi ini, Internet memainkan peranan yang sangat vital dalam
kehidupan manusia. (AR-PU) Internet dapat memberikan seribu satu kebaikan kepada manusia
jika digunakan sebaik-baiknya. (AC) Antara contoh laman-laman sesawang yang popular
dikunjungi di Internet ialah "Youtube", "Facebook" dan "Twitter". (AR-T) Persoalannya kini,
apakah kepentingan penggunaan internet pada masa ini. (AA) Oleh hal yang demikian,
kepentingan penggunaan Internet yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan secara
terperinci demi kepentingan semua.
(AT) Umum mengetahui bahawa penggunaan Internet sangat signifikan kepada manusia
terutamanya dari aspek perhubungan dan komunikasi. (AH-Bagaimana) Dalam konteks ini,
dengan penggunaan Internet yang meluas, seseorang akan mudah berhubung antara satu sama
lain walaupun di luar sempadan negara. Contoh yang boleh diambil ialah Puan Normawati
berhubung dengan anaknya Norakilah yang belajar di luar negara hanya menggunakan "skype"
melalui internet. (AH-Kerana) Impaknya, seseorang itu boleh melepaskan rindu dengan orang
tersayang yang jauh di mata dekat di hati seterusnya mengeratkan silaturahim. (AP) Jelaslah
bahawa Internet dapat memudahkan seseorang berkomunikasi dan berhubung antara satu sama
lain.
(AT) Memang tidak dapat dinafikan bahawa Internet juga penting dalam bidang pendidikan
terutamanya kepada pelajar dan pendidik. (AH-B) Bertitik tolak daripada itu, internet dapat
membantu palajar dalam mencari maklumat hanya dengan menggunakan hujung jari. (AC)
Sebagai contohnya, Norain dapat menyiapkan folio yang diberi oleh guru hanya dengan
menggunakan enjin carian 'google' di Internet. (AH-Kesan) Secara tidak langsung, pelajar bukan
sahaja memperoleh maklumat malah dapat mengetahui isu remaja yang berlaku di dalam negara
mahupun luar negara. (AP) Tegasnya, Internet dapat menghindarkan seseorang daripada
bersikap seperti katak di bawah tempurung kerana mereka akan dapat mengikuti perkembangan
semasa.
(AT) Sebagaimana yang kita maklumi, Internet juga dapat menghiburkan hati seseorang.
(AH-B) Dalam zaman yang serba canggih ini, individu dapat menghiburkan hati dengan memuat
turun lagu-lagu, filem-filem mahupun video-video yang digemari. (AC) Sebagai analoginya,
peminat-peminat 'K-POP' dapat memuat turun video klip kumpulan 'Beast' ataupun 'Super

Junior'. (AH-Kesan) Kesannya, seseorang itu dapat manghiburkan diri ketika kesunyian dan
kebosanan, sekali gus dapat mengurangkan stres. (AP) Deduksinya, memang tidak dinafikan lagi
bahawa seseeorang dapat menghiburkan hati yang lara dengan melayari Internet.
(AT) kita dapat menyaksikan betapa Internet banyak (AH-B) Dengan perkataan lain,
usahawan muda dapat mempromosikan produk baharu mereka dengan menggunakan talian
secara terus di Internet. (AC) Biar kita ambil contoh usahawan muda yang bernama Alift dan
membina laman sesawangnya sendiri untuk memperkenalkan penduduknya seperti
jubah.com.my. (AH-K) Implikasinya, seseorang tidak perlu bersesak-sesak membeli belah di
pasar raya sebaliknya boleh menempah barangan yang ingin dibeli secara talian terus. (AP)
Sesungguhnya, Internet banyak membantu usahawan muda terutamanya dalam meluaskan
pasaran
mereka.
(R) Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas, jelaslah bahawa Internet
mendatangkan 1001 kebaikan kepada manusia sejagat. (C) Kita sebagai manusia yang
dianugerahkan akal fikiran oleh Tuhan sewajarnya memanfaatkan penggunaan Internet dengan
semaksimum yang mungkin. (P) Semua masyarakat perlulah berganding bahu, ibarat ke bukit
sama didaki, ke lurah sama dituruni dalam memanfaatkan Internet demi kebaikan semua. (H)
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 marilah kita bersama-sama menggunakan
Internet sebaik mungkin agar generasi muda yang celik ilmu dan celik ICT dapat dilahirkan.

