You are on page 1of 11

PT00703 KOMPUTER DAN MULTIMEDIA DALAM

PENDIDIKAN
SEMESTER 1 2021

Tajuk Tugasan 1 Individu:

KEBAIKAN UTAMA PENGGUNAAN RANGKAIAN SOSIAL


WHATSAPP KEPADA PELAJAR SEKOLAH
NAMA PENSYARAH:
DR. TAN CHOON KEONG

BIL NAMA NO. MATRIK


1. ANGELINE SIAW WEE WEI YT2016-1167
Pengenalan

Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada

pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi

kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan

aktiviti orang lain. Selain dari itu, ianya juga ditakrifkan sebagai sebagai sebuah kumpulan

individu bersama kumpulan tertentu, seperti mana masyarakat kecil dan ataupun kejiranan.

Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan

pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-

mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.

Di antara perkhidmatan rangkaian sosial yang popular pada masa kini adalah Facebook,

Whatsapp dan Telegram. Walaupun rangkaian sosial terdapat di mana-mana terutama sekali

di sekolah-sekolah atau di tempat kerja, rangkaian secara online adalah yang paling popular.

Ini kerana kebanyakan daripada kalangan mereka adalah golongan yang sangat aktif bersosial

secara online untuk mengembangkan persahabatan.

Konsep whatsapp

WhatsApp berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu “What’s up?” telah

berjaya medium untuk penghantaran dan penerimaan mesej melalui telefon pintar dengan

membenarkan pengguna bertukar gambar, video, suara atau pun mesej secara bertulis (Noor

Akhmarisha & Rusniyati, 2017). Ciri-ciri media sosial ini memberi ruang kepada pengguna

untuk menyalurkan maklumat dengan lebih jelas tentang sesuatu situasi sebenar atau isu-isu

yang menarik perhatian masyarakat.

WhatsApp merupakan aplikasi mesej yang membantu proses komunikasi melalui

platform teknologi komunikasi mudah alih yang tinggi pengunaannya di Malaysia. Cetinkaya

(2017) mentakrifkan WhatsApp mempunyai ciri platform yang pelbagai, mempunyai


sokongan multimedia yang membantu interaksi dalam kalangan individu dan kumpulan

dalam rangkaian sosial mudah alih. Faktor utama penggunaan aplikasi ini disebabkan

kegunaan dan kemanfaatannya kepada pengguna Aslina dan Ermie Dharlya (2016)

menyatakan kemanfaatan merupakan salah satu elemen yang penting untuk meningkat

kepercayaan dan sikap pengguna untuk menggunakan aplikasi serta teknologi komunikasi.

Selain itu, Aplikasi WhatsApp yang boleh diakses melalui peranti elektronik seperti

tablet, komputer dan telefon pintar yang mempunyai jaringan internet memberi peluang dan

kemanfaatan kepada pengguna untuk berinteraksi dan berrkongsi maklumat dalam

persekitaran digital masa kini. Kegunaan pula merupakan tahap di mana seseorang pengguna

percaya dan memberi reaksi untuk bertingkah laku ke atas suatu perkara dengan mudah.

Seterusnya boleh mengurus sesuatu perkara itu tanpa banyak masalah. Penggunaan dan

interaksi pengguna melalui WhatsApp menggambarkan ciri mudah untuk diguna ada pada

aplikasi ini. Ini adalah kerana aplikasi ini digunakan secara meluas oleh semua peringkat

pengguna, iaitu dari pelajar sekolah sehingga golongan dewasa. Sebenarnya persepsi

pengguna terhadap kegunaan dan mudah guna banyak mempengaruhi minat dan perilaku

seseorang untuk menggunakan sesuatu

Aplikasi WhatsApp juga merupakan platform komunikasi secara berkumpulan.

Pembentukan kumpulan melalui aplikasi ini sangat bermanfaat kepada ahli kumpulan untuk

menjadi medium perbincangan berkaitan dengan pelbagai topik seperti pendidikan,

keselamatan, komuniti dan sebagainya. Dalam hal ini, aplikasi ini menyediakan ruang

interaksi sosial yang berterusan berlaku bagi menyokong kemanfaatannya kepada pengguna.

