You are on page 1of 12

BUDAYA SALAM DI SEKOLAH.

Iklim sekolah yang sihat tergambar menerusi jalinan kemesraan antara setiap orang
warganya. Kemesraan yang dimaksudkan tentulah dalam lingkungan adab dan proses sosial yang
normal. Komunikasi yang mesra misalannya dimulai dengan ucapan salam.
Secara formal, ucapan salam diwajibkan apabila guru memasuki bilik darjah. Murid
berdiri dan menuruti ketua kelas mengucapkan salam, lalu disambut oleh guru. Terdapat juga
amalan sebaliknya, iaitu guru yang masuk memberi salam terlebih dahulu, baharulah murid
menjawab salam itu secara beramai-ramai.
Setiap satu pilihan amalan memiliki justifikasi yang tersendiri. Murid memberi salam
terlebih dahulu atas dasar menghormati ilmu yang datang bersama-sama guru yang masuk kelas.
Guru memberi salam dahulu pula atas alasan orang yang datang ke sesuatu ruang atau tempat
mesti menghormati tuan rumah.
Mana-mana satu pilihan yang dibuat tidaklah menjadi hal, asalkan ucapan salam itu
berlaku setiap kali guru masuk kelas. Generasi muda, iaitu murid telah dibiasakan menghormati
generasi yang lebih berusia dan berpengalaman, iaitu guru mereka. Guru juga menghormati dan
mengasihi murid sejajar dengan bayangan masa lalu mereka sendiri.
Peralihan zaman mengakibatkan persekitaran pembelajaran juga mengalami perubahan.
Jika pada zaman dahulu, murid akan cuba mengelak daripada berselisih dengan guru, hari ini
guru pula yang terpaksa memberi laluan kepada murid. Di luar bilik darjah, sesetengah murid
menganggap bahawa mereka tidak lagi berurusan dengan guru.
Bagi mengembalikan iklim sekolah yang mesra dan sihat, budaya memberi salam perlu
disemarakkan semula. Setiap kali berselisih dengan guru, murid digalakkan memberi salam
terlebih dahulu. Bagi masyarakat Islam, perbuatan memberi salam berstatus sunat, tetapi
menjawab salam berstatus wajib.
Ucapan "assalamu alaikum" bersifat eksklusif untuk orang-orang Islam. "Salam" dalam
ucapan berkenaan ialah satu ikrar doa yang khusus untuk kesejahteraan orang-orang yang
beriman. Malah, istilah salam itu sendiri ialah kata dasar bagi Islam yang membawa erti
keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Kepala surat (letterhead) Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam kepada pembesar-
pembesar bukan Islam dimulai dengan ungkapan Aslim Taslam, bermaksud Islamlah supaya
kamu sejahtera. Jika orang bukan Islam mengungkapkan "assalamu alaikum", jawapan salam itu
dibalas dengan "alaikum" sahaja yang bermaksud "atas kamu juga". Hal itu tidak ada kena-
mengena dengan diskriminasi, melainkan ucapan salam berkenaan berkaitan langsung dengan
pegangan aqidah (kepercayaan agama tawhid).
Di negara Barat, sapaan hi (disebut hai), good morning (selamat pagi), good
afternoon (selamat tengah hari) menjadi kebiasaan ucapan salam. Mereka berjaya "mengeksport"
kebiasaan itu di seluruh dunia ketika era penjajahan dan kekal hingga kini. Di Malaysia, terdapat
juga ungkapan "selamat sejahtera" kerana dirasakan lebih bersifat sentuhan peribadi berbanding
dengan "selamat pagi" yang merujuk kepada waktu, bukan orangnya.
Persefahaman masyarakat berbilang-bilang kaum dan kepercayaan sudah dipupuk sejak
sekian lama di Malaysia. Proses integrasi dan sosialisasi berlaku dalam dunia pendidikan
walaupun masih wujud sekolah-sekolah bersifat vernakular dan khusus. Paling tidak kurikulum
kebangsaan dan keperluan persijilan telah memberi pendedahan asas tentang keperluan
komunikasi dalam persekitaran yang pelbagai.
Di samping ucapan salam antara murid dengan guru, budaya memberi salam juga harus
berlaku antara murid dengan murid sendiri. Di atas kertas, idea itu mungkin mudah, tetapi
cabaran terhadap proses pelaksanaannya tetap berliku-liku. Hanya pendekatan dan strategi yang
tepat dapat menjamin kejayaaannya.