Penggunaan Internet Membawa Keburukan


daripada Kebaikan

.
Analisis soalan:
Isu
Tugasan
Format

kebaikan dan keburukan internet


mengemukakan hujah-hujah tentang keburukan internet
sebagai pihak pembangkang pertama
- Perbahasan

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim
yang adil lagi bijaksana, barisan para pencadang sekalian, dan para hadirin yang
saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera serta salam satu
Malaysia.
Berdirinya saya pada hari ini, dengan membawa tugasan untuk
membangkang tajuk perbahasan pada hari ini iaitu Penggunaan Internet Lebih
Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Kam barisan pihak
pembangkang amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut kerana
penggunaan internet sebenarnya membawa lebih banyak keburukan daripada
kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebagai pihak pembangkang yang pertama, sebelum saya
mengemukakan hujah-hujah saya dengan lebih bernas dan panjang lebar ,
lebih baik jika kita memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan
Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan.
Oleh itu,
izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham dengan Internet. Internet
boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui telekomunikasi
yang semakin canggih kini. Memang tidak dapat dinafikan, segala bentuk
maklumat dapat kita peroleh daripada penggunaan Internet ini, namun ternyata
penggunaan internet akan membawa lebih keburukan daripada kebaikan.
Hujah saya yang pertama sekali ialah atas kata kunci penggunaan
internet akan menyemai sikap buruk dalam jiwa individu. Maklumat tanpa

sekatan dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar dan sesiapa sahaja
untuk mengetahui apa yang berlaku dan terkandung dalam Internet. Lebih
malang lagi apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak.
Contohnya, melalui Internet ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang
dilarang seperti melayari laman web tentang seks dan cara hidup orang asing
yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah mereka cuba meniru aksi dan
tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan yang tidak baik dan boleh
merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan bertatasusila. Justeru,
ini jelas menunjukkan bahawa internet membawa keburukan kepada
penggunanya terutama golongan remaja.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Hujah saya yang kedua ialah atas kata kunci penggunaan internet melalai dan
melekakan terutama bagi golongan remaja dan pelajar sekolah. Tak
tumbuh tak melata, tak sungguh saya tak kata. bagi kanak-kanak sekolah,
Internet membolehkan mereka bermain permainan yang terkini. Selain
membuang masa, mereka juga membazirkan wang. Mereka lupa pada pelajaran
akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi minat mereka. Masa mereka
banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh menyebabkan hubungan
mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini bukan sahaja
berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat pengajian
tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC)
yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan
tumpuan yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong
atau sekadar memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah
tetapi menyebabkan mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.
Sudah terang lagi bersuluh, internet jelas membawa keburukan daripada
kebaikan.

Hadirin yang dikasihi sekalian,


Hujah saya yang ketiga, atas kata kunci internet menyebabkan
hubungan sosial dalam masyarakat yang semakin rapuh akibat terlalu

memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Sebagai contoh untuk


menguatkan hujah saya, golongan yang dapat melayari Internet di rumah akan
jarang keluar bergaul dengan orang lain dan masyarakat kerana terlalu asyik
melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak diambil perhatian.
Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat
penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet.
Hal ini tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak
tempat dan kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan
bertaruh dijalankan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Hujah saya yang keempat , atas kata kunci penggunaan internet boleh
menjejaskan kesihatan mental dan fizikal penggunanya. Selalunya pengguna
Internet meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya
sampai lewat malam dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini
menyebabkan mereka kurang tidur dan rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak
terjejas dan minda menjadi penat dan beku sehingga tidak boleh berfikir dengan
baik. Bagi pelajar sama ada di sekolah atau di pusat-pusat pengajian tinggi,
keadaan ini melemahkan minda mereka untuk menerima ilmu yang telah diajar
oleh guru-guru. Lebih malang lagi apabila pelajar tidur di dalam kelas kerana
mengantuk. Keadaan ini perlu dibanteras jika ingin mencapai hasrat negara
melahirkan remaja cemerlang.
Hujah saya yang kelima atas kata kunci , penggunaan Internet boleh
menyebabkan penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah
negara yang dilakukan oleh pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan
sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah negara boleh menjadi porak-peranda
apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin mempercayai maklumatmaklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang paling ditakuti
sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di dalam
bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat
kita perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa
agama dan tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang
menyebarkan maklumat palsu tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin
menegaskan pendirian kami barisan pihak pembangkang bahawa Internet lebih
banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu
dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
perbuatan buruk padahnya.
Sekian sahaja, terima kasih.

