You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN

BULAN KEMANUSIAAN DAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH


SMK MERBAU (2014)
(SESI PETANG)
Master of Ceremony (MC):
1. NOOR AZIATI BINTI MOHD ZIN
2. NOR HAYATI BINTI KAMISMAN
ATURCARA
Kata-kata
aluan oleh
pengacara
majlis

TEKS PENGACARA
Jalur Gemilang bendera bertuah
Rakyat Malaysia berasa megah
Hidup bahagia tiada resah
Kerana negara merdeka sudah

PENGACARA
Hayati

Jalur Gemilang lambang bersatu


Merah, kuning, putih dan biru
Bulan bintang menghiasi penjuru
Empat belas negeri menjadi padu
Yang Berusaha Cik Ang Siew Jin, Pengetua Kanan SMK Merbau, Yang Dihormati
Pn. Tang Cheng Mun, Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Yang
Dihormati En. Saun Bin Angkut @ George, Penolong Kanan Petang, Pn. Yeo
Sung Ming, Ketua Bidang Kemanusian, rakan-rakan guru serta para pelajar yang
dikasihi sekalian.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Selamat datang ke Majlis Penutupan Karnival Kemanusiaan dan
Kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2014.
Nyanyian lagu
-Negaraku
-Lagu sekolah

Bagi memulakan majlis kita pada petang ini, diminta semua guru dan
para pelajar untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu NEGARAKU
serta diikuti dengan lagu sekolah ILMU MENJULANG KEHIDUPAN.

Hayati

Ikrar

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik kita sempena


Majlis Sambutan Penutupan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan
yang ke-57 ini, dijemput Saudara Carlson Francis daripada 1 Anggerik
untuk mengetuai lafaz ikrar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Aziati

Terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi.


Bacaan Doa

Seterusnya, majlis menjemput Saudara Mohd Azizul Hafiz bin


Mohammad dari 1 Bakawali untuk memimpin bacaan doa bagi
memberkati lagi majlis kita pada petang ini. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Aziati

Perutusan YAB
Perdana
Menteri

Seterusnya majlis mempersilakan En. Zaidin bin Eden bagi


membacakan perutusan kemerdekaan daripada Perdana Menteri kita,
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Hayati

Terima kasih diucapkan kepada En. Zaidin bin Eden atas penyampaian
perutusan itu tadi.
Ucapan
Pengetua

NHK/2014

Seterusnya majlis menjemput Puan Pengetua SMK Merbau, Cik Ang


Siew Jin bagi menyampaikan ucapan perasmian penutupan Karnival
Kemanusiaan dan Kemerdekaan pada tahun 2014 ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hayati

Persembahan
Gendang
24 Musim

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Cik Ang Siew Jin atas
ucapan beliau sebentar tadi. Semoga ucapan beliau itu tadi dapat
menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan kita semua pada hari ini.

Aziati

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan-persembahan oleh


para pelajar SMK Merbau.

Aziati

Persembahan yang pertama dimulakan dengan persembahan


Gendang 24 Musim. Kumpulan ini adalah di bawah pimpinan En.
Danny Alvin Lim.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang menarik dan bersemangat
sebentar tadi.
Gamelan

Tarian Ngajat

Seterusnya, majlis akan diserikan lagi dengan persembahan kumpulan


Gamelan SMK Merbau. Kumpulan ini dipimpin oleh En. Peter Jampie
Anak Kilat. Untuk pengetahuan semua, gamelan merupakan himpunan
alat muzik yang biasanya menonjolkan metalofon, gendang, dan gong
yang dibawa dari Indonesia. Gamelan ini wujud di Malaysia melalui
perkahwinan dan juga penjajahan.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Aziati

Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Hayati

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan tarian ngajat. Kumpulan


tarian telah dibimbing oleh Cik Wilma Bennet.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Hayati

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.


Kuiz Terbuka
Sejarah
Kemerdekaan
Sesi 1

Acara seterusnya ialah Kuiz Terbuka Slot Pertama. Dengan ini majlis
diserahkan kepada Pn. Norain binti Nawawi. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Hayati

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Norain binti Nawawi dan tahniah
kepada pelajar-pelajar yang menang.
Penyampaian
Hadiah Sesi 1

Sekarang tibalah masanya untuk majlis penyampaian hadiah kepada


para pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan sepanjang
sambutan Karnival Kemanusiaan dan Kemerdekaan yang lalu. Dengan
ini, dijemput Ketua Bidang Kemanusiaan, Pn. Yeo Sung Ming untuk
mengiringi Puan Pengetua, Cik Ang Siew Jin bagi menyampaikan
hadiah kepada para pemenang. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Hayati

Terima kasih diucapkan kepada Cik Ang Siew Jin atas penyampaian
hadiah itu tadi.
Drama (Di
sini Lahirnya
Sebuah Cinta)

Acara kita akan terus disemarakkan lagi dengan persembahanpersembahan daripada para pelajar kita yang sungguh berbakat.
Persembahan seterusnya ialah persembahan drama yang bertajuk Di
sini Lahirnya Sebuah Cinta yang dipimpin oleh Pn. Michelle Bong.
Majlis dengan ini mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang begitu menarik sebentar tadi.