Kumpulan WhatsApp sebenarnya membantu mengumpulkan ramai pengguna untuk

menyertai perbincangan serta perkongsian maklumat secara komuniti maya. Dengan

kecanggihan ciri dan sistemnya, kumpulan WhatsApp memudahkan apa juga informasi

disalurkan kepada ramai pengguna dan khalayak dengan serentak pada masa nyata.
Kebaikkan Whatsapp

Kemampuan aplikasi WhatsApp yang menyedia pelbagai ciri juga menjadi kunci

kejayaan fungsi media sosial ini menjadi pilihan utama sebagai medium komunikasi mesej

pada masa kini. Sifat media sosial yang lebih interaktif dengan ciri interaktiviti dapat

meningkatkan kepuasan komunikasi antara peribadi secara dalam talian (Mohd. Azul, 2012),

dan menyebabkannya menjadi unik dan lebih dinamik kandungannya berbanding dengan

media lain. Selain itu, ia juga memberikan ruang dan kuasa kepada pengguna untuk

mengekspresikan diri sendiri dan berhubung dengan individu lain dengan mudah. Mohd.

Azul dan Nurul Madiha (2017) menyatakan informan kerap menggunakan aplikasi

WhatsApp untuk berinteraksi selain media sosial Facebook, Twitter dan Instagram pada

setiap hari dengan menggunakan telefon pintar untuk berinteraksi dengan individu yang lain.

Kegunaan dan kemanfaatan aplikasi WhatsApp yang dapat melengkapi keperluan

hidup seseorang diyakini mampu bertahan walaupun teknologi komunikasi lain terus

berkembang dengan berbagai-bagai ciptaan dan inovasi dalam bidang media baharu dan

teknologi komunikasi. Muhammad Akmal (2015), kemunculan Facebook, WhatsApp dan

Twitter yang sentiasa kompetitif dan mampu berdaya saing telah berjaya menarik perhatian

masyarakat dunia untuk terus mengguna terutama untuk berhubungan dengan seseorang.

Ngonidzashe (2016) mendapati wujud hubungan positif yang kuat terhadap hubungan antara

peribadi kesan daripada penggunaan media sosial paling popular di Nigeria, iaitu WhatsApp

dan Facebook. Dapatan menunjukkan aplikasi ini menjadi platform yang penting dalam

membina, mengekal dan mengukuhkan sesebuah persahabatan termasuklah meningkatkan

hubungan antara peribadi.

Ternyata, kepentingan komunikasi berperantaraan dalam kalangan pengguna melalui

aplikasi media sosial seperti WhatsApp yang berterusan demi membangun kelestarian hidup
sebuah masyarakat yang sihat. Kewujudan komuniti maya malaui aplikasi WhatsApp secara

lokal dan global adalah limpahan daripada hasrat pengguna yang inginkan satu medium

komunikasi yang mudah, cepat serta memberi manfaat yang baik kepada pengguna. Kajian

ini berpendapat pemilihan aplikasi WhatsApp yang telah pun diterima oleh pengguna di

Malaysia banyak mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan termasuklah hubungan antara

peribadi.

Kebaikkan whatsapp kepada pelajar sekolah

Pewujudan aplikasi-aplikasi whatsapp ini telah memberi pelbagai kemudahan dan

kebaikan kepada pengguna-pengguna terutamanya para pelajar. Dengan penggunaan aplikasi

whatsapp, para pelajar dapat menjimatkan kos penggunaan kredit telefon bimbit ataupun

telefon pintar yang mereka gunakan untuk menghantar sebanyak mungkin pesanan kepada

rakan-rakannya tanpa penolakan kredit melalui penghantaran pesanan tersebut kepada rakan-

rakannya melalui aplikasi whatsapp tersebut.

Para pelajar dapat menghantar pesanan terus kepada rakan-rakannya tanpa perlu

mengkhususkan penghantaran mesej tersebut kepada rakan-rakannya dengan membuat

kumpulan (group chat) dengan menggunakan aplikasi whatsapps tersebut.

Melalui aplikasi ini, para pelajar juga boleh berkongsi gambar, lagu-lagu , dan juga

video-video kepada rakan-rakan ataupun ahli keluarga .Aplikasi ini memudahkan para pelajar

untuk berkongsi peristiwa-peristiwa manis bersama ahli keluarga dan juga teman-teman .

