You are on page 1of 4

GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU. Apakah yang dimaksudkan dengan globalisasi ekonomi?

Globalisasi ekonomi ialah saling kebergantungan antara negara di seluruh dunia pada bahan, modal,buruh,pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran sesuatu aktiviti ekonomi. Globalisasi ekonomi memerlukan negara menjalin hubungan antara satu sama lain hingga saling kebergantungan antara negara atau kawasan menjadi penting. Aspek-aspek saling bergantungan merangkumi : i. Pelaburan ii. Teknologi iii. Pengeluaran iv. Bekalan buruh. Pelaburan. Pelaburan ialah satu proses penanaman modal dalam pelbagai aktiviti ekonomi.Pelaburan boleh dibuat oleh kerajaan dalam bidang infrastruktur social dan fizikal, perkhidmatan social dan ekonomi dan perushaan melaui syarikat awam. Sekiranya pelaburan dalam negara tidak mencukupi, kerajaan sesebuah negara terutamanya dari negara membangun menggalakkan pelaburan asing yang dibuat oleh syarikat swasta asing terutamanya dari negara negara maju. Syarikat yang beroperasi dalam banyak negara dikenali sebagai syarikat multinasional@Multinational Corporations (MNCs) Syarikat ini bukan sahaja membawa masuk modal dalam bentuk wang atau dana, tetapi juga teknologi dan gaya hidup baru.Mereka juga membawa masuk pengaruh kerajaan negara-negara kaya dan maju ke negara membangun.Dalam sesetengah kes, kuasa ekonomi dan politik yang dibawa oleh syarikat multinasional boleh mengatasi kuasa kerajaan negara penerima pelaburan asing.

Teknologi. Teknologi biasanya dating bersama pelaburan asing. Teknologi ialah alat atau teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses dan sumber tenaga untuk membolehkan kerja lebih mudah dan produktif.Proses pemindahan teknologi memerlukan kesanggupan kedua-dua pihak negara maju (syarikat multinasional) sebagai pencipta dan pemindah dan negara membangun sebgai penerima.Negara-negara membangun menawarkan pelbagai insentif dan tarikan kepada pelabur asing untuk melabur di negara mereka. Teknologi ini dipindahkan dari satu institusi ke satu institusi melalui pelaburan terus asing, import barangan modal, perjanjian(pelesenan, usaha sama, pemasaran,teknikal,pengurusan dan francais) dan penyelidikan bersama,latihan, persidangan teknikal, pameran dan teknologi terkini. Pemindahan teknologi ini akan mendatangkan pelbagai kesan positif kepada negara penerima. Antara kesannya ialah: i. mengubah tradisi aktiviti ekonomi negara membangun ii. mengangkat martabat negarabke era perindustrian ,iaitu satu era baru. Iii. Meningkatkan eksport iv. menambah peluang pekerjaan. v.meningkatkan aktiviti perkhidmatan vi. menggalakan pertumbuhan ekonomi. Pengeluaran Globalisasi dan saling bergantungan antara kawasan telah membolehkan aktiviti pengeluaran berpindah dari lokasi asal di negara maju ke lokasi baru di negara membangun.Proses ini dipanggil globalisasi aktiviti industry pembuatan.Pergerakan keluar aktiviti perindustrian negra maju ke negara membangun adalah untuk mengambil faedah daripada terdapatnya buruh murah di lokasi baru. Globalisasi aktiviti perindustrian ini membawa bersama pelaburan asing secara terus dan pemindahan teknologi.Malaysia adalah antara negara membangun yang mengambil peluang dan faedah daripada proses globalisasi perindustrian. Melalui perkembangan industry pembuatan, Malaysia bukan sahaja telah dapat

meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan membangunkan wilayah-wilayahnya yang masih mindur. Bekalan Buruh Globalisasi juga membenarkan aliran tenaga buruh bergerak masuk ke sesbuah negara. Kekurangan tenaga buruh dan tenaga pakar dalam sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yang berlebihan tenaga buruh. Selain itu, negara-negara yang kekurangan tenaga pakar juga boleh meminjam dari negara yang mempunyai kepakaran yang tinggi khususnya negara maju.Saling keuntungan diperoleh melalui pengembangan latihan kemahiran lanjutan di luar negara, program usahasama pembangunan manusia dan saling bertukar kepakaran. Huraikan kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara Kesan Positif Peluasan Pasaran

