You are on page 1of 48

041110-07-0343

MASJID JAMEK ALMA JAYA SEBAGAI MEDIUM DALAM MEMUPUK


SEMANGAT KEJIRANAN DI KALANGAN PENDUDUK TAMAN ALMA JAYA,
BUKIT MERTAJAM

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji Masjid Jamek Alma Jaya sebagai medium dalam
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.
Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid
Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dan mengkaji kesan-kesan aktiviti
kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan di
kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Kajian ini dijalankan di Masjid
Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Sample kajian adalah seramai 30
orang responden, iaitu penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Metodologi kajian yang
digunakan ialah soal selidik, temu bual, pemerhatian dan keperpustakaan. Dapatan kajian
mendapati majoriti responden bersetuju aktiviti gotong royong adalah aktiviti
kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat
kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dan kesan-kesan aktiviti
kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek Alma Jaya, Bukit Mertajam yang mendapat
persetujuan tertinggi responden adalah mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk.
Kesimpulannya, Masjid Jamek Alma Jaya dapat merapatkan hubungan kejiranan dalam
kalangan penduduk di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

1
041110-07-0343

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada tuan pengetua SMK Tinggi Bukit Mertajam, Tuan Shamsudin Bin Hussien yang telah
memberi kelulusan dalam melaksanakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru
Pengajian Am, Encik Leong Shean Leong yang telah banyak membimbing sehingga dapat
menyempurnakan kerja kursus ini. Beliau telah meluangkan banyak masa dan tenaga dalam
membantu dan tidak putus memberi bimbingan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus
ini.

Tidak lupa kepada ibu bapa yang telah memberi dorongan dan semangat secara berterusan
sepanjang menyiapkan kerja kursus Pengajian Am semester 2. Tanpa dorongan berterusan
daripada mereka tidak mungkin mampu untuk menyempurnakan kerja kursus ini dengan
jayanya.

Dalam kesempatan ini, ingin mengambil peluang untuk memberi penghargaaan kepada
rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi banyak buah fikiran bagi menyempurnakan
kerja kursus ini. Akhir kata, ingin berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam memberikan sokongan sehingga dapat menyiapkan kerja
kursus Pengajian Am ini.

2
041110-07-0343

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi keempat (2005), Kejiranan boleh
ditakrifkan sebagai orang yg tinggal berhampiran dengan rumah seseorang. Hidup berjiran
menjadi kebiasaan dalam masyarakat di negara Malaysia. Tidak dapat dinafikan Malaysia
diduduki oleh penduduk pelbagai kaum. Majoriti penduduk yang tinggal di Malaysia adalah
kaum Melayu diikuti dengan kaum Cina dan kaum India. Walaupun hidup dengan pelbagai
kaum, kehidupanan bermasyarakat di Malaysia adalah sejahtera sejak dahulu lagi. Hidup
dalam sesebuah kejiranan memberikan banyak faedah kepada kita atau jiran kita. Kewujudan
institusi keagamaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan antara faktor dalam
memupuk semangat kejiranan. Sebagai contoh, masjid yang membenarkan orang Islam
menjalankan aktiviti keagamaan seperti solat tarawih pada bulan Ramadhan dan lain-lain
aktiviti keagamaan kelak. Aktiviti-aktiviti keagamaan yang dijalankan di masjid menjadi titik
permulaan dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan orang beragama Islam.
Terbuktilah dengan kewujudan institusi keagamaan dapat menjadi medium yang mendorong
memupuk semangat kejiranan.

Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung kepada keutuhan dan kemantapan hubungan
dalam setiap lapisan masyarakat tanpa mengira umur, jantina, bangsa, agama dan budaya.
Hubungan erat antara jiran dapat melahirkan ciri-ciri masyarakat yang berkualiti. Semangat
kejiranan merupakan aspek yang penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini lahir
daripada kesedaran dan inisiatif kita untuk mewujudkannya. Ia perlu diterapkan dalam diri
setiap masyarakat di negara ini. Islam telah menekankan kepentingan menjalinkan hubungan
dalam kalangan masyarakat sekeliling. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu sentiasa
menghormati dan menjaga keselamatan diri dan harta benda. Dalam era globalisasi ini, sikap
mementingkan diri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal. Jika hal ini
dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur seterusnya menjejaskan perpaduan negara.
Tuntasnya, hidup berjiran amat penting dalam kehidupan. Jelaslah bahawa betapa penting
dan besarnya peranan jiran dalam membentuk kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara.(https://harakahdaily.net/index.php/2017/05/23/semangat-kejiranan-perlu-dipupuk).

Menurut artikel surat akhbar Berita Harian, Jumaat, 22 Januari 2016 yang bertajuk Kukuhkan
perpaduan melalui semangat kejiranan oleh Rohaniza Idris, tentang perpaduan dalam
kalangan rakyat dapat dikukuhkan lagi melalui semangat kejiranan. Dengan langkah yang

3
041110-07-0343
paling mudah iaitu mulakan dengan berbaik-baik sesama jiran tetangga ia adalah langkah
pertama ke arah perpaduan nasional sejagat yang berterusan. Selain daripada itu, hubungan
antara jiran yang baik juga menjamin keharmonian di tempat tinggal. Semudah
memperbanyakkan interaksi sesama jiran tetangga dapat menyumbang secara tidak langsung
dalam meningkatkan perpaduan melalui semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia. Ia adalah sesuatu perkara yang amat merugikan sekiranya kita tidak menggunakan
kebaikan yang boleh diperoleh apabila tidak mengamalkan kehidupan berjiran dengan baik
kerana jiranlah orang terdekat yang boleh membantu kita di dalam kesusahan. Dalam masa
yang sama, amalkan toleransi serta mengelakkan gangguan ketenteraman kediaman jiran.

Dipetik daripada artikel surat akhbar Sinar Harian, 16 Februari 2020 yang betajuk Mulakan
Dari Kawasan Kejiranan oleh Amir Mohamed Ali, tentang usaha memupuk keharmonian
dan perpaduan antara kaum di Malaysia perlu bermula dari kawasan kejiranan yang rata-
ratanya terdiri daripada tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. Semangat kejiranan
boleh disuburkan melalui rasa kasih sayang yang tinggi dalam komuniti setempat. Tambahan
lagi, usaha memupuk keharmonian dan perpaduan antara kaum di Malaysia perlu bermula
dari kawasan kejiranan. Sebagai contoh, Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Pekan Changlun,
yang tidak mengetepikan kaum mana-mana sekalipun dalam sebarang program, sebaliknya
semua diadakan secara bersama-sama. Kesannya, apabila anggota masyarakat sudah terbiasa
berjumpa dan bergaul hubungan yang terjalin semakin erat dan menjadikan mereka seperti
sebuah keluarga besar yang saling memerlukan. Walaupun berbeza bangsa dan agama, tiada
masalah untuk berkomunikasi atau membuat keputusan kerana kami mengenepikan
perbezaan dan mencari titik persamaan dalam semua perkara.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Malaysia perlu menanam semangat kejiranan
dalam kalangan anggota masyarakatnya khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan
bandar. Hal ini demikian kerana tradisi hidup berjiran sememangnya menjadi amalan
masyarakat di luar bandar semenjak dari dahulu lagi. Hubungan dan keutuhan semangat
kejiranan ini merupakan teras perhubungan sosial dalam komuniti di luar bandar kerana ia
menjadi sebahagian daripada tradisi yang masih dipertahankan dan sukar diganggu gugat
oleh mana- maan pihak. Perubahan yang berlaku dalam masyarakat Malaysia umumnya telah
mempengaruhi pola hubungan kejiranan yang telah sedia ada.

