You are on page 1of 23

STPM 2023

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 3

BAHASA MELAYU
910/3

Nama :…………………………………………
Kelas :…………………………………………

DIBIAYAI OLEH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

Tidak dibenarkan menyunting atau mencetak mana-mana bahagian dalam
modul ini tanpa kebenaran Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Nama:……………………………………..… Tingkatan:…………………

910/3
STPM 2023
BAHASA MELAYU
KERTAS 3
(1 jam 30 minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM SEMESTER 3 2023

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
Untuk kegunaan pemeriksa

Arahan kepada calon: Bahagian B

21
JANGAN BUKA BUKU SOALAN INI SEHINGGA ANDA 22
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. 23
24
Kertas ini mengandungi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.
25
Jawab semua soalan Bahagian A. 26
Tandakan jawapan yang betul pada Borang Anekan Pilihan yang 27
dibekalkan.
28

Jawab semua soalan dalam bahagian B. 29

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. 30
9 31
32
33

Jumlah
45

Kertas soalan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak.

@Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu 2023
2

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan. Tandakan jawapan yang betul pada Borang Jawapan Aneka Pilihan
yang disediakan.

1 Yang manakah ciri kohesi?

I Tautan aspek leksikal
II Isu atau topik berfokus kepada satu perkara
III Hubungan aspek ketatabahasaan yang serasi
IV Kesinambungan idea melalui unit-unit bahasa
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

2
X Hafiz tekun belajar dari awal tahun.
Y Dia ingin menjadi pelajar yang cemerlang.

Hubungan kesinambungan idea antara X dengan Y ialah

A sebab dan hasil
B syarat dan hasil
C sebab dan akibat
D sebab dan tujuan

3
Pak Yasuk berasa sangat gembira kerana telah menerima dua menantu lelaki serentak,
iaitu suami kepada Along dan Angah. Apabila berpeluang berbicara dengan pujaan hati
Along dan Angah, Pak Yasuk meminta mereka berdua supaya menjaga anak-anaknya
dengan penuh tanggungjawab.

Apakah jenis penanda wacana yang berhuruf condong dalam petikan di atas?
I Penanda rujukan
II Penanda leksikal
III Penanda penggantian
IV Penanda penghubung
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3

4
“Guru itu sangat baik hati. Semalam dia membelikan peralatan sekolah dan
Aiman
pakaian sekolah baharu untuk Farhana. Dia seorang guru Sains.”
“Minum air panas dengan lemon tanpa gula boleh mencegah kanser kerana
air minuman ini dapat membunuh sel-sel kanser. Air lemon sejuk yang
hanya mengandungi Vitamin C tiada pencegahan kanser. Air lemon
Ah Chong bergula pula tidak membantu untuk melawan kanser malah boleh
menggalakkan pertumbuhan sel kanser. Air lemon panas akan
menghancurkan sel-sel malignan dan gnas, serta tidak merosakkan sel-sel
sihat.”
“Kita mesti berdisiplin pada setiap masa. Disiplin merupakan kunci
Chandra kejayaan bagi semua insan. Orang yang tidak berdisiplin akan gagal dalam
hidup.”
“Mangsa bencana banjir itu perlu diberikan bantuan. Mereka mengalami
Angelina kerugian yang sangat teruk. Sumbangan boleh dihulurkan terus kepada
ketua kampung mereka.”

Pilih padanan yang betul bagi pernyataan yang diujarkan di atas dengan jenis retoriknya?

Aiman Ah Chong Chandra Angelina

A Penceritaan Pendedahan Pemujukan Pemerian
B Pemerian Penghujahan Penceritaan Pendedahan
C Penceritaan Pendedahan Penghujahan Pemujukan
D Pendedahan Pemujukan Pemerian Penghujahan

5
Kes ponteng sekolah berlaku disebabkan sikap ibu bapa. Sebagai bukti, ibu bapa tidak
pernah menghubungi pihak sekolah untuk bertanyakan sama ada anak mereka hadir ke
sekolah atau tidak. Mereka juga tidak pernah mengambil tahu sama ada anak mereka
membuat kerja rumah atau tidak. Terdapat ibu bapa yang langsung tidak berkomunikasi
dengan anak-anak mereka tentang hal persekolahan. Mereka menyerahkan
tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Apakah teknik penyampaian idea dalam petikan di atas?

