You are on page 1of 1

Sejarah Triang

Kawasan kaijian saya ialah Kawasan Bandar Triang iaitu sebuah pekan yang wujud sebelum merdeka lagi. Asal-usul nama Triang yang sebenar disebut oleh orang Cina sebagai Ti Ri Ann, maka lama-kelamaan nama tersebut bertukar menjadi Triang. Bandar Triang berasal dari Kampung Baru yang diwujudkan oleh British semasa zaman penjajahan British di Tanah Melayu.

Pada tahun 1948, pihak British telah mengisytiharkan darurat dan menggunakan cara paksaan menyuruh penduduk Cina di pinggir-pinggir bandar berpindah ke Kampung Baru dipagar dan dikawal polis untuk mengelak ancaman komunis. Kawasan Kampung Baru Triang ini telah berkembang seiring dengan kemajuan kegiatan ekonomi terutamanya penanaman getah dan kelapa sawit seterusnya mewujudkan bandar Triang. Penduduk bandar Triang kini berjumlah sekitar 100,000 orang didiami majoriti penduduk Cina diikuti kaum Melayu dan India. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai buruh, penoreh getah dan peniaga. Kegiatan ekonomi utama di kawasan ini adalah aktviti pertanian iaitu penanaman getah dan kelapa sawit serta perniagaan kecil-kecilan.

You might also like