You are on page 1of 5

tanzeel2022

TEKS PENGACARA MAJLIS


KEJOHANAN SUKAN TADIKA BAHTERA KHALIFAH & SEJUTA BINTANG
2022

Bil Acara Teks


Kata aluan Bismillahirrahmannirahim

8.30a.m Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera


Saya bagi pihak majlis mengalu – alukan kedatangan tuan – tuan dan
puan – puan serta para hadirin ke Kejohanan Sukan Tadika Bahtera
Khalifah & Tadika Sejuta Bintang bagi tahun 2022.
Untuk makluman tuan – tuan dan puan -puan serta para hadirin
sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.
Oleh itu, tuan – tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta
mengambil tempat yang telah disediakan atau berada di kawasan
dalam dewan.

Umumkan ketibaan Mengumumkan ketibaan tetamu khas


VIP
8.40 a.m Yang Dihormati
Pn Norsyafawati binti Sini selaku COO Armada Tanzeel Sdn Bhd

juga yang dikasihi


Puan Pn Sri Rahayu binti Ishak selaku Operator Tadika Sejuta
Bintang Little Caliphs Bandar Putra Permai.

Ucapan alu-aluan Sayang kumbang mencari makan,


8.45 a.m Terbang seiring di tepi kali;
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t dan selamat datang ke Kejohanan Sukan
Tadika Bahtera Khalifah & Tadika Sejuta Bintang bagi tahun 2022.

Yang Dihormati
Pn Norsyafawati binti Sini selaku COO Armada Tanzeel Sdn Bhd

juga yang dikasihi


Puan Pn Sri Rahayu binti Ishak selaku Operator Tadika Sejuta
Bintang Little Caliphs Bandar Putra Permai.

Barisan pihak pengurusan Armada Tanzeel Sdn Bhd, para guru Tadika
Bahtera Khalifah, Tadika Sejuta Bintang, Sekolah Rendah Islam At
Tanzeel Cawangan Seri Kembangan, Bandar Saujana Putra dan Putra
Perdana,ibu-ibu, ayah-ayah seterusnya murid-murid yang dirahmati
Allah sekalian.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TADIKA BAHTERA


KHALIFAH DAN TADIKA SEJUTA BINTANG BAGI TAHUN 2022.

1
tanzeel2022

Kami mewakili barisan jawatankuasa pengelola kejohanan sukan


merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin dan hadirat kerana telah sudi meluangkan masa bagi
bersama – sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari
ini.

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan izinNYA dapatlah kita


sekali lagi berkumpul di Dewan LKIM ini untuk bersama – sama
meraikan Kejohanan Sukan Tadika Bahtera Khalifah & Tadika Sejuta
Bintang bagi tahun 2022.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan menyuntik


semangat kesukanan kepada atlet-atlet muda yang akan beraksi
dalam acara pada hari ini.
Perbarisan lintas Hadirin sekalian,
hormat
8.50a.m Sebagai pembuka tirai kejohanan sukaneka tahunan ini, marilah
sama-sama kita saksikan perbarisan daripada kedua-dua kontinjen
yang mengambil bahagian.

Tanpa melengahkan masa , marilah bersama – sama kita saksikan


betapa comelnya putera dan puteri kita beraksi dalam acara
perbarisan.

 ……………………MUZIK PERBARISAN……………………………..

Dimulai dengan penuh semangat , perbarisan dari kontinjen pasukan


Pink yang diwakili oleh anak-anak dari Tadika Bahtera Khalifah dengan
bertemakan Flamingo. Dipersilakan masuk.

…………………………(borak2 ttg pasukan pink)…………………….

Segak bergaya seterusnya perbarisan dari kontinjen pasukan Biru


yang diwakili anak-anak dari Tadika Sejuta Bintang dengan
bertemakan ‘baby shark’. Dipersilakan masuk.

…………………………(borak2 ttg pasukan biru)…………………….

Demikian tadi perarakan perbarisan oleh kontinjen kedua-dua sekolah


Tadika Bahtera Khalifah dan Tadika Sejuta Bintang yang penuh
bergaya dan ceria sekali.

Bacaan Doa Selepas semua masuk dewan


9.00a.m
Hadirin Hadirat sekalian,

Indah berseri bunga kenanga


Harum baunya menyentuh hati
Mari bersama memanjatkan doa
Ke hadrat ilahi mohon diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Tuan Mohamad Izharudin B. Che Amat

2
tanzeel2022

Dipersilakan.
 (Bacaan doa)………………..

Amin amin ya rabbal al amin.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Mohamad
Izharudin B. Che Amat atas bacaan doa itu tadi.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan dengan
lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Nyanyian Lagu dan Dijemput para hadirin untuk sama – sama berdiri dan menyanyikan
ikrar lagu Negaraku.  
9.10a.m
Seterusnya, mari kita sama-sama menyanyikan lagu Negeri Selangor.

Seterusnya, mari kita dengarkan nyanyian dari anak-anak tadika


dengan lagu mereka Little Caliphs Song.

Dijemput adik Abdullah Azzuhdi bin Ahmad Muhyddin untuk mengetuai


bacaan ikrar. Dipersilakan.

Terima kasih kepada adik Azzuhdi dan semua hadirin dipersilakan


duduk.