A Induksi
B Analogi
C Deduksi
D Eklektik

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4

6 Yang manakah padanan yang paling tepat antara istilah bagi variasi bahasa dengan
konsepnya?
Istilah bagi
Konsep
variasi bahasa
Bahasa umum atau sebagai alat perhubungan dalam kehidupan
A Subdialek
harian oleh sekumpulan masyarakat penutur.
Bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur disesuatu
B Isoglos
kawasan atau negeri
Variasi bahasa yang dituturkan oleh sekumpulan penutur
C Diglosia
tertentu.
Pertuturan dialek oleh seseorang dan cirinya berbeza antara satu
D Idiolek
individu dengan individu yang lain.

7 Yang manakah ciri bahasa mesra?

I Menggunakan kosa kata dan intonasi yang menunjukkan kelembutan dan
kesopanan
II Digunakan dalam perbualan harian yang tidak formal
III Mementingkan penggunaan ungkapan yang sopan
IV Menggunakan kata-kata kiasan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D II dan IV

8
Variasi bahasa X
 Kacukan daripada sekurang-kurangnya dua bahasa.
 Menjadi bahasa natif bagi masyarakat penuturnya.

Apakah variasi bahasa X?

A Bahasa pijin
B Bahasa pasar
C Bahasa kreol
D Bahasa kolokial

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
5

9
X Y
“Itu tambi banyak kesian, mau belajar “Sorrylah Jen, you kena tunggu lama. I ada
tidak dapat. Saya punya rumah banyak client tadi”.
tidak senang. Sana banyak bising kalau api
kereta datang.”

Yang manakah padanan yang betul bagi variasi bahasa X dan Y?

X Y
A Bahasa pasar Bahasa mesra
B Bahasa mesra Bahasa slanga
C Bahasa kolokial Bahasa halus
D Bahasa slanga Bahasa pasar

10 Yang manakah padanan yang betul antara laras bahasa dengan cirinya?
Laras bahasa Ciri laras
I Laras iklan P Mementingkan ketepatan diksi
II Laras agama Q Banyak menggunakan tamsil dan ibarat
III Laras sastera R Mementingkan kepersisan dan keobjektifan
IV Laras undang-undang S Mementingkan penggunaan gaya bahasa yang
indah

I II III IV
A P Q R S
B R S P Q
C Q R P S
D P Q S R

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
6

11
Laras X Laras Y
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Perhatian: Ikhtiar untuk anda yang
Gon kagum dengan kesungguhan dan mempunyai masalah kolesterol, darah
semangat kental anak buahnya selepas tinggi, kencing manis dan jantung. Lebih 2
Malaysia hampir mengejutkan pasukan juta Olive Plus+ terjual dari tahun 2011
ranking ke-80 dunia, China apabila seri 1- hingga 2023. Promosi istimewa beli 2
1 pada perlawanan Tier 1 di Chengdu percuma 2 freegift. Jangan ragu-ragu lagi.
semalam. Perlawanan di Stadium Phoenix Produk Olive Plus+ terbukti berkesan.
Hill itu membuktikan pasukan Harimau Membantu mengurangkan risiko diabetes,
Malaya mampu menentang pasukan letih dan lemau badan, mengawal tekanan
China, yang lebih kuat dan berada di darah dan mengurangkan kolesterol. 100%
peringkat yang lebih tinggi. minyak zaitun asli dari Mediterranean.

Apakah persamaan laras X dan laras Y?

I Bahasanya kreatif dan berkesan
II Banyak menggunakan kata adjektif
III Kurang menitikberatkan aspek tatabahasa
IV Mementingkan kesan emotif kepada audiens
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

12 Pernyataan yang manakah tidak berkaitan dengan semantik?

A Kajian tentang makna ayat dengan perkaitannya.
B Kajian tentang hubungan lambang dengan maknanya.
C Kajian tentang hubungan perkataan dengan perkara yang dirujuk.
D Kajian tentang perkaitan antara lambang, konsep dan benda yang dirujuk.