AMALAN TOLONG MENOLONG.
Tolong- menolong merupakan suatu kewajipan bagi setiap manusia.SIfat tolong-
menolong akan dapat membantu orang lain. Jika kita memerlukan bantuan pula,tentunya orang
lain akan menolong kita. Dengan tolong- menolong kita akan dapat membina hubungan baik
sesama manusia. Tolong- menolong juga dapat memupukrasa kasih sayang antara jiran tetangga,
antara kawan, dan masyarakat.
Melalui pertolongan yang kita hulurkan orang lain akan mendapatkan kepuasan dan
kebahagiaan. Mereka merasakan kita ini ada dan diperlukan oleh orang lain. Bantuan yang kita
berikan sangat bermakna bagi mereka. Apabila kita memerlukan pertolongan daripada mereka
pada suatu masa kelak, sudah pasti mereka akan memberikan bantuan pula dengan rela hati.
Kadang-kala kita merasa amat jengkel pada orang yang mampu untuk menolong
seseorang tetapi tidak mahu melakukannya. Begitu ramai orang kaya yang tidak mahu
membelanjakan sebahagian hartanya untuk orang miskin walhal itulahtuntutan agama yang perlu
mereka tunaikan. Bahkan sebaliknya berlaku di mana orang kaya menggunakan kekayaannya
menindas orang miskin seperti memonopoli suatu perniagaan dan mengenakan bayaran
perkhidmatan yang tinggi.Akibatnya orang miskin bertambah miskin manakala orang kaya
bertambah kaya.Banyak juga orang bijak pandai yang tidak mahu mengajarkan ilmunya kepada
orang yang jahil sebaliknya mereka yang berilmu tinggi ini membohongi orang kampung demi
untuk mencapai keuntungan peribadi.
Melalui pertolongan yang diberikan kepada orang lain sebenarnya kita menolong diri
sendiri. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk menolong orang lain. Dengan menolong orang lain,
hidup kita akan terasa bermakna dan jauh dari rasa kekecewaan.Tuhan akan membalas kebaikan
yang telah kita lakukan.Pertolongan yang diberikan tidak semestinya dengan harta dan wang
ringgit, tetapi boleh juga kita hulurkan dalam bentuk fikiran dan tenaga. Malah kita juga boleh
membantu seseorang dengan memohon doa kepada Tuhan. Oleh itu, marilah kita tolong
menolong kerana sesungguhnya buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.














KEBERSIHAN TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.
Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian
pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor
perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin
mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah
ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang
positif perlu dilakukan.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan alam sekitar
ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan
pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang panjang kepada
alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin
merupakan salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon
dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon (CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia.
Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawalkan oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat
menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang alam sekitar yang
menyeluruh. Hal ini demikian, boleh membantu menjaga alam sekitar kita dengan lebih efektif.
Jika kita lihat pada hari ini, berapakah kilang-kilang yang telah dibina oleh kerajaan mematuhi
piawaian kebersihan yang telah ditetapkan? Di sini saya memberi contoh, pelepasan asap kilang
dan pembuang sisa toksik ke dalam sungai mahupun laut secara terbuka. Implikasi daripada
tindakan ini, undang-undang harus diketatkan lagi oleh pihak berkuasa supaya dapat
mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Dalam pada itu, kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan perlu diambil perhatian
kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk
digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di
dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh
diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh
dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos
mereka mahupun kebersihan alam sekitar.
Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik
supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup
kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan
hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa
bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar
kepentingan alam sekitar.
Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan
kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan
dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya
akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang. Sinomin dengan
slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat .


BUDAYA SENYAP DI DALAM MAJLIS DI SEKOLAH
Senyap ataupun dalam bahasa lainnya memberikan tumpuan di dalam majlis . Senyap
juga akan memberikan ketenangan di dalam kelas.apabila kita kurang senyap kita juga tidak
dapat memberi tumpuan dalam pelajaran.misalnya di dalam majlis perhimpunan rasmi pada hari
ahad.Senyap ini membuatkan seseorang berasa tenang dan kedamaian untuk bernafas atau
menghirup udara yang segardi atas muka bumi ini. Hal ini terjadi juga kepada sesiapa yang
bergelar guru . Guru akan berasa marah kerana beliau tidak boleh berkata apa-apa kerana anak
murid nya tidak senyap. Banyak contohnya seperti kanak-kanak bergelak ketawa ia dipanggil
budaya tidak senyap.Keadaan ini dapat mencetuskan kemarahan kepada orang dewasa kerana
orang dewasa memerlukan keadaan yang damai dan tenang.Kadangkala orang dewasa yang
banyak masalah dan serabut memikirkan tentang pekerjaan akan mendera kanak-kanak yang
tidak berdosa kerana keadaan yang tidak senyap.
Makna lain bagi senyap ialah kedamaian.Perkataan ini sering digunakan untuk
sajak,syair,bahasa kiasan,ataupun bahasa yang indah.AL-QURAN juga membawa kedamaian
kepada diri kita. Kerana mengikut kajian yang telah dijalankan AL-QURAN memberi 65
peratus ketenangan daripada bahasa arab biasa.





LAMPIRAN
AMALAN BUDAYA SALAM






AMALAN TOLONG MENOLONG






AMALAN KEBERSI HAN TANGGUNGJ AWAB KI TA






AMALAN SENYAP

You might also like