You are on page 1of 8

Keluarga

pertalian

ialah satu

kumpulan

manusia

yang

dihubungkan

melalui

darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat. Kasih sayang keluarga


adalah harta
yang tidak ternilai dan tidak dapat diganti dengan wang ringgit. Oleh itu, setiap
anggota
keluarga perlu mengekalkan tradisi kekeluargaan mereka bagi mengekalkan
hubungan
silaturahim antara anggota keluarga
Setiap ahli keluarga haruslah mengamalkan nilai mengekalkan tradisi
kekeluargaan.
Definisi
menghormati dan

bagi

mengamalkan sesuatu kebiasaan,


secara turun

nilai

tersebut

adapt

dan

adalah

menerima,

kepercayaan yang diwarisi

temurun dalam keluarga.


Mengekalkan tradisi kekeluargaan dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
keibubapaan
yang bertanggungjawab, kehormatan dan kesetiaan anak kepada ibu bapa dan
orang tua,
perhubungan yang mesra antara generasi, ibu bapa yang menunjukkan contoh
tauladan
yang baik dalam mendidik anak supaya berakhlak mulia sepanjang hayat,
rumah tangga
yang menjadi tempat perlindungan yang paling selamat, tenteram dan
membahagiakan
penghuninya.
Selain itu, setiap anggota keluarga harus mempunyai nilai hormat dan taat
kepada
anggota keluarga. Definisi bagi nilai tersebut ialah memuliakan setiap anggota
keluarga
dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan
keluarga
yang harmoni.
mengenai tali

Salasilah

perhubungan
atau
bahagia dapat

keluarga

persaudaraan

memberi
keluarga.

gambaran
Justeru,

yang

jelas

keluarga

yang

diwujudkan sekiranya keluarga tersebut mengamalkan tradisi kekeluargaan.


Ibu bapa
tradisi

harus

keluarga yang
mereka juga

merancang

akan

aktiviti

diadakan.

Ahli

bersama-sama
keluarga

akan

keluarga

mengenai

merasakan

bahawa

merupakan sebahagian daripada proses perancangan amalan tradisi tersebut.


Anak-anak
adalah pewaris generasi masa kini, maka setiap aktiviti yang kita lakukan
bersama dalam
tradisi keluarga akan menjadi ikutan mereka apabila dewasa kelak.
( 242 patah perkataan )

USAHA-USAHA
MASYARAKAT

MEMUPUK

SEMANGAT

KERJASAMA

DALAM

KALANGAN

Nusa tercinta kita Malaysia merupakan negara yang mempunyai anak watan berbilang kaum dan
hidup secara bersama sehati sejiwa ibarat peribahasa seikat bak sirih, serumpun bak serai.
Sehubungan dengan itu, kebanyakan anggota masyarakat hidup berjiran di kawasan bandar ataupun
di kawasan luar bandar dan mereka saling berhubung, bertemu dan berurusan antara satu sama lain.
Namun terdapat lakaran suram yang menyelubungi kita bahawa ada pandangan yang menyatakan
semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa ini dikatakan semakin terhakis
ibarat hidup segan mati tak mahu. Banyak kempen dan usaha telah dijalankan oleh pelbagai pihak
untuk merapatkan kembali hubungan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kerana semangat
bekerjasama begitu penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebenarnya semangat kerjasama dalam masyarakat dapat dipupuk melalui peranan ibu bapa.
Kerjasama ini boleh dipupuk melalui penglibatan ibu bapa bersama-sama ahli keluarga yang terdiri
daripada anak-anak dalam pelbagai aktiviti yang diadakan di kawasan tempat tinggal mereka. Ibu
bapa sewajarnya membawa anak-anak mereka menyertai aktiviti kemasyarakatan seperti gotongroyong, majlis sambutan perayaan atau perjumpaan bulanan komuniti. Manfaatnya setiap keluarga
akan dapat dipertemukan dengan semua jiran, saling berkenalan dan merapatkan hubungan . Mereka
akan lebih mesra, saling membantu bagai aur dengan tebing tanpa membezakan warna kulit, bangsa
atau kepercayaan. Hal ini menunjukkan bahawa semangat bekerjasama dalam kalangan anggota
masyarakat dapat membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh.

