You are on page 1of 5

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2016

BIL

PERISTIWA

SKRIP

PENGUMUMAN

Diumumkan ketibaan En Suhaimi b Yahya Pengetua SMK Kubang Rotan bersama


dengan barisan pentadbiran.

LAGU NEGARAKU

Nyanyian Lagu Negaraku.


Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.

KATA-KATA ALUAN

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera, Slmt dtg ke Majlis


Sambutan Pelancaran Bulan Kebangsaan negara yang ke-59, SMK KUBANG ROTAN bagi
tahun 2016. Tema yang dipilih pada tahun ini ialah SEHATI SEJIWA.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Yang Dihormati, En Suhaimi b Yahya Pengetua SMK Kubang Rotan


Yang Berusaha En Aziz B Abdul Akib PK Pentadbiran
Yang Berusaha En Nek Yusoff B Nek Harun PK Hem
Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Osman PK Ko-kurikulum
Yang Berusaha Cik Siti Hanan Bt Abdullah PK Pend Khas
Guru-guru Kanan
Guru-guru serta
Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan ALLAH sekalian.


4

BACAAN DOA

Tetak buluh panjang 10,

CATATAN

Mari jolok sarang penyengat,


Angkat tgn jari 10,
Doa diminta biar selamat.
Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil Ust. Muhamad
Nasir bin Ayob untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan
[Doa]
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-ustaz atas bacaan doa itu tadi.
5

UCAPAN

Hadirin-hadirat yang dihormati, sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah
merencana variasi program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan
Kemerdekaan negara yang ke-59.
Untuk itu, majlis menjemput En Nek Yusoff b Nek Harun selaku Timbalan Pengerusi
Pengelola Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah bagi
memberikan makluman lanjut mengenai aktiviti bulan kebangsaan .
Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Nek Yusoff b Nek Harun atas
makluman sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya majlis menjemput En Suhaimi b Yahya Pengetua SMk Kubang Rotan bagi
menyampaikan ucapan perasmian sempena Hari Kebangsaan. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

Gimik

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan gimik
daripada persatuan gendang silat sekolah diikuti pelancaran Majlis Bulan Kebangsaan

Tahun 2016 oleh Tuan Pengetua.


Dipersilakan
Terima kasih Tuan Pengetua atas kesudian melancarkan Majlis Bulan Kebangsaan.
MEREDAH SASA BUMI MELAKA,
AMALAN DAYANG PENGGERAK HIASAN
INDAH SENTOSA BUMI MERDEKA,
TINGGALAN MOYANG TUNGGAK WARISAN.
REMAJA KINI MENJULANG NUSA,
BAGAI CAHAYA MENYERI PANDANGAN;
MALAYSIA HARMONI AMAN SENTIASA,
DENGAN ADANYA PEMIMPIN SANJUNGAN.
CINDAI SI DESA SELASIH MEWAJAH,
GAMAT MELAKA BERTINGKAH KELICAP;
ANDAI NUSA MASIH DIJAJAH,
NIKMAT MERDEKA DAPATKAH DIKECAP?

PENUTUP MC

Seterusnya, bagi menaikkan lagi semangat


menyanyikan 2 buah rangkaian lagu patriotik.

patriotik

marilah

sama-sama

kita

Rangkaian lagu patriotik yang akan kita nyanyikan ialah Sehati sejiwa dan Jalur
Gemilang
Semua hadirin diminta berdiri tegak dan menyanyikan lagu dengan penuh semangat
Berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini. Jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang menjayakan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan 2016. Sebelum itu, semua
pelajar dan guru diminta bersedia untuk menyanyikan lagu Sekolah dan lagu Negeri
Kedah.

Sekian terima kasih.

You might also like