You are on page 1of 35

970117-06-5578

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1 ISI KANDUNGAN 1

2 ABSTRAK 2

3 PENGHARGAAN 3

4 PENGENALAN 47

5 OBJEKTIF KAJIAN 8

6 LOKASI KAJIAN 9 12

7 METADOLOGI KAJIAN 13 14

8 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 15 24

9 RUMUSAN 25 27

10 RUJUKAN 28

11 LAMPIRAN 29 35

1
970117-06-5578

ABSTRAK

PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP PENGURUSAN AIR PAHANG (PAIP) DI


FELDA CHINI 4, PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

Kajian ini mengenai persepsi penduduk terhadap Pengurusan Air Pahang (PAIP) di Felda
Chini 4 Pekan Pahang Darul Makmur. Lokasi kajian yang dikaji adalah di Felda Chini 4
Pekan Pahang Darul Makmur. Kajian ini mengandungi dua objektif yang ingin dicapai
iaitu mngenal pasti kepuasan penduduk Felda Chini 4 terhadap PAIP ini dan mengenal
pasti kepentingan air kepada penduduk Felda Chini 4. Kaedah yang digunakan oleh
pengkaji adalah dengan menggunakan kaedah melalui borang soal selidik, kaedah
rujukan, pengumpulan data, kaedah pemerhatian dan mempersembahkan data. Sebanyak
30 borang soal selidik telah diedarkan kepada 30 responden. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kekerapan berlakunya gangguan bekalan air adalah sebanyak 2
hingga 3 kali sebulan. Kesimpulannya, air sangat penting kepada penduduk Felda Chini 4
untuk kegunaan harian mereka seperti memasak, menyuci, membasuh, dan sebagainya.

2
970117-06-5578

PENGHARGAAN

Alhamdulillah segala puji ke hadrat Ilahi di atas limpahan rahmat dan kurniaNya,
dapatlah saya menyiapkan projek kajian ini.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Tuan Haji Bakri Bin Mohd Salim selaku Pengetua SMK (LKTP) Chini dan
Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 iaitu Encik Norman Farid Bin Abdul Razak. Tidak
lupa juga kepada Puan Rohaizan Binti Mohd Yusuf dan juga Puan Suzilawati Binti
Kassim selaku guru pembimbing saya yang banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan ini amat saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T melimpahkan
rahmatNya di atas segala jasa baik yang dicurahkan.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada bapa saya, Encik Md Dahlan
Bin Abdullah serta ibu saya, Puan Norsiah Binti Amor dan semua ahli keluarga yang
tidak jemu memberi bantuan dari segi kewangan dan juga sokongan moral kepada saya
dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Buat teman-teman seperjuangan, Hawa Binti
Muhamad Shukri, Nurul Najeehah Binti Abd Radzi serta Nur Aqilah Diyana Binti Mohd
Hamidi, terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi idea serta
memberi komitmen yang baik kepada saya. Semoga segala usaha dan cita-cita kita
diberkati Allah S.W.T.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para guru, rakan-rakan tingkatan 6 Atas Bestari dan semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau tidak dalam menyiapkan kerja kursus ini. Segala budi dan
jasa yang diberi hanya Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh
rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

3
970117-06-5578

1.0 PENGENALAN

Mengikut kamus Dewan Edisi Ketiga, kemudahan bermaksud kesenangan atau


keselesaan. Dalam erti kata lain sesuatu yang memudahkan atau mempermudahkan
sesuatu usaha manakala asas bermaksud dasar atau sandaran bagi sesuatu perbuatan atau
tindakan. Ini bermaksud kemudahan asas ialah sesuatu yang memberi kesenangan dalam
tindakan bagi sesuatu sandaran. Kemudahan asas di Malaysia sememangnya tidak asing
lagi disebabkan oleh perubahan arus pemodenan yang semakin maju. Terdapat pelbagai
kemudahan asas dari seluruh negara yang telah dicipta dan digunakan oleh masyarakat
dunia pada masa ini. Sebagai contoh, kemudahan asas bas Rapid yang bagi memudahkan
penduduk Malaysia.

Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga juga, paip bermaksud pembuluh
untuk menyalurkan air, minyak dan gas. Bagi singkatan nama PAIP di Malaysia ialah
perkhidmatan air yang dibekalkan ke seluruh petempatan bagi penduduk di Malaysia.
PAIP secara rasmi ialah singkatan nama bagi Pengurusan Air Pahang Berhad. PAIP ini
secara rasminya telah lama ditubuhkan pada 1 Februari 2012 melalui pengkorporatan
Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) dan merupakan anak syarikat milik penuh Kerajaan
Negeri Pahang. Dengan pengkorporatan JBAP, Kerajaan Negeri dengan secara rasminya
menyerahkan urusan operasi merawat, membekal, membersih dan memungut hasil air
daripada penjualan air bersih yang selama ini dikendalikan oleh JBAP kepada PAIP.

PAIP telah dilesenkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)


sebagai operator bekalan air untuk Negeri Pahang selaras dengan peruntukan Akta 655
(Akta Industri Perkhidmatan Air 2006). Dengan itu, PAIP berfungsi memberi
perkhidmatan bekalan air bersih yang memuaskan dari segi kuantiti dan kualiti kepada
pengguna dengan cara yang paling berekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan
sosial dan ekonomi Negeri Pahang Darul Makmur.

