You are on page 1of 5

SEJARAH DENGKIL

Dengkil merupakan sebuah kawasan yang luas dan meliputi beberapa


buah kampung lain. Kawasan ini mempunyai keluasan tanah kira-kira
5310 ekar. Menurut sumber lisan suatu ketika dahulu, terdapat dua
sumber yang menyatakan bahawa nama Dengkil ini telah diberi oleh
seorang Tok Batin di kalangan kaum Orang Asli yang bernama Tok
Batin Nalih a/l Jembik. Beliau menamakan kampung ini sebagai
‘Dingkil’ yang membawa maksud buah durian yang tidak berisi tetapi
mempunyai biji yang besar. Pada ketika itu terdapat banyak pokok
durian hidup di tebing Sungai Langat yang kerap berbuah dan disebut
oleh orang Asli sebagai ‘Dingkil’. Dan lama kelamaan sebutannya telah
berubah menjadi Dengkil.

Selain itu, ada pula yang menyatakan bahawa nama Dengkil berasal
dari Sungai Langat yang ‘Dengkat’ atau maksud lain kawasan sungai
yang lebih cetek sepanjang sungai tersebut. Sungai ini bertemu
dengan Sungai Semenyih yang terletak di kawasan Jenderam. Sekitar
tahun 1950-an hingga 1960-an, sungai ini mempunyai banyak ikan dan
udang galah. Namun, lama-kelamaan sungai ini mula menjadi keruh dan
hasil hidupan didalam sungai tersebut turut pupus dan akhirnya
perkataan ‘Dengkat’ ini berubah menjadi Dengkil yang disebut oleh
para penduduk sehingga kini.

Di samping itu, terdapat juga sumber lain yang turut menyatakan


bahawa Dengkil membawa maksud Sungai Naga jika diterjemahkan ke
dalam bahasa Cina. Mengikut cerita yang telah diturunkan oleh salah
seorang warga tempatan, terdapat seekor naga besar telah bertapa
di Dengkil selama 900 tahun dan naga tersebut akan menjadi dewasa
setelah bertapa untuk tempoh 100 tahun lagi.

Semenjak daripada itu, orang British mula menjejakkan kaki dan


meneroka kawasan Dengkil. Naga tersebut telah dibakar dan
memuntahkan darah yang berwarna hitam. Pengaliran darah naga
tersebut telah membentuk sebuah sungai yang berwarna hitam
airnya. Dan akhirnya, sungai tersebut telah diberi nama Air Hitam
yang masih kekal namanya sehingga kini.

Mengikut kepercayaan orang Cina, tangisan naga tersebut sering


kedengaran akibat kesakitan yang dihadapinya di sepanjang sungai
Air Hitam. Berikutan itu, sungai ini terbentuk daripada darah naga
dan orang Cina menamakannya sebagai Leng Qi yang membawa
maksud Sungai Naga. Perkataan Leng Qi mempunyai bunyi yang sama
dengan perkataan Dengkil.

Kelahiran kawasan Dengkil ini juga bermula apabila wujudnya


perjumpaan hasil bijih timah. Di sepanjang Sungai Langat, sungai
tersebut amat kaya dengan bijih timah. Kedudukan Dengkil yang
terletak dengan aliran sebelah atas adalah kira-kira 30 kilometer.
Sungai Langat ini telah membawa kepada wujudnya pembentukan
kawasan tanah paya bakau di dalam kawasan Dengkil dan Sepang. Pada
akhir kurun ke-19, kegiatan perlombongan bijih timah yang giat
dijalankan di Sungai Langat telah membawa kepada pembentukan
kawasan penempatan orang Cina.

ASAL – USUL NAMA DENGKIL


Sehingga kini, penduduk Dengkil masih belum mengenalpasti sumber
berkenaan dengan asal-usul nama Dengkil. Jika suatu ketika dahulu,
seorang penduduk yang berketurunan orang Asli menggelarkan
Dengkil adalah berasal daripada perkataan ‘Dingkil’ yang membawa
maksud buah durian yang tidak berisi tetapi mempunyai biji yang
besar. Hal ini membuktikan bahawa suatu ketika dahulu, ditepi Sungai
Langat terdapat banyak pokok durian yang kerap berbuah.
Disebabkan itu, orang Asli menamakan ianya sebagai ‘Dingkil’ dan
akhirnya perkataan tersebut membawa kepada nama Dengkil yang
digunakan sehingga kini. Menurut orang sumber, beliau juga
mengemukakan pendapat yang hampir sama bahawa nama Dengkil ini
berasal dari buah durian. Beliau menyatakan bahawa pada tahun 1956
terdapat lapan orang Melayu yang datang dari Sungai Buaya dan
mengikut Sungai Langat dan akhirnya mendarat di Jambatan Lama
Dengkil. Ditepi Sungai Langat tersebut terdapat pokok durian dan
dua daripada pokok durian tersebut terdapat buah durian yang tidak
berisi tetapi mempunyai biji yang besar. Pokok durian itu dinamakan
‘Durian Dengkil’.