persaingan ini.Barangan berkualiti dan harga rendah akan menang dalam pasaran global. Negatif Penguasaan ekonomi oleg syarikat MNC Dapat mengatasi kuasa sesebuah negara apabila ekonomi sesebuah negara itu terlalu bergantung kepada pelabur asing.Pengambilalihan dan monopoli ke atas syraikat tempatan oleh syarikat gergasi akan membolehkan mereka menaikkan kadar faedah,pinjaman, mengehadkan kemudahan kredit dan memendekkan tempoh bayaran balik Barangan keluaran industry kecil dan sederhana sukar bardaya saing dengan barangan import dari negara maju.Ini akan menjejaskan pengeluaran penguasaha kecil dan sederhana. Jumlah aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar akan menyebabkan pasaran kewangan menjadi lebih mudah ubah.Penarikan modal asing secara mendadak dari sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut muflis, operasi perindustrian terhenti, pengganguran bertambah dan ekonomi negara gawat. Terjadi apabila negara tidak stabil dari segi social, ekonomi dan juga politik. Negara berkenaan mudah dikuasai oleh kuasakuasa Barat melalui Syarikat multinasional yang berpangkalan di negara maju.

Ancaman kepada industri nasional Kesukaran mengawal aliran modal asing

Pelaburan asing dan pemindahan teknologi Aliran buruh

Persaingan

Huraian Perluasan pasaran ini boleh diusahakan di bawah perdagangan bebas. Lebih banyak negara mengambil bahagian atau dapat membuka pasaran mereka dengan negara maju.WTO mempunyai hamper 100 negara anggota yang bersetuju menjalankan perdagangan bebas Melalui globalisasi, kemasukan pelaburan asing dan pemindahan teknologi dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dapat dilaksanakan.Lama kelamaan negara membangun mampu untuk mencipta teknologinya sendiri. Dapat menampung kekurangan tenaga buruh di sesebuah negara dan juga masalah kekurangan tenaga pakar.Aliran buruh dari negara yang banyak tenaga buruh kepada yang kurang tenaga buruh.Pengankutan dan kominikasi yang moden serta pembangunan ekonomi membolehkan ini berlaku. Persaingan antara negara untuk menghasilkan barangan serta perkhidmatan terbaik di pasaran. Negara yang Berjaya mengurangkan kos pengeluaran akan Berjaya dalam

Menghakis kedaulatan negara

ASEAN Jelaskan sebab-sebab ASEAN ditubuhkan di rantau Asia tenggara. Isi i. Mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan social dan pembangunan budaya Huraian - dapat dilaksanakan melaui usaha bersama dalam semangat kesamaan da perkongsian untuk memperkukuhkan asas masyarakat Asia Tenggara yang aman dan makmur. Negara Asia Tenggara berkongsi ilmu dan idea untuk memajukan ekonomi, penduduk dan budaya masing-masing. Contoh, mensyuarat dan persidangan jawwatankuasa antara negara yang sering diadakan bertujuan untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh negara Asean - ASEAN melarang anggota berkonflik dan berperang antara satu sama lain serta pada masa yang sama bekerjasama memastikan kuasa asing tidak menggangu gugat keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara.Perkara ini dilaksanakan dengan penghormatan yang berkekalan ke atas aspek kehakiman dan pelaksanaan undang-undang di antara di antara negara Asean dengan berpegang teguh kepada prinsip Charter bangsa-Bangsa Bersatu. Negara Asia Tenggara belajar dari pengalaman perang Vietnam dan konfrantasi Malaysia- Indonesia. Oleh itu , ASEAN tidak membenarkan negara anggota mencampuri hal ehwal dlaman negara masing-masing untuk mengelak sengketa dan kestabilan politik serantau. Negara Asia Tenggara saling membantu dalam perkara yang mempunyai kepentingan bersama seperti bidang ekonomi, social, budaya, teknik, sains dan pentadbiran. Isi iv. mengeratkan lagi kerjasama antara negara agar menjadi lebih berkesan Huraian - Mekanisme untuk bekerjasama anatara negara adalah sukar tanpa pertubuhan ini. Melalui ASEAN, kerjasama akan menjadi lebih berkesan dalam sector pertanian, industry, peluasan perdagangan, meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta meninggikan taraf hidup rakyat. Maka dengan ini ekonomi sesebuah negara akan menjadi lebih stabil dan keperluan rakyat akan dapat dipenuhi. - Melalui kerjasama serantau yang dilakukan antara negara maka dapat bertukar-tukar pengetahuan dalam bidang pendidikan.Umpamanya program yang pernah dijalankan speerti pertukaran tenaga pengajar antara ahli negara anggota

v. Meningkatkan bidang pengajian di Asia Tenggara.

ii. Untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik antara negara.

