You are on page 1of 16

HOSPITAL FATIMAH SCHOOL OF NURSING

PENGAJIAN MALAYSIA 1 ( MPU 3132)

TAJUK :

PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR:

 DVIYA SHRI MANIKAM (O100)


 CHOO XIU QI (0098)
 AZNI BINTI JASNI
 CHANDRA TAMIL VALAVAN

PENSYARAH :

EN. KUMAR ANDISAMY (MBA.BA. TEFL)

1
INDEKS

BIL TAJUK MUKA


SURAT
1.0 PENGENALAN 3
2.0 OBJEKTIF 4
3.0 METHODOLOGI PENULISAN 5
4.0 KEKANGAN PENULISAN 6
5.0 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN 7-10
UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA
6.0 DASAR DASAR YANG TELAH DILAKSANAKAN 11-14
UNTUK MEMUPUK PERPADUAN KAUM DI
MALAYSIA
7.0 KESIMPULAN 15
8.0 RUJUKAN 16

2
1.0 PENGENALAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dipenuhi dengan masyarakat
yang berbilang kaum.Kaum ini terdiri daripada Melayu,Cina dan India.Mereka juga
mempunyai budaya sendiri dan memegang kepercayaan masing-masing.Negara
Malaysia mencapai kemerdekaan dengan hasil perjuangan tokoh-tokoh kita.Pada
masa yang sama kita tidak boleh melupakan peristiwa 13 Mei iaitu rusuhan kaum
dan kemuncak perbalahan antara kaum di Malaysia.Sejak peristiwa tersebut rakyat
Malaysia cuba mengelakkan pergaduhan antara satu sama lain untuk menjaga
kesejahteraan dan keamanan negara. Semangat kerjasama antara masyarakat
Malaysia sangat penting dalam memajukan negara.Hal ini kerana sesuatu negara
yang maju akan melahirkan generasi yang produktif.

Rakyat Malaysia juga boleh hidup bersatu-padu walaupun terdiri daripada pelbagai
jenis kaum. Rakyat Malaysia peka dalam memahami kepercayaan kaum lain dan
menghormati pegangan agama lain.Contohnya terdapat pelajar yang berlainan
bangsa juga belajar di dalam satu sekolah. Oleh itu, masyarakat Malaysia sudah
berkomunikasi antara satu sama lain dari peringkat sekolah rendah lagi.Bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Selain itu,masyarakat juga
haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab dalam memupuk semangat
perpaduan kaum dalam kalangan masyararakat.Kita tidak sepatutnya memandang
rendah sesiapa walaupun berlainan bangsa.Apakah usaha-usaha yang boleh
dilakukan oleh masyarakat Malaysia untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia?

3
2.0 OBJEKTIF

Tujuan kumpulan tugasan ini dibuat adalah untuk memenuhi keperluan kerja
kursus Pengajian Malaysia 2 MPU 2163.Tugasan ini mempunyai 2 objektif
iaitu:
1. Mengenalpasti usaha-usaha yang telah diambil oleh kerajaan dan
masyarakat secara umum untuk memelihara dan mengekalkan perpaduan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,bangsa dan agama.
2. Tugasan ini dibuat untuk memeliti dasar-dasar yang dibuat dan
dilaksanakan oleh kerajaan dalam memupuk perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat.
3. Mengenali pelbagai jenis perpaduan kaum di Malaysia.

4
3.0 METHODOLOGI PENULISAN

1. Data sekunder dari sumber bercetak dan sumber elektronik digunakan untuk
menyiapkan tugasan ini.
2. Antara sumber bercetak yang dirujuk ialah surat khabar dan majalah ilmiah.
3. Untuk sumber elektronik maklumat yang berkaitan diperolehi dari portal-
portal atau laman web yang diiktiraf melalui carian google.ar
4. Data primer tidak digunakan walaupun ada perancangan dalam kumpulan
yang ingin mengumpul data melalui temuduga dan soal selidik kerana
pandemic covid-19 yang masih wujud menyebabkan pendekatan ini menjadi
kurang sesuai.

