You are on page 1of 7

Tajuk: 6)PERPADUAN MASYARKAT MALAYSIA MENERUSI

KEBUDAYAAN

Soalan 1: Senaraikan 3 (TIGA) aktiviti kebudayaan yang boleh memupuk perpaduan


dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Soalan 2: Jelaskan 3 (TIGA) faktor meningkatkan semangat patriotisme dalam
bidang kebudayaan.
Soalan 3: Terangkan bagaimanakah aktiviti kebudayaan boleh menjalinkan
perpaduan antara kaum.
Soalan 4: Huraikan 3 (TIGA) usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan Politeknik
untuk memupuk semangat cintakan kebudayaan dalam kalangan pelajar Politeknik.

Saya hendak memulakan pembentangan saya dengan mengucapkan selamat sejahtera


kepada Puan Nurshahiza Bt Mohamad Isa yang mengajar kita penghayatan etika dan
peradaban.Mula-mula saya hendak mengenalkan diri saya kepada puan Saya Lekheswary Me
yyappan dari kelas DAT1A dan matrix nombor saya adalah 10dat22f2006. Sekarang saya
akan terangkan tentang apakah itu perpaduan sebelum saya terangkan apakah aktiviti
kebudayaan yang boleh memupukan semangat perpaduan di Malaysia. Perpaduan
ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja
dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan
banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup
dengan harmoni. Antara kaum utama di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Perpaduan
tidak akan tercapai jika ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di Malaysia.Setiap kaum di Malaysia
juga mempunyai adat resam dan kebudayaan masing-masingyang boleh diamalkan dengan
aman dan damai.Adat ialah suatu aturan dan cara hidup yang merangkumi segala tingkah
laku,kepercayaan dan sebagainya.Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat manggambarkan corak budaya masyarakat
tersebut.Interaksi antara kau mini penting untuk menghindari masyarakat daripada
melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat dan menyalahi norma-norma kehidupan.Interaksi
antara kaum yang baik juga adalah merupakan satu jalan ke arah perpaduan nasional dan
mencetuskan masyarakat yang harmoni dan bersatu adalah pengenalan bagi soalan saya.
Aktiviti pertama yang memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat ialah mengadakan
aktiviti gotong royong. Amalan gotong royong ini harus dipupuk dalam kalangan masyarakat kerana
ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; "
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Gotong royong juga, adalah salah satu cara untuk rakyat
Malaysia berinteraksi dan tolong menolong antara satu sama lain. Selain itu, gotong-royong juga
dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai-nilai murni ini amat penting
dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilainilai murni yang dapat
dipupuk dalam aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, bertolak ansur dan kerajinan.Aktiviti
gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan antara kaum. Contohnya, mengadakan gotong-
royong bagi menjayakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan
terjalin secara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan
kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Aktiviti kedua adalah menziarah jiran tetangga kita pada hari perayaan mereka seperti Hari Raya
Aidilfitri,Hari Deepavali dan Tahun baru Cina.Kesan yang paling ketara ialah perayaan ini telah
meningkatkan hubungan dan interaksi antara penduduk yang berbilang kaum ini. Semua pihak
memahami dan terlibat dalam perayaan yang disambut oleh kaum lain. Lawatan ke rumah terbuka
yang diamalkan telah mengeratkan hubungan antara kaum. Jadi, kekerapan interaksi ini
menyebabkan wujudnya perpaduan yang utuh di negara ini yang menjadi sanjungan masyarakat luar.
Selain itu, golongan remaja mampu memahami erti perpaduan kepada negara ini. Mereka yang tidak
mengalami kesusahan ketika era awal kemerdekaan mungkin memandang tentang perpaduan.
Namun, apabila mereka melihat suasana perayaan barulah mereka memahami dan menyanjungi erti
perpaduan. Keadaan ini menyebabkan remaja yang dilahirkan merupakan remaja berwawasan dan
terbilang.