NHK/2014

Aziati

Persembahan
pelajar
Tingkatan 6

Hadirin sekalian,

Aziati

Acara kita pada petang ini diteruskan lagi dengan persembahan


daripada pelajar-pelajar tingkatan 6.
Demikianlah tadi sebuah persembahan di bawah pimpinan Cik Yeo
Sook Moi dan telah dijayakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 6 Rendah.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Nasyid (Alaf
Baru Islam)

Tarian
Rampaian
Sarawak

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Kumpulan Nasyid Alaf Baru


Islam untuk membuat persembahan. Kumpulan telah dibimbing oleh
Ustaz Zulfadhli Al-Fahmi bin Abdul Hamid.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Aziati

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

Hayati

Majlis hari ini terus diwarnai pelbagai persembahan-persembahan yang


menarik dan istimewanya dipersembahkan sendiri oleh pelajar-pelajar
kita yang terdiri daripada pelbagai agama dan suku kaum. Perpaduan
inilah yang akan menjamin kemerdekaan negara Malaysia kita yang
tercinta ini.

Hayati

Bagi mewarnai lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini
mempersilakan persembahan Tarian Rampaian Sarawak di bawah
kelolaan dan pimpinan Cik Morecca Anak Anggo dan Cik Rosmaida
binti Mohd Resdi.
Majlis mempersilakan.
Aziati
Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
Persembahan
Sajak

Seterusnya, majlis menjemput Adik Karren Admond, Isaac Anderson


dan Loretta Nayan untuk mendeklamasikan sebuah sajak
kemerdekaan bertajuk Pejuangku. Persembahan ini telah dibimbing
oleh Cik Norly Emilia binti Ramly.
Majlis mempersilakan.

Aziati

Penuh semangat sajak yang dideklamasikan tadi, terima kasih


diucapkan.
Penyampaian
Hadiah Sesi 2

Seterusnya, majlis dengan ini sekali lagi menjemput Ketua Bidang


Kemanusiaan Pn. Yeo Sung Ming untuk mengiringi Puan Pengetua, Cik
Ang Siew Jin bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Aziati

Terima kasih diucapkan kepada Cik Ang Siew Jin atas penyampaian
hadiah itu tadi.
Kuiz Terbuka
Sejarah Sesi 2

Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Pn. Norain binti Nawawi untuk
mengendalikan Kuiz Terbuka Sejarah Slot Ke-2.

Hayati

Terima kasih kepada Pn. Norain binti Nawawi dan tahniah kepada
pelajar-pelajar yang telah berjaya menjawab soalan-soalan sebentar
tadi. Bagi pelajar yang tidak berpeluang untuk menjawab, cuba lagi
pada tahun hadapan.
Cat Walk

NHK/2014

Seterusnya, kita akan menyaksikan persembahan yang dinantinantikan iaitu Cat Walk pakaian tradisional yang akan diperagakan
oleh pelajar-pelajar daripada pelbagai etnik di SMK Merbau. Dengan
ini, majlis menjemput Pn. Angelina Angela Anak Belon untuk
meneruskan acara.
Dipersilakan.

Hayati

Nyanyian
medley
Lagu Patrotik
-Di sini
Lahirnya
Sebuah Cinta
-Warisan
-Jalur
Gemilang
Laungan
Kemerdekaan

Nyanyian
-Ibu Pertiwiku

Terima kasih atas persembahan Cat Walk itu tadi.

Aziati

Baiklah, acara kita pada petang ini diteruskan lagi dengan nyanyian
beramai-ramai. Para guru dan pelajar diminta untuk berdiri. Sambil
menyanyi marilah kita sama-sama mengibarkan bendera Jalur
Gemilang. Lagu yang akan dinyanyikan bersama ialah lagu tema hari
kebangsaan kita pada tahun ini iaitu Di sini Lahirnya Sebuah Cinta,
Warisan dan Jalur Gemilang

Aziati

Terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hayati

Seterusnya, bagi menaikkan lagi semangat patriotik kita pada hari ini,
majlis mempersilakan En. Muhammad Raffizan bin Omar untuk
mengetuai laungan keramat MERDEKA sebanyak 7 kali. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hayati

Terima kasih diucapkan kepada En. Muhammad Raffizan bin Omar


atas laungan kemerdekaan yang sungguh bersemangat itu tadi.

Aziati

Bagi mengakhiri majlis sambutan penutupan Karnival Kemanusiaan


dan Kemerdekaan yang ke-57 ini, sekali lagi dijemput para guru dan
pelajar untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu IBU PERTIWIKU.

Aziati

Terima kasih kami ucapkan atas kerjasama dan semangat anda semua
untuk menjayakan majlis sambutan penutupan Karnival Kemanusiaan
dan Kemerdekaan yang ke-57 tahun ini. Dengan ini, maka tamatlah
majlis kita dan semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Sebelum bersurai, diminta kerjasama para pelajar untuk memastikan
tiada sampah yang ditinggalkan di dewan ini.
Sekian, terima kasih.
Ratio:Aziati = 15x
Hayati = 14x

NHK/2014

You might also like