5
4.0 KEKANGAN PENULISAN

Antara kekangan yang dihadapi oleh ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan ini
adalah:

1. Kekurangan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan.Sumber bercetak


dalam elektronik tidak mempunyai maklumat yang dapat menerangkan tajuk
tugasan secara langsung.
2. Pandemik covid menjejaskan usaha mengumpul maklumat daripada kerja
lapangan.
3. Terdapat juga isu fizikal seperti masalah kerosakan computer yang berlaku
semasa tugasan ini disiapkan.

6
5.0 USAHA-USAHA YANG TELAH DILAKSANAKAN UNTUK MEMUPUK
PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

Perpaduan didefinisikan sebagai hubungan erat atau bersifat toleransi yang


diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum yang berbeza untuk mengekalkan
kemerdekaan negara.Dalam konsep yang lain perpaduan ialah satu proses
menyatukan seluruh masyarakat dan perasaan cinta kepada tanah air masing-
masing.Perpaduan antara kaum dalam Malaysia sangat penting kerana i masyarakat
yang harmoni ,perpaduan antara satu sama lain dapat membina sebuah negara
yang aman dan kesejahteraan serta dapat meningkatkan kemajuan negara.Ini
disebabkan sebuah negara yang tidak mempunyai konflik atau pergaduhan akan
mendatangkan banyak faedah contohnya negara yang aman boleh melancarkan
pelbagai aktiviti dengan baik.

7
5.1.1 RUMAH TERBUKA

Rumah terbuka merupakan satu usaha yang boleh diamalkan oleh rakyat Malaysia
untuk memupuk perpaduan dan mengeratkan hubungan antara satu sama
lain.Melalui mengamalkan rumah terbuka masyarakat boleh lebih memahami dan
mengenali agama dan budaya lain.Amalan ini boleh menjadi sesuatu agen
perpaduan kerana apabila menyambut sesuatu perayaan dan mengamalkan rumah
terbuka masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum akan berkumpul dan
mengunjungi di satu tempat dan menikmati juadah serta makanan tradisional dari
kaum lain.Dengan ini hubungan antara kaum-kaum yang lain dapat dirapatkan dan
juga dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.Selain itu,amalan ini
dapat mengeratkan perpaduan kerana apabila masyarakat berkumpul di satu tempat
mereka akan berkomunikasi antara satu sama lain dengan bersopan-santun dan
penuh hormat.

Sebenarnya,amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan


kebaikan terutamanya mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota
masyarakat dalam negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat
memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka
memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang
harus wujud untuk mengelakkan sebarang unsur prejudis terhadap keharmonian
kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan masyarakat yang
melupakan pertentangan pendapat dan perbezaan ideologi walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada kaum yang berbeza.Pada sambutan hari perayaan utama
berkenaan semua masyarakat Malysia tidak kira warna kulit, agama, dan kaum boleh
mengambil kesempatan ini untuk mengenali antara satu sama lain jadi rakyat
Malaysia boleh mengeratkan perpaduan.

8
5.1.2 MEDIA SOSIAL

Media sosial adalah laman jaringan sosial yang menjadi platform untuk orang ramai
berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Media sosial juga seperti
media cetak yang mempunyai pelbagai maklumat. Selain itu media sosial menambah
kenalan yang baru di samping mengeratkan semula hubungan yang terputus untuk
jangka masa yang lama. Oleh itu media sosial ini dapat menyepadukan rakyat
Malaysia dengan berkomunikasi di media sosial. Contoh media sosial ialah
televisye,radio,whatsapp,facebook dan sebagainya.media sosial ini digunakan oleh
semua golongan masyarakat tidak kira umur. Media sosial ini merupakan satu
medium utama mencari kenalan baru atau lama. Kita juga dapat berinteraksi satu
sama lain dengan lebih terbuka.