Aktiviti ketiga adalah mengadakan aktiviti sukan dan permainan.Aktiviti sukan dan permainan juga
merupakan salah satu saluran bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sukan dan
permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai
kaum di Malaysia. Contohnya, bola kerajang , bola sepak , bola takraw dan lain-lain. Pihak sekolah
memainkan peranan yang penting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan generasi muda
kerana sekolah merupakan medan pertemuan kaum yang semulajadi kerana penyertaan dalam
aktiviti sukan tidak mengambil kira aspek kaum.

Kesimpulannya, semua pihak perlu sedar akan kepentingan mewujudkan perpaduan


masyarakat di Malaysia menerusi kebudayaan. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi
menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun
terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih
dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan
bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi
nasional akan tercapai. Upacara aktiviti sosial dan bahasa merupakan amalan yang
sepatutnya perlu ada dalam setiap lapisan masyarakat.sebagai pengajaran,masyarakat harus
mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum agar
negara kita kekal aman dan damai.
ii)Jelaskan 3 (tiga) faktor meningkatkan semangat patriotism dalam bidang kebudayaan.

Selamat sejahtera puan, saya hendak memperkenalkan diri saya. Nama diberi Sreevarman
A/L Munusamy dan nombor pendaftaran saya adalah 10DAT22F2002. Kita boleh melupakan
masalah kita tapi janganlah lupa faktor yang terbaik untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam kebudayaan. Bak kata peribahasa melayu berbunyi sebagai kacang
melupakan kulit. Maksud peribahasa tersebut ialah generasi sekarang melupakan faktor-
faktor yang membantu bagi meningkatkan semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan.
Disamping itu, faktor juga boleh dijadikan sebagai punca yang berlaku aktiviti sesuatu atau
pun boleh dikenali sebagai punca yang berlaku sesuatu kerja. Tambahan pula, semangat
patriotisme dalam bidang kebudayaan semakin meningkat dan juga tidak berlaku kesan
negatif semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan. Dan juga memberi kebaikan seperti
menjadi negara aman dan mewujudkan peluang pekerjaan. Oleh itu, marilah semua orang
saya nak jelaskan 3 faktor yang meningkatkan semangat patriotisme dalam bidang
kebudayaan.

Faktor pertama ialah ibu bapa yang menjadikan suri teladan yang syumur kepada anak-anak
dalam memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan. Hal ini ibu bapa
merupakan peranan yang penting kepada anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa setiap hari
sering mengamalkan semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan, hal ini anak-anak
akan juga mengikut ibu bapa yang mengamalkan semangat patriotisme dalam bidang
kebudayaan. Peribahasa melayu berbunyi sebagai Bagai mana acuan begitulah kuihnya.
Peribahasa melayu menjelaskan bahawa anak-anak akan tiru apa-apa sahaja aktiviti yang
dibuat oleh ibu bapa. Jika ibu bapa menjadikan suri teladan yang syumur kepada anak-anak
dalam memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan, maka anak-anak akan
mesti mengamalkan semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan.

Faktor kedua ialah pihak sekolah mengajar kepada murid-murid tentang memupuk
semangat patrotimse dalam bidang kebudayaan. Hal ini pihak sekolah pun peranan penting
kepada murid-murid. Sebagai contoh, pihak sekolah mengajar semangat patriotisme dalam
bidang kebudayaan dalam mata pelajaran moral. Dari kaedah ini murid-murid dapat
memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan dengan baik. Peribahasa melayu
berbunyi sebagai sedikit lama jadi bukit. Hal ini menjelaskan bahawa murid-murid dari kecil
belajar sikit,nanti lama jadi memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan
dengan 100 peratus. Jika pihak sekolah mengajar kepada murid-murid tentang memupuk
semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan, maka murid-murid akan mesti memupuk
semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan.
Faktor ketiga ialah media sosial menyebar maklumat tentang memupuk semangat
patriotisme dalam bidang kebudayaan. Hal ini media sosial juga merupakan peranan
penting kepada masyarakat. Sebagai contoh, media sosial menyebarkan video dan infograpik
kepada masyarakat tentang memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan.
Selain itu, media sosial juga dikenali sebagai menghantar maklumat dengan pantas. Semua
masayarakat sekarang melihat maklumat di media sosial dengan cepat. Jika media sosial
menyebar maklumat tentang memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan,
maka masayarakat akan mesti melihat maklumat tersebut dan akan memupuk semangat
patriotisme dalam bidang kebudayaan.

