You are on page 1of 3

KUIH BAKUL

Kuih bakul atau dikenali sebagai nian-gao merupakan salah satu makanan tradisional

kaum Cina yang semakin pupus pada hari ini. Perkataan go bermaksud 'kuih' di mana dalam

nama kuih ini juga mempunyai bunyi yang sama seperti perkataan go bermaksud 'tinggi'

melambangkan erti "semakin tahun semakin tinggi" , dan ninnin goshng atau ringkasnya

"setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan". Kuih bakul ini juga merupakan simbolik

kepada petunjuk-petunjuk yang baik agar satu tahun baru itu akan memberikan kemakmuran,

kebahagiaan dalam keluarga dan juga kekayaan.

Menurut E.N.Anderson di dalam bukunya yang bertajuk The Food Of China, kuih

bakul mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejarah kuih bakul ini mempunyai kaitan dengan

kepercayaan masyarakat cina pada zaman dahulu. Ia mempunyai kaitan dengan kewujudan

Tuhan Dapur. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, Tuhan Dapur ialah tuhan yang dilantik

oleh Maharaja dari syurga dan berperanan untuk mengawasi tingkah laku manusia di dunia.

Kuih bakul dihasilkan bagi mengelakkan Tuhan Dapur daripada melaporkan segala perbuatan

manusia yang tidak baik kepada Maharaja di syurga dengan memberikannya kuih ini.

Masyarakat Cina akan menyembah Tuhan Dapur dengan menyertakan kuih bakul atau

nian gao semasa dalam upacara penyembahan sebagai pemanis mulut Tuhan Dapur tersebut.
Apabila Tuhan Dapur itu diberikan pemanis mulut iaitu kuih bakul secara tidak langsung

Tuhan Dapur itu akan menyampaikan berita baik sahaja kepada Maharaja di syurga.

Kuih bakul ini terdapat dalam pelbagai jenis saiz dan bentuk, iaitu berbentuk bulat dan

segi empat. Namun pada kebiasaannya kuih bakul yang dihasilkan selepas musim Tahun Baru

Cina adalah dalam bentuk bekas segi empat yang besar, manakala bentuk kuih bakul yang

dihasilkan pada musim Tahun Baru Cina pula adalah dalam bentuk bekas bulat yang disalut

dengan daun pisang yang telah dilayur. Hal ini bertujuan bagi memudahkan ianya digunakan

sebagai alat penyembahan bagi masyarakat Cina untuk diletakkan di tempat sembahyang atau

tokong. Kuih bakul yang dihasilkan untuk musim Tahun Baru Cina akan mula dihasilkan

seminggu sebelum perayaan iaitu pada 28 hari bulan dalam kalendar Cina.

Bagi menghasilkan kuih bakul yang sempurna, peralatan yang lengkap diperlukan.

Antara peralatan yang diperlukan untuk membuat kuih bakul ini ialah periuk kukus, besen dan

senduk. Manakala antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kuih bakul ini ialah

tepung pulut, gula, air dan daun pisang.

Menurut Encik Teh Khooi Sian, pemilik perniagaan kuih bakul sejak tahun 1993 di

sekitar kawasan Jelutong memberitahu bahawa proses bagi penyediaan kuih bakul ini mengambil

masa selama tiga hari. Pada hari pertama, proses penyediaan bahan untuk menghasilkan kuih

tradisional ini dijalankan. Tepung pulut akan direndam selama sehari dan daun pisang akan

dibersihkan. Pada hari kedua pula, gula akan ditambah ke dalam tepung pulut yang telah

direndam. Proses menyusun daun pisang ke dalam bekas juga akan dilakukan pada hari yang

sama. Pada hari ketiga pula, tepung yang telah direndam dan ditambah gula akan dikukus. Ia

akan dituang ke dalam bekas-bekas yang telah dialas dengan daun pisang yang telah disediakan
dan dikukus dalam periuk yang besar. Tepung tersebut perlu dikukus selama 18 jam. Kedudukan

bekas di dalam periuk perlu diubah pada setiap tiga hingga empat jam untuk memastikan api

yang mengukus tepung di dalam bekas akan menjadi sebati dan masak sepenuhnya. Kain-kain

akan diletakkan di sekeliling penutup periuk besar untuk memastikan haba di dalam periuktidak

keluar daripada periuk tersebut. Selepas tepung di dalam bekas masak, ia bertukar menjadi warna

coklat keemasan. Kuih tersebut akan dikeluarkan dari periuk dan dibiarkan sejuk mengikut suhu

persekitaran sehingga menjadi keras.

Di Malaysia, kuih bakul ini bukan sahaja menjadi makanan tradisi masyarakat Cina ,

tetapi juga turut di makan oleh masyarakat lain seperti kaum Melayu dan India. Bahkan menurut,

Encik Ahad, seorang responden yang telah ditemubual memberitahu kami bahawa keluarganya

sering mendapat kuih bakul yang diberi oleh jiran mereka setiap kali perayaan Tahun Baru Cina.

Beliau juga turut memberitahu bahawa, isterinya akan goreng kuih bakul dengan tepung dan

dimakan begitu sahaja. Kuih bakul ini turut dimakan dengan cara yang berbeza. Antara cara

tersebut ialah seperti disalut dengan isi kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek,

digoreng atau dimakan dengan begitu sahaja. Biasanya, masyarakat Melayu memakan kuih bakul

dengan bersalut isi kelapa atau digoreng begitu sahaja. Masyarakat India pula gemar memakan

kuih bakul yang digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek. Hal ini secara tidak lansung

menunjukkan bahawa makanan ini dimakan dengan cara yang berbeza dan mempunyai makanan

tambahan yang lain yang bertujuan untuk menyedapkan lagi rasa kuih bakul tersebut.

You might also like