Kehidupan berjiran juga merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu
melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan

4
041110-07-0343
negara. Negara yang cemerlang lahir daripada rakyatnya yang berhemah tinggi dan hidup
bersatu padu seia sekata. Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan
kehidupan yang harmoni maka negara akan melakar kejayaan yang gemilang. Melalui
hubungan kejiranan, pelbagai aktiviti berbentuk pemupukan nilai-nilai patriotisme dapat
diimplimentasikan seperti mengibarkan jalur gemilang, mengadakan pameran sempena ulang
tahun kemerdekaan negara ataupun menyertai perarakan dalam sesebuah pesta.
(https://mypt3.com/semangat-kejiranan-peranan-hidup-berjiran-pt3)

Kajian lepas yang dijalankan oleh Indera Khamarizmie (2017), Pemasaran Teknologi,
Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang menjalankan kajian tentang persepsi penduduk
kampung tentang kesan aktiviti gotong-royong yang dijalankan bagi memupuk integrasi dan
perpaduan dalam kalangan penduduk Kampung Sageng, Simunjan, Sarawak. Instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dan pemerhatian. Sampel kajian
ialah diperoleh daripada 30 orang responden yang tinggal di Kampung Sageng, Simunjan.
Pengkaji juga menemubual 3 orang informen. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
aktiviti gotong-royong majlis kenduri iaitu seramai 25 orang responden (83.33%) merupakan
jenis aktiviti gotong-royong yang dijalankan oleh penduduk di Kampung Sageng manakala
hasil dapatan utama bagi kesan aktiviti gotong-royong ialah merapatkan hubungan
silaturahim iaitu seramai 25 orang responden (83.33%). Kesimpulannya, dengan mengadakan
aktiviti-aktiviti seperti gotong royong ia dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.(https://www.studocu.com/my/document/universiti-teknikal-malaysia-melaka/
pemasaran-teknologi/kerja-kursus-pengajian-am/29360647)

Masjid Jamek Alma Jaya adalah salah satu masjid utama yang terletak di Taman Alma Jaya,
Bukit Mertajam dilihat menarik untuk dijalankan kajian. Ia menjadi tempat di mana
penduduk beragama Islam menunaikan ibadah-ibadah yang dituntut dalam agama Islam di
samping pelbagai aktiviti keagamaan lain yang dijalankan dalam memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk. Selain itu, penempatan bangunan masjid tersebut yang
terletak di kawasan perumahan menjadi salah satu lokasi tumpuan penduduk beragama Islam
menunaikan solat. Di dalam kawasan masjid yang sama juga terdapat tanah perkuburan orang
Islam yang kebiasaannya tidak ada dalam mana-mana masjid di negeri Pulau Pinang.

5
041110-07-0343
Rasional kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Selain itu, rasional kajian
ini adalah untuk mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya
dalam mempuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit
Mertajam.

Kesimpulannya, kewujudan institusi keagamaan seperti masjid menjadi salah satu tonggak
utama dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk. Aktiviti yang dijalankan
di masjid memfokuskan keagaaman serta menjalankan ibadah malah ia jugak menjadi tempat
tumpuan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kejiranan yang dapat menyemarakkan lagi
semangat kejiranan. Tambahan pula, masjid adalah terbuka kepada orang luar tidak mengira
lapisan umur serta membenarkan kanak-kanak untuk menyertai aktiviti-aktiviti kejiranan
yang dapat menerapkan semangat kejiranan dalam diri kanak-kanak sejak kecil lagi. Oleh itu,
masjid sepatutnya diperbanyak lagi agar dapat melahirkan lebih ramai penduduk yang
mempunyai semangat kejiranan yang kukuh dalam diri mereka.

6
041110-07-0343
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah matlamat dan hala tuju yang ingin dicapai oleh pengkaji dalam
menjalankann kajian ini. Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji mengkaji berlandskan 2
objektif kajian iaitu:

1) Mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek


Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

2) Mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam


memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya,
Bukit Mertajam.

7
041110-07-0343
3.0 PETA KAJIAN
Peta Negeri Pulau Pinang

Sumber: google map

Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia dan terletak di persisiran
barat laut Semenanjung Malaysia. Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga
tanah besar yang dikenali sebagai Seberang Perai.

Pulau Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai
Seberang Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 kilometer persegi yang terpisah
sepenuhnya daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian ini dihubungkan dengan
perkhidmatan feri dan Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 kilometer.

Mengikut bancian penduduk Malaysia 2020, jumlah penduduk di Pulau Pinang ialah seramai
1.7 juta orang di mana majoritinya adalah dari daerah Timur Laut iaitu 32% dari jumlah
penduduk. 91.9% daripada jumlah penduduk merupakan warganegara manakala 8.1%
merupakan bukan warganegara. Negeri Pulau Pinang mempunyai penduduk berbagai etnik
yang terdiri daripada Melayu, Cina, India, Bumiputera dan lain-lain. Peratusan penduduk
beretnik Melayu sebanyak 44.7%, Cina 44.9%, India 9.7% dan lain-lain etnik sebanyak 0.6%
Pulau Pinang juga merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang majoriti penduduknya
beretnik Cina.

8
041110-07-0343
Peta Seberang Perai Tengah

Sumber: Google Map

Seberang Perai Tengah pernah dikenali sebagai “Central Province Wellesley” iaitu salah satu
daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang. Ibu pejabat daerah ini terletak di Bukit
Mertajam. Ia merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di wilayah Seberang
Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.

Daerah SPT mempunyai keluasan 236.796 km persegi dan merupakan daerah ke-3 terbesar di
Pulau Pinang. Jumlah penduduknya ialah seramai 362,820 orang yang terdiri daripada
pelbagai kaum dan latar belakang yang mendiami 21 buah Mukim. Seberang Perai Tengah
mempunyai sebuah bandar raya iaitu Bandar Bukit Mertajam dan sebuah Bandar Perai

9
041110-07-0343

Peta Taman Alma Jaya

Sumber: Google Maps

Taman Alma Jaya merupakan salah satu taman yang terdapat dalam daerah Seberang Perai
Tengah. Taman Alma Jaya turut di diami oleh penduduk pelbagai kaum. Majoriti penduduk
di Taman Alma Jaya adalah kaum Melayu diikuti dengan kaum India kemudian kaum Cina.

Dalam beberapa tahun belakangan ini, kawasan Alma telah mengalami perkembangan yang
sungguh pesat, dengan beberapa estet perumahan besar telah dibangunkan di kawasan ini.
Bagi menampung peningkatan penduduk, beberapa pusat membeli-belah telah dibina di
kawasan ini, seperti Lotus Bukit Mertajam dan AEON Mall Bukit Mertajam.

10
041110-07-0343

Sumber:(Google Images)

Foto 1 : Masjid Jamek Alma Jaya

Terdapat sebuah masjid di dalam taman ini iaitu Masjid Jamek Alma Jaya yang di dirikan
pada 1 Januari 2010. Masjid ini terletak di lokasi yang strategik kerana berhampiran dengan
beberapa taman perumahan yang berdekatan. Masjid ini sering dikunjungi oleh pengunjung
tidak kira yang tinggal di kawasan sekitarnya ataupun luar kariah kerana masjid ini terletak di
belakang stesen minyak Caltex dan bersebelahan dengan Aeon Bukit Mertajam.

Masjid ini juga merupakan antara masjid terbesar di kawasan Bukit Mertajam di mana ia
mampu memuatkan seramai 5000 jemaah dalam satu masa dengan kemudahan-kemudahan
seperti dewan kuliah, perpustakaan dan kelas-kelas bimbingan agama. Masjid berkubah
kuning ini dibina di atas kawasan seluas 10 hektar di Taman Alma Jaya.

11
041110-07-0343
4.0 METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik yang digunakan untuk menghasilkan bukti
yang dapat menyokong sesuatu kajian. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami
dengan lebih luas atau lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat
huraian tentang kajian yang dilaksanakan.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan temu bual, borang soal selidik, pemerhatian dan rujukan perpustakanan.

Jadual 4.0
Kaedah Instrumen Kajian

Kuantitatif Borang Soal Selidik

Kualitatif 1.Kaedah temu bual

2. Pemerhatian

3.Rujukan keperpustakaan

4.1 Kaedah Borang Soal Selidik

Borang soal selidik dalam kajian ini telah dijawab oleh 30 orang responden iaitu daripada
penduduk di Taman Alma Jaya. Borang soal selidik ini berbentuk soalan tertutup. Rasional
menggunakan soal selidik tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza
dan mudah dibandingkan serta mudah dianalisis. Kaedah ini menggunakan skala likert 5
mata.

Sangat Tidak Setuju 1


Tidak Setuju 2
Kurang Setuju 3
Setuju 4
Sangat Setuju 5

12
041110-07-0343
Borang soal selidik ini merangkumi 3 bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.
Bahagian A bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas responden. Bahagian B untuk
mengenal pasti jenis aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek Alma
Jaya, Bukit Mertajam. Bahagian C untuk mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan yang
dijalankan Masjid Jamek, Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan
penduduk Alma Jaya, Bukit Mertajam.

4.2 Kaedah Temu Bual

Pengkaji telah menemu bual 3 orang responden yang terdiri daripada penduduk di Taman
Alma Jaya, Bukit Mertajam untuk mendapatkan maklumat lebih jelas berkaitan kajian yang
dijalankan. Pengkaji telah memilih penduduk yang sering ke Masjid Jamek untuk
menunaikan ibadah. Pengkaji telah memilih responden yang berbeza usia untuk mendapatkan
pandangan masing-masing.

Bil Tarikh Temubual Informen


01 15 Jun 2023 Informen A

02 16 Jun 2023 Informen B

03 18 Jun 2023 Informen C

4.3 Rujukan perpustakaan

Pengkaji turut menggunakan internet sebagai bahan rujukan untuk mendapatkan maklumat-
maklumat yang dapat membantu menyiapkan kerja kursus ini. Pengunaan Google
membolehkan pengkaji untuk mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber yang
berlainan. Pengunaan internet memberi akses kepada pengkaji untuk mengambil gambar peta
dan gambar yang disertakan dalam kerja kursus bagi menyampaikan maklumat dengan lebih
jelas.