Selain itu semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat dapat dibentuk melalui kempen-kempen
kesedaran oleh pihak kerajaan. Pihak kerajaan seharusnya mengadakan kempen memupuk semangat
kerjasama dalam kalangan masyarakat dari semasa ke semasa agar terus subur dalam sanubari
mereka. Tuntasnya, semangat bekerjasama dalam kalangan masyarakat membolehkan semua anggota
masyarakat memahami antara satu sama lain. Masyarakat yang berbilang kaum ini boleh
mempelajari perbezaan budaya dan sistem sosial masyarakat lain seterusnya memahami sensitiviti
mereka agar dapat bertoleransi, bekerjasama dan saling menghormati. Tegasnya semangat
bekerjasama penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan seterusnya dapat
memacu pembangunan negara ke arah kegemilangan.
Di samping itu, semangat kerjasama juga dapat dibentuk dalam kalangan masyarakat melalui
peranan jawatankuasa penduduk setempat. Dalam hal ini, pihak jawatankuasa penduduk setempat
boleh merancang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Jika
masyarakat dapat hidup bersama-sama dalam suasana yang aman dan harmoni ibarat peribahasa ke
bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni maka segala aktiviti yang dijalankan akan dapat dinikmati
dengan penuh bermakna. Sebagai contohnya, pihak jawatankuasa penduduk setempat boleh
mengadakan aktiviti seperti gotong-royong membersihkan atau menceriakan kawasan setempat,
seperti dewan orang ramai, balai raya, taman permainan kanak-kanak mahupun pusat komuniti.
Jelaslah semangat kerjasama penting bagi merapatkan hubungan anggota masyarakat dalam suatu
kawasan penduduk setempat .
Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu melahirkan
anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan semangat cinta akan negara . Dengan
itu, peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat kerjasama kepada murid-murid di
sekolah. Melalui pengajaran dan pembelajaran para guru boleh membimbing murid-murid tentang
kepentingan semangat bekerjasama. Pelbagai aktiviti berbentuk kerjasama dalam kalangan muridmurid seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, mengemas dan menceriakan bilik
darjah, menghias sekolah dengan jalur gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan
sebagainya dapat diimplimentasikan. Hal ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat
Malaysia melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di peringkat sekolah ibarat melentur buluh
biarlah dari rebungnya membolehkan keharmonian masyarakat terbentuk.
Intihanya, semangat kerjasama merupakan sebahagian daripada amalan dan menjadi budaya
masyarakat di Malaysia yang menjadikan negara kita unik pada pandangan masyarakat di luar sana
malah dikenali di seluruh dunia. Tuntasnya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam

mengekalkan suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup
besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya saing pada masa
akan datang kerana rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi melahirkan modal insan berminda kelas
pertama yang dapat memacu negara tercinta ke arah kegemilangan di puncak jagat.

Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar


Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasankawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar
masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah
di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar
seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa
sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu,
untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam
sekitar perlulah diambil.
Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa.
Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan
surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih
banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar,
terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah
satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di
setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu
perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan
perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar.
Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan
tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu
mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan

internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut


berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam
sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam
kempen-kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga
alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa
pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar.
Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar
semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan
dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti penanaman pokokpokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan.
Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi
dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga
syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara
formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada
peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di
peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi
Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam
sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru
dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui
pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga
perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri
pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses
kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya
dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan
dapat dipupuk dalam diri pelajar
.

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan


teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat
penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa
meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan
teknologi moden kita dapat menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan
buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan
bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan

pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak


sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang
pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah
dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan
dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.

Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat


mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya berharap setiap individu
dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar
agar alam sekitar yang semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat
dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan badan-badan
bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam
memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa
mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus
tercemar.

DISEDIAKAN OLEH :
SUFIAN BIN SUHAIMI
205997

HEMAH TINGGI
Hemah Tinggi didefinisikan sebagai budi pekerti dan tingkah laku yang mulia
dan lemahlembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang
individu dalamhubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.Antara ciri-ciri
yang diperlihatkan dalam nilaiini adalah seperti budi pekerti dan tutur kata yang
mulia, bersopan-santun dan lemah-lembut.Budi pekerti pula bermaksud
perangai yang baik, berbudi bahasa, pertuturan yanglemah lembut selaras
dengan
norma
masyarakat
dalam
sesebuah
tamadun.Menurut
GhazaliDarusalam dalam bukunya Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral
(2001) pula hemahtinggi amat diperlukan dan patut diamalkan oleh setiap
individu
dalam
hubungannya
dengananggota-anggota
lain
dalam