Terangkan isu-isu dan masalah yang wujud dalam kerjasama ekonomi serantau. Isi i. masalah kegawatan ekonomi. Huraian - kegawatan ekonomi telah menjatuhkan nilai mata negara Asean dan menyebabkan nilai rendah berbanding nilai dollar Amerika. Menjejaskan projek pembangunan kerana kos meningkat secara mendadak. Kawasan yang bergunung-ganang dan berpulau sukar dimajukan dan sukar dihubungi. Contoh pembinaan lebuh raya Trans Borneo di Sabah dan Sarawak. Menimbulkan masalah melaksanakan projek secara besar-besaran dan terpaksa mengimport teknologi dari luar. Seperti ancaman lanun, keselamatan di sempadan. Contoh Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura .Perkara ini menyebabkan hubungan antara negara tegang.

Perlu bantu membantu dalam bidang latihan dan penyelidikan untuk mencapai tahap pembangunan yang lebih tinggi

ii. masalah fizikal seperti bentuk muka bumi. iii. masalah teknologi dan kepakaran rendah. iv. masalah politik dan keselamatan.

Isi v. masalah pasaran dan kuasa beli yang terhad.

Huraian - saiz penduduk yang kecil menyebabkan kuasa beli penduduk menjadi rendah. Banyak penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman. Contoh penduduk di kepulauan Borneo, berada dalam kemiskinan dan kuasa beli mereka rendah. Apakah yang dimaksudkan dengan pertumbuhan segi tiga ASEAN ? Pertumbuhan segitiga merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran dalam ASEAN bagi membangunkan ekonomi bersama. Contohnya, BIMP-EAGA, IMT-GT dan IMS-GT. Mengapa negara ASEAN yang berjiran perlu membentuk pakatan segitiga pertumbuhan ? Isi i. Perkongsian Modal Huraian Negara Asean- merupakan negara membangun yang miskin. Memerlukan paktan untyk aliran modal. Pelaburan silang dan pelaburan bersama. - perlu satu hubungan untuk pengaliran keluar masuk sumber semulajadi. Kekurangan sumber tertentu boleh ditampung oleh negara jiran. - boleh melakukan perkongsian /pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang- perindustrian, pertanian dsbnya. - Negara bersempadan boleh bekerjasama membuat rondaan, kawal selia, pemeliharaan dan pengawasan bersama bagi mendapat faedah bersama terutama dari segi penjimatan kos. - Sesetengah negara mengalami masalah tenaga buruh sama ada berlebihan atau berkurangan. Pakatan dapat mewujudkan aliran tenaga buruh lebih mudah. Contoh, buruh mahir dari Singapura dapat disalurkan ke Indonesia, Buruh Malaysia ke Singapura

Isi vi. Saling keuntungan untuk mempercepatkan pembangunan sumber alam. vii. Menjaga kestabilan politik dan keselamatan viii. Hubungan Perdagangan

Huraian - Negara ASEAN kaya dengan pelbagai sumber dan masih banyak yang belum dibangunkan . Kerjasama dapat mempercepatkan pembangunan sumber tanpa membazir kerana tiap-tiap negara diberi pengkhususan sumber untuk dibangunkan. - Pakatan perlu untuk bersama menjaga keselamatan kerana negara-negara ini bersempadan politik - Dengan adanya pakatan hubungan perdagangan dapat diperluaskan terutama untuk perluasan pasaran, kawalan harga barangan dsbnya.

Huraikan kepentingan kerjasama serantau ASEAN dalam konteks pemeliharaan alam sekitar. Isi i. Menjamin bekalan sumber yang berterusan/ lestari Huraian - Sumber tenaga fosil todak boleh diperbaharuiperjanjian mengurangkan kebergantungan pada sumber ini. Kerjasama memperluas R&D untuk pemindahan teknologi membangunkan sumber tenaga alternative- solar, tenaga hidro - Kebocoran nuclear, risiko peningkatan suhu, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan melalui kerjasama, perkongsian modal, teknologi serta kepakaran mengurus sisa, pemeliharaan dan pemuliharaan. Kesan negative ditanggung bersama - Perjanjian dan deklarasi- menentukan idea dan konsep pembangunan mampan dan lestari- nikmat pembangunan akan dinikmati sehingga generasi akan datang - Mengeratkan perhubungan diplomatic- contoh kes jerebu 1997, hubungan Malaysia, Thailand< Singapura Dan Indonesia memjadi kukuh kerana masing-masing bekerjasama dan berkongsi tenaga dan kepakaran.

ii. Perkongsian Sumber

iii. Pembangunan teknologi, R&D dan inivasi/pemindahan teknologi iv. Saling bergantungan/kerjasama menjaga alam sekitar dan keselamatan serantau v. Perkongsian tenaga buruh dan kepakaran

ii. Mengurangkan risiko alam sekitar

iii. Menjamin keberterusan pembangunan iv. Memperkukuh hubungan antara negara

You might also like