You are on page 1of 2

STPM 2018 SOALAN 22

FORMAT : 1+4

Sistem persekolahan mampu memupuk perpaduan kaum di negara ini. Namun demikian,
peranan pelbagai pihak lain tidak boleh diketepikan.

Antara peranan pihak yang tidak boleh diketepikan dalam memupuk perpaduan kaum di
negara ini ialah peranan sistem persekolahan. Pihak sekolah perlu mengadakan Program
Perancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan bagi memupuk sikap bekerjasama dalam
kalangan warga sekolah. Bukan itu sahaja, di sekolah terdapat aktiviti kokurikulum yang
dapat menyatukan murid dari pelbagai kaum melalui aktiviti persatuan. Oleh itu, jelaslah
bahawa pihak sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan kaum di
negara Malaysia.

Selain itu, peranan masyarakat juga merupakan salah satu peranan pihak lain yang tidak
boleh diketepikan dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini. Hal ini kerana melalui
pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan oleh masyarakat, mereka dapat mengatur
pelbagai program yang melibatkan seluruh masyarakat. Contohnya, aktiviti riadah yang
dianjurkan oleh pelbagai pihak dapat memupuk perpaduan dan sikap saling menghormati
sesama masyarakat. Oleh itu, jelaslah bahawa masyarakat dapat membantu untuk memupuk
perpaduan kaum di negara Malaysia.

Seterusnya, peranan pihak lain yang tidak boleh diketepikan dalam memupuk perpaduan
kaum di negara ini ialah peranan ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa merupakan suri teladan
kepada anak-anak dengan bertegur sapa antara jiran yang berlainan kaum. Kesannya, perkara
ini akan menggalakkan ahli keluarga berkomunikasi dengan kaum lain. Oleh itu, jelaslah
bahawa ibu bapa mampu memupuk perpaduan kaum dalam diri anak-anak mereka.

Selanjutnya, pihak kerjaan juga merupakan antara peranan pihak lain yang tidak boleh
diketepikan dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini. Pihak kerjaan hendaklah
membentuk pelbagai dasar yang mampu untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan
masyarakat. Dalam masa yang sama, pihak kerajaan juga turut boleh mengadakan kempen
atau program bagi memupuk pepaduan kaum. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak kerajaan juga
turut memainkan peranan pentinh dalam memupuk perpaduan kaum di negara ini.

Akhir sekali, peranan pihak lain yang tidak boleh diketepikan dalam memupuk perpaduan
kaum di negara ini ialah peranan pihak media massa. Hal ini kerana pohak media cetak
mahupun media elektronik boleh menyebarkan maklumat berkaitan tentang kepentingan
perpaduan kaum. Selain daripada kepentingan, pihak media turut boleh memaparkan tentang
kesan buruk sekiranya negara kita tidak mempunyai perpaduan kaum. Hal ini akan membuka
mata masyarakat tentang betapa pentingnya perpaduan kaum. Oleh itu, jelaslah bahawa pihak
media juga mampu membantu untuk memupuk perpaduan kaum di negara ini.

Kesimpulannya, perpaduam kaum merupakan aspek penting bagi negara kita bagi
menjamin keselamatan negara. Perpaduan kaum perlu dipupuk dalam setiap laipasan umur
masyarakat.

You might also like