Penggunaan Internet Lebih Banyak Memberi Kebaikan


daripada Keburukan (Bahas)
Posted on 14 Mac, 2009 by admin

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang saya hormati para panel hakim, para
pencadang sekalian, dan para hadirin yang saya muliakan. Assalamualaikum dan selamat
sejahtera.
Pada hari ini, kita akan memahami tajuk perbahasan kali ini iaitu Penggunaan Internet
Lebih Banyak Memberi Kebaikan daripada Keburukan. Saya sebagai pembangkang
amat tidak bersetuju dengan penyataan tajuk tersebut. Bagi saya ia lebih membawa
keburukan daripada kebaikan.
Para hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan hujah saya, izinkan saya menerangkan apakah yang kita faham
dengan Internet. Internet boleh kita fahami sebagai satu sistem maklumat global melalui
telekomunikasi yang semakin canggih kini. Segala bentuk maklumat dapat kita perolehi
daripada penggunaan Internet ini. Tetapi ternyata ia membawa lebih keburukan daripada
kebaikan.
Yang pertama sekali ialah ia menyemai sikap buruk individu. Maklumat tanpa sekatan di
dalam Internet ini memberi peluang kepada pelajar Internet dan sesiapa sahaja untuk
mengetahui apa yang berlaku dan terkandung di dalam Internet. Lebih malang lagi
apabila bahan yang diperolehi mampu merosakkan akhlak. Contohnya, melalui Internet
ini, orang ramai suka mengetahui sesuatu yang dilarang seperti melayari laman web
tentang seks dan cara hidup orang asing yang tidak sesuai dengan budaya kita. Malah
mereka cuba meniru aksi dan tingkah laku tidak baik sebegini. Hal ini memberi kesan
yang tidak baik dan boleh merosakkan cara hidup kita yang bersopan-santun dan
bertatasusila.
Hujah saya yang kedua ialah bagi kanak-kanak sekolah, Internet membolehkan mereka
bermain permainan yang terkini. Selain membuang masa, mereka juga membazirkan
wang. Mereka lupa pada pelajaran akibat terlalu leka dengan permainan yang menjadi
minat mereka. Masa mereka banyak dihabiskan di depan komputer dan hal ini boleh
menyebabkan hubungan mereka dengan ibu bapa dan keluarga menjadi renggang. Hal ini
bukan sahaja berlaku pada kanak-kanak sekolah tetapi bagi pelajar-pelajar pusat
pengajian tinggi. Keseronokan dan tumpuan pada aktiviti Internet Relay Chatting (IRC)
yang berlebihan menyebabkan mereka leka pada Internet dan tidak memberikan tumpuan
yang sebaiknya pada pelajaran. Ada antara mereka berbual kosong atau sekadar

memulakan perkenalan yang akhirnya tidak mendatangkan faedah tetapi menyebabkan


mereka menanggung bil penggunaan Internet yang tinggi.
Hujah saya yang ketiga, ialah hubungan sosial di dalam masyarakat yang semakin rapuh
akibat terlalu memberi tumpuan kepada penggunaan Internet. Pada mereka yang dapat
melayari Internet di rumah, mereka akan jarang keluar bergaul dengan orang lain dan
masyarakat kerana terlalu asyik melayari Internet sehingga kegiatan masyarakat pun tidak
diambil perhatian. Malah, di pusat-pusat Internet, kegiatan tidak baik boleh wujud akibat
penggunaan Internet. Contohnya, kewujudan kegiatan perjudian melalui Internet. Hal ini
tidak dinafikan apabila terdapat aktiviti penjudian yang meliputi banyak tempat dan
kemungkinan juga berlaku pengaduhan apabila aktiviti berjudi dan bertaruh dijalankan.
Keadaan kesihatan juga kurang diambil perhatian. Selalunya pengguna Internet
meluangkan masa yang lama untuk melayari Internet. Adakalanya sampai lewat malam
dan tidak kurang pula hingga awal pagi. Hal ini menyebabkan mereka kurang tidur dan
rehat. Akibatnya, kesihatan mereka tidak terjejas malah penggunaan Internet yang
berterusan tanpa rehat juga boleh menyebabkan mata menjadi letih dan memberi kesan
sampingan.
Antara keburukan lain akibat penggunaan Internet ialah kemungkinan berlaku
penyebaran maklumat-maklumat palsu tentang sesebuah negara yang dilakukan oleh
pihak tertentu dengan tujuan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan. Keselamatan sebuah
negara boleh menjadi porak-peranda apabila ada antara masyarakat dunia yang mungkin
mempercayai maklumat-maklumat palsu yang mereka perolehi melalui Internet dan yang
paling ditakuti sekali ialah penyalahgunaan Internet untuk mengelirukan orang ramai di
dalam bidang agama. Terdapat berbagai-bagai maklumat tentang agama yang dapat kita
perolehi melalui Internet. Ada yang diiktiraf oleh kerajaan dan pihak berkuasa agama dan
tidak kurang pula didatangi oleh individu atau kumpulan yang menyebarkan maklumat
palsu tentang agama kepada orang lain.
Akhirnya sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi ingin menegaskan bahawa
Internet lebih banyak membawa keburukan kepada orang ramai. Penggunaannya perlu
dipantau sentiasa. Bak kata pepatah Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan
buruk padahnya.
Sekian sahaja, terima kasih.