4
970117-06-5578

Selain daripada itu, PAIP juga bertanggungjawab ke atas perancangan,


pembangunan dan pengurusan Sistem Bekalan Air Negeri Pahang Darul Makmur di
samping mengebil dan memungut hasil bekalan air bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang.
PAIP juga bertindak sebagai penasihat atau perunding kepada Kerajaan Negeri Pahang
kepada perkara-perkara yang melibatkan industri bekalan air.

Sistem bekalan air di rumah mempunyai dua cara iaitu secara sistem terus dan
sistem tak terus. Sistem terus adalah bekalan air yang dibekalkan dari paip perkhidmatan
terus ke seluruh kelengkapan paip di rumah. Sistem tak terus pula adalah bekalan air
yang dibekalkan dari meter air melalui paip perkhidmatan ke tangki simpanan dan pili
dapur. Dalam sistem bekalan air di rumah terdapat beberapa dan setiap paip mempunyai
fungsi-fungsi yang tertentu iaitu menghubungkam paip utama dengan meter air,
menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan dapur serta mengagihkan air dari
tangki simpanan kepada kelengkapan perpaipan seperti pili-pili singki cuci, alat mandian
dan tangki simbah.

Isu yang sering juga menjadi percakapan antara sesebuah penduduk adalah tentang
bekalan air yang sering terganggu di kawasan perumahan mereka. Ada segelintir
masyarakat yang menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap gangguan tersebut sehingga
membuat aduan dan pelbagai tetapi langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi
masalah ini hanya sementara dan seterusnya masalah yang sama berlaku. Ada bekalan air
yang dibekalkan juga keruh dan tidak bersih. Sememangnya sumber air yang dibekal
perlu bersih bagi memastikan tidak berlaku sebarang penyakit kepada penduduk.

Air dalam kehidupan manusia memang tidak dapat dipisahkan dan sememangnya
sangat diperlukan oleh tubuh badan dan juga untuk tumbuh-tumbuhan. Bagi mereka yang
ingin melakukan aktiviti harian seperti membasuh, memasak, menyuci juga memerlukan
bekalan air yang banyak. Terutama bagi mereka yang mengadakan majlis kenduri-
kendara yang hanya akan menyusahkan mereka untuk membuat pekerjaan tersebut
dengan mudah.

5
970117-06-5578

Masalah kekurangan bekalan air ini juga berlaku akibat daripada peningkatan
suhu global yang menyebabkan kadar kehilangan air berlaku dengan lebih cepat akibat
proses penyejatan air yang tinggi ke atmosfera. Masalah seperti sememangnya tidak
dapat diatasi dengan segera disebabkan oleh kejadian alam semulajadi yang manusia
tidak dapat elak tetapi boleh diatasi dengan pelbagai cara teknologi yang lain.

Di samping itu, statistik menunjukkan bahawa negeri Selangor merupakan negeri


yang selalu mengalami masalah bekalan air ini. Antara tempat yang sering berlaku
masalah ini ialah di institusi-institusi mahupun kolej-kolej yang terletak di Selangor.
Pelbagai masalah yang telah dihadapi oleh para pelajar yang menduduki asrama di kolej
tersebut. Mereka sukar untuk membuat aktiviti harian. Gangguan tersebut kebiasaannya
berlaku berhari-hari sehingga bekalan air yang disimpan kehabisan. Apabila kejadian ini
berlaku, pelajar akan diberi cuti sehingga bekalan air mencukupi semula. Kerajaan
Selangor juga mengambil inisiatif dengan melakukan pencaturan air bagi menghadapi
musim kemarau kelak yang akan mengurangkan kadar pembekalan air.

Seterusnya, kemudahan air juga boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti
air embun, air hujan, air daripada punca bukit, air perigi dan lain-lain lagi. Air embun
boleh didapati apabila berlakunya hujan manakala air daripada punca bukit sukar
diperoleh kerana kebanyakan kawasan tidak terdapat punca air bukit. Kebiasaannya
hanya sebilangan penduduk memperoleh air daripada punca bukit tersebut disebabkan
oleh tempoh masa yang lama menetap tinggal di petempatan tersebut.

Pemprosesan air untuk tujuan minuman melibatkan rawatan seperti permisahan


pepejal menggunakan kaedah fizikal seperti enapan dan penapisan, kimia seperti
penyahjangkitan dan penggumpalan. Proses biologi juga digunakan dalam rawatan air
buangan dan proses ini dapat termasuk, sontohnya lagun berudara, enap cemar diaktifkan
atau turas pasir perlahan. Pembersihan air adalah pengalihan pencemaran dari air yang
tidak dirawat untuk menghasil air sesuai diminum yang cukup suci untuk kegunaan
manusia. Bahan-bahan yang dialih sewaktu proses rawatan air sesuai simunum termasuk
pepejal ditangguh, bakteria, algae, virus, fungi, mineral, seperti besi , mangen dan sulfur

6
970117-06-5578

dan pencemaran kimia buatan manusia termasuk baja. Air yang dibekalkan perlulah
bersih supaya memastikan air yang diminum selamat oleh semua masyarakat.