masyarakat.Beliau juga telah menyatakan bahawa nilai hemahtinggi ini boleh


diklasifikasikan kepada tiga cabang utama.Cabang yang pertama dan
yangharus diperhatian adalah kesopanan.Kesopanan boleh ditonjolkan melalui
bersopan-santundalam kelakuan,berbudi pekerti yang tinggi, tidak angkuh, tidak
menunjuk-nunjuk dan tidaksombong dalam pergaulan dengan orang
lain.Cabang yang kedua adalah mengakuikesalahan diri dimana sikap bersedia
menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri dapatdiperlihatkan.Seseorang
akan insaf,terus terang dan mengakui kesalahan apabila diamengamalkan nilai
hemah tinggi.Cabang yang ketiga pula dikaitan dengan ramah mesradimana
individu tersebut akan bergaul mesra dan tidak mengasingkan dirinya.Mereka
bolehmudah diajak berunding, berbincang dan berbicara,mesra dan memberi
senyuman sertapenyabar dan tidak emosional.Nilai hemah tinggi ini telahpun
diterapkan dalam tamadun Islam dan Asia sejakkemunculan tamadun-tamadun
tersebut.Dalam tamadun Islam,nilai hemah tinggi telahpundiberi perhatian yang
penting. Penghayatan nilai ini boleh dilihat apabila terbentuknyahubungan
dagang dan diplomatik antara negara Islam dengan negara-negara Kristian di
Eropah.Dalam merealisasikan matlamat tamadun,Islam mengajar manusia
supaya sentiasamenjalin dan menjaga hubungan baik dengan Allah
SWT,hubungan sesama manusia danhubungan dengan seisi alam.Hubungan
manusia dengan sesama manusia boleh dicapaidengan cara berbudi
pekerti,tutur
kata
yang
mulia
dan
bersopan
santun.Menurut
Islam,semuamanusia adalah ciptaan Allah daripada satu keturunan iaitu Adam
dan Hawa.Menurut al-Quran pula,Allah menciptakan manusia berpuak-puak dan
berbangsa-bangsa dengan tujuanmereka akan saling mengenali dan membantu
serta memiliki hubungan yang baik. Sebagaibuktinya, kewajipan sebagai
khalifah di muka bumi, khihfih secara tidak langsung menekankankepada
penyatuan persaudaraan umat Islam berasaskan kepada keimanan kepada yang
Esa.Prinsip ini telah melahirkan persamaan manusia tanpa mengira
bangsa,wama kulit ataubahasa. Prinsip ini telah menanamkan nilai-nilai rabbani
dalam diri individu dalam hidupbermasyarakat dan membina hubungan yang
baik seperti bermuafakat dan bekerjasama danberbudi pekerti untuk kemajuan
dan kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Ini jelas dalam Swab a-Anbiyaa
(21):72 yang bermaksud:
Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas
pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlahkamu akan Daku.
Seterusnya,dalam tamadun Cina pula nilai ini dicerminkan menerusi
kesopananmasyarakat Cina seperti yang terdapat dalam ajaran agama Buddha.
Buddha ialah pelindungtertinggi (sarana) dan ajarannya (dhanna) ke arah
pembebasan daripada kehidupkansemula.Matlamat jalan Buddha mengikut
Lapan Jalan Kemuliaan (The Noble Eightfold Path) serupa dengan jalan
saksit iaitu jalan kesopanan dan kebijaksanaan. Fokus matlamat kedua-dua jalan
Buddha dan saksit melangkaui aturan kehidupan manusia,tidak domestik dan
mesti diterapkan dan disemai dalam jiwa setiap individu.Ini menjadikan
Buddhisme sebagai satu jalan untuk menanamkan kebaikan dan kesopanan

dalam kehidupan dan satu mekanismeketenangan dan kebebasan daripada


kehidupan semula.Selain itu,terdapat juga 4 aliranpemikiran utama berdasarkan
ahli falsafah pada masa itu.Konfusianisme juga salah satudaripadanya dimana
pengajaran utamanya menekankan pengamalan nilai dan sifat moralyang mulia.
Terdapat
beberapa
idea
atau
konsep
utama
dalam
pemikiranKonfusianisme.Tunjang kepada falsafah Konfusius ialah Ren.
Reiz menerapkan nilai antaramanusia secara langsung dan hubungan sesama
manusia. Daripada konsep utama ini, wujudkonsep-konsep yang lain seperti Li,
Yi, Xim dan Zi.Beliau telah mengatakan bahawa manusiaberpotensi dan harus
mencapai 4 jenis sifat yang baik dimana kesopanan dan kesusilaan iaitu(Li) dan
kewajaran dikenali (Yi).Konfusius dalam bukunya Book of Ritual (7: 1.2)
menekankan bahawa:
Yi are used as the norms to regulate relationship between ruler and subject, to
ensure affection between father and son, har- mony between brothers,
andconcord between busbandand w;fe;toset up institutions, organize farms and
harnlcts, honor the braveand the wise, and bring merit to the individul. Hence
schemesandplottings come about and men take up arms.
Peryataan di atas menunjukkan bahawa Yi merupakan satu norma yang
digunakanuntuk memastikan hubungan baik di antara pemerintah dan rakyat
dan juga keharmonianhubungan kekeluargaan. Selain itu, Yi juga berperanan
dalam menyediakan suatu bentuk
institusi yang menggalakkan orang ramai agar bekerjasama dan menghargai su
mbangan mereka yang berani dan bijak dalam masyarakat.Maka,boleh
dikatakan masyarakat dalam sebuah negara yang berbilang kaum,nilai hemah
tinggi ini harus diterapkan dalam diri setiap warga Malaysia.Ini akan
memastikan hubungan yang baik antara kaum terpelihara dan kemakmuran
serta keamanan negara terjamin.

You might also like