KARANGAN 3: PUNCA DAN


LANGKAH MENANGANI JENAYAH
Definisi jenayah ialah sesuatu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang
negara. Terdapat dua jenis jenayah, iaitu jenayah ringan dan jenayah berat. Jenayah
ringan merangkumi perbuatan mencuri, samun, dan meragut. Jenayah berat pula
termasuklah membunuh, merogol, mendera, mengedar dadah serta menyeludup barangan
haram. Dewasa ini, media massa sering melaporkan pelbagai kes jenayah yang berlaku di
seluruh negara. Kita sering digemparkan dengan kes rogol dan bunuh, gengsterisme,
meragut, menyamun, rasuah, dan penyeludupan. Peningkatan jenayah di negara ini lebih
ketara di kawasan bandar berbanding dengan kawasan luar bandar. Contohnya, bandar
raya Kuala Lumpur dan Ipoh mempunyai rekod jenayah yang paling tinggi setiap tahun.
Ada dalam kalangan kita mungkin tertanya-tanya tentang punca yang menjadi dalang
peningkatan kes jenayah di negara kita, terutamanya di bandar-bandar utama. Oleh itu,
punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama.
Banyak laporan menjelaskan bahawa punca utama kes jenayah meningkat ialah
kurangnya didikan agama dalam kalangan masyarakat hari ini. Hal ini disebabkan
rgenerasi hari ini sudah mula mengabaikan ajaran dan didikan agama kerana mereka
berpendapat bahawa ajaran agama adalah jumud dan sudah ketinggalan zaman.
Natijahnya, wujudlah kelompok masyarakat yang mempunyai keimanan yang rapuh dan
nipis senipis kulit bawang dalam diri mereka. Golongan inilah yang akan terlibat dalam
pelbagai jenayah kerana mereka tidak berpegang teguh kepada ajaran agama. Contohnya,
kes rogol dan bunuh Canny Ong Lay Kian menunjukkan bahawa terdapat segelintir
masyarakat yang sanggup bertindak mengikut hawa nafsu mereka. Mereka yang
melakukan perbuatan terkutuk ini tidak berasa takut mahupun gentar apabila mereka
mengambil sesuatu tindakan yang salah dan bertentangan dengan ajaran agama. Dengan
kata lain, mereka tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Mereka tidak dapat
menghayati dan mengamalkan peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk

