You are on page 1of 6

MAJLIS PERMUAFAKATAN KPM DAN PDRM: PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT DAERAH

TAHUN 2019

BIL PERISTIWA SKRIP CATATAN

PENGUMUMAN Mengumumkan ketibaan Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua Smk Kubang Rotan bersama 7.40 pg
1 barisan pentadbiran.
2 LAGU NEGARAKU Nyanyian Lagu Negaraku.
Hadirin sekalian dimohon bersedia bagi menyanyikan lagu Negaraku.
Hadirin di jemput duduk.

3 KATA-KATA ALUAN Bismillahirahmanir rahim, Assalamualaikum Wbt, Salam Sejahtera,


1. Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan
2. Yang Berusaha Pn Raudzah Bt Abdullah PK Pentadbiran
3. Yang Berusaha Pn Amrah Bt Hashim PK Hem
4. Yang Berusaha Pn Rosmawati bt Osman PK Ko-kurikulum
5. Guru-guru Kanan
6. Guru-guru serta
7. Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Bersyukur ke hadrat Allah swt atas rahmat dan izin-Nya jua, kita dapat bersama pada hari ini untuk bersama-
sama menjayakan Program Bulan Sukan Negara bagi tahun 2019.
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai objektif Malaysia Adalah sebuah Negara sukan (Sporting
Nation) Menjelang tahun 2020, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menambahbaik Hari Sukan
Negara kepada Bulan Sukan Negara 2019. Program ini akan diadakan di seluruh Negara yang melibatkan
sektor awam, swasta dan komuniti masyarakat di sepanjang bulan Oktober.
Aktiviti Program SMK Kubang Rotan adalah seperti berikut:
1. (7 – 10.10.2019) pertandingan senamrobik.
2. (12.10.2019) Kejohanan Memanah Tradisional. Semua dijemput hadir untuk memeriahkan majlis
3. (16.10.2019) Kursus Asas Renang bagi yang berminat boleh berjumpa dengan cg Hasliza.
4. (20 – 24.10.2019) Karnival Sukan Ting 3

Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan ALLAH sekalian.

4 BACAAN DOA Bagi memberkati majlis, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Wan Muhammad Safwan B Wan
Mohd Shukri untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan…
[Doa]

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

5 UCAPAN Hadirin sekalian,


Guru yang bertugas pada minggu ini ialah:
1. Saya Cg Ainul Badriyah Bt Muhammad
2. Cg Rafidah Bt Mat Noor
3. Pn Nor Aida Bt Amran

Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah Kepentingan Kokurikulum.

 Dalam meniti era tanpa sempadan, pihak sekolah semakin giat menjalankan aktiviti demi memperoleh
kejayaan yang memberi manfaat kepada murid. Semua sekolah di Malaysia kini mewajibkan para
pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang memberi 1001 manfaat dan kepentingan.
Kokurikulum bermaksud aktiviti yang dijalankan di luar waktu persekolahan seperti pada waktu petang
selepas masa pembelajaran dan pemudahcaraan. Semua aktiviti kokurikulum ini akan memberi pelbagai
kepentingan dan kebaikan kepada pelajar demi masa depan mereka.

1. Antara kepentingan aktiviti kokurikulum ini termasuklah para pelajar dapat mengisi masa senggang
mereka yang selalu tidak dimanfaat dengan aktiviti yang lebih memberikan kebaikan. Contohnya
bermain futsal, bola sepak dan sebagainya.

2. Para pelajar dapat menyemaikan semangat kerjasama sesama pelajar juga sesama guru dan pelajar.
Sebagai contoh hari kantin sekolah.

3. Seterusnya, kita dapat melatih diri menjadi pemimpin dan mencungkil bakat. Hal ini disebabkan oleh
setiap badan beruniform atau kelab dan persatuan memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa bagi
mengetuai mereka. Bakat pula tercungkil apabila pelajar mengambil peluang yang ada. Contohnya
pelajar kita Nasrun Iman dari kelas 2 Dedikasi mempunyai suara yang lunak, maka boleh digilap menjadi
penyair

4. Aktiviti kokurikulum ini dapat menyihatkan tubuh badan. Tubuh badan kita akan sihat jika berpeluh.
Contohnya menyertai senamrobik, merentas desa dan kawad kaki

5. Aktiviti kokurikulum juga dapat mengurangkan ketagihan gajet di kalangan pelajar. Salah satu dilema
boleh dihadapi golongan yang ketagih gajet:

1. 1) Masalah kekurangan tidur

Sesetengah pakar tidur memberi amaran bahawa waktu tidur remaja boleh terganggu dengan lampu
daripada skrin telefon yang menghalang mereka mencapai tidur nyenyak. Kitaran tidur/ jaga tidak dapat
membezakan cahaya matahari dan skrin gajet, cahaya tersebut boleh mengelirukan otak menyebabkan
masalah tidur.
Penggunaan gajet menyebabkan 45 peratus remaja mendapat tidur kurang daripada lapan jam yang
mereka perlukan.
Kekurangan tidur memberi kesan psikologi kepada remaja termasuklah mudah marah, kemahiran sosial
terjejas dan memori lemah yang boleh memberi kesan kepada pencapaian akademik mereka.

Selain itu, risiko diabetes, tekanan darah tinggi, penambahan berat badan dan kemurungan juga
dilaporkan meningkat dengan kekurangan tidur.

                Konklusinya, aktiviti kokurikulum memberi banyak kepentingan kepada para pelajar. Para
pelajar pasti akan dapat menggunakan manfaat yang diperoleh sesama aktiviti kokurikulum untuk
digunakan pada masa akan datang. Sesungguhnya, otak yang cerdas datangnya daripada tubuh badan
yang sihat.

Hadiah Hadirin sekalian, Bersempena Bulan Bahasa, Kolej Poly Tech Mara Alor Setar telah menganjurkan
Pertandingan Deklamasi Sajak. Untuk makluman pelajar kita telah mendapat tempat kedua dan ketiga. Oleh
itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Che Rokiah bt Md Isa bagi menyampaikan hadiah kepada
pemenang pertandingan Deklamasi sajak.

1. Tempat kedua dimenangi oleh Nurul Shahira Mohd Khir 4 Azam


2. dan Tempat ketiga dimenangi oleh Nur Izzati Shuib 4 Azam

Terima kasih kepada Pn Pengetua kerana kesudian menyampaikan hadiah.

Seterusnya, majlis pada hari ini juga meraikan Sambutan Hari Lahir bulan Oktober. Majlis dengan ini
menjemput insan bertuah………….
untuk memotong kek.
Dipersilakan.
Untuk makluman, kek sambutan hari lahir ini sumbangan daripada Eye Master Optometris bersempena Hari
Penglihatan Sedunia.
UCAPAN PENGETUA Kalau Puan pikat kenari,
& PERASMIAN Jangan patahkan batang jerami,
Kepada Puan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang Rotan
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pelancaran Program BULAN SUKAN NEGARA
TAHUN 2019.

Majlis dengan sukacitanya dipersilakan.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan gimik diikuti pelancaran
6 Gimik Program BULAN SUKAN NEGARA TAHUN 2019 oleh Puan Che Rokiah bt Md Isa Pengetua SMK Kubang
Rotan diringi oleh Pn Rosmawati.
Dipersilakan

Terima kasih Puan Pengetua atas kesudian melancarkan Program BULAN SUKAN NEGARA TAHUN 2019.

7 Senamrobik Saya serahkan acara seterusnya kepada cg Ruziah Hanim bt Harun

You might also like