Media cetak ,media sosial dan media elektronik ini memberi banyak sumbangan dan
memberi kesan positif dalam mempromosikan pembangunan ekonomi. Seterusnya,
media ini juga menyebarkan maklumat mengenai isu isu semasa di seluruh dunia.
Hal ini juga dapat membantu warga Malaysia untuk mengetahui lebih mengenai
perpaduan kaum dengan membaca artikel atau menonton video di media sosial.
Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen atau taklimat di laman laman
sesawang. Platform ini memudahkan pihak pihak berkenan untuk mennyampaikan
maklumat kepada masyarakat dengan lebih pantas dan efektif. Semangat perpaduan
jugan dapat ditanam dalam diri setiap individu dan melahirkan insan yang berguna
kepada negara.

9
5.1.3 GOTONG ROYONG

Gotong royong adalah kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara kerjasama
dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan sesuatu secara sukarela. Gotong
royong ini membentuk masyarakat yang kondusif dalam kesefahaman sesuatu
perkara. Ini juga dapat merapatkan hubungan ahli masyarakat yang berlainan kaum
dalam satu komuniti. Bah kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing ini
memberi maksud kerja yang berat menjadi mudah jika dilakukan bersama sama.
Semangat bantu membantu dan bekerjasama membersihkan sekelling tempat.
Selain itu,gotong royong juga merapatkan hubungan ahli masyarakat kepada
bersatu padu tanpa mengira kaum dan bangsa. Oleh itu,masayrakat haruslah
mempraktikkan amalan gotong royong ini dalam satu perumahan.

Gotong royong mewujudkan kesan kesan positif yang dapat membantu


mengeratkan hubungan antara kalangan masyarakat. Hal ini menyebabkan dapat
menghulurkan bantuan sesama rakyat tanpa mengira kaum. Amalan ini dapat
memberikan pelbagai kebaikan dan semangat perpaduan kepada masyarakat. Pihak
sekolah dan ibu bapa mestilah mendidik amalan gotong royong kepada kalangan
remaja dengan faedah-faedah gotong royong. Gotong royong salah satu unsur
untuk meningkatkan maruah negara dan mengharumkan nama negara. Hal ini
demikian kita juga dapat mempromosikan perpaduan kaum kepada seluruh dunia.
Akhir sekali, kita haruslah berganding bahu memupuk perpaduan kaum dalam
aktiviti gotong royong di Malaysia.

10
6.0 DASAR DASAR YANG DILAKSANAKAN UNTUK MEMUPUK PERPADUAN
KAUM DI MALAYSIA

6.1.1 RUKUN NEGARA

Isi berkaitan perpaduan dalam sesuatu negara dapat dikaitkan dengan adanya rukun
negara yang menjadi pindaan kita sebagai individu rakyat Malaysia.Matlamat rukun
negara adalah untuk mengukuhkan perpaduan dan memelihara corak hidup
demokratik.Selain itu,agar dapat mencipta sesebuah masyarakat yang adil.Antara
prinsip-prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada tuhan yang membawa
maksud agama merupakan pegangan paling utama rakyat
Malaysia.Seterusnya,kesetiaan kepada raja dan negara membawa erti,menuntut
semua rakyat Malaysia memberi kesetiaan kepada raja dan negara.Itu bermaksud
sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada raja dan negara tidak akan
melakukan sebarang perkara yang akan membawa keburukkan kepada negara dan
tidak akan derhaka negara.

Selanjutnya,keluhuran perlembagaan yang bermaksud perlembagaan merupakan


undang -undang utama bagi sesebuah negara dan dianggap luhur,unggul serta
suci.Di samping itu,kedaulatan undang-undang,prinsip ini menuntutt rakyat Malaysia
menghormati undang-undang.Akhir sekali,kesopanann dan kesusilaan iaitu
menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila.Semua rakyat Malaysia
akan berdisiplin dan mengikuti ajaran hidup yang betul.Oleh itu dengan masih
adanya 5 prinsip rukun negara ini maka masyarakat pasti akan hidup dalam keadaan
yang harmoni kerana adanya sikap saling menghormati.Rukun negara ini juga
menjadi panduan hidup rakyat Malaysia untuk mengeratkan hubungan satu sama
lain dan boleh menghormati kepelbagaian agama di Malaysia.