Selain itu, pembaziran air juga salah satu faktor yang boleh menyebabkan
terputusnya bekalan air yang mencukupi bagi sesebuah petempatan. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembaziran yang dilakukan oleh penduduk akan mengurangkan bekalan
air yang sepatutnya disalurkan terus ke rumah. Tetapi akibat daripada penggunaan air
yang terlalu maksimum dan berlebihan, bekalan air tersebut kehabisan dan tidak dapat
dibekalkan ke rumah. Oleh itu, langkah penjimatan seharusnya diambil supaya air akan
terus dibekalkan dan tidak berlaku gangguan seperti yang tidak diingini.

Rasionalnya, air sangat penting dalam kehidupan seharian manusia yang


sememangnya tidak akan terpisah. Sekiranya berlaku gangguan ini, masyarakat
sepatutnya tidak terus menuduh pihak PAIP yang tidak menjalankan tugas tetapi
berkemungkinan berlaku kecurian paip atau berlaku sambungan haram yang dilakukan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini sememangnya akan menyebabkan
berlaku gangguan air yang berterusan. Oleh itu, kerjasama orang ramai untuk memberi
maklumat terhadap aktiviti haram ini memastikan pihak PAIP tidak mengalami kerugian.
Namun, kita juga sebagai pengguna hendaklah berjimat semasa menggunakan air supaya
tidak berlaku pembaziran bagi mengelakkan perkara tidak diigini berlaku.

7
970117-06-5578

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif telah dirangka sebagai garis panduan ke atas kajian yang dilakukan
oleh pengkaji. Langkah ini perlu supaya matlamat kajian yang dirancang dapat dicapai
sepenuhnya, objektif yang telah digariskan ialah :

1) Mengenalpasti kepuasan penduduk terhadap Pengurusan Air Pahang (PAIP) di


Felda Chini 4, Pekan, Pahang Darul Makmur.

2) Mengenal pasti kepentingan air bagi penduduk di Felda Chini 4, Pekan, Pahang
Darul Makmur.

8
970117-06-5578

3.0 LOKASI KAJIAN

Dalam membuat kajian ini, kawasan kajian adalah elemen yang sangat penting bagi
menfokuskan sesuatu kajian yang dikehendaki. Kajian ini menfokuskan di Gugusan
Felda Chini yang terletak di Daerah Pekan dan berada dalam negeri Pahang. Jarak relatif
dari Chini ke bandar Pekan menggunakan pengangkutan awam seperti bas ialah RM7.80
yang mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit untuk sampai ke bandar Pekan manakala
jarak relatif dari Chini ke bandar Kuantan ialah RM10 sahaja yang mengambil masa kira-
kira 2 jam untuk sampai ke bandar Kuantan.

PETA 1 : PETA NEGERI PAHANG

(Sumber : Google maps)

Lokasi kajian ini menfokuskan dalam negeri Pahang. Ibu negeri bagi Pahang ialah
Kuantan. Negeri Pahang merupakan negeri yang terbesar antara lain-lain negeri dalam
Malaysia. Pahang terdiri daripada 11 daerah. Antara daerah yang berada dalam negeri
Pahang ialah Daerah Bentong, Daerah Bera, Daerah Cameron Highlands, Daerah
Jerantut, Daerah Kuantan, Daerah Lipis, Daerah Maran, Daerah Pekan, Daerah Raub,
Daerah Rompin dan Daerah Temerloh.

9
970117-06-5578

PETA 2 : PETA DAERAH PEKAN

(Sumber : Google maps)

Lokasi kajian ini terletak di Daerah Pekan. Pekan merupakan Bandar Diraja. Pahang
dibahagikan kepada beberapa daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada bebebapa
mukim. Daerah Pekan merupakan satu daripada mukim yang terletak dalam pentadbiran
Daerah Pekan. Antara mukim yang berada dalam Daerah Pekan ialah Mukim Bebar,
Ganchong, Kuala Pahang, Langgar, Lepar, Pahang Tua, Pekan, Penyor, Pulau Manis,
Pulau Rusa, Temai, Bandar Pekan, Pekan Kuala Pahang dan Pekan Nenasi. Di Pekan
juga terdapat perkhidmatan pelbagai pasaraya dan kemudahan perkhidmatan
pengangkutan awam

10
970117-06-5578

PETA 3 : PETA GUGUSAN FELDA CHINI

(Sumber : Google maps)

Peta di atas menunjukkan kawasan kajian yang berfokus di Gugusan Felda Chini 4.
Kawasan kajian ini yang terletak di Chini merupakan sebuah bandar baru yang terletak
kira-kira 75 kilometer dari daerah Pekan dan 90 kilometer dari bandar Kuantan. Chini
terletak di mukim Penyor. Lokasi kajian ini juga terletak tidak jauh dari Tasik Chini yang
merupakan tasik semulajadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera. Kawasan
Gugusan Felda Chini juga sememangnya banyak dikelilingi oleh ladang kelapa sawit
yang menjadi sumber ekonomi kehidupan masyarakat di sana.