dijadikan sempadan. Golongan ini juga gagal menghayati Islam Hadhari yang
mementingkan aspek lahiriah dan rohaniah untuk melahirkan insan yang seimbang. Jadi,
mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai anasir negatif seperti melibatkan diri dalam
aktiviti jenayah. Tegasnya, kegoyahan iman akan lantaran kurangnya pegangan agama
yang mantap mendorong seseorang itu terjebak dalam kancah jenayah.
Di samping itu, media massa turut menjadi punca peningkatan masalah jenayah di
negara ini. Perkara ini disebabkan penyiaran rancangan-rancangan berunsur keganasan
dan seks yang melampau telah menyebabkan minda masyarakat dipengaruhi oleh aksiaksi negatif tersebut. Senario ini berlaku disebabkan oleh sikap sesetengah penerbit yang
lebih mementingkan keuntungan diri sendiri daripada kepentingan melahirkan
masyarakat yang berkeperibadian yang luhur dan unggul. Sikap penerbit ini dapat
dikatakan umpama enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Sebagai
contoh, stesen televisyen swasta sering menyiarkan rancangan dari Barat yang
menonjolkan unsur-unsur negatif seperti rock, punk, dan black metal. Terdapat juga
sesetengah rancangan televisyen yang menggunakan pelakon-pelakon yang berpakaian
tidak senonoh serta mencolok mata seperti rancangan-rancangan dari Amerika Latin. Hal
ini dapat merangsang hawa nafsu penonton lantas menyebabkan mereka terlibat dalam
aktiviti seks seperti pelacuran dan sumbang mahram. Maka, tidak hairanlah kadar
jenayah khasnya jenayah rogol dalam kalangan orang yang dikenali meningkat.
Masyarakat turut digemparkan dengan kes rogol dan bunuh Norita Shamsuddin dan
Haserawati Saridi yang berumur sembilan tahun di Menggatal, Sabah. Di Johor, Nurul
Huda Abdul Ghani dirogol secara bergilir-gilir oleh beberapa orang lelaki sebelum
dibunuh. Jenayah yang berlaku ini menyebabkan keadaan hidup masyarakat awam tidak
tenteram dan mampu menggugat ekonomi negara disebabkan peningkatan kadar jenayah.
Deduksinya, peningkatan kadar jenayah juga didorong oleh pengaruh media massa.
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik
dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah jenayah dapat dibasmi
hingga akar umbi. Salah satu pendekatan yang paling signifikan termasuklah
penguatkuasaan undang-undang secara tegas dan hukuman setimpal dikenakan
terhadap penjenayah. Contohnya, Akta 302 Kanun Keseksaan perlu dikuatkuasakan
dengan tegas terhadap penjenayah yang didapati membunuh atau merogol mangsanya.
Penjenayah akan dijatuhi hukuman mati mandatori. Serbuan dan tangkapan kini diadakan
lebih kerap dan secara rambang untuk menangkap penjenayah. Hal ini dapat
menyedarkan masyarakat yang ingin berjinak-jinak dengan jenayah. Kerajaan juga telah
bertindak tegas terhadap ceti haram atau ah long kerana mereka akan mengancam
keselamatan mangsa dan keluarga mangsa. Tindakan pihak berkuasa menahan dan
menghadapkan pendera seorang pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonat ke
mahkamah adalah amat wajar. Hal ini membuktikan bahawa kerajaan bersungguh-

sungguh dalam membanteras jenayah. Oleh itu, ketelusan dan ketegasan undang-undang
negara mampu menghalang peningkatan kadar jenayah negara.
Di samping hukuman dan penguatkuasaan undang-undang secara tegas, kempen untuk
memerangi jenayah secara besar-besaran perlu dilancarkan agar masyarakat sedar tentang
keburukan jenayah. Oleh itu, mereka tidak akan bersikap bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing sehingga aktiviti jenayah semakin berleluasa.
Sebaliknya, mereka akan menyahut seruan kerajaan untuk membanteras jenayah
bersama-sama dengan pihak berkuasa. Sebagai contoh, seorang insan kerdil yang
prihatin, Rosli Mohamad Saad sanggup menggadai nyawanya untuk menangkap peragut
beg tangan seorang wanita Indonesia. Kesedaran juga dapat dipupuk dalam diri
masyarakat, khasnya golongan muda melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan di sekolah. Golongan muda perlu dididik untuk berkelakuan baik dan
sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sejak muda lagi agar mereka tidak
mudah terpengaruh untuk melibatkan diri dalam aktiviti jenayah apabila mereka dewasa
kelak. Sememangnya mendidik mestilah sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Kempen yang dijalankan ini perlulah dilaksanakan secara berterusan
atau berketiak ular dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam. Pendek kata, peranan
kempen turut dapat mengurangkan peratusan kes jenayah di nusa tercinta ini.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kes jenayah di negara kita semakin menghantui diri
kita disebabkan oleh dua faktor yang telah dibincangkan di atas dan kemelut sosial ini
dapat diatasi dengan beberapa langkah yang diambil. Api sekadar meranapkan bangunan
namun peningkatan kadar jenayah akan mengacaubilaukan minda segenap lapisan
masyarakat kita. Andai kata kita menyingkap lembaran sejarah Malaysia, setiap
permasalahan yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan penggemblengan kudrat
antara pelbagai pihak. Begitu juga dengan usaha menyelesaikan masalah kes jenayah.
Semua pihak perlu menggembleng tenaga dan bersinergi supaya masalah jenayah di
negara ini dapat diatasi. Pendekatan yang diambil haruslah dijalankan dengan bijaksana
dan berhati-hati bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak
berselerak. Jenayah dapat diibaratkan sebagai musuh dalam selimut kepada negara.
Sekiranya jenayah tidak ditangani secara bijaksana, adalah mustahil untuk rakyat negara
ini hidup dalam keadaan yang harmoni dan tenteram. Marilah kita bersama-sama
membanteras kegiatan jenayah agar impian untuk melahirkan masyarakat madani dapat
direalisasikan.

