You are on page 1of 1

STPM 2013 ULANGAN

Soalan nombor 16 (POLA UMUM 2+2)


Jadual menunjukkan aliran dagangan dengan negara-negara terpilih pada bulan
Januari hingga Ogos pada tahun 2010. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh
Malaysia bagi meningkatkan eksportnya.

Secara keseluruhan pada bulan Januari hingga Ogos 2010, aliran dagangan
Malaysia dengan negara-negara terpilih menunjukkan nilai defisit. Jumlah eksport Malaysia
ialah USD 5002.6 billion manakala jumlah import Malaysia ialah USD 5069.8 billion pada
tahun 2010. Defisit sebanyak USD 67.2 billion.

Pada bulan Januari hingga Ogos 2010, aliran dagangan Malaysia dengan Kawasan
Euro, Jepun, China dan Singapura menunjukkan lebihan dagangan. Sebagai contoh, jumlah
eksport Malaysia ke kawasan Euro ialah USD 2250.6 billion manakala jumlah import
Malaysia ialah USD 2204.3 billion. Lebihan dagangan sebanyak USD 46.3 billion.

Antara langkah untuk meningkatkan eksport adalah dengan meningkatkan kualiti


barangan Malaysia. Kualiti barangan Malaysia mestilah setaraf dengan tahap piawaian
antarabangsa. Ini menyebabkan negara luar manjadi lebih yakin untuk mengimport
barangan Malaysia.

Langkah lain yang dapat meningkatkan eksport ialah dengan memastikan harga
barangan Malaysia yang kompetetif. Malaysia perlu menghasilkan barangan yang lebih
berkualiti dengan harga yang kompetetif berbanding negara lain. Kesanya, barangan buatan
Malaysia akan menjadi pilihan untuk diimport oleh negara luar.

Kesimpulanya, kerajaan harus meningkatkan usaha untuk menambahkan eksport


Malaysia ke luar negara bagi menjamin aliran dagangan yang lebih baik pada masa
hadapan.

You might also like