11
970117-06-5578

LOKASI KAJIAN : GUGUSAN FELDA CHINI O4, PAHANG

(Sumber : Kajian Lapangan 2016)

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah di kawasan gugusan Felda Chini 4. Felda
Chini 4 adalah Felda yang mempunyai pekan sehari pada hari Jumaat yang sememangnya
antara yang terbesar dan menjadi pilihan semua penduduk. Penduduk Felda Chini 4 juga
mempunyai pelbagai kebun di kawasan persekitaran halaman mahupun kawasan
persekitaran rumah masing-masing. Lokasi yang dipilih adalah kerana ia merupakan
tempat tinggal pengkaji. Perkara ini memudahkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat
tentang perkara yang ingin dikaji.

12
970117-06-5578

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam menyiapkan kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapat maklumat. Kaedah kajian ini penting bagi mendapat maklumat yang tepat serta
mendapat hasil yang diingini. Antara kaedah kajian yang digunakan ialah :

i) Kaedah melalui borang soal selidik


Kaedah ini merupakan kaedah yang selalu digunakan oleh pengkaji
untuk mendapat data primer dan ia juga merupakan kaedah utama
dalam pengumpulan data. Soal selidik perlulah berdasarkan objektif
kajian serta kerangka konseptual yang telah ditetapkan. Bahasa yang
digunakan perlulah difahami oleh semua lapisan responden. Borang
soal selidik adalah berbentuk soalan tertutup dan ia tidak memerlukan
maklumat terperinci seperti nama mahupun kad pengenalan. Soalan
tertutup lebih mudah difahami dan mudah untuk pengumpulan data.
Kaedah ini dilakukan ke atas seramai 30 responden yang terdiri
daripada penduduk Felda Chini 4. Saya juga telah menyediakan 14
soalan untuk satu set borang soal selidik.
Satu set soalan borang soal selidik mempunyai tiga bahagian iaitu
Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A merupakan
soalan tentang latar belakang responden manakala Bahagian B dan C
pula soalan berkenaan kajian. Borang soal selidik ini diberi secara
rawak kepada 30 responden.
ii) Kaedah rujukan
Kajian ini juga dijalankan melalui kaedah rujukan seperti media cetak
dan media elektronik. Kaedah ini memerlukan tumpuan yang lebih
bagi mencari bukti untuk mengukuhkan penyataan dapatan kajian.
Saya juga telah menggunakan maklumat yang dilakukan oleh pengkaji
terdahulu berkenaan tugasan ini melalui internet. Hasil kajian tersebut
dapat menyokong saya membuktikan lagi kepuasan dalam pengurusan
PAIP terhadap penduduk sekitar dan mengenalpasti beberapa
kepentingan air bagi semua masyarakat.

13
970117-06-5578

iii) Pengumpulan data


Kaedah pengumpulan data merupakan salah satu kaedah yang boleh
digunakan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data ini
memerlukan penggunaan skala liket iaitu lima skor yang digunakan
dalam borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 30 orang
responden. Skala lima liket yang digunakan adalah seperti sangat
setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju, dan sangat tidak setuju.
iv) Kaedah pemerhatian
Kaedah pemerhatian juga digunakan oleh pengkaji dalam menjalankan
kajian ini. Pengkaji telah melakukan pemerhatian tentang gangguan
bekalan air yang berlaku di Felda Chini 4 selama sebulan. Pemerhatian
yang dibuat mendapati masalah ini sering berlaku di Felda Chini 4 dan
pemerhatian selama sebulan ini telah mendapati gangguan air banyak
berlaku sebanyak 2 hingga 3 kali dalam sebulan.
v) Mempersembahkan data
Pengkaji telah menggunakan kaedah dengan mempersembahkan data
melalui tiga cara iaitu dengan menggunakan jadual, graf dan data.
Melalui jadual yang dibuat, pengkaji dapat menyusun semua data yang
telah dikumpul dengan sistematik yang mempunyai kekerapan
bilangan responden serta peratus yang telah dikira. Seterusnya,
pengkaji akan membuat graf berdasarkan jadual yang dibuat. Semua
data yang dibuat akan dihuraikan berdasarkan jadual yang dibuat.
Semua data yang dibuat akan dihuraikan berdasarkan graf tersebut.

14
970117-06-5578

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 1 : Menunjukkan demografi responden daripada kalangan penduduk Felda Chini 4


di Pekan, Pahang berdasarkan umur dan jantina.

Jadual 1 : Latar belakang Responden

Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratus (%)


(Orang)
1 Umur 20 tahun ke bawah 10 33
21 39 tahun 5 17
40 60 tahun 11 37
61 tahun ke atas 4 13
2 Jantina Lelaki 12 40
Perempuan 18 60

Sumber : Kajian Lapangan 2016

15
970117-06-5578

Rajah 1 : Latar belakang responden berdasarkan umur

KATEGORI UMUR

13% Petunjuk :
33%
20 tahun ke bawah
21 39 tahun
37%
40 60 tahun
17%
61 tahun ke atas

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi seramai 10 orang atau 33% penduduk Felda
Chini 4 adalah berumur 20 tahun ke bawah. Manakala responden yang berumur 21
hingga 39 tahun adalah seramai 5 orang iaitu bersamaan 17%. Bagi responden yang
berumur 40 hingga 60 tahun adalah paling tinggi iaitu seramai 11 orang bersamaan 37%.
Bagi responden yang berumur 61 ke atas pula adalah seramai 4 orang sahaja bersamaan
13%.