Ucapan aluan dan Daun semulur di pekan sari,


perasmian VIP Batang jerami rebah ke bumi,
9.20a.m Ucapan VIP dinanti-nanti,
Membuat majlis bertambah seri.

Majlis menjemput Yang Berusaha Pn Norsyafawati binti Sini selaku


COO Armada Tanzeel Sdn Bhd untuk menyampaikan ucapan aluan
dan seterusnya merasmikan kejohanan sukan ini.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada  Pn Norsyafawati


binti Sini atas kesudian menyampaikan kata – kata semangat kepada
atlit – atlet muda kita pada hari ini.

Senam tari Hadirin hadirat sekalian,


9.30a.m
Seterusnya, sebelum kita mulakan acara , ayuh kita panaskan badan
dengan senam robik yang akan dipimpin oleh Tc Linda dan team.
Sangat digalakkan untuk semua ibu ayah, guru-guru dan anak-anak
untuk bersama-sama mengikuti senam tari/aerobik ini. Dipersilakan.

………………………… MUZIK AEROBIK…………………………….

Terima kasih kepada tc linda dan team yang begitu bersemangat


sebentar tadi.

Perhatian- Diminta semua crew kejohanan yang  bertugas di


checkpoint untuk bersedia  kerana acara sukaneka akan
dimulakan sebentar saja lagi.

3
tanzeel2022

Acara Sukan Hadirin dan hadirat sekalian, acara yang akan berlangsung sebentar
(tukar-tukar nama lagi ialah
acara dan
kategori/siapa Acara ‘Dari Mata ke Mulut’
yang terlibat ) Kategori untuk Kaum Ibu .
10.00-11.45a.m
Diminta kepada semua peserta yang sudah memberikan nama kepada
pihak sekolah untuk mengambil tempat di checkpoint game kerana
acara akan dimulakan sebentar lagi.

Marilah kita sama – sama memberikan tumpuan ke tengah-tengah


dewan untuk memberikan tepukan semangat kepada ibu- ibu.

.......terangkan berkenaan rules, then lead acara, bagi suasana


meriah.......................

Selesai sudah acara Dari Mata Ke Mulut untuk kaum ibu. Begitu
bersemangat mereka bersaing untuk menjadi pemenang. Tahniah
diucapkan kepada semua.

Penyampaian Tuan-tuan dan puan-puan,


hadiah
game ibu dan Bermain buaian di dalam taman,
game ayah Sambil menyanyi bergurau gurauan
12.00p.m Menang kalah adat permainan
Cekal tabah dengan senyuman

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi Acara


‘Dari Mata ke Mulut’ bagi kaum ibu dan Traffic Light game bagi kaum
bapa.

Dengan ini pihak Majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Tc Linda selaku Penolong Pengurus Armada Tanzeel
Sdn Bhd , untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Dipersilakan.

Bagi acara Dari Mata ke Mulut dipersilakan pemenang saguhati untuk


naik ke pentas.

Untuk tempat ketiga, dipersilakan Puan ______dari Tadika_______


Untuk tempat kedua, dipersilakan Puan ______dari Tadika_______
Tempat pertama dimenangi oleh Puan ______dari Tadika_______

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Seterusnya, bagi acara Traffic Light Game dipersilakan pemenang


saguhati untuk naik ke pentas.

Untuk tempat ketiga, dipersilakan Tuan ______dari Tadika_______


Untuk tempat kedua, dipersilakan Tuan ______dari Tadika_______
Tempat pertama dimenangi oleh Tuan ______dari Tadika_______

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.

Majlis merakamkan terima kasih kepada Tc Linda kerana telah sudi


menyempurnakan majlis penyampaian hadiah itu tadi.

4
tanzeel2022

Penyampaian
hadiah Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi pemenang
game pelajar Perak dan Emas bagi kejohanan sukan Tadika Bahtera Khalifah dan
12.15p.m Tadika Sejuta Bintang bagi tahun 2022.

jika TBK menang, Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakan


tc keena Tc Keena /Tc Nani untuk menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.
penyampai hadiah,
Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari
jika BSP menang, Tadika ……………. . Dipersilakan pelajar naik diiringi guru-guru.
tc nani penyampai
hadiah Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tc
Keena /Tc Nani atas kesudian menyampaikan hadiah.

Dan johan/pemenang pingat emas bagi kejohanan sukan 2022


dimenangi oleh ……………………… dari Tadika………………………..
Dipersilakan pelajar naik diiringi guru-gurunya.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.


Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tc
Keena /Tc Nani atas kesudian menyampaikan hadiah.

Penutup Kejohanan Sukan Tadika Bahtera Khalifah & Tadika Sejuta Bintang
12.30p.m bagi tahun 2022 kini tiba ke penghujungnya.

Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan jutaan terima


kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam membantu menjayakan dan melicinkan perjalanan
Kejohanan Sukan Tadika Bahtera Khalifah & Tadika Sejuta Bintang
bagi tahun ini. Mohon maaf dari pihak tadika sekiranya ada terkasar
bahasa atau terkurang dimana-mana. Sesungguhnya yang baik itu
datang dari Allah dan yang sebaliknya dari khilaf kami.
.............................................................................................
Akhir kata dari kami Assalamualaikum wbt dan
Majulah sukan untuk negara. Jumpa lagi tahun depan insyaallah.

You might also like