You are on page 1of 6

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH

TAHUN 2019

BIL PERISTIWA SKRIP CATATAN

PENGUMUMAN Diumumkan ketibaan Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua Smk Kubang Rotan bersama 7.40 pg
1 Pegawai Perhubungan Sekolah Tuan Ins Mohamad Saidy b Sakah / Tuan Sarjan Mejar Ruslan b Othman./
barisan pentadbiran.

2 LAGU NEGARAKU Nyanyian Lagu Negaraku.


Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin di jemput duduk.

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

3 KATA-KATA ALUAN Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera,


1. Yang Berbahagia, Tuan Hj Marzuki b Hj Daud , Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan.
2. Yang Dihormati, En Muhamad Fahmi B Shamsudin, Penolong PPD Pembangunan ICT PPD Kota Setar.
3. Yang Setia Tuan INSP Mohamad Saidy b Sakah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar.
4. Yang Setia Tuan Sarjan Mejar Tuan Ruslan b Othman, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Setar.
5. Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan
6. Yang Berusaha, Dato’ Abdul Muthalib b Harun, Yang Dipertua PIBG
7. Yang Berusaha Pn Raudzah Bt Abdullah PK Pentadbiran
8. Yang Berusaha En Mohd Shukri b Abdul Razak PK Hem
9. Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Osman PK Ko-kurikulum
10. Yang Berusaha Cik Siti Hanan Bt Abdullah PK Pend Khas
11. Guru cemerlang
12. Guru-guru Kanan
13. Guru-guru serta
14. Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Bersyukur ke hadrat Allah swt atas rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama pada hari ini untuk bersama-
sama menjayakan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah bagi tahun 2019.

Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan ALLAH sekalian.

4 BACAAN DOA Bagi memberkati majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Mohd Nurul Ikmal untuk
membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
[Doa]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Mohd Nurul Ikmal atas bacaan doa itu tadi.

5 UCAPAN Hadirin sekalian,


Guru yang bertugas pada minggu ini ialah:
1. Pn Faridah Bt Saad
2. Pn Ainul Badriyah bt Muhammad
3. En Mohd Najib b Bab
4. Pn Siti Zaharah bt Abdul Hamid.
Oleh itu majlis menjemput Pn Faridah bt Saad untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih Pn Faridah atas ucapan itu tadi.


Hadiah Bagi merealisasikan hasrat KPM dalam menggalakkan guru dan pelajar menggunakan
I-Think dalam Pdpc, pihak sekolah telah menganjurkan Karnival I-Think peringkat sekolah yang melibatkan
semua guru dan pelajar. Oleh itu, majlis menjemput Yang Berbahagia Tuan Hj Marzuki b Hj Daud , Ketua
Sektor Pembangunan Kemanusiaan diiringi oleh Pn Che Rokiah bt Md Isa bagi menyampaikan hadiah
kepada pemenang pertandingan karnival I-think fasa 2.
Menengah Rendah.
1. Tempat pertama: Kump Cahaya bersinar
Wakil kumpulan Ainnur Yasmin bt Mohd Yusmadon
2. Kump Mawar
Nur Alyssa Syamimie bt Abdullah
3. Kump Sunshine
Nurazian Syafiena bt Anuar

Menengah Atas
1. Kump White Purple:
Syahira bt Mohd Khir
2. Kump Ninja Warrior
Khairul Amin b Ahmad
3. Kump Melati
Siti Nur Nabihah bt Ismail

Seterusnya Anugerah kepada 10 orang Guru aktif VLE Frog bulan Disember 2018
1. Pn Edarofida bt Ngah
2. Pn Juhaida bt Ab Jalil
3. Cik Goh Keok Lan
4. En Mohd Rosli b Ayob
5. Pn Siti Zaharahbt Abdul Hamid
6. Pn Nani Rozana bt Abdul Kadir
7. Pn Wan Haslizabt Wan Hamid
8. Pn Ruziah Hanim bt Harun
9. Pn Che Nor Aznonmiza bt Che Amat.

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Hj Marzuki b Hj Daud kerana kesudian menyampaikan hadiah.

Seterusnya, majlis pada hari ini juga meraikan Sambutan Hari Lahir. Insan bertuah itu ialah Pn Azlina bt
Hamid dan 2 orang pelajar iaitu Muhammad Fazrul Ashraf b Rosli dan Ain Sakina bt Ibrahim yang hari
lahirnya jatuh pada hari ini. Majlis dengan ini menjemput Pn Azlina Hamid, Muhammad Fazrul Ashraf dan
Ain Sakina untuk memotong kek.
Dipersilakan.

UCAPAN POLIS Hadirin-hadirat yang dihormati,

Program Jom Ke Sekolah ini merupakan satu program kolaboratif atau usahasama antara Kementerian
Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha menangani masalah disiplin dan salah
laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah
(PPS) di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Baiklah tanpa membuang masa lagi. Majlis mempersilakan Yang Setia Tuan INSP Mohamad Saidy b Sakah,
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kota Setar untuk menyampaikan Perutusan Ketua Polis Negara
Sempena Program Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2019
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Setia Tuan INSP Mohamad Saidy b Sakah atas ucapan
sebentar tadi.

Kalau Puan pikat kenari,


UCAPAN PENGETUA Jangan patahkan batang jerami,
& PERASMIAN Kepada Puan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pelancaran Program PERMUAFAKATAN KPM
DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2019.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan gimik diikuti pelancaran
6 Gimik Program PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT
DAERAH TAHUN 2019 oleh Puan Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan diringi .
Dipersilakan

Terima kasih Puan Pengetua atas kesudian melancarkan Program PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM:
PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH TAHUN 2019.

8 PENUTUP MC Dengan berakhirnya perasmian Pelancaran Program Jom Ke Sekolah itu sebentar tadi, maka berakhirlah
majlis kita pagi ini.

Akhir bicara, mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan
majlis ini. Sebelum saya akhiri majlis ini, izinkan saya berkongsi 2 rangkap pantun .

Rumah besar ada loteng, Pergi ke pasar membeli papaya,


Loteng bentuk berbunga-bunga, Dipotong-potong dibawa berkelah,
Pergi Ke sekolah jangan ponteng, Jikalau ingin terus berjaya,
Kelak diri akan berjaya. Ayuh jom ke sekolah.

Sebelum itu, semua pelajar dan guru diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Sekolah dan lagu Negeri
Kedah.
Sekian terima kasih.

You might also like