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
7

13

I II III IV
bayam sawi kangkung brokoli

Dalam bidang semantik, X ialah

A hiponim
B holonim
C subordinat
D superordinat

14 Ayat yang manakah yang menggunakan frasa yang membawa makna denotatif?
I Mulut murai itu berdarah kerana bergaduh sesama sendiri.
. II Berita itu telah tersebar dengan cepat kerana ada kumpulan mulut murai di
kampung itu.
III Pemuda itu digelar sayur bayam kerana pada lahirnya dia nampak kuat dan
bertenaga tetapi sebenarnya amat lemah.
IV Sayur bayam mengandungi jumlah kalium yang sangat tinggi dan sangat
bermanfaat untuk pesakit tekanan darah tinggi.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

15
 Masa lapang perlulah diisi dengan perkara yang berfaedah.
 Media massa memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat yang
sahih kepada rakyat.
Perkataan bergaris dalam ayat di atas merupakan
A sinonim
B polisemi
C homofon
D homonim

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
8

16
X Makna khusus diberikan makna lain yang lebih umum
Y Makna umum yang kemudiannya menjadi lebih khusus

Yang manakah padanan contoh perkataan yang menepati konsep X dan Y?

X Y
A Taman Kitab
B Encik Saudara
C Kabinet Layar
D Madrasah Jambu

17
Jenis Peribahasa Contoh
I Bidalan W Air beriak tanda tak dalam
II Pepatah X Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh
III Perumpamaan Y Terlayang-layang bagai bulu sehelai
Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam
IV Lidah Pendeta Z
jangan diduga

Padanan yang manakah betul antara jenis peribahasa dan contohnya?

I II III IV
A X W Y Z
B W Z X Y
C Z Y W X
D X Z W Y

18 Kiasan yang manakah merupakan kiasan berbunga?

I Sungai mengalir lesu
II Lautan kecewa
III Angin lembut
IV Puteri lilin
A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
9

19
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga pagi;
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.

Peribahasa manakah yang berlawanan maksud dengan peribahasa dalam pantun di atas?
A Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan
B Tiada penyakit yang tiada penawarnya
C Tiada rotan akar pun berguna
D Habis manis sepah dibuang

20 Padanan yang manakah semuanya betul bagi jenis gelaran dengan individu berkenaan?

Gelaran Warisan Gelaran Ikhtisas Gelaran Anugerah

A Nik Profesor Mufti
B Abang Cikgu Tun
C Meor Toh Puan Dato’
D Raja Al-Fadhil Tan Sri

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
10

Bahagian B [45 markah]

Jawab semua soalan. Tulis jawapan dalam ruangan yang disediakan.

21 Tulis sebuah wacana yang menggunakan setiap jenis penanda yang dinyatakan di bawah.
Panjang setiap wacana tidak melebihi 30 patah perkataan.
(a) Penanda tambahan [2]
......................................................................................................................................................

(b) Penanda kesimpulan [2]

22
Ibu menghidangkan kuih-muih tradisional Melayu untuk menjamu tetamu yang hadir.
Juadah yang amat enak itu dimakan oleh mereka sehingga habis.

Nyatakan dua jenis penanda wacana yang terdapat dalam teks di atas.
(a).................................................................................................................................................[1]
(b).................................................................................................................................................[1]

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
11

23
Ciri retorik
 Memberikan gambaran yang realistik
 Tidak melibatkan unsur emosi penulis
 Mendeskripsikan sesuatu secara objektif

(a) Nyatakan jenis retorik yang menepati ciri di atas. [1]

......................................................................................................................................................
(b) Bina satu wacana yang menepati ciri retorik seperti yang dinyatakan di atas.
Panjang wacana hendaklah tidak melebihi 40 patah perkataan. [3]
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

24
Salah satu langkah untuk menangani gejala lumba haram yang paling berkesan adalah
dengan penguatkuasaan undang-undang secara lebih menyeluruh. Sebagai contoh,
hukuman sebat boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan lumba
haram. Sekiranya mereka ditahan kerana kesalahan berlumba, mereka juga boleh
dikenakan hukuman untuk menjalankan khidmat masyarakat. Oleh itu, penguatkuasaan
undang-undang yang lebih tegas dapat menangani gejala lumba haram.