Sebagai contoh, dalam krisis global akibat penularan wabak COVID-19 ini, bukan

sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran tertangguh, bahkan menjadikan tugasan

guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan

dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)

dilaksanakan secara dalam talian. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak
18 Mac dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), guru-guru mencurah ilmu

menerusi pengajaran dan pembelajaran dalam talian (google meet) atau (whatsapp). Dengan

melalui Whatsapp, pelajar dapat mendapat bahan pembelajaran dan maklumat tentang topik-

topik baru yang perlu dipelajari dari pautan-pautan (link) yang dikirim oleh guru, pelajar juga

boleh mendapat lembaran kerja secara atas talian melalui pautan yang dikirim oleh guru.

Dengan cara ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu dengan lebih menarik dan berkesan.

Selain itu, teknologi juga berupaya untuk menjadi satu platform untuk pelajar menjadi

lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana pembelajaran yang sebelum

ini hanya berpusatkan guru boleh menjadi pembelajaran berpusatkan guru dan pelajar apabila

menggunakan aplikasi WhatsApp ini. Ia juga membantu berinteraksi antara satu sama lain

sesama guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar dalam satu P&P. Dalam alaf baharu

yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain

memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini

memerlukan guru dan juga pelajar yang menguasai dan mempunyai literasi teknologi

komunikasi dan maklumat (ICT).

Gambar-gambar pelajar sekolah belajar melalui Whatsapp semasa PKP dan PKPB

Guru dapat menyemak kerja murid secara serta

merta dan kirim whatsapp kepada pelajar dan

ibubapa untuk membuat pembetulan. Ibu bapa

juga dapat mengetahui kelemahan anak dan

membimbing anak untuk membuat ulangkaji.

Murid sekolah rendah berasa

menarik apabila disuruh

menyelesaikan kerja rumah

di atas talian.
Dengan melalui belajar di atas talian, pelajar lebih bersemangat untuk menyiapkan

kerja dengan segera dan kuiz yang dicipta oleh guru dapat meningkatkan minat pelajar

untuk belajar.

Murid-murid dapat lihat dan menantikan

keputusan diri sendiri selepas menyiapkan

lembaran kerja atas talian (live worksheet).

Murid-murid dapat

memupuk nilai berdikari

dan kerajinan semasa

membuat kerja rumah

melalui Whatsapp.
Oleh kerana itu, WhatsApp merupakan salah satu daripada komponen aplikasi telefon

pintar dan merupakan salah satu alat komunikasi yang sangat dikenali dan sering kali

digunakan dalam proses pembelajaran abad ke-21 ini. Aplikasi ini hanya boleh diakses

apabila mempunyai sambungan internet sahaja. Apabila pelajar mendapat akses kepada

internet, secara tidak langsung pelajar juga telah mendapat akses kepada pelbagai maklumat

secara atas talian.

Satu kajian yang dijalankan menyatakan bahawa penggunaan alat mudah alih (mobile

tools) dalam pembelajaran merupakan salah satu kaedah pembelajaran tidak formal bagi

pelajar (Trentin et al. 2013). Hal ini kerana penggunaan alat mudah alih ini dapat

memberikan suatu kelainan dan dapat membuat banyak aktiviti dalam sesi pembelajaran

tersebut. Maka atas sebab itu penggunaan telefon pintar dan aplikasi WhatsApp ini telah

meluas di seluruh dunia, sehinggakan penjualan telefon pintar boleh mencecah berlipat kali

ganda disebabkan pembelinya ramai di kalangan anak-anak muda yang pandai menggunakan

WhatsApp ini.

Antara kebaikan yang terbesar untuk aplikasi ini adalah aplikasi whatsapps ini telah

menjadi satu medan untuk pelajar pengajian tinggi untuk membuat perbincangan tanpa perlu

bersemuka .Sekiranya , pelajar pengajian tinggi ingin membuat perbincangan bersama rakan-

rakan sekumpulan melalui persemukaan ataupun perjumpaan kemungkinan salah satu rakan

dalam kumpulan tersebut akan mengalami kelewatan dalam perjumpaan tersebut ataupun

tidak hadir maka ini akan mencacatkan perbincangan tersebut .Tetapi menggunakan aplikasi

ini rakan-rakan sekumpulan akan tidak mempunyai alasan untuk tidak hadir ataupun lewat

dalam perbincangan melalui aplikasi whatsapps tersebut .