Selain itu, terdapat juga sumber yang menyatakan bahawa nama


Dengkil berasal daripada perkataan ‘Dengkat’ yang membawa maksud
sungai yang cetek. Menurut sumber terdahulu disepanjang Sungai
Langat terdapat satu kawasan yang lebih cetek. Sungai ini bertemu
dengan Sungai Semenyih yang terletak di kawasan Jenderam Hilir.
Sungai Langat ini juga terdapat hasil hidupan sungai seperti ikan dan
udang galah. Lama-kelamaan hidupan tersebut mula pupus akibat
kekeruhan yang berlaku di sepanjang sungai tersebut. Pendapat ini
juga hampir menyerupai dengan pandangan dari orang sumber.
Menurut pengetahuan beliau, suatu ketika dahulu terdapat beberapa
orang Asli menyatakan bahawa ada sebatang sungai yang dipanggil
Sungai Merba. Air sungai ini mengalir masuk terus ke Sungai Langat.
Akibat daripada pengaliran air sungai tersebut, pasir dan tanah Di
Sungai Merba juga turut dialirkan bersama sehingga menyebabkan
sungai tersebut menjadi cetek. Beliau juga menyatakan bahawa suatu
ketika dahulu terdapat beberapa orang yang menaiki perahu melalui
sungai tersebut. Sebaik sahaja di tengah perjalanan, perahu yang
dinaiki oleh mereka telah tersangkut akibat keadaan sungai yang
cetek. Selepas peristiwa itu, sungai itu sering disebut sebagai sungai
yang ‘Dengkat’ yang membawa maksud tohor ditengah sungai atau
cetek.

KEISTIMEWAAN DENGKIL
Sebelum era 1990-an, Dengkil sememangnya kaya dengan sumber-
sumber bahan mentah dan keindahan alam semulajadi. Oleh itu, maka
telah wujud kawasan perlombongan bijih timah, ladang kelapa sawit
dikawasan estet, ladang penternakan lembu dan kambing serta
kawasan industri perkilangan. Dengan adanya kawasan-kawasan
tersebut, kegiatan ekonomi yang dijalankan juga turut berkembang
dengan amat pesat dan akhirnya telah membawa kepada perubahan
yang menjadikan kawasan Dengkil ini semakin membangun dengan
begitu maju. Misalnya, perkembangan yang telah diwujudkan adalah
pembinaan kilang-kilang industri pemprosesan kelapa sawit dan kilang
pemprosesan hasil galian bijih timah. Akibat daripada kepesatan
kemajuan kegiatan ekonomi di kawasan Dengkil, hal ini turut menarik
pandangan sesetengah pihak luar untuk memajukan dan cuba untuk
memperkembangkan lagi kawasan Dengkil. Antara pembinaan
pembangunan yang giat dijalankan pada ketika itu ialah pembinaan
kawasan-kawasan perumahan yang bagaikan ‘cendawan sedang
bertumbuh’.

Bukan itu sahaja, Dengkil juga terdiri daripada pelbagai kaum iaitu
kaum Melayu, Cina, India, dan orang Asli. Secara majoriti, penduduk
Dengkil kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Manakala kaum
India pula merupakan kaum kedua yang terbanyak menetap dikawasan
Dengkil dan kemudiannya diikuti oleh kaum Cina. Bagi kaum
bumiputera seperti orang Asli, bilangannya tidak begitu banyak. Oleh
itu, apabila wujudnya pelbagai kaum yang menetap dikawasan Dengkil,
maka setiap adat dan cara hidup kaum masing-masing dapat dikenali
antara satu sama lain. Misalnya, majlis perkahwinan yang diadakan
oleh setiap kaum yang berlainan. Apabila adanya majlis-majlis seperti
ini, penduduk Dengkil semestinya mengutamakan sikap saling hormat-
menghormati antara satu sama lain walaupun berlainan kaum. Hal ini
menunjukkan bahawa, apabila sesuatu majlis itu diadakan sama ada
ianya secara formal atau tidak formal, mereka semestinya akan
menjemput tetamu yang berlainan kaum. Maka dengan ini, terbuktilah
bahawa penduduk di Dengkil sememangnya menerapkan unsur nilai-
nilai murni di dalam diri masing-masing. Sikap saling hormat-
menghormati, saling bertolak ansur dan bantu-membantu merupakan
tunjang utama dalam memupuk hubungan silaturahim antara kaum. Di
samping itu, setiap kaum ini juga dapat mengenali tentang unsur
budaya serta amalan masing-masing dengan lebih dekat dan
terperinci.
Seterusnya, dari segi kedudukan lokasi, Dengkil sememangnya berada
pada kedudukan yang begitu strategik. Oleh disebabkan itu, kerja-
kerja penaiktarafan perhubungan jalanraya yang menghubungkan
Dengkil kesemua kawasan mula dijalankan. Antara projek
penaiktarafan dan penubuhan pembangunan modenisasi adalah seperti
Cyberjaya, Putrajaya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLIA). Oleh disebabkan mula terbinanya pembangunan ini,
maka Dengkil mula dikenali sedikit demi sedikit oleh ramai pihak.
Disamping itu, kebanyakan pihak memilih untuk menduduki di kawasan
Dengkil kerana faktor kedudukannya yang strategik serta faktor
kemudahan perhubungan dan prasarana yang terdapat di Dengkil.
Oleh itu, Dengkil kini telah menjadi kawasan pertengahan yang
menghubungkan diantara Putrajaya, Cyberjaya, KLIA dan arah laluan
menghala lebuhraya susur ke Kuala Lumpur.

You might also like