You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN SEKOLAH

KEBANGSAAN TITI TOK BANDAR BAGI TAHUN 2019


TARIKH : 7/8/2019 (RABU)
TEMPAT : DEWAN TERBUKA SK TITI TOK BANDAR
PENGACARA MAJLIS: CIK NURUL FATIN NABILAH BINTI MOHD AIDIL

BIL CUE PERKARA CATATAN


1. Ketibaan tetamu Mengumumkan ketibaan,
utama
Inspektor Muhammad Alhar Khahar Bin Halim /
Koperal Hazaki Bin Alaidin,
Pegawai Perhubungan Sekolah Balai Polis Kangar,

diringi oleh,

Encik Amri Bin Ahmad,


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar.

2. Bacaan doa Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan


sukacitanya menjemput
__________________________________________
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.
3. Nyanyian lagu Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan
- Lagu Negaraku,
- Lagu Negeri Perlis, dan
- Lagu SK Titi Tok Bandar

................................... (Nyanyian lagu)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.


Hadirin dipersilakan duduk.

1
4. Protokol majlis Sirih berlipat siri pinang, Apabila VIP
Sirih dari Pulau Mutiara, bersedia
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia,
Inspektor Muhammad Alhar Khahar Bin Halim /
Koperal Hazaki Bin Alaidin,
Pegawai Perhubungan Sekolah Balai Polis Kangar,

Yang Berusaha,
Encik Amri Bin Ahmad,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar,

Yang Dihormati,
Encik Adira Bin Rauf,
Selaku Yang Dipertua PIBG SK Titi Tok Bandar,

Yang dihormati,
Encik Md. Syukri Bin Mokhtar,
Selaku Naib Yang Dipertua PIBG SK Titi Tok Bandar,

Yang Dihormati,
Guru-Guru Penolong Kanan SK Titi Tok Bandar,
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SK Titi Tok Bandar,

Seterusnya,
Guru-guru SK Titi Tok Bandar dan murid-murid
sekalian.

5. Ucapan alu- Ceria wajah dalam majlis,


aluan Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana


dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama
berkumpul di dalam Majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar bagi
tahun 2019.

Hakikatnya, majlis pelancaran Bulan Kebangsaan ini


diadakan sebagai tanda semua guru, anak-anak didik
dan warga sekolah ini bersama-sama melangkah

2
seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara
yang patriotik.

Dengan tema “Sayangi Malaysiaku: Malaysia


Bersih”, Malaysia secara rasminya akan meraikan
ulangtahun yang ke-62, sekaligus menjadi lambang
kematangan negara di bawah kepimpinan yang
mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh
disaksikan menerusi kepesatan pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara
berterusan.

6. Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian,


pelancaran Guru
Besar Tanpa melengahkah masa, majlis diteruskan dengan
mempersilakan

Yang Berusaha,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar,
Encik Amri Bin Ahmad

untuk menyampaikan ucapan sekaligus


menyempurnakan majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar bagi
tahun 2019.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian,

Yang Berusaha,
Encik Amri Bin Ahmad,
Guru Besar SK Titi Tok Bandar,

atas ucapan dan kesudian beliau merasmikan


Pelancaran Bulan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan
Titi Tok Bandar bagi tahun 2019.

7. Makluman Hadirin dan hadirat sekalian,


Aktiviti Bulan
Kebangsaan Untuk makluman semua, bulan Kebangsaan SK Titi Tok
Bandar juga dilengkapi dengan pelbagai aktiviti dan
pertandingan yang menarik seperti:

- Pertandingan Lagu Patriotik


- Mendeklamasikan Sajak
- Pakaian Beragam
3
- Kayuhan Merdeka
- Tayangan Video
- Melukis dan Mewarna
- Kuiz 1 Malaysia
- Mereka Bentuk
- Keceriaan

Hal ini bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat


patriotisme dalam diri warga SK Titi Tok Bandar
sekaligus menjadikan bulan Kebangsaan ini lebih
bermakna.

8. Gimik Tanpa melengahkan masa,


pelancaran
bulan Majlis diteruskan lagi dengan gimik Pelancaran Bulan
Kebangsaan Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar bagi
tahun 2019.

Bagi makluman hadirin, gimik pelancaran ini telah


disediakan oleh murid-murid daripada tahun 4.

9. Nyanyian lagu Hadirin dan hadirat sekalian,


patriotik
Tidak lengkap rasanya bulan Kebangsaan jika tidak
diiringi dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Oleh itu, majlis dengan berbesar hati menjemput dan


mempersilakan agar semua hadirin untuk berdiri bagi
sama-sama menyanyikan dan mengibarkan bendera
dengan penuh semangat sewaktu nyanyian lagu:

- Tanggal 31 Ogos
- Jalur Gemilang
- Keranamu Malaysia

Dipersilakan.

10. Senamrobik Seterusnya,

Sebelum memulakan sesi Kayuhan Merdeka dan


Tayangan Video,

Dijemput murid-murid dari Kelab Doktor Muda, Encik


Ezzunil, Puan Khairunnisa serta guru-guru

4
praktikum ke atas pentas bagi mengetuai senamrobik
pada pagi ini.

Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas senamrobik itu


tadi.

11. Penutup Hadirin dan hadirat sekalian,


Dengan berakhirnya senamrobik sebentar tadi, maka
sempurnalah sudah Majlis Pelancaran Bulan
Kebangsaan kita pada hari ini.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Sekian, saya akhiri majlis dengan lafaz suci


wabillah.....wassalamualaikum w.b.t.

12. Tetamu
kehormat Mengumumkan, tetamu kehormat meninggalkan majlis.
meninggalkan
dewan

You might also like