Memudahkan perbincangan
Setiap pelajar di universiti pastinya akan mendapat tugasan yang banyak daripada pensyarah

sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Justeru, penggunaan Whatsapp amat

relevan bagi mereka untuk berbincang tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Mereka

boleh berbincang hanya dalam kumpulan Whatsapp tanpa perlu berjumpa selain dapat

menjimatkan masa dan tenaga.

Whatsapp pada hari ini amat membantu para pelajar khususnya di universiti untuk

menyampaikan dengan pantas dan berkesan. Di universiti pastinya capaian internet tanpa

wayar (wifi) amat mudah untuk diakses sekaligus maklumat-maklumat penting dapat

disampaikan secara pantas, tepat dan berkesan tanpa perlu menggunakan khidmat manusia

untuk menyampaikannya. Contohnya, memberitahu rakan yang tidak hadir ke kuliah

mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Kesimpulan, kewujudan Whatsapp telah banyak mengubah landskap kehidupan kita

pada hari ini menjadi lebih baik. Namun, jika kita menggunakannya tanpa kawalan yang

bijak, ia pastinya memberikan impak yang negatif terhadap diri kita dan masyarakat

sekeliling.  Maka atas dasar itu, seseorang itu perlulah memikirkan tentang baik buruk

Whatsapp itu, kenal pasti tujuan yang hendak dicapai barulah meneruskan penggunaan

Whatsapp itu berpanduaan goal-setting ataupun to-do list yang telah dibuat.Dari segi

pengawalan masa, mungkin kita tidak dapat terus menghentikan penggunaan Whatsapp

kerana ia juga merupakan suatu keperluan dalam kehidupan kita, tetapi letakkanlah had masa

seperti jadual pembahagian masa untuk bersosial di alam realiti dan alam maya. Oleh itu,

berharap pelajar-pelajar dapat menggunakan aplikasi Whatsapp ini sebaiknya mengikut etika-

etika yang ditetapkan.


Pautan-pautan youtube untuk pelajar:
 https://youtu.be/rzvCluYcIEw
 https://youtu.be/8pPkQLIfcs4
 https://www.youtube.com/watch?v=V5sGCr0EPUw&t=6s
 https://youtu.be/cdX-MWG2FJg
Pautan lembaran kerja atas talian “worksheets”:
 https://www.liveworksheets.com/1-tf1370113xf
 https://www.liveworksheets.com/1-zi1364592eo
 https://www.liveworksheets.com/1-rz1351000yy
Pautan kuiz untuk pelajar belajar di atas talian:
 https://quizizz.com/join/quiz/5f9c0360e212310020b6a363/start
 https://quizizz.com/join/quiz/5f9457db156afc001b2d9eff/start
 https://quizizz.com/join/quiz/5f945067e9714f001ba68b2f/start
 https://quizizz.com/join/quiz/5d514c08983205001a968df6/start?studentShare=true
Rujukan:

Zulhanif Idris dan Roslinda Rosli. (2019). Whatsapp: Penggunaannya dalam membantu
pembelajaran Matematik Tambahan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Tahfiz
Kerajaan di Kuala Lumpur, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Chear, S. L. S. 2017. Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Aplikasi WhatsApp dan


Telegram di Universiti Swasta. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(2).

Zaidatun Tasir, Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun. (2011). Penggunaan Alat
Rangkaian Sosial di kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Bouhnik, D., Deshen, M. & Gan, R. 2014. WhatsApp Goes to School : Mobile Instant
Messaging between Teachers and Students. Journal Of Information Technology
Education : Research, 13, 217–231.

Laman Web:

1. https://www.drupalnote.my/pembangunan-laman-web/apa-itu-web-2-0
2. https://www.scribd.com/document/116243389/Bab-4-Rangkaian-Sosial
3. https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2019/12/jawapan-karangan-huraikan-
pendapat-anda.html
4. https://www.ipendidikan.my/faedah-menggunakan-laman-sosial.html

You might also like