4.4 Pemerhatian

Kaedah ini merupakan satu kaedah yang terawal dalam penyelidikan. Kaedah digunakan bagi
kajian yang berbentuk ujikaji, diskriptif dan historikal. Kaedah ini membenarkan pengkaji
memperoleh maklumat secara langsung. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati

13
041110-07-0343
sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal
pasti.

14
041110-07-0343
5.0 DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan kaedah-kaedah kajian yang digunakan, pengkaji telah menjalankan kajian untuk
mendapatkan pendapat daripada setiap responden.

5.1 Demografi Responden


Jadual 1 menunjukkan pecahan responden mengikut umur, jantina, kaum dan pekerjaan

Bil Demografi Kategori Bilangan Peratusan (%)


(orang)
1 Umur 20 tahun dan 11 36.7
kebawah
20-30 7 23.3
31-40 7 23.3
41- 50 3 10
51 dan keatas 2 6.7

2 Jantina Lelaki 18 60

Perempuan 12 40

3 Kaum Melayu 16 53.3


Cina 7 23.3

India 7 23.3
Lain-Lain 0 0.0

4 Pekerjaan Kakitangan Kerajaan 12 40.0

Pekerja Swasta 10 33.3

Bekerja Sendiri 4 13.3

Tidak Bekerja 4 13.3

15
041110-07-0343

5.1.1 Umur responden

Carta 1: Umur Responden

Carta 1 menunjukkan umur responden yang terlibat dalam kajian ini. Daripada 30 orang
responden seramai 11 orang responden terdiri daripada peringkat umur 20 tahun dan ke
bawah bersamaan 36.7% daripada peratusan keseluruhan. Seramai 7 orang responden
berumur 21 tahun hingga 30 tahun bersamaan 23.3% daripada peratusan keseluruhan. Bagi
responden berumur 31 tahun hingga 40 menunjukkan seramai 7 orang responden bersamaan
23.3% daripada peratusan keseluruhan. Responden yang berumur 41 tahun hingga 50 tahun,
seramai 3 orang bersamaan 10.0% daripada peratusan keseluruhan. Responden yang berumur
51 tahun ke atas ialah seramai 2 orang responden bersamaan 6.7% daripada peratusan
keseluruhan.

16
041110-07-0343

5.1.2 Jantina responden

Carta 2: Jantina responden

Carta 2 menunjukkan jantina responden yang terlibat dalam kajian ini. Daripada 30 orang
responden yang terlibat, seramai 18 orang responden adalah jantina lelaki bersamaan 60.00%
daripada jumlah keseluruhan. Seramai 12 orang responden adalah jantina perempuan
bersamaan 40.00% daripada jumlah keseluruhan.

17
041110-07-0343

5.1.3 Kaum responden

Carta 3:Kaum responden

Carta 3 menunjukkan kaum responden yang terlibat dalam kajian ini. Jumlah responden
adalah seramai 30 orang. Seramai 16 orang responden adalah dari kaum Melayu bersamaan
53.30% daripada jumlah keseluruhan. Responden kaum Cina adalah seramai 7 orang
bersamaan 23.00% daripada jumlah keseluruhan. Responden kaum India mendapati seramai
7 orang responden bersamaan 23.00%. Tiada responden daripada lain-lain kaum.

18
041110-07-0343

5.1.4 Pekerjaan Responden

Carta 4: Pekerjaan Responden

Carta 4 menunjukkan pekerjaan responden. Jumlah responden yang terlibat ada seramai 30
orang. Seramai 12 orang responden ialah kakitangan kerajaan bersamaan 40.00% daripada
jumlah keseluruhan. Seramai 10 orang responden ialah pekerja swasta bersamaan 33.30%
daripada jumlah keseluruhan. Bilangan responden yang bekerja sendiri adalah seramai 4
orang responden bersamaan 13.30% daripada jumlah keseluruhan. Responden yang tidak
bekerja mencatat jumlah dan peratusan yang sama dengan responden yang bekerja sendiri
iaitu masing-masing seramai 4 orang responden bersamaan 13.30% daripada jumlah
keseluruhan.

19
041110-07-0343

5.2 Mengenal pasti aktiviti-aktivit kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek Alma
Jaya, di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam

Bil Pernyataan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat


Setuju Pasti Setuju Tidak
Setuju

F % F % F % F % F %
1. Majlis Kenduri 20 66.67 2 6.67 8 26.00 0 0.00 0 0.00
Kahwin
2. Aktiviti mengacau 11 36.67 8 26.67 12 40.00 0 0.00 0 0.00
bubur syura

3. Program Berbuka 14 46.67 5 16.67 11 36.67 0 0.00 0 0.00


Puasa

4. Aktiviti 10 33.33 7 23.33 13 43.33 0 0.00 0 0.00


pengebumian

5. Program gotong 19 63.33 6 20.00 5 16.67 0 0.00 0 0.00


royong
6. Sambutan Malidur 12 40.00 6 20.00 12 40 0 0.00 0 0.00
Rasul/ Maal Hijrah
7. Sambutan Hari 19 63.33 4 13.33 7 23.33 0 0.00 0 0.00
Raya Aidilfitri
8. Program ceramah 15 50.00 3 10.00 12 40.00 0 0.00 0 0.00
dan Kuliah Agama

20
041110-07-0343
5.2.1 Mengenal pasti aktiviti -aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan
di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam

Pernyataan Min Min Purata


1. Majlis Kenduri Kahwin 4.40
2. Aktiviti mengacau Bubur Syura 4.10
4.18

3. Program Berbuka Puasa 4.10

4. Aktiviti pengebumian 3.90

5. Program gotong-royong 4.47


6. Sambutan Maulidur Rasul/ Maal hijrah 4.00
7. Sambutan Hari Raya Aidilfitri/Aidiladha 4.40
8. Program Ceramah dan Kuliah Agama 4.10

21
041110-07-0343

Graf 1: Aktiviti- aktiviti kemasyarakatan


di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam

22
041110-07-0343

Graf 1 menunjukkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman


Alma Jaya, Bukit Mertajam. Sebanyak 8 pernyataaan ditujukan kepada responden berkaitan
aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya Bukit Mertajam.

Bagi pernyataaan pertama iaitu majlis kenduri kahwin, seramai 20 orang responden
bersamaan 66.67% daripada jumlah keseluruhan responden sangat setuju dengan penyataan
Majlis kenduri kahwin adalah aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek
Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Seramai 2 orang responden bersamaan
6.67% menjawab setuju dan seramai 8 orang responden bersamaan 26.00% menjawab tidak
pasti bagi pernyataaan yang pertama. Tiada responden yang menjawab tidak setuju
bersamaan dengan 0.00% dan tiada reponden menjawab sangat tidak setuju bersamaan
0.00%. Daripada data yang telah dianalisis, majoriti responden bersetuju dengan penyataan
majlis kenduri kahwin adalah aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek
Alma. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap kekerapan majlis kenduri kahwin
diadakan di masjid tersebut dan mendapati majlis kenduri kahwin diadakan hampir setiap
hujung minggu. Daripada dapatan kajian didapati majoriti responden bersetuju aktiviti majlis
kenduri kahwin (20 orang sangat bersetuju dan 8 orang setuju) dengan aktiviti majlis kenduri.
Hal ini demikian kerana kekerapan kenduri yang diadakan menjadi faktor mengapa
responden menyatakan setuju. Dengan pemerhatian dan dapatan yang diperoleh daripada soal
selidik, jelaslah penduduk di Taman Alma Jaya sering mengadakan Majlis kenduri kahwin di
kawasan masjid tersebut.

Bagi pernyataaan yang kedua iaitu aktiviti mengacau bubur syura, seramai 11 orang
responden menjawab sangat setuju bersamaan 36.67% daripada jumlah keseluruhan
responden. Seramai 8 orang responden bersamaan 26.67% menjawab setuju dengan aktiviti
mengacau bubur syura manakala, 12 orang responden menjawab tidak pasti bersamaan
40.00% daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Majoriti responden menjawab
tidak pasti seramai 12 orang responden. Faktor yang menyumbang responden menjawab tidak
pasti berkemungkinan aktiviti ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan responden yang
terlibat. Hal ini demikian kerana aktiviti ini mengambil masa yang lama dan menggunakan
banyak tenaga untuk mengacau bubur syura. Sesi temu bual telah dijalankan dengan
Informen C bersama pengkaji yang menyatakan “berdasarkan pengalaman saya, kesan yang
dapat dilihat dengan jelas adalah hubungan kejiranan lebih akrab. Saya pernah dalam satu
kumpulan dengan penduduk Taman Alma Jaya yang jauh lebih berusia daripada saya.
23
041110-07-0343
Walaupun perbezaan umur yang ketara antara kami tetapi tidak menjadi penghalang untuk
kami gelak ketawa terhadap gurauan yang dibuat antara kami ketika itu. Kami bergurau
seolah-olah tiada jurang umur antara kami. Oleh itu, daripada aktiviti mengacau bubur syura
dapat membuat hubungan kejiranan dalam kalangan kami menjadi lebih akrab.” Kekangan
masa yang menjadi faktor mengapa majoriti responden menjawab tidak pasti untuk
pernyataaan kedua.

