You are on page 1of 4

TEKS JURU ACARA MAJLIS PERASMIAN SURAU AMINOLHUDA, SMK BULOH

KASAP, SEGAMAT, JOHOR.

KEDATANGAN PERASMI
9.45 PAGI

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani merangkap jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,
Sumber Manusia, Sains dan Teknologi dengan diiringi oleh Yang Berusaha Cikgu Ahmad
Hourmain bin Sulaiman, Pengetua SMK Buloh Kasap, Segamat.

Ketibaan beliau sebentar tadi diiringi dengan persembahan paluan kompang di bawah pimpinan
Cikgu Shahfudin bin Mustaffa dan persembahan pencak silat dipimpin oleh Cikgu Nurul Ain
binti Kamarudin.

SELESAI TETAMU KHAS DUDUK

KATA ALUAN JURU ACARA MAJLIS


10.00 PAGI

Sirih Berlipat Sirih Pinang


Sirih Dari Pulau Mutiara
Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Bismillahirahmanirahim.

Assalamu'alaikum wbt.

Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Parit Yaani

Yang Berusaha Cikgu Norbiha binti Buang, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas

Yang Berusaha Cikgu Ahmad Hourmain bin Sulaiman, Pengetua SMK Buloh Kasap

Yang Dihormati Barisan Pentadbiran SMK Buloh Kasap, Ketua-Ketua Kampung, Guru-Guru,
Anggota Kakitangan Perkhidmatan (AKP), para jemputan serta para pelajar sekalian.
BACAAN DOA
10.10 PAGI

Dimajlis yang permai ini, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan
Majlis Perasmian Surau AminolHuda, SMK Buloh Kasap, Segamat.

Bagi memula dan memuliakan majlis, majlis menjemput al-Fadhil Ustaz Mahami bin Saidi untuk
membacakan doa.

Dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI BACAAN DOA


10.15 PAGI

Amin...Ya Rabbalalamin

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mahami bin Saidi atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALUAN PENGETUA


10.20 PAGI

Hadirin yang dihormati,

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama mendengar ucapan alu-aluan daripada
Yang Berusaha Cikgu Ahmad Hourmain bin Sulaiman, Pengetua SMK Buloh Kasap, Segamat.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

UCAPAN PERASMIAN YB AMINOLHUDA


10.35 PAGI

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji
Aminolhuda bin Haji Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Tapak Surau Al-Mukiminin, Jalan Rimba
Bandar Seri Alam.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


SELESAI UCAPAN PERASMIAN
10.50 PAGI

Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat sebentar
tadi.

GIMIK PERASMIAN DAN PERSEMBAHAN PELAJAR


10.50 PAGI

Bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini, majlis mempersilakan para pelajar menyampaikan
persembahan kepada para hadirin.

SELEPAS PERSEMBAHAN PELAJAR


10.55 PAGI

Sadakallahul ‘Azim

Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh
saudara ...................................................

TANDATANGAN PLAK PERASMIAN


12.05 TENGAH HARI

Seterusnya majlis menjemput, Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan diiringi
Yang Berusaha Cikgu Ahmad Hourmain bin Sulaiman, Pengetua SMK Buloh Kasap untuk
menandatangani plak perasmian sebagai simbolik perasmian Surau AminolHuda SMK Buloh
Kasap, Segamat.

SELESAI TANDATANGAN PLAK PERASMIAN


12.15 TENGAH HARI

Dengan Bismillah Kita Mulai


Alhamdullillah Wassala Tannabi
Dengan Takdir Ilahi Rabbi
Selesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat.

Mohon Yang Berhormat untuk terus berada di atas pentas bagi majlis penyampaian cenderahati.
PENYAMPAIAN CENDERAHATI
12.20 TENGAH HARI

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Ahmad Hourmain bin Sulaiman,
Pengetua SMK Buloh Kasap, Segamat menyampaikan cenderahati kepada Yang Berhormat Tuan
Haji Aminolhuda bin Haji Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Yaani.

Majlis mempersilakan.

SELEPAS PENYAMPAIAN CENDERAHATI

SESI BERGAMBAR DAN JAMUAN RINGAN


12.30 TENGAH HARI

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis perasmian Surau AminolHuda pada pagi ini. Semoga kewujudan ini
dapat meningkatkan ukhuwah di kalangan warga SMK Buloh Kasap.

Majlis seterusnya menjemput Yang Berhormat Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan diiringi
Yang Berusaha, Cikgu Ahmad Hourmain bin Sulaiman, para jemputan serta hadirin sekalian
untuk ke sesi bergambar kenang-kenangan seterusnya menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan menghadiri Majlis
Perasmian ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah


Jangan disimpan didalam peti
Majlis perasmian selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

You might also like