(a)
1.
2.
3.

Cadangan isi
Punca:
Kurangnya didikan agama
Pengaruh media massa yang memaparkan unsur-unsur negatif
Sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri

(b)
1.
2.
3.
4.

Langkah:
Penguatkuasaan undang-undang yang tegas
Kempen kesedaran
Peranan masyarakat yang menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa
Memberikan didikan agama yang teguh

Jenayah di kalangan remaja dan remaja


Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang
melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan
keseriusan kejadian jenayah di kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes
jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita
sekarang merupakan negara yang sedang pesat membangun. persoalannya, apakah puncapunca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar dan remaja
dan apakah masalah ini dapat diatasi?
Jika dikaji begitu banyak punca berlakunya kes-kes jenayah di kalangan remaja.
Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa
ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan
sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi
sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga
mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak
menjadi insan yang sempurna. Inilah punca utama yang menyebabkan akhlak pelajarpelajar dan remaja-remaja runtuh. Natijahnya mereka tergamak melakukan jenayah berat
seperti merogol, membunuh, menyamun, dan peras ugut.
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di
kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakanrakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah
dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempaMempat tertentu
seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya
untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin
mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral.
Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakansudah pastimereka juga akan berkelakuan
tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di
sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan
sebagainya.
Selain itu, media massa juga menjadi punca kegiatan jenayah di kalangan
remaja.Tidak dinafikan kemudahan seperti Internet, e-mel, televisyen, dan radio

memudahkan kita untuk berkomunikasi, mendapatkan maklumat, dan berhibur. Akan


tetapi banyak juga kesan-kesan negatif daripada kemudahan ini. Jika tidak dimanfaatkan
dengan betul. Contohnya, menyalahgunakan Internet untuk memalsukan data-data
penting, menonton gambar-gambar lucah, dan sebagainya yang akan mendorong mereka
untuk melakukan jenayah seperti rogol, bunuh, pengedaran pil-pil khayal, dan dadah.
Namun begitu, segala jenayah di atas dapat dibendung jika perhatian dan
pendekatan yang lebih diberikan kepada remaja-remaja tersebut. Contohnya, ibu bapa
hendaklah memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak ketika di rumah kerana
segalanya bermula daripada rumah. Pendidikan agama dan nilai-nilai murni mestilah
diterapkan supaya anak-anak dapat menilai antara perkara baik dan buruk.
Remaja juga haruslah pandai memilih rakan sebaya kerana sememangnya remaja
mudah ter- pengaruh dengan kawan-kawan mereka. Di sini, ibu bapa mesti tahu dengan
siapa anak mereka berkawan. Pengaruh media massa juga hendaklah dibendung. Pelajar
hanya perlu mengetahui maklumat-maklumat yang hanya berkaitan tentang pelajaran
sahaja. Cara sebegini dapat menghasilkan pelajar bermaklumat sekaligus dapat
membendung jenayah di kalangan remaja.
Selain itu, pihak sekolah juga perlu memantapkan lagi disiplin sekolah bagi
menjamin kegiatan salah laku pelajar berkurangan. Setiap kesalahau. pelajar seperti
ponteng sekolah, merokok, menghisap dadah, atau memukul pelajar lain hendaklah
didenda setimpal dengan kesalahan mereka. Ibu bapa mereka juga harus ke sekolah untuk
berbincang bagi mencari pendekatan awal dalam mengatasi masalah yang lebih serius.
Kuat kuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Remaja bawah umur yang
melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh hendaklah dikenakan hukuman mati
mandatori bagi memberi pengajaran kepada remaja-remaja lain.
Kesimpulannya, pelajar-pelajar haruslah didedahkan kepada isu-isu semasa,
kempen-kempen, khemah kerja, motivasi dan sebagainya bagi menyedarkan mereka
bahawa merekalah generasi pemangkin negara. Sekali gus, perkara sedemkian dapat
memberi pengajaran kepada mereka. Golongan tersebut juga perlu mengetahui bahawa
segala kes jenayah akan merosakkan masa depan mereka.