Apakah teknik penyampaian idea yang digunakan dalam petikan di atas? [1]
......................................................................................................................................................

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
12

25
Tuan Haji Ali telah kembali ke rahmatullah dan akan dikebumikan selepas solat asar.

(a) Apakah jenis variasi bahasa yang digunakan dalam petikan di atas? [1]
…...……………………………………………………………………………………………...

(b) Berikan dua ciri variasi bahasa yang digunakan dalam petikan tersebut.
(i) …………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………………………
[1]
(ii) …………………………………………………………………………………
…………...……………………………………………………………………………………...
[1]

26
X
 Bilangan penutur terhad.
 Kosa kata mungkin akan pupus.
 Kosa katanya mempunyai maksud tersendiri yang hanya difahami kelompok
tertentu sahaja.

(a) Apakah X? [1]

…………………………………………………………………………………………………..

(b) Bina sebuah wacana yang memperlihatkan ciri variasi bahasa X. Panjang wacana
tidak kurang daripada 20 patah perkataan. [2]
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………………………..
……….………………………………………………………………………………………….

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
13

27
Variasi bahasa Y
 Bahasa yang digunakan dalam perhubungan dengan kerabat diraja.

(a) Apakah jenis variasi bahasa Y? [1]

…..………………………………………………………………………………………………
(b) Berikan contoh dua kosa kata yang sesuai untuk variasi bahasa Y dan padanannya
dalam bahasa baku.
Kosa kata variasi bahasa Y Padanannya dalam bahasa baku

(i) ………………………………………... ……...…………………………………

[1] [1]

(ii) ………………………………………... …………………………………...……

[1] [1]

28
Jenis Laras Bahasa X
 Bersifat kreatif dan imaginatif
 Mementingkan gaya bahasa yang menarik
 Banyak menggunakan pengulangan kata dan unsur perlambangan

(a) Apakah jenis laras bahasa X? [1]

......................................................................................................................................................
(b) Bina satu wacana yang menepati ciri laras bahasa X. Panjang wacana mestilah tidak
melebihi 40 patah perkataan. [3]
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
14

29
Tahi minyak yang dibuat oleh ibu sangat wangi kerana dia menggunakan kelapa
X
pandan.
Y Mamat memang tahi minyak, ada sahaja yang tidak kena pada pandangannya.

Apakah jenis makna yang didukung oleh frasa yang berhuruf condong dalam ayat X dan
ayat Y di atas?
X: ....................................................................................................................................[1]
Y: ....................................................................................................................................[1]

30 (a) Apakah maksud polisemi? [1]

......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
(b) Bina dua ayat dengan menggunakan perkataan kaki untuk menunjukkan perbezaan
maksudnya.
i ..................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
[1]
ii ..................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
[1]

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
15

31 (a) Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud di bawah.

Peribahasa Maksud

(a)…………………………………………
…………………………………………… Orang yang hanya membuat kerja apabila
…………………………………………… disuruh.
……………………………………………
……………………………………….. [1]

(b)…………………………………………
……………………………………………
……………………………………………. Sesuatu perkara terjadi tentu ada sebab.
………………………………….…………
……………………………………...… [1]

(b) Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

(i) Alah bisa, tegal biasa [1]
………….……………………………………………………………………………………….
….……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………….………….…………………………
………...………………………………………………………………………………………...
ii) Alah membeli, menang memakai [1]
…………………….……………………………………………………………….……………
……………………………………………………………………………………..……………
…………………………….…………………………………………………………………….

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
16

32 (a) Bina satu ayat bagi setiap kiasan di bawah.

(i) Kiasan sandar [1]
……….………………………………………………………………………………………….
………..…………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………..
..............…………………………………………………………………………………………
(ii) Kiasan melompat [1]
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
(b)
 Susunan kata yang mempunyai maksud bertentangan dengan perkara yang
diperkatakan
 Orang yang berkenaan akan memahaminya

Bina satu wacana berdasarkan ciri-ciri ragam bahasa di atas. Panjang wacana
mestilah tidak melebihi 30 patah perkataan. [2]
……….……….…………………………………………………………………………………
……………….……………………………………………………………………………….…
………………………………………………………………………………………………….
……………….………………………………………………………………………………….
………………..…………………………………………………………………………………

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
17

33 (a) Berikan aspek-aspek kesantunan berbahasa.