Kesimpulannya, responden yang berumur 40 hingga 60 merupakan paling tinggi dalam


kalangan responden. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor telah lama menetap di
kawasan tersebut. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kebanyakan responden yang
berumur tersebut mempunyai pekerjaan yang telah tetap di kawasan gugusan Felda Chini
seperti pekerjaan peneroka.

16
970117-06-5578

Rajah 2 : Latar belakang responden berdasarkan jantina

KATEGORI JANTINA
20
18
16
Bilangan Responden (orang)

14
Petunjuk :
12
10 Lelaki

8 Perempuan
6
4
2
0
Lelaki Perempuan

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berdasarkan graf di atas, dapatan kajian yang diperolehi seramai 18 orang bersamaan
60% adalah terdiri daripada perempuan dan selebihnya adalah lelaki iaitu 12 orang
bersamaan 40%.

Responden perempuan lebih ramai disebabkan oleh sikap perempuan yang lebih
menyukai untuk menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu permasalahan
berbanding lelaki. Selain itu, pekerjaan yang tetap dan tidak banyak berpindah keluar
daripada kawasan kajian juga mendorong peningkatan responden perempuan lebih ramai
berbanding lelaki. Begitu juga kekangan yang menghalang wanita untuk keluar berpindah
dan bekerja di bandar disebabkan oleh halangan keluarga yang merisaukan tentang
keselamatan mereka. Bilangan lelaki yang lebih sedikit berbanding perempuan adalah
disebabkan oleh lelaki lebih banyak berpindah keluar daripada tempat asal untuk bekerja
dan mereka sememangnya sudah pandai berdikari untuk hidup secara bersendiri di
bandar.

17
970117-06-5578

5.2 MENGENALPASTI KEPUASAN PENDUDUK FELDA CHINI 4 TERHADAP


PENGURUSAN AIR PAHANG (PAIP)

Jadual 2 : Menunjukkan kekerapan gangguan bekalan air yang sering berlaku dalam masa
sebulan.

Kekerapan Bilangan (orang) Peratus (%)


Kurang 1 kali sebulan 7 23%
2 3 kali sebulan 21 70%
Lebih 4 kali sebulan 2 7%

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Graf 3 : Kekerapan gangguan bekalan air di Felda Chini 4

KEKERAPAN GANGGUAN BEKALAN


AIR
25
Bilangan Responden (orang)

20

15

10

0
Kurang 1 kali sebulan 2 3 kali sebulan Lebih 4 kali sebulan

Sumber : Kajian Lapangan 2016

18
970117-06-5578

Berdasarkan graf di atas, kekerapan gangguan bagi tempoh masa yang kurang satu kali
sebulan mempunyai 7 orang iaitu bersamaan 23%. Manakala gangguan bekalan air dalam
sebulan banyak berlaku antara dua hingga tiga kali iaitu seramai 21 orang iaitu 70%.
Seterusnya, bagi tempoh masa yang lebih daripada 4 kali sebulan seramai 2 orang sahaja
iaitu 7%.

Kesimpulannya, kebanyakan responden mendapati bahawa gangguan bekalan air yang


paling kerap adalah sebanyak 2 hingga 3 kali dalam sebulan iaitu seramai 21 orang
bersamaan 70%. Ini kerana gangguan yang berlaku mungkin disebabkan oleh
penyelenggaraan oleh pihak pengurusan. Penyelenggaraan yang dibuat kebanyakkannya
disebabkan oleh paip yang bocor atau pecah sehingga menyebabkan bekalan air tidak
dapat disalurkan ke rumah.

Jadual 3 : Kepuasan dalam penyampaian makluman akan berlaku gangguan bekalan air

Kepuasan Bilangan responden Peratus (%)


(orang)
Sangat setuju 5 17%
Setuju 6 20%
Tidak pasti 5 17%
Tidak setuju 10 33%
Sangat tidak setuju 4 13%

Sumber : Kajian Lapangan 2016

19
970117-06-5578

Graf 4 : Menunjukkan kepuasan dalam penyampaian makluman sekiranya akan berlaku


gangguan bekalan air di Felda Chini 4

KEPUASAN DALAM PENYAMPAIAN


MAKLUMAN GANGGUAN BEKALAN
AIR
12
Bilangan Responden (orang)

10

0
Sangat setuju Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak
setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berdasarkan graf di atas, separuh daripada responden tidak bersetuju bahawa PAIP akan
memberi makluman terlebih dahulu apabila berlaku gangguan bekalan air iaitu sebanyak
10 orang tidak bersetuju bersamaan 33%. Hanya 5 orang yang sangat setuju dan tidak
pasti terhadap PAIP dalam menyampaikan makluman sekiranya berlaku gangguan
bekalan air iaitu persamaan 17% kedua-duanya. Manakala 6 orang responden bersetuju
bahawa pihak PAIP menjalankan tugas mereka dengan baik dalam menyampaikan
makluman gangguan bekalan air iaitu sebanyak 20%. Bagi responden yang sangat tidak
setuju bahawa PAIP akan menyampaikan makluman terlebih dahulu apabila berlaku
gangguan bekalan air adalah seramai 4 orang bersamaan 13%.