Bagi pernyataaan ketiga iaitu berbuka puasa , seramai 14 orang responden menjawab sangat
setuju bersamaan 46.67% daripada keseluruhan jumlah responden yang terlibat. Seramai 5
orang responden menjawab setuju bersamaan 16.67% daripada jumlah keseluruhan
responden yang terlibat manakala seramai 11 menjawab tidak pasti bersamaan 36.67%
daripada jumlah responden yang terlibat. Tiada responden yang menjawab tidak setuju
bersamaan 0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%.
Berdasarkan graf 1 dan dapatan yang diperoleh mendapati majoriti responden bersetuju (14
orang sangat setuju dan 5 orang setuju) dengan pernyataan program berbuka yang dijalankan
sepanjang bulan puasa. Aktiviti kemasyarakatan ini mendapat sambutan yang amat baik
dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya. Hal ini demikian kerana rata-rata penduduk
di kawasan berdekatan Masjid Jamek Alma Jaya adalah orang Islam. Oleh itu, ramai
penduduk yang tinggal berhampiran lebih gemar untuk berbuka di masjid berbanding di
rumah sendiri kerana dengan berbuka bersama saudara Islam yang lain dapat memeriahkan
lagi suasana berbuka sekaligus memupuk semangat kejiranan. Daripada maklum balas
responden, berbuka puasa adalah aktiviti kemasyarakatan yang disambut amat baik oleh
penduduk di Taman Alma Jaya.

Bagi pernyataaan keempat iaitu aktiviti pengebumian, seramai 10 orang responden


bersamaan 33.33% daripada jumlah keseluruhan menjawab sangat setuju. 7 orang responden
bersamaan 23.33% daripada jumlah keseluruhan menjawab setuju manakala 13 orang
responden menjawab tidak pasti bersamaan 43.33% daripada jumlah keseluruhan responden
yang terlibat. Majoriti responden menjawab setuju bagi pernyataaan yang keempat (10 orang
sangat setuju dan 7 orang setuju) aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Masjid Jamek
Alma Jaya adalah aktiviti pengebumian. Aktiviti tersebut disertai oleh ramai dalam kalangan
penduduk di Taman Alma Jaya. Faktor yang menyumbang sambutan aktiviti ini disebabkan
agama Islam menggalakan penganutnya berjasa buat kali terakhir untuk jenazah. Ini
bermakna penduduk yang beragama Islam digalakkan untuk bantu -membantu dalam proses
pengebumian jenazah. Oleh itu, penduduk di Taman Alma Jaya sering saling bantu
membantu dalam mempermudahkan urususan pengebumian. Penduduk beragama Islam di
24
041110-07-0343
taman ini juga percaya dengan berbuat baik buat kali terakhir untuk jenazah akan dibalas
balik dengan kebaikan di hari-hari yang akan datang. Oleh itu, aktiviti pengebumian yang
dijalankan oleh kariah Masjid Jamek Alma Jaya menjadi salah satu aktiviti kemasyarakatan
yang tidak kurang penglibatan ramai penduduk di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

Bagi pernyataaan kelima iaitu gotong-royong, seramai 19 orang responden menjawab sangat
setuju bersamaan 63.33% daripada jumlah responden. Seramai 6 orang responden menjawab
setuju bersamaan 20.00% dan seramai 5 orang responden menjawab tidak pasti bersamaan
16.67% bagi aktiviti gotong-royong. Tiada responden yang menjawab tidak setuju bersamaan
0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%. Majoriti
responden bersetuju dengan aktiviti gotong-royong ini iaitu seramai 25 orang (19 orang
sangat setuju dan 6 orang setuju). Majoriti responden yang bersetuju adalah sukarelawan
yang menyertai gotong royong di Masjid Alma Jaya. Antara faktor yang menyumbang
kepada sambutan ramai dalam kalangan penduduk terhadap aktiviti ini adalah galakkan dari
kalangan penduduk di kawasan masjid dengan membawa anak-anak mereka untuk turut serta
membantu dalam aktiviti gotong-royong seperti membersihkan kawasan masjid. Pihak masjid
kebiasaannya akan membahagikan sukarelawan yang terlibat kepada kumpulan yang terdiri
daripada semua peringkat umur. Walaupun terdapat jurang umur ketara dalam kalangan
penduduk, mereka tidak berasa kekok untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Tindakan
daripada pihak masjid ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat kejiranan dalam
kalangan sukarelawan yang terlibat. Dengan itu, penduduk Taman Alma Jaya dapat
memupuk semangat kejiranan melalui aktiviti gotong-royong.

Bagi pernyataaan keenam iaitu sambutan Maulidur Rasul Maal Hijrah, seramai 12 orang
responden menjawab sangat setuju bersamaan 40.00% daripada jumlah keseluruhan
responden yang terlibat. Seramai 6 orang responden menjawab setuju bersamaan 20.00%
daripada jumlah responden yang terlibat manakala 12 orang responden menjawab tidak pasti
bersamaan 20.00% daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Tiada responden
yang menjawab tidak setuju bersamaan 0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat
tidak setuju bersamaan 0.00%. Bagi pernyataaan ini, majoriti responden menjawab tidak pasti
dalam aktiviti kemasyarakat sambutan Maulidur Rasul. Daripada dapatan yang diperolehi,
jumlah responden yang menjawab tidak setuju adalah sama dengan responden yang
menjawab sangat setuju iaitu masing-masing seramai 12 orang sangat setuju dan tidak pasti
bersamaan 20%. Dapatan yang diperoleh mendapati aktiviti ini kurang penglibatan dalam
kalangan penduduk di taman ini. Hal ini demikian kerana terdapat responden yang tidak

25
041110-07-0343
menyertai aktiviti tersebut. Pengkaji berpeluang untuk menemu bual salah seorang responden
dan alasan yang diberikan ialah mereka ingin berehat di rumah kerana keberangkalian
sambutan Maulidur Rasul jatuh pada hari minggu walaupun kerajaan memberikan cuti
umum. Oleh itu, aktiviti sambutan Maulidur Rasul kurang mendapat sambutan dalam
kalangan penduduk Taman Alma Jaya.

Seterusnya pernyataaan yang ketujuh iaitu sambutan Hari Raya Aidilfitri, seramai 19 orang
menjawab sangat setuju bersamaan 63.33% daripada jumlah keseluruhan responden yang
terlibat. Seramai 4 orang responden sahaja yang menjawab setuju bersamaan 13.33%
daripada jumlah keseluruhan responden manakala 7 orang responden menjawab tidak pasti
bersamaan 23.33% bagi Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Tiada responden yang menjawab
tidak setuju bersamaan 0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju
bersamaan 0.00%. Aktiviti ini mendapat persetujuan yang tinggi dalam kalangan responden.
Majoriti responden menjawab sangat setuju berbanding aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
lain. Daripada dapatan yang diperolehi, seramai 19 orang menjawab sangat setuju dan 4
orang menjawab setuju dengan aktiviti menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menurut
kepercayaan orang Islam, Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan untuk orang Islam
selepas berjaya menjalani ibadah puasa selama sebulan. Sambutan ini menjadi salah satu
simbol kuatnya semangat kejiranan di Taman Alma Jaya kerana kemeriahan sambutan
tersebut bukan hanya untuk orang Islam malah turut dimeriahkan dengan kehadiran kaum-
kaum lain seperti Cina dan India yang datang untuk menikmati hidangan yang disediakan.
Oleh itu, dapatan yang diperoleh bagi ativiti ini adalah lebih tinggi daripada aktivti
kemasyarakatan yang lain.

Pernyataaan yang kelapan iaitu aktiviti ceramah dan kuliah agama. Seramai 15 orang
responden bersamaan 50.00% daripada jumlah responden menjawab sangat setuju. Seramai 3
orang responden menjawab setuju bersamaan 10.00% dan 12 orang responden yang
menjawab tidak pasti bersamaan 40.00% daripada jumlah keseluruhan. Majoriti responden
bersetuju (15 orang sangat setuju dan 3 orang setuju) bagi aktiviti program ceramah dan
kuliah agama. Majoriti responden yang menjawab sangat setuju adalah hampir sama dengan
responden yang menjawab tidak pasti iaitu 15 orang responden yang menjawab sangat setuju
manakala 12 orang responden yang menjawab tidak pasti. Hal ini demikian kerana program
ceramah dan kuliah agama biasanya diadakan pada waktu maghrib atau waktu senja di
Masjid Jamek Alma Jaya, di mana waktu tersebut adalah waktu orang balik daripada bekerja.
Responden yang menjawab tidak pasti kerana berpendapat penduduk merasa penat dan lebih

26
041110-07-0343
memilih untuk berehat di rumah. Responden yang menjawab sangat setuju majoritinya adalah
responden suri rumah ataupun responden dalam kalangan warga emas. Oleh itu, perbezaan
responden yang menjawab setuju dan tidak pasti adalah tidak begitu ketara berdasarkan
dapatan yang diperoleh.

