You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

Majlis Tamat Persekolahan Rendah 2015 SKTM

Teks Pengacara Majlis

Bil Perkara Teks


1 VIP sampai Di jemput semua ayandan dan bonda untuk mengambil tempat

kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Ikhmal Hisham Bin

Abdul Aziz, diiringi Yang Di-Pertua PIBG, Naib Yang Di-Pertua

PIBG dan Guru Besar masuk ke dewan.

Hadirin sekalian, sebagai tanda meraikan yang dirai...

Majlis dengan berbesar hati menjemput yang diraikan anakanda

putera puteri SK Taman Melawati masuk ke dewan.


2 Kata kata Hadirin dipersilakan duduk,

aluan
KE PEKAN KUALA MEMBELI BINGKA,
SAYANG PESANAN TERLUPA SUDAH;
MAJLIS BERMULA TIRAI DIBUKA,
DENGAN ALUNAN MADAH YANG INDAH.

Bismillahirahmanirrahim

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang Berhormat,

Page 1 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

Dato Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

(Ahli Parlimen Tanah Merah)

Yang Berbahagia,

AYAHANDA TUAN HAJI SAIFUL YAZAN BIN SULAIMAN

(Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman Melawati)

AYAHANDA

(Naib Yang Di-Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Taman

Melawati)

Yang Berusaha,

BONDA PUAN SHARIFAH BINTI YUSOF

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati)

BONDA PUAN NARIZAH BINTI ABDUL GHANI

(Penolong Kanan Pentadbiran)

BONDA PUAN SITI AISYAH BINTI BOHARIM

(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

AYAHANDA ENCIK NASARUDIN BIN ABDUL RAZAK

(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

BONDA PUAN NINAYATI BINTI SABARI

Page 2 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

(Penolong Kanan Petang)

Barisan pendidik putera puteri , dan seterusnya yang diraikan

anakanda putera puteri tahun 6 SK Taman Melawati.


PUTERA PUTERI KITA SEGANI
TEMA PILIHAN SKTM KALI INI
JAMUAN AKHIR TAHUN KITA MULAI
MENCIPTA KENANGAN TERSEMAT DI HATI

Hadirin sekalian,

Majlis dengan sukacitanya mengucapkan selamat datang kepada

Yang Berhormat Dato Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz kerana sudi

bersama-sama kami pada malam ini. Juga dengan berbesar hati

mengalu-alukan kehadiran yang diraikan anakanda putera puteri SK

Taman Melawati ke Majlis Tamat Persekolahan Rendah bagi tahun

2015.
3 Bacaan doa Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

dengan limpah kurnianya, marilah bersama-sama memohon taufik

dan hidayah memohon restu agar majlis pada malam ini di berkati.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput,

Ayahanda Ustaz Mohd Rezza Farezz Bin Mat Yazid

bagi mengetuai bacaan doa. Dipersilakan


4 Ucapan wakil Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan

murid doa itu tadi.

TAK MOLEK, JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA


TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA TIADA YANG BERBICARA

Page 3 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan menjemput wakil anakanda putera

puteri untuk menyampaikan ucapan.

Dengan ini dijemput, anakanda putera

Muhammad Auzaie Rusydi Bin Mohamed Wasi

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


5 Ucapan Guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada anakanda putera

Besar SK Muhammad Auzaie Rusydi Bin Mohamed Wasi menyampaikan

Taman ucapan sebentar tadi.

Melawati
PERGI KE KOTA BELI SELASIH,
SAYANG SI DARA BUAT HALWA;
BERILAH KATA SIMPULAN KASIH,
SULAMKAN MESRA SATUKAN JIWA

MENERUSKAN BINGKISAN, MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA


MEMPERSILAKAN YANG BERUSAHA
BONDA PUAN SHARIFAH BINTI YUSOF

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Melawati

UNTUK MENYAMPAIKAN SEPATAH DUA KATA dengan segala

hormatnya dipersilakan.
6 Ucapan YDP Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas

PIBG SK kesudian Bonda Puan Sharifah Binti Yusof menyampaikan ucapan

Taman beliau sebentar tadi.

Melawati Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput

Page 4 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

Yang Berbahagia,

Ayahanda Tuan Haji Saiful Yazan Bin Sulaiman,

Yang Di-Pertua PIBG SK Taman Melawati,

bagi menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya

dipersilakan.
7 Ucapan yb Majlis merakamkan ucapan dan penghargaan terima kasih atas

kesudian Ayahanda Tuan Haji Saiful Yazan Bin Sulaiman

menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,


MENERUSKAN MADAH TERISTIMEWA, MAJLIS DENGAN PENUH
TAKZIMNYA MEMPERSILAKAN YANG BERHORMAT,
Dato Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz,
Ahli Parlimen Tanah Merah
UNTUK MENITIPKAN SEPATAH DUA KATA, DENGAN SEGALA
HORMATNYA DIPERSILAKAN.
8 Persembahan Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih

Kepada Yang Berhormat Dato Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Sebelum kita menjamah santapan di meja. Apakata kita sama-sama

menyaksikan persembahan nyanyian daripada

Anakanda Puteri Norah Francine Pinto

Dengan lagunya A GIFT OF A FRIEND. Dipersilakan.