20
970117-06-5578

Kesimpulan yang didapati adalah kebanyakan responden tidak bersetuju bahawa pihak
PAIP akan menyampaikan makluman apabila berlaku gangguan bekalan air. Ini kerana
apabila berlakunya gangguan bekalan air, penduduk tidak diberikan sebarang notis atau
makluman sehingga menyebabkan penduduk kekurangan bekalan air yang disimpan di
rumah. Ramai penduduk yang memberi aduan kepada pihak tersebut tetapi sebarang
tindakan juga tidak diambil bagi memulihkan semula persepsi penduduk.

5.3 MENGENAL PASTI KEPENTINGAN AIR BAGI PENDUDUK FELDA CHINI 4

Jadual 4 : Sumber lain yang boleh didapati untuk mendapatkan bekalan air

Sumber lain Bilangan responden Peratus (%)


(orang)
Sungai 3 10%
Simpanan air di rumah 17 57%
Air daripada punca bukit 1 3%
Menginap di rumah saudara 9 30%

Sumber : Kajian Lapangan 2016

21
970117-06-5578

Rajah 5 : Sumber lain untuk mendapatkan bekalan air

SUMBER BEKALAN AIR

Petunjuk :
10%
30% Sungai

Simpanan air di rumah

57% Air daripada punca bukit


3%
Menginap di rumah
saudara

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, sumber lain yang boleh didapati untuk
mendapatkan bekalan air ialah sungai, simpanan air di rumah, air daripada punca bukit
dan menginap di rumah saudara. Bagi sumber bekalan air yang boleh didapati di sungai
seramai 3 orang iaitu 10%. Manakala bagi mendapatkan sumber bekalan air melalui
simpanan air di rumah ialah paling tinggi seramai 17 orang iaitu 57%. Lain pula bagi
mereka yang mendapatkan bekalan air melalui air daripada punca bukit adalah seorang
sahaja iaitu sebanyak 3%. Sumber bekalan air yang boleh didapati melalui menginap
rumah di saudara adalah sebanyak 9 orang iaitu 30%.

Berdasarkan kajian, lebih daripada separuh jumlah responden mempunyai simpanan air
di rumah bagi kegunaan lain. Simpanan air yang digunakan adalah seperti air kolah dan
air tangki yang disimpan. Air yang disimpan akan lebih memudahkan pengguna dalam
rumah sekiranya berlaku gangguan air. Sebagai contoh, untuk kegunaan penternakan dan
pertanian kecil di kawasan persekitaran rumah. Bekalan air yang disimpan tidaklah

22
970117-06-5578

terlalu banyak dan hanya cukup untuk beberapa hari tetapi sekiranya berlaku kecemasan ,
air tersebut masih boleh digunakan walaupun jumlahnya sedikit.

Jadual 5 : Kepentingan air bagi penduduk Felda Chini 4

Kepentingan air Bilangan responden Peratus (%)


(orang)
Perniagaan 10 33%
Perindustrian 2 7%
Pembinaan 3 10%
Kegunaan harian 15 50%

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Rajah 6 : Kepentingan air bagi penduduk Felda Chini 4

KEPENTINGAN AIR

Petunjuk :
33%
Perniagaan
Perindustrian
50%
Pembinaan
Kegunaan harian

7%

10%

Sumber : Kajian Lapangan 2016

23
970117-06-5578

Berdasarkan edaran borang soal selidik yang diagihkan kepada responden , ia sangat
membantu saya untuk mengetahui kepentingan penggunaan air kepada penduduk Felda
Chini 4. Peratusan yang paling tinggi telah dikenal pasti iaitu sebagai kegunaan harian
seramai 15 orang iaitu sebanyak 50%. Kemudian diikuti dengan kegunaan dalam
kegiatan perniagaan seramai 10 orang iaitu 33%. Seterusnya digunakan untuk pembuatan
pembinaan seramai 3 orang iaitu 10% dan perindustrian merupakan peratusan paling
terendah iaitu 2 orang sahaja yang mempunyai peratus sebanyak 7%.

Kebanyakan responden menggunakan air adalah untuk kegunaan harian. Hal ini
dikatakan demikian kerana sememangnya masyarakat menggunakan air untuk kegunaan
harian seperti memasak, membasuh, menyuci, bekalan minum dan sebagainya. Sekiranya
berlaku gangguan air, akan menyebabkan aktiviti harian mereka tergendala dan tidak
dapat diteruskan. Begitu juga apabila berlangsungnya majlis yang besar seperti kenduri.
Hal ini akan menyusahkan mereka dan tidak dapat melakukan pekerjaan dengan selesa.

24
970117-06-5578

RUMUSAN

Keseluruhannya,kajian yang telah saya lakukan mendapati bahawa kebanyakan di


Felda Chini 4 mempunyai lebih ramai responden perempuan berbanding responden
lelaki. Hal ini kerana mungkin disebabkan oleh faktor-faktor tertentu seperti perempuan
lebih suka untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu permasalahan
berbanding lelaki yang lebih suka berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan
mahupun percakapan.