11
6.2.2 DASAR PENDIDIKAN NEGARA

Seperti apa yang kami telah pelajari Dasar Pendidikan Negara ditubuhkan untuk
memperbaiki pelaksaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat
yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang
terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai.Hal ini demikian kerana sistem
Pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada
keperluan pembangunan,oembentukan lolentiti kebangsaan dan perpaduan
negara.Sistem tersebut hanya memberi tumpuan taat setia rakyat pendatang pada
keturunan dan negera asal mereka.Oleh itu,beberapa matlamat yang diketengahkan
dalam hal ini iaitu menubuhkan satu sistem Pendidikan yang akan dapat memenuhi
keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,sosial ekonomi dan
politiknya.Ini untuk menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja.Ini mencerminkan Hasrat bahawa dasar Pendidikan
diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka
Panjang dan pendek demi melahirkan masyarakat yang Bersatu padu,berdisiplin dan
berdikari.

Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat dasar Pendidikan yang
telah ditetapkan seperti menjadikan Bahasa kebangsaan sebagai Bahasa
penghantar yang utama iaitu Bahasa melayu.Selain itu,mengadakan kurikulum yang
sama dan berorentasi Malaysia dan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi
semua jenis sekolah.Selanjutnya,meningkatkan mutu Pendidikan keseluruhnya
dengan menyediakan Pendidikan yang menyeluruh,seimbang dan Bersatu padu
serta mendemokrasikan Pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan
yang kurang bernasib baik dan Kawasan luar bandar atau
pendalaman.Disamping,memperluaskan Pendidikan vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun
1978.Kesimpulannya,dasar Pendidikan kebangsaan sememangnya dapat
menampung keperluan-keperluan negara buat masa ini dan masa depan.Selaras
dengan Hasrat negara untuk mencapai tahap negara perindustrian.Oleh itu dasar ini
juga dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah dan kualiti.

12
6.2.3 DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Dasar kebudayaan telah diwujudkan di negara ini adalah bertujuan untuk menjaga
perpaduan kaum di Malaysia.Pada pendapat saya kebudayaan merupakan cara
hidup sesebuah masyarakat dalam negara.Kebangsaan ialah satu perasaan atau
semangat cinta yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.Bagi sesebuah
negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum,dasar kebudayaan negara
melahirkan cara hidup yang teliti dan rapi.Bagi pembinaan negara yang maju,dasar
ini meningkatkan jati diri rakyat Malaysia.Dasar kebudayaan kebangsaan dianjurkan
oleh kementerian kebudayaan kebangsaan pada tahun 1971.Pada peringkat
awal,dasar ini tidak dipraktikan oleh masyarakat tetapi mendatangkan pelbagai
manfaat.

Dalam kata lain,dasar ini menyerapkan tiga prinsip utama iaitu berteraskan
kebudayaan rakyat di seluruh negeri dan unsur-unsur kebudayaan yang boleh
meningkatkan kesatuan kaum.Dasar kebudayaan kebangsaan menjadi garis
panduan untuk masyarakat mengenal pasti identity negara.Ini juga membentuk
golongan muda yang bersifat terbuka dan daya permikiran yang luas dalam
mengekalkan perpaduan kaum.Dasar ini membantu dalam usaha usaha yang
dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara.Akhir
sekali,dasar kebudayaan kebangsaan ini membentuk negara yang stabilan kaya
dengan masyarakat bersatu.

13
6.2.4 DASAR EKONOMI BARU

Dasar ekonomi baru ini ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan
menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat.Objektif
utama dasar ini adalah untuk mengembangkan ekonomi negara dan meluaskan
passaran Malaysia supaya rakyat Malaysia boleh menyara hidup mereka.Ini juga
adalah satu cara untuk mengekalkan keharmonian negara dan memupuk perpaduan
kaum di dalam negara.Hal ini kerana perbezaan taraf hidup antara bangsa membina
jurang antara masyarakat.Jurang ini mewujudkan pergaduan dan rusuhan antara
kaum.Ini juga akan meningkatkan kes jenayah dalam negara kita kerana orang
miskin memang tiada cara lain untuk menambah rezeki jadi mereka mencuri atau
merompak harta orang lain.