Faktor faktor berlaku jenayah dalam masyarakat


Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden semakin membimbangkan kerana
jenayah mengancam keamanan, ketenteraman, dan kebahagiaan masyarakat dan negara.
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat dan negara boleh berlaku kerana
kepincangan ekonomi. Sistem ekonomi yang tidak sihat dalam negara yang mengamalkan
dasar ekonomi liberal dan kapitalis lebih cenderung melahirkan penjenayah ekonomi yang
melakukan penipuan dan penyelewengan.
Penjenayah ekonomi sukar dikesan kerana perniagaan dijalankan mengikut prosedur dan
peraturan yang dibenarkan. Kemudahan dan sokongan sistem kredit membolehkan
golongan peniaga yang tidak jujur mengambil kesempatan dan melakukan penyelewengan
modal dan pinjaman. Bank yang lebih mengutamakan pengusaha dan golongan kaya
menghadapi masalah penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh golongan ini.
Kegawatan ekonomi membawa kesan yang buruk kepada pasaran saham. Kejatuhan nilai
mata wang dan nilai saham serta meningkatnya jumlah golongan yang muflis memberi
kesan kepada perkembangan jenayah dalam masyarakat.
Meningkatnya masyarakat berhutang dan tidak mampu menyelesaikan beban hutang serta
kegagalan dalam perniagaan mendekatkan golongan ini kepada jenayah.
Kegawatan ekonomi juga menjadikan seseorang terdesak melakukan jenayah. Hilang
pekerjaan dan keperluan hidup yang mendesak boleh menyebabkan seseorang terlibat
dengan kegiatan jenayah seperti merompak, peras ugut, atau membunuh.
Sistem dan faktor ekonomi boleh juga menyebabkan meningkatnya penjenayah kolar putih
yang melakukan penyelewengan dan penipuan. Kejadian pecah amanah merupakan jenayah
yang semakin mengancam kepentingan masyarakat dan negara. Rasuah

boleh meruntuhkan ekonomi, pengurusan, dan keselamatan negara. Oleh itu,


perkembangan ekonomi yang cekap, sihat, dan adil perlu diwujudkan bagi membersihkan
segala bentuk gejala jenayah ekonomi.
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai
murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan
cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan
jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman
jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam
masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah
sosial yang dihadapi oleh individu dan masyarakat. Hal ini termasuklah amalan gaya hidup
bebas, suka akan hiburan yang melampau, kenakalan dan kejahatan, berasa seronok
dengan kegiatan sensasi dan kejam, perlumbaan kereta atau motosikal
haram, amalan seks bebas, pelacuran, dan perjudian. Fenomena yang berlaku ini
mencerminkan masyarakat moden semakin jahiliah sifatnya. Bagi membendung
berleluasanya jenayah nilai hidup yang harmoni, kesabaran, ketenangan, dan bertimbang
rasa perlu dipupuk.
Persekitaran sosial yang buruk dan tekanan hidup seperti kemiskinan, kemunduran, dan
kegiatan antisosial, seperti gengsterisme, pengedaran dadah, dan pelacuran, boleh
menyebabkan golongan muda, khususnya belia, melakukan pwlbagai bentuk salah laku,
termasuk jenayah berat. Kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan hitam merupakan
kawasan yang berbahaya dan mempunyai rekod jenayah yang membimbangkan masyarakat
setempat. Pengaruh media massa yang berunsur ganas dan bersifat destruktif sukar
dibendung dalam era teknologi terkini. Malah, jenayah dianggap sebagai sesuatu yang biasa
dalam kehidupan manusia moden.
Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran
sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial
akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi
dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan
masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah
unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan
seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada
peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit. Struktur kelas
sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa.

Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang
buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu
kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi
kegiatan perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar
jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi
pelaburan.
Peningkatan kadar jenayah di negara membangun seperti Malaysia boleh juga dikaitkan
dengan faktor imigrasi penduduk dan pendatang haram yang mendatangkan pelbagai
masalah sosial, termasuk jenayah berat seperti membunuh dan merompak. Jumlah
pendatang asing, khususnya pendatang haram dari negara jiran, seperti Indonesia, Filipina,
dan Myanmar, semakin meningkat. Kemasukan pendatang tanpa izin menjadi beban sosial
di negara kita. Pengaruh budaya negatif seperti pergaulan babas di tempat asal mereka
akan menular dalam kalangan penduduk tempatan. Selain itu, mereka yang gagal dalam
mencapai impian untuk membina kehidupan yang lebih baik di negara ini, mudah terjerumus
ke kancah jenayah sehingga menyebabkan tindakan undang-undang terpaksa diambil
terhadap mereka yang terbabit.
Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan
peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah
kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika
mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai
bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan
dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah
pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya
etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.
Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras tanpa
kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi
membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib
seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan
negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih
banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan
rakyat. Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan
lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak
yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama
polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan

sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.