Kekerapan gangguan bekalan air yang berlaku juga menyebabkan pelbagai aduan
yang diterima. Kebanyakan responden bersetuju menyatakan pendapat bahawa pihak
PAIP tidak menyampaikan terlebih dahulu tentang gangguan bekalan air yang akan
dihadapi. Sekurang-kurangnya seramai 21 orang menyatakan bahawa gangguan ini sering
berlaku dalam 2 hingga 3 kali sebulan. Hal ini menyebabkan pelbagai aduan yang
diterima dan dikritik oleh pelbagai pihak disebabkan oleh sikap pihak PAIP yang tidak
memberikan kerjasama dan langkah bagi mengatasi masalah ini.

Hasil dapatan kajian juga menunjukkan bahawa hanya 10% responden


mendapatkan sumber air di sungai. Hal ini menunjukkan bahawa sungai juga merupakan
sumber bekalan yang boleh didapati apabila berlaku gangguan bekalan air. Tetapi
disebabkan oleh faktor kebersihan yang tidak dijamin, kebanyakan masyarakat tidak
berani untuk mendapatkan bekalan air di sungai. Selain itu, masyarakat juga akan mudah
terdedah dengan pelbagai penyakit seperti gatal-gatal badan yang teruk. Air sungai yang
bersih dan jernih juga tidak semestinya bersih seperti yang dilihat. Berkemungkinan
sungai tersebut terdapat air kencing tikus. Sekiranya penduduk mendapatkan bekalan air
di sungai tersebut, penduduk akan mendapat jangkitan air kencing tikus tersebut sehingga
membawa maut.

Kebanyakan responden juga mendapatkan bekalan air dengan menginap di rumah


saudara-mara yang terdekat. Sekiranya berlaku gangguan air yang terlalu lama sehingga
beberapa minggu akan menyebabkan kehabisan bekalan air. Bahkan, air yang disimpan
juga turut kehabisan. Hal ini akan menyebabkan masyarakat sukar membuat pekerjaan

25
970117-06-5578

mereka. Lalu langkah yang diambil adalah dengan menginap di rumah saudara mereka
yang terdekat untuk beberapa hari dan sama kampung iaitu di Felda Chini juga tetapi
berlainan Chini. Ada segelintir masyarakat membawa botol-botol kosong untuk
mendapatkan bekalan air di rumah saudara berikutan bekalan air yang telah habis.

Bilangan responden yang mendapatkan sumber bekalan air daripada punca bukit
hanya 3% iaitu seorang responden. Hal ini mungkin disebabkan oleh sukar mendapatkan
air daripada punca bukit tersebut. Bagi masyarakat yang mendapat sumber air tersebut,
berkemungkinan bagi mereka yang telah lama tinggal di sekitar kawasan tersebut dan
tinggal di kawasan yang berbukit.

Seterusnya, air merupakan keperluan yang sangat penting bagi semua masyarakat.
Masyarakat berpendapat bahawa kepentingan air bagi mereka adalah untuk perindustrian,
pembinaan, perniagaan dan kegunaan harian. Kepentingan air untuk penggunaan
kegunaan harian bagi penduduk Felda Chini 4 merupakan kepentingan yang paling
dominan iaitu seramai 15 orang. Hal ini kerana air yang digunakan adalah untuk
membuat semua aktiviti harian seperti memasak, menyuci, membasuh dan sebagainya.
Penduduk merasakan bahawa jika bekalan air mengalami masalah, hal ini akan
menyusahkan aktiviti harian mereka tersebut. Air sememangnya untuk kegunaan bagi
tanam-tanaman yang diusahakan. Tanpa air, tanaman akan menjadi kering dan layu serta
terjejaslah sumber pendapatan kesusahan kerana kekurangan sumber makanan yang
berasaskan sayur-sayuran dan bijiran. Oleh itu, air menjadi punca yang paling penting
dalam kehidupan bagi meneruskan kelangsungan hidup manusia bahkan hidupan yang
lain.

Seterusnya, responden juga menyatakan bahawa air sangat penting bagi kegunaan
untuk perniagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana bagi responden yang mengusahakan
perniagaan kecil-kecilan akan menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan perniagaan
tersebut. Perkara ini akan menyebabkan kerugian yang banyak jika kekurangan bekalan
air yang telah disimpan.

26
970117-06-5578

Di samping itu, responden menyatakan bahawa air juga sangat penting bagi
perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana perindustrian kecil-kecilan seperti di
kilang-kilang. Hal ini kerana bagi penghasilan produk mereka. Sebagai contoh, kilang
yang membuat ais, makanan dan minuman. Tanpa air,operasi kilang akan terhenti dan
pastinya menyebabkan kerugian besar kepada pekilang.

Responden juga menyatakan air penting bagi kegunaan pembinaan. Hal ini
dikatakan demikian kerana bagi pembinaan rumah mahupun bangunan-bangunan
memerlukan bekalan air yang berterusan. Jika bekalan air tergendala, pembinaan tidak
dapat diteruskan untuk membasuh simen dan sebagainya. Bagi pekerja buruh yang selalu
membuat pembinaan ini akan menjadi satu permasalahan kepada mereka. Sekiranya
gangguan bekalan air ini terjadi, pekerjaan mereka akan tergendala dan proses
pembinaan menjadi lambat.