27
041110-07-0343

5.3 Mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam
Bil Pernyataan Sangat Setuju Tidak Tidak Sangat
Setuju Pasti Setuju Tidak
Setuju
F % F % F % F % F %
1. 22 73.33 8 26.67 0 0.00 0 0.00 0 0.00
Mengeratkan
silaturahim sesama
jiran
2. Memupuk 20 66.67 10 33.33 0 0.00 0 0.00 0 0.00
kerjasama antara
penduduk

3. Menambah kenalan 20 66.67 8 26.67 2 6.67 0 0.00 0 0.00


jiran baharu

4. Memupuk semangat 22 73.33 7 23.33 1 3.33 0 0.00 0 0.00


perpaduan dalam
kalangan penduduk

5. 20 66.67 10 33.33 0 0.00 0 0.00 0 0.00


Memupuk semangat
toleransi dalam
kalangan penduduk
6. Memupuk sikap 20 66.67 9 30.00 1 3.33 0 0.00 0 0.00
bantu membantu
jiran yang
memerlukan
7. Mengelakkan 21 70.00 9 30.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00
prejudis sesama
penduduk
8. Hubungan kejiranan 21 70.00 9 30.00 0 0.00 0 0.00 0 0.00
semakin akrab

28
041110-07-0343

5.3.1 Mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam
Pernyataan Min Min Purata
1. Mengeratkan silaturahim sesama jiran 4.73 4.67

2. Memupuk kerjasama antara penduduk 4.66

3. Menambah kenal-kenalan jiran baharu 4.60

4. Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan 4.70


penduduk

5. Memupuk semangat tolenrasi dalam kalangan 4.67


penduduk
6. Memupuk sikap bantu membantu jiran yang 4.63
memerlukan
7. Mengelakkan prejudis sesama penduduk 4.70
8. Hubungan kejiranan semakin akrab 4.70

29
041110-07-0343

Graf 2: Mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam

30
041110-07-0343

Graf 2 menunjukkan kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek, Alma Jaya,


Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan
penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Sebanyak 8 pernyataaan ditujukan kepada
responden yang berkaitan aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan.

Bagi pernyataaan yang pertama iaitu mengeratkan silaturahim sesama jiran, seramai 22 orang
respoden menjawab sangat setuju bersamaan 73.33%. Seramai 8 orang responden yang
menjawab setuju bersamaan 26.67%. Tiada responden yang menjawab tidak setuju
bersamaan 0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%.
Daripada dapatan kajian, ramai responden bersetuju dengan penyataan kesan daripada aktiviti
kemasyarakatan Masjid Jamek Alma Jaya dapat mengeratkan silaturahim sesama jiran.
Pernyataan ini disokong melalui pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji. Pada waktu petang,
penduduk-penduduk di Taman Alma Jaya gemar untuk duduk di luar rumah mereka dan
bertegur sapa dengan jiran-jiran mereka. Dalam kalangan kanak-kanak hingga remaja,
mereka melakukan aktiviti beriadah pada waktu tersebut seperti bermain bola sesama jiran
dan meronda kawasan taman dengan basikal. Daripada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan
Masjid Jamek Alma Jaya, jelaslah kesannya dapat memupuk semangat kejiranan antara
penduduk di Taman Alma Jaya.

Bagi pernyataaan yang kedua iaitu memupuk kerjasama antara penduduk, seramai 20 orang
responden yang menjawab sangat setuju bersamaan 66.67% daripada jumlah keseluruhan
responden dan seramai 10 orang responden yang menjawab setuju bersamaan 33.33%
daripada jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Tiada responden yang menjawab tidak
setuju bersamaan 0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan
0.00%. Setiap responden yang terlibat bersetuju dengan penyataan kesan daripada aktiviti
kemasyarakatan Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk kerjasama antara penduduk di
Taman Alma Jaya. Semangat kerjasama yang tinggi ditunjukkan oleh penduduk di taman
tersebut apabila masjid memerlukan sokongan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan di masjid tersebut. Ramai sukarelawan dalam kalangan penduduk yang
membantu dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Kerjasama yang dapat dilihat
adalah apabila penduduk Taman Alma Jaya sepakat untuk menolong dalam menguruskan
jenazah apabila berlaku kematian bagi mempercepatkan proses pengurusan jenazah mengikut
cara agama Islam. Kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk setempat menunjukkan
semangat kejiranan yang utuh di dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya.

31
041110-07-0343

Bagi pernyataaan ketiga iaitu menambah kenalan jiran baharu. Berdasarkan dapatan yang
diperoleh, seramai 20 orang respoden menjawab sangat setuju bersamaan 66.67% daripada
jumlah keseluruhan responden yang terlibat. Seramai 8 orang responden menjawab setuju
bersamaan 26.67% dan 2 orang responden menjawab tidak pasti iaitu 6.67% daripada jumlah
keseluruhan responden yang terlibat. Tiada responden yang menjawab tidak setuju bersamaan
0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%. Majoriti
responden bersetuju (20 orang sangat setuju dan 8 orang setuju) dengan penyataan kesan
daripada aktiviti kemasyarakatan Masjid Jamek Alma Jaya dapat menambah kenalan jiran
baharu. Menambah kenalan jiran yang baharu dapat dilakukan semasa menjalankan aktiviti
masjid seperti majlis kenduri kahwin yang dijalankan pada hujung minggu. Penduduk dapat
bertegur sapa antara satu sama lain dan dapat menjalin hubungan kejiranan yang lebih erat.
Oleh itu, semangat kejiranan dapat diperkukuh sekaligus memupuk semangat kejiranan
dalam penduduk di taman ini.

Pernyataaan yang keempat adalah memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.
Seramai 22 orang responden menjawab sangat setuju bersamaan 73.33% daripada jumlah
responden. Seramai 7 orang responden yang menjawab setuju bersamaan 23.33% daripada
jumlah responden manakala 1 orang responden yang menjawab tidak pasti bersamaan 3.33%
daripada jumlah responden. Tiada responden yang menjawab tidak setuju bersamaan 0.00%
dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%. Majoriti
responden (22 orang sangat setuju dan 7 orang seetuju) bersetuju dengan kesan aktiviti
kemasyarakatan Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan
penduduk. Semangat perpaduan dalam kalangan penduduk boleh dilihat dengan jelas apabila
penduduk bersepakat untuk tolong-menolong dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
Contoh yang boleh diambil apabila semua penduduk Taman Alma Jaya tidak kira kaum
memberi sumbangan dalam program berbuka puasa yang diadakan sepanjang bulan puasa di
Masjid Jamek Alma Jaya. Dalam kalangan responden yang terlibat terdapat beberapa orang
responden yang sering menderma beras kepada pihak masjid untuk menyediakan makanan
sebelum berbuka. Secara tidak langsung, sumbangan yang dibuat oleh responden dapat
memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk tidak mengira taraf kehidupan
penduduk di taman ini.

32
041110-07-0343

Pernyataaan yang kelima adalah memupuk semangat tolenrasi dalam kalangan penduduk,
seramai 20 orang responden menjawab sangat setuju bersamaan 66.67% daripada jumlah
responden dan seramai 10 orang responden menjawab setuju bersamaan 33.33% daripada
jumlah responden. Tiada responden yang menjawab tidak setuju bersamaan 0.00% dan tiada
responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%. Setiap responden yang
terlibat bersetuju dengan kesan daripada aktiviti kemasyarakatan Masjid Jamek Alma Jaya
dapat memupuk semangat tolenrasi dalam kalangan penduduk. Ini dikatakan demikian kerana
apabila masjid menjalankan aktiviti gotong royong untuk membersihkan kawasan masjid,
semangat tolenrasi dapat dilihat dengan jelas apabila penduduk setempat yang berlainan
agama selain daripada agama Islam bersama -sama dengan penduduk yang beragama Islam
menjalankan aktiviti gotong royong di Masjid Jamek Alma Jaya. Selain itu apabila orang
Islam menjalankan sambutan Maulidur Rasul. Sambutan Maulidur Rasul disambut oleh orang
Islam dengan mengumpulkan orang Islam dan berjalan sekeliling Taman sambil berselawat
ke atas Nabi. Sepanjang aktiviti ini berlangsung penduduk yang beragama selain Islam tidak
merungut malah mengambil video dan gambar sebagai tanda menerima pegangan agama
yang dianuti penduduk Taman Alma Jaya. Oleh itu, penduduk di Taman Alma Jaya bersetuju
dengan penyataan kesan daripada aktiviti yang diadakan dalam memupuk semangat tolenrasi
dalam kalangan penduduk.