(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana: Jenayah Dalam Masyarakat Moden).

Karangan : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI


JENAYAH
Usaha Menangani Jenayah Di Negara Ini

Remaja sering kali dikaitkan dengan gejala jenayah yang banyak menimbulkan masalah dalam
kehidupan masa kini. Vandalisme, gengsterisme dan buli merupakan jenayah yang acapkali
didengar melalui media elektronik, media cetak mahupaun percakapan orang ramai. Gejala ini
sememangnya menimbulkan pelbagai masalah negatif dan secara langsung mempengaruhi jiwa
remaja yang mudah memberontak dan ingin mencuba sesuatu yang biasa mencabar. Adakah
gejala ini merupakan satu kebiasaan dan tidak perlu dibanteras? Adakah gejala ini menjadi

kebanggaan para remaja kini yang mampu mewujudkan pelbagai kumpulan berhaluan kiri
sehinggakan tiada sebarang tindakan diambil? Mungkinkah ini salah satu cara ppergaulan yang
diinginkan untuk memupuk semangat perpaduan? Tuntasnya, gejala jenayah ini sememangnya
perlu dibanteras dengan segera agar tidak berleluasa seterusnya pelbagai tindakan perlu diambil
untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian.

Usaha yang paling utama dan efisien adalah cara komunikasi dan pergaulan antara ibu bapa,
adik-beradik dan rakan-rakan. Ibu bapa khususnya perlu bijak dalam hal mendidk anak agar tidak
terjerumus dalam perkara social seperti gejala jenayah ini. Melentur buluh biarlah dari
rebungnya merupakan satu ungkapan yang perlu diambil iktibar oleh setiap ibu bapa dalam
mengajar dan mengatur kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang
berkaitan hal agama sejak kecil supaya anak-anak menyedari perkara tersebut sama ada salah
atau betul. Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur, barulah ibu bapa kelam kabut untuk
mengambil tindakan yang sememangnya amat susah diterima oleh para remaja yang mempunyai
pendirian yang tersendiri. Seterusnya ibu bapa pula tidak seharusnya bersikap lepas tangan
dalam mendidik anak-anak disebabkan kesibukan bekerja dan melepaskan tanggungjawab
kepada pembantu rumah. Jadi ibu bapa harus memberi perhatian yang secukupnya kepada
anak-anak supaya mereka menganggap ibu bapa sering menjadi tempat berlindung dan tempat
mengadu masalah.

Selain itu, antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang
merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan
selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Pelbagai
langkah telah dilaksanakan dalam proses mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat.
Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga,
Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes
kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukanpasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti
mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Bantuan daripada alatalat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan
selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini
dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep
bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah
daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut. Dengan cara ini, konsep bandar dan pekan
selamat jelas sekali merupakan usaha yang efektif bagi mencegah jenayah.

Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada
pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes
jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para
remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja.
Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan
masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama,
budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kesimpulannya, kes-kes
jenayah boleh ditangani dengan adanya pengenalan semula mata pelajaran khas yang boleh
dipelajari oleh para remaja.

Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang
pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang

kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang
negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor
seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan
bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam
jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya. Sekiranya mereka
memiliki satu pekerjaan yang tetap, sekurang-kurangnya mereka sudah memiliki penggantungan
untuk menampung hidup selain melalui cara yang diharamkan agama mahupun negara. Secara
tuntasnya, antara usaha yang boleh dilakukan kerajaan bagi mencegah jenayah di Malaysia
adalah dengan memperkasakan bidang ekonomi bagi meningkatkan peluang pekerjaan untuk
rakyat Malaysia.

Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah.
Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam
kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar
pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan
berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem kesedaran yang
diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah
adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan
kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan
hukuman kepada pesalah. Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk
meningkatkan tahap kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial di sekolah merupakan antara modus operandi untuk
menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) merupakan antara kelab
bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja
mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa
melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan
ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan
sebagai pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi lebih
parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.
Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme,
vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat
antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu, kelab-kelab bersifat antijenayah sosial haruslah lebih giat
dilaksanakan bagi membanteras gejala jenayah di negara ini.

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenaah sosial di
negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti
negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Johor
(JPJ) ada mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi
keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku
seperti lumba haram. Tindakan JPJ ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain
dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut
akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa. Oleh hal yang sedemikian, jenayahjenayah sosial dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia.

You might also like