Kesimpulannya, tanpa air kehidupan manusia tidak dapat diteruskan begitu juga
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai pengguna yang berwibawa dan bijaksana, semua
masyarakat perlu memastikan bahawa keterusan hidup ini terus menerus diperoleh dan
mengelakkan daripada berlaku pembaziran. Apabila hal ini dipandang positif oleh semua
masyarakat, pihak yang bertanggungjawab seperti PAIP juga pasti akan lebih mudah
menguruskan dan mengatasi sesuatu permasalahan yang dihadapi.

27
970117-06-5578

RUJUKAN

1) BUKU
Ir.Trie M.Sunaryo, M.Eng, November 2007. Pengelolaan Sumber Daya
Air (Konsep dan Penerapannya)

2) KAMUS DAN ENSIKLOPEDIA


Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ensiklopedia Malaysiana Jilid 10, 1996. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

3) KARYA TERJEMAHAN
Heather Smith Jones, 2012. Air, Kertas, Warna. Diterjemah oleh Noor
Junainah Marjuni, Noraidah Nordin dan Nordiana Hamidon. Kuala
Lumpur : Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. (Teks asal dalam
Bahasa Inggeris)

4) INTERNET
Nik Shamila Shafie (2012), Kerja Paip. Dicapai pada May 20, 2012 dari
https://nikshamilashafie.wordpress.com/212/05/20/kerja-paip-95/

5) SURAT KHABAR
Aiman Sadiq Abdullah Paip Kerap Pecah dalam Sinar Harian, 25 Mac
2016.
Mohd Rafi Mamat Kontraktor Masjid Curi Air dalam Harian Metro, 26
Mac 2016.
Norfarhiza Mohd Atar Bekalan Air Terganggu dalam Sinar Harian, 29
Mac 2016.

28
970117-06-5578

LAMPIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) CHINI,


26690 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.

BORANG SOAL SELIDIK TENTANG PERSEPSI PENDUDUK TERHADAP


PENGURUSAN AIR PAHANG (PAIP) DI FELDA CHINI 4, PAHANG

BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG RESPONDAN


Arahan :Tandakan ( / ) sebagai jawapan pada ruang yang telah disediakan.

1) Jantina :
Lelaki
Perempuan

2) Umur:

20 tahun ke bawah
21 39 tahun
40 60 tahun
61 tahun ke atas

3) Status :

Bujang
Berkahwin

29
970117-06-5578

1) Pendapatan :
Kurang daripada RM1000
RM1000 RM3000
Lebih daripada RM4000

BAHAGIAN B : MENGENAL PASTI KEPUASAN PENDUDUK TERHADAP


PENGURUSAN AIR PAHANG (PAIP) DI FELDA CHINI 4

Arahan : Tandakan ( / ) sebagai jawapan pada ruang yang telah disediakan.

1) Berapakah kekerapan gangguan bekalan air di tempat anda ?


Kurang 1 kali sebulan
2 3 kali sebulan
Lebih 4 kali sebulan

2) Adakah bekalan air yang dibekalkan ke rumah anda memudahkan pekerjaan


seharian anda?
Ya
Tidak

Perkara Sangat Setuju Tidak pasti Tidak setuju Sangat tidak


setuju setuju
Skor 1 2 3 4 5

Bil Perkara 1 2 3 4 5

3. Adakah anda berpuas hati terhadap perkhidmatan


bekalan air di kawasan perumahan anda ?

30
970117-06-5578

4. Adakah anda berpuas hati dengan pihak


pengurusan PAIP dalam menyampaikan
makluman jika berlakunya gangguan air ?

5. Adakah pihak PAIP bertanggungjawab jika


berlakunya gangguan bekalan air di tempat anda ?

BAHAGIAN C : MENGENAL PASTI KEPENTINGAN AIR BAGI PENDUDUK


FELDA CHINI 4

Arahan :Tandakan ( / ) sebagai jawapan pada ruang yang telah disediakan.

1) Adakah anda berasa terganggu apabila berlakunya gangguan bekalan air di


kawasan perumahan anda?
Ya
Tidak

2) Apakah kesulitan yang berlaku ketika gangguan bekalan air ini ?


Ketika berlaku kecemasan
Kerja rumah harian terganggu
Pengurusan diri terganggu

3) Apakah kepentingan air kepada anda ?


Perniagaan
Perindustrian
Pembinaan
Kegunaan harian

31
970117-06-5578

4) Sekiranya berlaku gangguan air di kawasan rumah anda, apakah sumber lain
untuk mendapatkan bekalan air ?
Sungai
Simpanan air di rumah
Air daripada punca bukit
Menginap di rumah saudara

5) Adakah bekalan air yang terganggu ini menyebabkan kekurangan bekalan air
minum yang bersih di rumah anda ?

Ya
Tidak

32
970117-06-5578

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Sumber : Kajian Lapangan 2016

33
970117-06-5578

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Sumber : Kajian Lapangan 2016

34
970117-06-5578

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Sumber : Kajian Lapangan 2016

35

You might also like