Pernyataaan yang keenam iaitu memberi bantuan kepada jiran yang memerlukan. Seramai 20
orang responden yang terlibat bersamaan 66.67% daripada jumlah keseluruhan responden
yang menjawab sangat setuju. Seramai 9 orang responden bersamaan 30.00% daripada
jumlah keseluruhan responden menjawab setuju manakala 1 orang responden bersamaan
3.33% yang menjawab tidak pasti bagi pernyataaan ini. Tiada responden yang menjawab
tidak setuju bersamaan 0.00% dan tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju
bersamaan 0.00%. Majoriti responden bersetuju (20 sangat setuju dan 9 orang setuju) dengan
penyataan kesan daripada aktiviti kemasyarakatan dapat memberi bantuan kepada jiran yang
memerlukan seperti majlis kenduri kahwin. Hal ini demikian kerana orang Islam digalakkan
untuk berpada-pada dalam berbelanja terutamanya apabila majlis kenduri kahwin. Sebagai
satu alternatif untuk menjimatkan kos pada majlis tersebut, pasangan pengantin akan
meminta bantuan daripada penduduk setempat untuk menyediakan hidangan bagi majlis
mereka di mana lebih menjimatkan kos daripada perkhidmatan katering. Kesan daripada
aktiviti majlis kenduri kahwin dapat melahirkan sikap saling bantu -membantu dalam
kalangan penduduk terhadap jiran mereka yang memerlukan.
33
041110-07-0343

Pernyataaan yang ketujuh ialah mengelakkan prejudis sesama penduduk. Seramai 21 orang
responden bersamaan 70.00% daripada jumlah keseluruhan responden yang menjawab sangat
seutuju dan 9 orang responden bersamaan 30.00% daripada jumlah responden menjawab
setuju. Tiada responden yang menjawab tidak setuju bersamaan 0.00% dan tiada responden
yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%. Majoriti responden bersetuju dengan
kesan daripada aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit
Mertajam dapat mengelakkan prejudis sesama penduduk. Dalam kalangan penduduk di
Taman Alma Jaya kaum majoriti penduduk adalah kaum Melayu diikuti dengan kaum India
dan kaum Cina. Kesan daripada aktiviti-aktiviti tersebut dapat mendidik penduduk beragama
Islam supaya menjaga adab terhadap penduduk berlainan kaum bagi mengelak sikap prejudis
dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Dengan ini keharmonian
penduduk terpelihara dengan baik dan sikap prejudis antara kaum yang dapat mengugat
keharmonian penduduk setempat dapat dielakkan sekaligus memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

Pernyataaan yang kelapan, hubungan kejiranan semakin akrab, seramai 21 orang responden
menjawab sangat setuju bersamaan 70.00% daripada jumlah keseluruhan responden dan
seramai 9 orang responden menjawab setuju iaitu bersamaan 30.00% daripada jumlah
responden yang terlibat. Tiada responden yang menjawab tidak setuju bersamaan 0.00% dan
tiada responden yang menjawab sangat tidak setuju bersamaan 0.00%. Ramai responden
bersetuju (21 orang sangat setuju dan 9 orang setuju) dengan penyataan aktiviti
kemasyarakatan Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dalam
menjalin hubungan kejiranan semakin akrab. Hal ini demikian kerana aktiviti
kemasyarakatan seperti mengacau bubur syura, terdapat pelbagai kriteria yang perlu dititik
beratkan untuk memasak bubur syura yang sedap. Memasak bubur syura mengambil masa
yang sangat lama dan memerlukan tenaga yang banyak kerana bubur asyura perlu dikacau
secara berterusan. Aktiviti ini memerlukan tenaga kerja yang banyak dan kebiasaannya
aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan. Kesannya, hubungan kejiranan semakin akrab.
Hal ini demikian kerana tukang mengacau bubur asyura akan bergurau senda dengan
penduduk lain yang turut sama mengacau bubur asyura bagi menghilangkan rasa penat dan
membuat suasana mengacau bubur syura menyeronokkan. Oleh itu, kesan aktiviti
kemasyarakatan seperti mengacau bubur asyura dapat menjalin hubungan kejiranan yang
semakin akrab dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Alma
Jaya, Bukit Mertajam.

34
041110-07-0343

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Masjid Jamek Alma Jaya sebagai medium dalam
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Alma Jaya, Bukit
Mertajam. Borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Kajian ini
meliputi objektif mengenal pasti aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Majis Jamek Alma Jaya,
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dan mengkaji kesan-kesan aktiviti kemasyarakatan di
Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman
Alma Jaya, Bukit Mertajam. Respoden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk di
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

Analisis data kajian dilakukan secara deskriptif dengan mengambil kira kekerapan, peratusan
dan min. Aktiviti-aktiviti kemasyarakatan jelas mendapat sokongan padu daripada penduduk
setempat. Ini dikatakan sedemikian apabila data yang diperolehi mendapat kekerapan yang
tinggi hasil daripada soal selidik yang diedarkan kepada penduduk Taman Alma Jaya, Bukit
Mertajam. Aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit
Mertajam yang mendapat kekerapan paling tinggi adalah gotong-royong. Majoriti responden
bersetuju iaitu 19 orang sangat setuju dan 6 orang setuju bersamaan 83.33%.

Daripada aspek kesan, mengeratkan silaturahim sesama jiran mendapat persetujuan yang
tinggi dalam kalangan responden. Majoriti responden bersetuju dengan penyataan tersebut
berdasarkan perolehan data yang mencatat kekerapan yang tertinggi dengan 22 orang sangat
setuju dan 8 orang setuju iaitu 100.00% responden bersetuju.

Kesimpulannya, Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam dapat
memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.
Hal ini demikian kerana selepas menganalisis dapatan kajian yang diperoleh, aktiviti-aktiviti
di Masjid Jamek Alma Jaya, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam seperti mengacau bubur
asyura dan program gotong royong dapat memupuk semangat kejiranan dan kesan-kesan
aktiviti seperti memupuk semangat toleransi dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya
dapat memupuk semangat kejiranan. Oleh itu, Masjid Jamek Alma Jaya perlu diperlihara
dengan baik supaya terus menjadi medium dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan
penduduk.
35
041110-07-0343

7.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Google (2023). Harakah Daily. | Semangat Kejiranan Perlu Dipupuk dicapai pada Mei, 23,
2017, from https://harakahdaily.net/index.php/2017/05/23/semangat-kejiranan-perlu-dipupuk/
Google (2023). MYPT3. | Contoh Karangan Semangat Kejiranan Pt3: Peranan Hidup
Berjiran dicapai pada April, 3, 2023, from https://mypt3.com/semangat-kejiranan-peranan-
hidup-berjiran-pt3
Rohaniza Idris. “Kukuhkan perpaduan melalui semangat kejiranan” dlm. Berita Harian,
22 Januari 2016.
Amir Mohamed Ali. “Mulakan dari Kawasan kejiranan” dlm. Sinar Harian, 16 Februari
2020.

36
041110-07-0343
8.0 Lampiran
SKRIP TEMU BUAL

INFORMEN A

PEKERJAAN: Tidak bekerja

UMUR: 49

Pada 15 Jun 2023, pengkaji mendapat peluang untuk menemu bual salah seorang responden
yang tinggal di Taman Alma Jaya bagi mendapatkan pandangan tersendiri tentang aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan dan kesan-kesan aktiviti di Masjid Alma Jaya kepada penduduk di
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

PENGKAJI: Selamat petang, Tuan. Sebelum saya mulakan temu bual ini, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana dapat meluangkan masa bersama dengan saya
pada hari ini.

INFORMEN A: Sama-sama. Bolehkah saya tahu tanya tujuan temu bual ini dijalankan?

PENGKAJI: Tentu sahaja tuan. Tujuan saya menjalankan temu bual ini adalah untuk
mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk kajian saya iaitu Masjid Jamek Alma Jaya
sebagai medium dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma
Jaya, Bukit Mertajam. Oleh itu, saya ingin bertanya tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan
di Masjid Jamek Alma Jaya dan kesan-kesan aktiviti dalam kalangan penduduk di Taman
Alma Jaya, Bukit Mertajam.

INFORMEN A: Oh begitu. Baiklah, teruskan.

PENGKAJI: Baiklah, pada pendapat tuan apakah aktiviti yang dijalankan di Masjid Jamek
Alma Jaya ?

INFORMEN A: Berdasarkan pengalaman saya sebagai setiausaha masjid, majlis kenduri


kahwin sering dijalankan di masjid ini.

PENGKAJI: Terima kasih tuan. Bolehkah tuan nyatakan kesan majlis kenduri kahwin yang
dijalankan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk di taman ini?

INFORMEN A: Pada pendapat saya, majlis kenduri kahwin yang dijalankan sememangnya
membawa kesan yang positif kepada penduduk setempat. Salah satu kesan yang boleh dilihat
dengan jelas adalah menambah kenalan jiran baharu. Kesan tersebut dapat dilihat apabila

37
041110-07-0343
tetamu yang datang ke majlis kenduri tidak kekok untuk menegur antara satu sama lain
semasa menghadiri kenduri kahwin. Ini dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk .

PENGKAJI: Baiklah terima kasih atas maklumat yang disampaikan. Bagi soalan yang kedua,
jelaskan pandangan tuan tentang program berbuka puasa yang dijalankan di Masjid Jamek
Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan?

INFORMEN A: Program berbuka puasa yang dijalankan setiap hari pada bulan puasa
mendapat sokongan daripada penduduk apabila ramai penduduk di taman ini datang
memberi sumbangan berupa bahan masakan kepada kami dalam membuat persiapan juadah
untuk berbuka puasa. Walaupun penduduk di taman ini tidak begitu berkemampuan tetapi
mereka tetap memberi sumbangan kepada kami. Oleh itu, kami dapat menyediakan lebih
banyak kuantiti makanan kepada penduduk yang berbuka di masjid. Secara tidak langsung
dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk taman ini.

PENGKAJI: Apakah kesan yang tuan boleh lihat daripada tindakan yang diambil oleh
penduduk dalam memupuk semangat kejiranan di taman ini?

INFORMEN A: Kesan yang dapat saya lihat adalah sikap bantu-membantu kepada jiran yang
memerlukan. Di taman ini, terdapat beberapa keluarga yang tidak berkemampuan
terutamanya selepas pandemik Covid-19 menyebabkan mereka hilang sumber pendapatan.
Jumlah lebihan bahan makanan yang diberikan, kami akan sumbangkan kepada keluarga
yang kurang bernasib baik.

PENGKAJI: Pada pandangan tuan, apakah aktviti-aktiviti lain yang dijalankan di Masjid
Jamek Alma Jaya yang dapat memupuk semangat kejiranan?

INFORMEN A: Aktiviti lain yang dijalankan di Masjid Jamek Alma Jaya yang dapat
memupuk semangat kejiranan adalah aktiviti mengacau bubur syura.

PENGKAJI: Bolehkah tuan jelaskan lebih lanjut mengapa aktiviti mengacau bubur syura ini
dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya?

INFORMEN A: Boleh. Aktiviti mengacau bubur syura dapat memupuk silaturahim sesama
jiran. Oleh kerana bubur tersebut perlu dikacau secara berterusan pengacau akan berasa
lenguh dan perlu di tukar dengan orang lain untuk meneruskan mengacau bubur syura.
Sambil penduduk mengacau bubur mereka akan bergurau senda dengan penduduk yang lain
untuk menghilangkan rasa penat mereka. Justeru itu, semangat kejiranan dapat dipupuk
dalam kalangan penduduk daripada aktiviti tersebut.

38
041110-07-0343

PENGKAJI: Baiklah Tuan, untuk soalan yang terakhir. Adakah Tuan setuju Masjid Alma
Jaya merupakan medium dalam memupuk semangat kejiranan di Taman Alma Jaya, Bukit
Mertajam. Berikan alasan tuan berkata demikian.

INFORMEN A: Saya sangat setuju dengan penyataan Masjid Jamek Alma Jaya sebagai
medium dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya.
Rata-rata penduduk di Taman Alma Jaya adalah beragama Islam yang bermakna orang-orang
Islam akan melawat masjid sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Ini dikatakan
demikian kerana saya percaya masjid merupakan tempat suci bagi umat Islam yang
membawa pelbagai faedah yang lain terutamanya memupuk semangat kejiranan. Selain umat
Islam, kami juga mengalu-alukan penganut agama lain ke dalam masjid untuk menghadiri
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang kami jalankan dengan syarat mereka menutup tubuh
badan mereka dengan pakaian yang sopan dan tidak mendatangkan masalah kepada masjid.
Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan penyataan masjid merupakan medium dalam
memupuk semangat kejiranan terutama kepada umat islam.

Pengkaji: Baiklah, itu sahaja soalan yang saya ingin kemukakan kepada tuan. Saya
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sanggup
meluangkan masa bersama saya dan saya meminta maaf sekiranya saya mengganggu tuan
hari ini.

INFORMEN A: Sama-sama.

39
041110-07-0343

INFORMEN B

PEKERJAAN: Kakitangan kerajaan

UMUR: 25

Pada 16 Jun 2023, pengkaji mendapat peluang untuk menemu bual salah seorang responden
yang tinggal di Taman Alma Jaya bagi mendapatkan pandangan tersendiri tentang aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan dan kesan-kesan aktiviti di Masjid Alma Jaya kepada penduduk di
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

PENGKAJI: Selamat petang, Puan. Sebelum saya mulakan temu bual ini, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada puan kerana dapat meluangkan masa dengan saya pada
hari ini.

INFORMEN B: Sama-sama dan selamat petang.

PENGKAJI: Saya ingin bertanya kepada puan serba sedikit tentang aktiviti-aktiviti
kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan di
kalangan penduduk di taman ini dan kesan-kesan aktiviti yang dijalankan di Masjid Jamek
Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan di Taman Alma Jaya. Bolehkah saya
mulakan temu bual ini?

INFORMEN B: Boleh, silakan.

PENGKAJI: Pada pendapat puan, apakah aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek


Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan di Taman Alma Jaya?

INFORMEN B: Pada pendapat saya, aktiviti kemasyarakatan di Masjid Taman Alma Jaya
dalam memupuk semangat kejiranan adalah aktiviti gotong-royong.

PENGKAJI: Mengapa puan berpendapat aktiviti gotong-royong dapat memupuk semangat


kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Alma Jaya?

INFORMEN B: Saya berpendapat aktiviti gotong-royong dapat mengeratkan hubungan


silaturahim selepas saya berpeluang menyertai aktiviti gotong-royong yang diadakan 2
minggu lepas. Sepanjang saya melakukan aktiviti tersebut, saya langsung tidak merasakan
diri saya ini asing daripada penduduk yang turut menyertai aktiviti gotong-royong. Kami
bagaikan satu keluarga yang besar saling tolong-menolong dalam aktiviti tersebut. Justeru itu,
saya berpendapat daripada aktiviti gotong-royong ini ia dapat mengeratkan silaturahim antara
penduduk Taman Alma Jaya dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk.
40
041110-07-0343

PENGKAJI: Selain daripada aktiviti gotong-royong, apakah aktiviti kemasyarakatan di


Masjid Jamek Alma Jaya yang pada pendapat puan menyumbang dalam memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk Taman Alma Jaya?

INFORMEN B: Selain daripada aktiviti gotong-royong, saya berpendapat aktiviti program


berbuka puasa di Masjid Jamek Alma Jaya adalah salah satu aktiviti dalam memupuk
semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya.

PENGKAJI: Apakah kesan yang puan dapati daripada aktiviti berbuka puasa di Masjid
Jamek Alma Jaya?

INFORMEN B: Saya dan keluarga saya tidak melepaskan peluang untuk berbuka puasa di
Masjid Jamek Alma Jaya. Suasana ketika itu dipenuhi dengan penduduk-penduduk Taman
Alma Jaya yang turut berbuka di Masjid. Walaupun saya tidak mengenal penduduk Taman
Alma Jaya tetapi ketika saya berada di sana saya di pelawa tempat duduk dengan penuh
mesra oleh penduduk Taman Alma Jaya. Daripada aktiviti ini saya dapat menambah kenalan
jiran baharu seterusnya dapat memupuk semangat kejiranan antara saya dengan penduduk
lain di taman ini.

PENGKAJI: Baiklah, soalan seterusnya apakah pendapat puan berkenaan aktiviti sambutan
Maulidur Rasul dalam memupuk semangat kejiranan?

INFORMEN B: Pada pendapat saya, aktiviti Maulidur Rasul yang disambut oleh umat Islam
adalah salah satu aktiviti yang sememangnya dapat memupuk semangat kejiranan di kalangan
penduduk Taman Alma Jaya. Saya berpendapat sedemikian kerana sambutan yang disambut
itu bukan hanya dalam kalangan umat Islam malah kaum lain selain Islam juga turut
menyambut sambutan ini. Mereka mengambil video dan gambar sepanjang aktiviti Maulidur
Rasul dijalankan sekitar Taman Alma Jaya.

PENGKAJI: Apakah kesan yang puan dapat simpulkan daripada tindakan kaum lain yang
turut serta menyambut Maulidur Rasul dalam memupuk semangat kejiranan?

INFORMEN B: Kesan yang saya boleh saya simpulkan adalah memupuk semangat tolenrasi
dalam kalangan penduduk. Daripada tindakan mereka mengambil video dan gambar-gambar
sepanjang aktiviti tersebut seolah-seolah mereka menerima sambutan Maulidur Rasul dengan
hati terbuka serta tiada rungutan yang diterima sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.

41
041110-07-0343
PENGKAJI: Untuk soalan yang terakhir, adakah puan setuju dengan penyataan Masjid Jamek
Alma Jaya sebagai medium dalam memupuk semangat kejiranan dalam Taman Alma Jaya?
Berikan sebab puan berkata demikian.