(i) ……...…………………………………………………………………………….
………….……………………………………………………………………………..………...
[1]
(ii) ...…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………......
[1]
(iii) ..…………………………………………………………………………………
…………..………………………………………………………………………………............
[1]
(b)
Profesor Emeritus Datuk Dr. Haji Abdullah bin Muhammad merupakan pakar bahasa
Melayu di Universiti Sains Malaysia.

Nyatakan tiga jenis gelaran bagi individu di atas.

(i) ....…………………………………………………………………………………
[1]
(ii) ...…………………………………………………………………………………
[1]
(iii) ..…………………………………………………………………………………
[1]

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
STPM 2023
PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SEMESTER 3

PERATURAN PEMARKAHAN

BAHASA MELAYU
910/3
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM
BAHASA MELAYU SEMESTER 3 2023

BAHAGIAN A [20 MARKAH]

Bil Jawapan Bil Jawapan

1 B 11 D
2 D 12 A
3 C 13 D
4 C 14 B
5 C 15 C
6 D 16 A
7 B 17 A
8 C 18 B
9 A 19 C
10 D 20 B

BAHAGIAN B [45 MARKAH]

No Soalan Jawapan

21 (a) Penanda tambahan:

Contoh wacana: Banyak cara boleh kita lakukan untuk menambahkan ilmu. Antaranya
adalah dengan pembacaan bahan ilmiah. [2]

Contoh penanda tambahan:

Tambahan pula, lebih-lebih lagi, selain itu, di samping itu, sehubungan dengan itu, begitu
juga, antaranya, sementelahan

(b) Penanda kesimpulan:

Contoh wacana: Mereka bertegas tidak mahu berpindah walaupun diberikan pampasan.
Mereka mahu terus tinggal di situ. Pendek kata mereka amat tegas dengan pendirian
mereka. [2]

Contoh penanda kesimpulan:

Tegasnya, jelas sekali, sebagai rumusan, kesimpulannya, dapat dikatakan, pendek kata, oleh
itu, natijahnya

Jawapan perlu ditulis lebih daripada satu ayat.

22 (a) Penanda rujukan [1]

(b) Penanda penggantian [1]

2

23 (a) Retorik pemerian [1]

(b) Rumah di hujung kampung itu telah dibina oleh seorang tukang rumah. Rumah itu
merupakan rumah dua tingkat. Setiap tingkat mengandungi tiga bilik. Setiap bilik terdapat
bilik air, katil, dan almari pakaian. Ruang tamunya pula dihiasi dengan lukisan dari negara
Arab. [3]

Terima mana-mana jawapan yang sesuai bagi soalan di atas.

Jawapan perlu menepati ciri retorik pemerian.

24 Teknik eklektik [1]

25 (a) Bahasa halus [1]

(b) i. Mengutamakan diksi lebih beradab dan lebih manis (kiasan pemanis) untuk
mengungkapkan sesuatu yang kurang sopan (1)
ii. Mementingkan penggunaan ungkapan yang sopan (1)
iii. Menggunakan gelaran atau panggilan hormat yang betul dan lengkap (1)
iv. Menggunakan kata rujukan diri yang sopan (1)

Terima mana-mana dua daripada jawapan di atas.

26 (a) Bahasa slanga [1]

(b) Mangkok ayun betul. Tempat ni gua pegang. Lu jangan serong sama gua. Nahas lu. [2]

Pilih mana-mana contoh yang sesuai dan menepati ciri bahasa slanga.

