You are on page 1of 3

Perhatian kepada semua semua Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar

Baru Darulaman.

Dukacita dimaklumkan kepada semua guru, kakitangan dan anak anak pelajar
SMK Bandar Baru Darulaman, bahawa ayahanda Cikgu Sharipah bt Umar telah
kembali kerahmatullah pada kemarin iaitu pada hari Selasa, justeru itu marilah
sama-sama kita menghadiahkan bacaan alfatihah kepada allayarham. Moga
allayarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Aaminnn….aaminnn yarabbal alamin……..

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Yang Berusaha En Abu Bakar bin Said


Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman

Yang Dihormati En Zaidi bin Ismail


Penolong Kanan Pentadbiran

Yang Dihormati En Wahab bin Yahaya


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid

Yang Dihormati En Fauzi bin Zakaria


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru-guru Kanan Mata pelajaran, Kaunselor, Guru-guru seterusnya anak-


anak murid yang disayangi sekalian.

Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat kita bersama-
sama berhimpun pada pagi ini untuk satu majlis ringkas iaitu Perasmian
Pembukaan Bilik Guru yang kedua, yang terletak di tingkat dua, bersebelahan
dengan Bilik Peperiksaan. Bilik guru ini akan menempatkan semua guru lelaki
yang masih belum mempunyai tempat di bilik guru yang sedia ada, tidak dapat
menampung keperluan jumlah guru yang seramai 118 orang guru.

Justeru itu, atas keprihatinan tuan pengetua dan usaha yang beliau jalankan untuk
menjaga kebajikan guru-guru, maka wujudlah bilik guru yang Kedua.

Hadirin sekalian..
Bilik guru ini diberi nama ‘KAMAR ILMUAN KANDA’, kerana kamar
merupakan ‘ Bilik’. Manakala Guru merupakan para ‘ilmuan yang
bijaksana’ dan Kanda adalah gelaran kepada ‘jejaka’.

Dengan itu majlis menjemput tuan Pengetua, En Abu Bakar bin Said, Pengetua
SMK Bandar Baru Darulaman untuk menyampaikan tag nama kepada guru-guru
yang akan ditempatkan di KAMAR ILMUAN KANDA.

Penyampaian tag nama yang pertama dimulakan dengan


1. En. Azih b Yaacob
2. En. Mohd Faizal bin Naharuddin
3. En. Syed Dahuri Azmira bin Syed Muthalib
4. En Shahrir bin Shuib- dijemput wakil En Abdul bin Mahmud
5. En Ahmad Shukri bin Ab Kader-dijemput wakil En. Dahlan bin Mohd
Salihin
6. En Habil bin Shaari-dijemput wakil En. Adnan Bin Hashim
7. En Shahril bin Nordin- dijemput wakil En Ismadi bin Ismail.

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua, atas penyampaian tag nama
sebentar tadi.

Saya mewakili Majlis Guru dan Staff dan semua warga SMK Bandar Baru
Darulaman/ mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan
pengetua/ atas sumbangan dan keprihatinan yang diberikan kepada kami agar
kami lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam apa juga bidang.
Terima kasih cikgu.

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput semua pentabdir mengiringi


tuan pengetua untuk sesi perasmian bilik guru ‘KAMAR ILMUAN KANDA’.
Dipersilakan.

You might also like