IINFORMEN B: Saya sangat setuju dengan penyataan Masjid Jamek Alma Jaya sebagai
medium dalam memupuk semangat kejiranan di Taman Alma Jaya. Walaupun taman Alma
Jaya ini diduduki oleh pelbagai kaum tetapi kami dapat mengekalkan semangat kejiranan
walaupun berbeza kepercayaan dan agama. Saya percaya kewujudan masjid adalah punca
mengapa semangat kejiranan dalam Taman Alma Jaya dipelihara sehingga hari ini.

Pengkaji: Baiklah, itu sahaja soalan yang saya ingin tujukan kepada puan. Saya mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada puan kerana sudi meluangkan masa
untuk di temu bual dan saya meminta maaf sekiranya saya mengganggu puan hari ini.

INFORMEN B: Sama-sama.

42
041110-07-0343

INFORMEN C

PEKERJAAN: Bekerja sendiri

UMUR: 39

Pada 18 Jun 2023, pengkaji mendapat peluang untuk menemu bual salah seorang responden
yang tinggal di Taman Alma Jaya bagi mendapatkan pandangan tersendiri tentang aktiviti-
aktiviti kemasyarakatan dan kesan-kesan aktiviti di Masjid Alma Jaya kepada penduduk di
Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam.

PENGKAJI: Selamat pagi tuan, sebelum saya mulakan temu bual ini izinkan saya
mengenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Muhammad Anas Harraz Bin Mohd Arif
dan saya adalah pelajar daripada SMK Tinggi Bukit Mertajam yang sedang menjalankan
kajian di masjid Taman Alma Jaya. Saya ingin bertanya kepada tuan beberapa soalan
mengenai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk
semangat kejiranan dan kesan-kesan daripada aktiviti kemasyarakatan dalam memupuk
semangat kejiranan di kalangan penduduk Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam. Bolehkah saya
mulakan temu bual ini?

INFORMEN C: Boleh, silakan mula.

PENGKAJI: Bagi soalan yang pertama, berdasarkan pengalaman tuan yang sering
mengunjungi masjid apakah aktiviti kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam
memupuk semangat kejiranan di masjid ini?

INFORMEN C: Berdasarkan pemerhatian saya, majlis kenduri kahwin adalah aktiviti


kemasyarakatan di Masjid Jamek Alma Jaya dalam memupuk semangat kejiranan.

PENGKAJI: Bolehkah tuan huraikan lebih lanjut mengapa tuan menyatakan majlis kenduri
kahwin adalah aktiviti dalam memupuk semangat kejiranan di Taman Alma Jaya?

INFORMEN C: Sudah tentu, ini kerana hampir setiap hujung minggu saya dipanggil untuk
menolong memasak juadah untuk majlis kenduri kahwin. Daripada aktiviti tersebut saya
dapat lihat semangat tolong-menolong dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya yang
lain sangat tinggi. Walaupun aktiviti tersebut amat memenatkan tetapi dengan kerjasama
daripada penduduk yang lain, aktiviti memasak menjadi semakin ceria dan dapat
menghilangkan rasa penat kami.

43
041110-07-0343
PENGKAJI: Selain daripada memasak untuk juadah majlis kahwin, apakah aktiviti
kemasyarakatan lain yang tuan pernah sertai?

INFORMEN C: Saya berpeluang untuk turut serta dalam mengacau bubur syura.

PENGKAJI: Berdasarkan pengalaman tuan, apakah kesan daripada aktiviti mengacau bubur
syura dalam memupuk semangat kejiranan?

INFORMEN C: Berdasarkan pengalaman saya, kesan yang dapat dilihat dengan jelas adalah
hubungan kejiranan lebih akrab. Saya pernah dalam satu kumpulan dengan penduduk Taman
Alma Jaya yang jauh lebih berusia daripada saya. Walaupun perbezaan umur yang ketara
antara kami tetapi tidak menjadi penghalang untuk kami gelak ketawa terhadap gurauan yang
dibuat antara kami ketika itu. Kami bergurau seolah-olah tiada jurang umur antara kami. Oleh
itu, daripada aktiviti mengacau bubur syura dapat membuat hubungan kejiranan dalam
kalangan kami menjadi lebih akrab.

PENGKAJI: Terima kasih atas maklumat. Pada pendapat tuan adakah aktiviti gotong-royong
Masjid Jamek Alma Jaya dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk?

INFORMEN C: Pada pendapat saya, gotong-royong yang dijalankan Masjid Jamek Alma
Jaya, Bukit Mertajam sememangnya dapat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk di Taman Alma Jaya.

PENGKAJI: Kenapa tuan menyatakan aktiviti gotong-royong ini dapat memupuk semangat
kejiranan dalam kalangan penduduk di Taman Alma Jaya?

INFORMEN C: Saya berkata demikian kerana aktiviti ini dapat memupuk semangat
kerjasama antara penduduk. Sebelum kami memulakan aktiviti gotong-royong kebiasaaanya
kami akan menghebahkan aktiviti ini 4 hari sebelum gotong-royong bermula kepada
penduduk berbilang kaum. Kami mengambil nama dan umur penduduk yang ingin turut serta
dalam aktiviti ini. Daripada hasil pemerhatian saya, saya mendapati kebanyakkan ibu bapa
telah meletakkan nama anak-anak mereka untuk turut serta dalam menjalankan aktiviti
gotong royong ini. Kesannya, penduduk berbilang kaum dan ibu bapa telah mengambil
inisiatif awal dalam memupuk semangat kerjasama ke dalam diri dan anak-anak mereka
sekaligus memupuk semangat kejiranan dalam diri masing -masing.

PENGKAJI: Untuk soalan terakhir, adakah tuan bersetuju dengan penyataan Masjid Jamek
Alma Jaya sebagai medium dalam memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk
Taman Alma Jaya?

44
041110-07-0343
INFORMEN C: Sudah tentu, saya sangat setuju.. Selama tiga tahun saya berkhidmat di
masjid ini saya melihat pelbagai impak yang positif daripada aktiviti yang dijalankan di
masjid tersebut. Saya percaya selagi berdirinya Masjid Jamek Alma Jaya, selagi itulah
semangat kejiranan yang wujud sampai sekarang ini dapat dipelihara. Akhir sekali, saya
berharap lebih ramai orang dapat mengimarahkan masjid selepas melihat impak-impak positif
daripada aktiviti yang dijalankan di masjid ini.

Pengkaji: Baiklah, itu sahaja temu bual pada hari ini tuan. Saya mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana dapat meluangkan masa untuk ditemu
bual dan saya meminta maaf sekiranya saya mengganggu Tuan hari ini.

PENGKAJI: Baiklah, sama sama.

45
041110-07-0343

PEMERHATIAN 1

Lokasi : Masjid Jamek Alma Jaya, Bukit Mertajam

Tarikh : 10 Jun 2023

Masa : 2.30 Petang

Hari : Sabtu

Pemerhatian:

1. Majlis kenduri kahwin yang berlangsung dan mendapati suasana di sana adalah sangat
meriah.

2. Tetamu yang datang disambut dengan senyuman.

3. Pemerhati mendapati tetamu dipelawa tempat duduk walaupun tidak mengenali satu
sama lain.

4. Pemerhati mendapati sebelum tetamu beredar dari tempat duduk mereka bersalaman
seolah-olah mereka sudah mengenali sesama sendiri.

46
041110-07-0343
PEMERHATIAN 2

Lokasi : Masjid Jamek Alma Jaya, Bukit Mertajam

Tarikh : 18 Jun 2023

Masa : 8.00 Pagi-10.00 Pagi

Hari : Sabtu

Pemerhatian:

1. Pemerhati mendapati aktiviti-gotong royong yang sedang dijalankan dalam masjid.

2. Pemerhati mendapati golongan remaja bantu membantu golongan yang lebih berusia
membersihkan kawasan masjid.

3. Pemerhati mendapati suasana yang amat ceria di kawasan gotong-royong.

4. Keakraban hubungan daripada penduduk-penduduk Taman Alma Jaya dapat dilihat


apabila gelak ketawa kedengaran daripada kumpulan yang terlibat dengan aktiviti
gotong-royong.

47
041110-07-0343

PEMERHATIAN 3

Lokasi : Masjid Jamek Alma Jaya, Bukit Mertajam

Tarikh : 30 Jun 2023

Masa : 5.30 Petang

Hari : Jumaat

Pemerhatian:

1. Pemerhati memerhati terdapat ramai penduduk Islam yang datang untuk tujuan solat
jenazah.

2. Pemerhati mendapati penduduk beragama islam yang hadir bekerjasama untuk


mengambus tanah semasa pengebumian.

3. Pemerhati bersama-bersama dengan penduduk beragama Islam yang lain bersama-


sama membacakan surah Yasin mayat dikambus.

4. Pemerhati mendapati sebelum meninggalkan tanah perkuburan penduduk Taman


Alma Jaya yang lain mengucapkan takziah kepada ahli keluarga jenazah sambil
berpelukan.

48

You might also like