27 (a) Bahasa istana/bahasa dalam [1]

(b) i. Santap [1] – makan [1]

ii. Gering [1] – sakit [1]
iii. Bersiram [1] – mandi [1]
iv. Bersemayam [1] – duduk [1]
v. Berangkat [1] – bertolak/pergi [1]
vi. Perkenan [1] – izin [1]

Pilih mana-mana dua padanan jawapan. [4]

28 (a) Laras sastera [1]

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
3

(b) Semasa aku menghirup teh, pekedai itu cuba untuk beramah-tamah denganku. Menurutnya,
aku kelihatan seperti artis apabila mengenakan cermin mata hitam, tetapi aku menjadi
seperti diri sendiri tanpa cermin mata itu. Dia meminta izin untuk melihat warna mataku.
Aku hampir ketawa terbahak-bahak. Pandai betul Mat Turki ini mengambil hati pelanggan.
Dia juga menyuruh aku menanggalkan jaket yang kupakai dan mencuba jaket-jaket di
kedainya. Katanya aku akan kelihatan seperti bintang filem jika memakai jaket kulit. Aku
hanya tersenyum. [3]

Terima wacana yang menepati ciri laras sastera.

29 X: makna denotatif / makna tersurat / makna sebenar / makna asal / makna kamus / makna
eksplisit [1]

Y: makna konotatif / makna tambahan / makna tersirat / makna implisit [1]

30 (a) Polisemi ialah perkataan yang memiliki banyak makna apabila digunakan dalam
konteks/ayat yang berlainan. [1]

(b) 1. Kaki adik berdarah kerana terpijak paku. [1]

2. Abang menyingsing kaki seluar ketika melalui kawasan becak itu. [1]
3. Panjang jambatan itu adalah enam ratus kaki. [1]
4. Kaki kerusi itu patah kerana kayunya telah reput. [1]
5. Pemandangan di kawasan kaki bukit itu sangat cantik. [1]

Terima dua jawapan yang tepat.

31 (a) i. Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh. Peribahasa yang tepat ialah:
1. Bagai pahat dengan penukul [1]
2. Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan [1]
3. Hilang tukul hilanglah pahat [1]
4. Jatuh berjolok [1]
Pilih salah satu peribahasa.

ii. Sesuatu perkara terjadi tentu ada sebab. Peribahasa yang tepat ialah:
1. Jikalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah [1]
2. Kalau tak ada api, masakan ada asap [1]
3. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang [1]
4. Tak ada ribut, masakan daun bergoyang [1]
5. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata [1]
Pilih salah satu peribahasa.

(b) i. Alah bisa, tegal biasa (Maksud: Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau
selalu dibuat)

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
4

Contoh ayat: Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Chong kerana
sejak kecil dia telah melakukannya. [1]

ii. Alah membeli, menang memakai (Maksud: Walaupun terasa berat membeli sesuatu
barang yang mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan lama)

Contoh ayat: Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu kerana saya percaya alah
membeli, menang memakai. [1]

Terima mana-mana jawapan yang tepat.

 Ayat yang dibina mestilah satu ayat sahaja.
 Setiap ayat mesti mengandungi watak, situasi dan peribahasa supaya maksud
peribahasa jelas.

32 (a) Bina ayat menggunakan kiasan yang diberikan.

i. Peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air semasa mengikuti Kursus Bina
Semangat.
Diam ubi
Jinak lalat

ii. Ibu menanak nasi menggunakan periuk elektrik yang baru dibeli oleh ayah.
Menjahit baju
Menoreh getah

 Ayat yang dibina mestilah satu ayat sahaja.

(b) Panjat lagi, panjat lagi pokok jambu tu. Kalau tak cukup tinggi, panjat pokok kelapa tu!
[2]

Terima mana-mana jawapan yang sesuai.

 Jawapan perlu ditulis lebih daripada satu ayat.
 Ayat perlu mematuhi ciri-ciri bahasa terbalik.

33 (a) 1. Ungkapan bertatasusila [1]

2. Penggunaan kata ganti diri hormat [1]
3. Menggunakan panggilan kehormat yang betul [1]
4. Penggunaan intonasi, nada suara dan ciri paralinguistik yang sesuai [1]
5. Penggunaan bahasa halus, kiasan dan simpulan bahasa dalam bentuk yang sesuai. [1]

Pilih tiga jawapan yang tepat.

(b) i. Gelaran kurniaan kerajaan/pemerintah [1]

ii. Gelaran Ikhtisas [1]
iii. Gelaran keagamaan [1]

MPP STPM 2023 – 910/3 [Lihat halaman sebelah

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like