Page 5 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

9 Jamuan Makan Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Anakanda Puteri

Malam & Norah Francine Pinto atas persembahan nyanyian sebentar tadi.

Persembahan

Khas Yang Berhormat, Ayahanda dan Bonda, serta Anakanda Putera

Puteri sekalian..
PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH
GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA
DOA SUDAH UCAPAN PUN SUDAH
TIBA MASA MENJAMU SELERA

SORONG PAPAN TARIK PAPAN


MAKAN KERANJI DALAM PERAHU
SURUH MAKAN KITA MAKAN
JANGANLAH SEGAN JANGANLAH MALU

Untuk itu dijemput Yang Berhormat, Ayahanda dan Bonda, serta

Anakanda Putera Puteri sekalian untuk menjamah santapan yang

terhidang di meja.

Hadirin sekalian,sambil kita menjamu selera. Kita teruskan dengan

sama-sama menyaksikan persembahan

____________________________________________

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan yang menghiburkan

sebentar tadi.

Page 6 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

8 Cabutan TUAH AYAM TAMPAK DI KAKI, TUAH KITA SIAPA YANG KENA.

Bertuah & Hadirin sekalian, tiba kita ke acara cabutan bertuah


SEBENTAR LAGI KITA AKAN TAHU SIAPA YANG BERTUAH DI
Anugerah
KALANGAN KITA
Putera & Puteri

Pilihan 2015 Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput


BONDA PUAN NARIZAH BINTI ABDUL GHANI

(5 cabutan)

AYAHANDA

(5 cabutan)

BONDA PUAN SHARIFAH BINTI YUSOF

(5 cabutan)

AYAHANDA TUAN HAJI SAIFUL YAZAN BIN SULAIMAN

(5 cabutan)

Yang Berhormat Dato Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

(5 cabutan)

Untuk membuat cabutan. Dipersilakan.

Hadirin sekalian, kita hangatkan lagi malam yang indah ini

dengan mengumumkan penyandang bagi anugerah Putera & puteri

pilihan 2015.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Dan Majlis merakamkan

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat

kerana sudi menyampaikan anugerah itu sebentar tadi.


11 Penutup Kehidupan kita umpama belayar,
yang telah sampai ke pelabuhan,
umpama berkayuh telah sampai ke muara,

Page 7 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

umpama berjalan telah hampir ke destinasi

HADIRIN SEKALIAN..

GUGUR MENGUNING BUAH KUINI,


MENGHIJAU POHON SUBUR DIBAJA,
MAJLIS KITA BERAKHIR DI SINI,
SALAH DAN SILAP LUPAKAN SAJA
SEBARANG KELEMAHAN HARAP DIMAAFI
SEGALA KERJASAMA SANGAT DIHARGAI
TERIMA KASIH SEKALUNG BUDI
KENANGAN NAN INDAH SIMPANLAH DI HATI
SEMOGA PERSAHABATAN TERSIMPUL RAPI.
MUDAH-MUDAHAN KITA BERJUMPA LAGI.

Buat anakanda putera puteri


Bukannya hati ini tak sakit dan bukannya hati ini tak hancur,
bukan pula hati ini tak perih, namun hanya kepasrahan yang
mengiringi.. melepaskan kalian pergi demi mengejar ambisi yang
dicintai.
Sejuta harapan akan terucap saat malam gelap bertabur
bintang. Sejuta cinta akan tercurah saat hati gelap bertabur
sayang

Bagi menutup tirai pada malam ini, dijemput ayahanda serta bonda
untuk sama-sama berdiri dalam satu barisan di pintu masuk dewan
untuk memberi restu serta mendoakan yang terbaik buat perpisahan
dengan anakanda putera dan puteri.

Bagi memulakan, dengan penuh takzim Dijemput Yang Berhormat

diiringi oleh Yang Di-Pertua PIBG, Naib Yang Di-Pertua PIBG dan

Guru Besar meninggalkan majlis dan seterusnya diikuti oleh

anakanda putera puteri memberi lambaian terakhir buat tempat

menangis ketawa, jatuh bangun, bergurau berseloka dan pastinya

akan meninggal ayahanda serta bonda SKTM yang telah bersama

Page 8 of 9
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MELAWATI

kalian sejak dari kalian berumur 7 tahun. Dipersilakan.

sampai jumpa sayang


aku kan selalu merindukanmu
sampai bertemu di lain waktu

Page 9 of 9

You might also like