Secara rumusnnya, faktor ibu bapa yang menjadikan suri teladan yang syumur kepada anak-
anak dalam memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan, faktor pihak sekolah
mengajar murid-murid tentang memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan
dan faktor media sosial menyebar maklumat tentang memupuk semangat patriotisme dalam
bidang kebudayaan, tiga-tiga faktor ini sangat penting supaya dapat memberi kebaikan yang
tak boleh kira dalam melahirkan banyak insan yang memupuk semangat patriotisme dalam
bidang kebudayaan secara kuat dan kental. Hal ini negara akan menjadi aman dan damai dan
mewujudkan perpaduan kaum dan imej negara meningkat dan negara kita menjadi contoh
terbaik dalam memupuk semangat patriotisme dalam bidang kebudayaan kepada semua
negara. Oleh itu, faktor yang saya kata tiga-tiga itu ada, maka tiada ada masalah dalam
memupuk semangat patriotisme adri bidang kebudayaan.
Huraikan 3 (TIGA) usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan Politeknik untuk
memupuk semangat cintakan kebudayaan dalam kalangan pelajar Politeknik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,saya memperkenalkan diri saya.Nama diberi Lukkman


Hakim Bin Kamaruddin dan nombor matrix adalah 10dat22f2012.Malaysia ialah sebuah
negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai.Tiga kaum yang utama di
Malaysia ialah Melayu,India dan Cina.Malaysia merupakan kaum terbesar dangan
membentuk 54% daripada penduduk Malaysia.melayu adalah satu kaum yang beragama
islam,berbahasa melayu dan mengamalkan budaya melayu.kaum melayu mempunyai
pengaruh penting dalam arena politik di Malaysia.cina pula mewakili 25% daripada
penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat
semenanjung.kebanyakkan kaum cina beragama buddha,taisme atau Kristian berbahasa
mandarin,hokkien,hokka,kantonis dan lebih dominan dalam bidang
ekonomi.walaubagaimanapun,india pula membentuk 7.5% daripada
populasi.kebanyakkannya beragama hindu bertutur tamil,Malayalam dan telungu.
Soalan saya ialah huraikan 3 (TIGA) usaha yang boleh dilaksanakan oleh pihak pengurusan
Politeknik untuk memupuk semangat cintakan kebudayaan dalam kalangan pelajar
Politeknik.Usaha yang pertama ialah mengadakan program umum atau sari segi
pembelajaran. Hal ini dikatakan,dapat bersemuka dengan berbilang kaum dan juga dapat
berkomunikasi antara satu sama lain.Contohnya,pihak politeknik akan mengadakan atau
menganjurkan program iaitu ‘program Bersatu teguh bercerai roboh’.kini,pelajar
menggangap peristiwa tersebut ialah membuang masa kerana mereka menggangap
gangguan semasa di dalam kuliah.
Usaha kedua ialah pihak politeknik bolehmemperkasa aktiviti sukandan rekreasi dalam
komunit.hal ini demikian,kepelbagaianbagi masyarakat akan lebih mendalamitidak kira kaum
melayu,cina dan india.contohnya,aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim
dan pada masa yang sama sukan boleh menerapkan disiplin dan integrity dalam kalangan
peserta.selain itu,kelab dan persatuan juga boleh menerapkan aktiviti seperti jenis
permainan,makanan,pemakaian,adat istiadat dan perayaan.
Usaha terakher ialah menyambut hari perayaan bersama-sama dengan rakan dan pensyarah
di Kawasan politeknik.hal ini dihujahkan,dapat direncana untuk memupuk perpaduan antara
kaum,contohnya,perayaan hari raya aidilfitri,Deepavali,tahun baru cina,hari natal dan hari
gawai.
Kesimpulannya,Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum yang
mempunyai budaya,adat resam dan ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri.sebagai
pengajaran,kita hendaklah memperkukuhkan perpaduan kedubadayaan agar dapat
mengelak daripada perselisihan atau konflik.

You might also like