You are on page 1of 7

miz_niezaa

ATUR CARA BUTIRAN PENGACARAAN

KATA-KATA
ALUAN
Assalamualaikum wbt., salam sejahtera, salam keilmuan dan salam
Satu Malaysia.

Yang Berusaha Encik Amran bin Abas


Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Tinggi Segamat

Yang dihormati,
Encik Mahadzir bin Aini, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Encik Supiei bin Othman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Puan Hajah Rokiah binti Marjan, Guru Penolong Kanan Tingkatan 6
Barisan guru kanan bidang, rakan-rakan guru,
serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian

Terlebih dahulu bersama-samalah kita memanjatkan setinggi-tinggi


kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
keizinanNya dapat kita berhimpun untuk Majlis Pelancaran Minggu
Bahasa tahun 2018.
miz_niezaa

BACAAN DOA
Bagi memperoleh keberkatan majlis pada pagi ini, marilah sama-
sama kita menadah tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin
oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ishak. Dipersilakan.

***********
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz
bin Ishak.
UCAPAN GKMP Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
BAHASA

Adat bahasa menyampaikan pesan,


Adat upacara menyampaikan ucapan.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang dihormati Pn Ngatimah binti


Basar, GKMP Bahasa Sekolah Tinggi Segamat untuk menyampaikan
ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
***********
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Ngatimah binti
Basar
miz_niezaa

UCAPAN
PENYELARAS Hadirin sekalian
NILAM
Bunga melur dalam jambangan,
Di tepi kolam menjadi hiasan.
Kucipta pantun buat renungan,
Semarak Nilam empunya wawasan

Seterusnya, dipersilakan Puan Kartini binti Kamaruddin, Penyelaras


Program Nilam Sekolah Tinggi Segamat untuk menyampaikan
ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

***********

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Kartini binti


Kamaruddin.
miz_niezaa

UCAPAN
PERASMI Sidang hadirin yang budiman,

Yang ditunggu sudah tiba,


Yang dinanti sudah bersedia.

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim, mempersilakan Yang


Berusaha Encik Amran bin Abas, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Tinggi Segamat bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
melangsung rasmikan Majlis Pelancaran Minggu Bahasa Sekolah
Tinggi Segamat tahun 2018.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

***********
Dengan ucapan itu tadi, maka terasmilah Majlis Pelancaran Minggu
Bahasa Sekolah Tinggi Segamat tahun 2018, yang telah
disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Amran bin Abas.

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih.


miz_niezaa

GIMIK Hadirin sekalian,


PELANCARAN

Sebagai tanda simbolik pelancaran, majlis mempersilakan


Yang Dihormati Pn Ngatimah binti Basar, GKMP Bahasa Sekolah
Tinggi Segamat untuk mengiringi Yang Berusaha Encik Amran bin
Abas, Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Tinggi Segamat
bagi menyempurnakan upacara gimik Perasmian Majlis Pelancaran
Minggu Bahasa tahun 2018. Dipersilakan.

***********

Majlis merakamkan ucapan sekalung penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Berusaha Encik Amran bin Abas atas gimik pelancaran
itu tadi.

PERSEMBAHAN
miz_niezaa

Hadrin sekalian,

Sajak merupakan salah satu puisi moden yang tidak asing lagi dalam
kehidupan kita. Kebiasaannya kita hanya mendengar sajak yang
dideklamasikan oleh penyajak. Tetapi hari ini kita akan mendengar
bait-bait sajak yang akan dimelodikan.

Untuk itu dipersilakan Ainur Karimah binti Ghazali untuk


mendeklamasikan sajak. Dan Muhamad Firdaus bin Jamaludin untuk
memelodikan bait-bait sajak berkenaan. Sama-sama kita hayati
persembahan yang bertajuk Suatu Masa. Dipersilakan.

**********
Terima kasih kepada Ainur Karimah dan Muhamad Firdaus atas
persembahan yang memukau itu tadi. Sesungguhnya puisi dan lagu
tak dapat dipisahkan.

MAJLIS
miz_niezaa

BERSURAI Hadirin sekalian,

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Maka, selesai sudah Majlis Pelancaran Minggu Bahasa tahun 2018.


Diharapkan semua pelajar akan bersama-sama untuk menyertai
pelbagai aktiviti yang telah disediakan oleh Panitia Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sepanjang Minggu Bahasa ini.
Jika tersilap kata tutur bicara harap dimaafkan.
Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang kurang itu
datangnya daripada kelemahan saya sendiri.
Sekian, wabillahitaufiq walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

You might also like