You are on page 1of 2

BICARA BUKU SEKOLAH RENDAH

ASSAMUALAIKUM w.t.h & selamat sejahtera..

Nama saya ……………………………………………. Umur saya ……………….

tahun.Saya bersekolah di Sk Dato, Panglima Bukit Gantang Taiping Perak.Kod sekolah saya

ialah ABA 6020.

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua sebuah buku yang bertajuk “Ragam Budak

Sekolah”

Buku “ragam budak sekolah” ini ditulis oleh seorang guru iaitu cikgu Mohd Fadli bin

Salleh.Beliau merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah.Buku Ragam budak sekolah

ini merupakan buku kelima yang ditulis oleh beliau.Cara penulisan beliau yang santai dan

menggunakan Bahasa yang mudah amat menarik untuk dibaca oleh pelbagai peringkat umur.

Rakan -rakan sekelian buku ini mempunyai 212 muka surat.Buku ini diterbitkan oleh

KOMRAD dan diterbitkan pada tahun 2019.Buku ini amat laris dipasaran dan menjadi bahan

bacaan yang digemari ramai.Buku ini juga telah tercalon dalam anugerah buku pilihan

pembaca, Anugerah Berita Harian.

Buku ini mengisahkan realiti murid-murid yang diajar oleh cikgu Fadli di

sekolahnya.Buku ini ditulis secara santai dan pendek serta menarik.Selain dari itu buku ini

juga amat mencuit hati dan memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seperti cikgu Fadli

Salleh.Sesiapa yang membaca buku ini nescaya akan tersenyum ceria kerana buku ini banyak

mengndungi kisah-kisah lucu murid sekolah rendah yang berumur lingkungan 7 hingga 12

tahun.

Antara kisah lucu yang terdapat di dalam buku “Ragam budak sekolah” ini ialah kisah

cikgu Fadli terpaksa melayan pelbagai karenah dan aduan daripada murid-
murid ,terutamanya murid tahun 1 yang selalu inginkan perhatian.Aduan barang hilang,rakan

tidak mahu kawan dan macam -macam aduan lagi.Sehinggakan kawan dia kentut pun di

adukan pada cikgu.

Selain itu ada juga kisah-kisah sedih yang terdapat di dalam buku ini ,antaranya kisah

cikgu Fadli Salleh yang akan berpindah ke sekolah lain.Dalam ramai -ramai murid yang

datang bersalam dan mengucapkan salam perpisahan ,datang seorang murid yang agak nakal

bertanya mengapa cikgu hendak berpindah.Apabila cikgu Fadli menyatakan sebab dia

berpindah kerana perangai budak itu nakal ,terus dia berjanji akan menjadi murid yang baik

dan berharap cikgu tidak jadi berpindah ke sekolah lain.Tetapi apa kan daya perpindahan

cikgu Fadli adalah arahan ketua jabatan.Cikgu Fadli juga berasa sebak dan hanya mampu

mendoakan kejayaan anak muridnya serta mendokan yang baik -baik .

Ada juga kisah murid -murid cikgu Fadli yang meruntun jiwa,dimana seorang murid

tahun 2 yang kehilangan ibu akibat kencing tikus.Murid itu mempunyai seorang abang di

tahun 4 dan seorang kakak di tahun 6.Kakak ditahun 6 itulah yang menguruskan adik-adik

sepanjang ayah mereka bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah bank.Cikgu Fadli

sememangnya seorang cikgu yang prihatin dan penyayang.Beliau sering membantu dan

menjadi orang perantara untuk menyampaikan sumbangan kepada murid -murid yang

perlukan bantuan.Sikap cikgu Fadli inilah yang menjadi inpriasi kepada saya untuk Berjaya

dalam pelajaran dan akan membantu orang ramai seperti cikgu Fadli

Pengajaran yang kita dapat daripda buku ini ialah kita mestilah bersikap baik

hati,prihatin dan penyayang .Selain itu kita juga hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang

masalah orang sekeliling serta cuba untuk membantu.jika kita bersikap sebegitu ramai orang

akan suka dan sayang pada kita.

Sekian wabillah hitaufiq walhidayah wassalamualaikum…….

You might also like