Jadi,kerajaan menambahbaik struktur negara dan pembangunan infrastruktur di


samping menambahkan peluang pekerjaan di negara.Selain itu,perkhidmatan sosial
seperti bantuan makanan,kesihatan dan penempatan baru.Strategi utama ialah
memperbaiki taraf hidup rakyat dan mewujukan masyarakat yang Bersatu
padu.Pengembangan dalam ekonomi negara meningkatkan taraf hidup rakyat
Malaysia dalam pelbagai struktur.Contohnya orang melayu dapat mencari
pendapatan dalam seKtor pertanian manakala orang cina dapat bekerja di
perlombangan serta orang India mendapat peluang pekerjaan di ladang
getah.Tuntasnya dasar ekonomi baru memberi pelbagai faedah dalam
perkembangan perpaduan di Malaysia.

14
6.0 KESIMPULAN

Usaha-usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk memupuk dan menjaga perpaduan
dalam negara kita.Antara usaha-usaha tersebut adalah amalan rumah
terbuka,melakukan aktiviti gotong-royong ,dasar Pendidikan,Rukun Negara dan
sebagainya.Bah kata pepatah,melentur bulu biarlah dari rebungnya jadi perpaduan
kaum perlulah diterapkan dari kecil lagi supaya mudah untuk generasi muda
menerapkan perpaduan kaum di Malaysia.Selepas merdeka,generasi pada masa kini
haruslah menjaga keamanan negara dan mengekalkan maruah negara.Usaha-usaha
di atas dapat direalisasikan dan menjadi tunjang kemajuan negara.Pihak kerajaan
juga telah melaksanakan pelbagai dasar untuk mengekalkan perpaduan kaum.

Harapan kita sebagai warga masyarakat Malaysia adalah sepakatan antara kaum
haruslah lebih yang Bersatu padu dapat membantu negara tidak mengira
kaum,budaya dan warna kulit untuk lebih maju dan menghadapi ancaman daripada
negara asing.Selain itu harapan kami ialah pihak-pihak berkuasa hendaklah perlu
menitikberatkab hal-ha perpaduan kau mini lebih mendalam dan menganjurka
pelbagai aktiviti untuk menyemarkan semangat perpaduan ini.Akhir sekali,kita
sebagai rakyat Malaysia haruslah lebih peka dan teliti dalam perbuatan dan
komunikasi kita dengan orang yang berlainan kaum supaya tidak menimbulkan
sebarang perbelahan dalam negara kita.

15
7.0 RUJUKAN

LAMAN WEB

1. https://www.jobstore.com/careers-blog/2019/08/29/kepentingan-perpaduan-
kaum-di-malaysia/
2. http://beliaptsb.blogspot.com/2016/08/blog-post_29.html?m=1
3. http://1malaysiaunited.blogspot.com/2018/03/maksud-dan-kepentingan-
perpaduan.html?m=1
4. https://www.ipendidikan.my/kebaikan-amalan-rumah-terbuka.html
5. https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2018/08/karangan-kepetingan-
rumah-terbuka-di.html?m=1
6. http://cgpengajianam.blogspot.com/2013/12/dasar-pendidikan-
kebangsaan.html?m=1
7. https://www.kln.gov.my/web/esp_madrid/news-from-mission/-/blogs/objektif-
dan-prinsip-rukun-negara
8.

ARTIKEL

1. https://sarawakvoice.com/2017/06/24/harapan-rakyat-malaysia-terus-aman-
perpaduan-stabil-tanpa-diracuni-anasir-luar/
2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/605018/perpaduan-
kaum-di-malaysia-perlu-terus-utuh

16

You might also like