You are on page 1of 2

Sejarah dan latar belakang Bandar Sandakan

Ketika awal 1870-an, pantai timur Sabah berada di bawah pemrintahan Sultan Sulu yang turut memerintah kawasan yang kini
merupakan Filipina selatan. Penduduk Eropah yang terawal di kawasan ini ditubuhkan oleh William Clarke Cowie, seorang
penyeludup senjata api berbangsa Scotland dari Glasgow yang mendapat izin daripada Sultan untuk mendirikan tapak perdagangan
yang kecil. William Clarke Cowie menamakan petempatannya sebagai ”Sandakan”, iaitu istilah bahasa Sulu bagi “tanah yang
digadai”, namun kemudiannya tempat ini dikenali sebagai “Kampong German” kerana kehadiran sebilangan besar orang Jerman
yang bertapak di sini.

Petempatan ini merupakan sebahagian daripada pajakan yang diperoleh dari konsul Austria-Hungary iaitu Baron von Overbeck
daripada Sultan Sulu pada tahun 1878. Keluasan ini bermula dari Sungai Sibuco iaitu Sungai Sibuga sehinggalah wilayah Sungai
Padasan kira-kira 20 000 batu persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron de Overbeck akan membayar sebanyak $5 000 setiap
tahun. Serentak itu juga, Baron de Overbeck diisytiharkan sebagi Dato Bendahara serta Raja Sandakan yang berkuatkuasa pada
tahun 1878. Bagi mentadbir wilayah yang dimilikinya, Baron de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran dan penguasaan
kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya iaitu William Burgess Pryer.

Apabila William Burgess Pryer tiba di Kampung German pada tahun 1878, tugas pentadbirannya yang pertama
adalah memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan bagi mengelakkan
berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan.Rundingan terpaksa dibuat bersama dengan pemimpin suku di kawasan
tersebut. Akhirnya satu persetujuan dicapai iaitu cukai perdagangan telah diperkenalkan untuk keseragaman. Pembaharuan
ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku kaum, walaubagaimanapun William Burgess Pryer berjaya mengatasi
masalah ini walaupun berlakunya Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut telah
menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana perkara ini menyekat kebebasan berdagang.

Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh William Burgess Pryer. Kemajuan, kestabilan
perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang asing seperti pedagang Cina serta suku kaum di
Kepulauan Filipina. William Burgess Pryer juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan.
Kawasan ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong merupakan bahan mentah yang terkenal.

Dalam kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang penduduk Kampung yang
bernama “Sabtu” Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh kampung termasuk rumah William Burgess Pryer sendiri.
Keadaan ini telah menyebabkan William Burgess Pryer dan penduduk Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak di
muara teluk pada 18 Jun tahun 1879.[xvii] Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim. Beliau menamakan penempatan baru beliau
itu “Elopura”, yang bermaksud bandar yang indah. Beberapa tahun kemudian, namanya ditukar kembali ke “Sandakan”. Nama
elopura masih memaksudkan salah sebuah kawasan Dewan Undang Negeri di Sandakan. Populasi penduduk Sandakan terdiri
daripada masyarakat Cina, Sungai, Bajau, Kadazandusun dan lain-lain.

Menjelang tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang dibina sebahagiannya di atas air. Jambatan-
jambatan yang tidak berapa teguh diperbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang
57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi
komuniti Bajau, Cina, Sulu dan lain-lain.Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang cina dan 3000 pelbagai cina.

Pada tahun 1883, pusat pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dipindahkan dari Kudat ke Sandakan. Pada
pertengahan 1930-an, eksport kayu balak sandakan mencapai angka rekod 180 000 meter padu, menjadikannya pelabuhan
pengeksport kayu balak tropika yang terbesar di dunia. Pada zaman kemuncak lambungan hasil kayu balak, Sandakan menjadi
tumpuan jutawan terbesar di seluruh dunia.

Bandar Sandakan telah siap dibangunkan pada tahun 1930 dan menjadi tumpuan perdagangan antarabangsa sehingga digelar
sebagai “Little Hong Kong of Borneo”.Jalan raya telah diturap buat kali pertama pada tahun 1899 dan kereta bermotor diperkenalkan
di Sandakan seawal tahun 1912. Bekalan elektrik diperkenalkan pada tahun 1909. Pada tahun 1923, Sandakan telah diakseskan
dengan pertukaran telefon automatik antarabangsa yang merupakan terawal di Sabah dan jauh lebih awal daripada Hongkong dan
Shanghai.

Walaubagaimanapun, segalahnya telah berubah ketika Perang Dunia II yang berlangsung pada tahun 1942 hingga tahun 1945.
Pendudukan Jepun di Sandakan ketika Perang Dunia II bermula pada 19 Januari 1942 dan bertahan sehingga sebuah bridge
Divisyen Ke-9 Australia dan membebaskannya pada 19 Oktober 1945. Pentadbiran Jepun memulihkan nama Elopura untuk bandar
ini. Antara kezaliman yang berlaku ketika Perang Dunia II ialah Kawad Kematian Sandakan, apabila askar Jepun hendak
memindahkan sekitar 6000 orang tawanan perang di Sandakan sejauh 260 km iaitu 160 batu ke pekan Ranau di pedalaman Sabah.
Tawanan-tawanan yang berjaya menempuh perjalanan ke Ranau hidup-hidup diasakkan ke dalam pondok-pondok yang kotor.

Setelah tamatnya perang, Sandakan musnah secara keseluruhannya akibat sebahagian pengeboman Kuasa Berikat dan
sebahagian lagi oleh pihak Jepun. Oleh itu, setelah Borneo Utara menjadi tanah jajahan British pada tahun 1946, ibu negerinya
dipindahkan ke Jesselton. Sandakan masih merupakan pelabuhan kedua terpenting di Sabah, selepas Kota Kinabalu. Pelabuhan ini
penting untuk eksport kayu balak, kelapa sawit, tembakau, koko, kopi, gentian manila dan sagu. Sandakan juga merupakan antara
bandar-bandar yang paling sibuk di Malaysia Timur.

You might also like