You are on page 1of 13

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS PENGHARGAAN & KESYUKURAN


SEMPENA PERHIMPUNAN PATRIOTIK MURID SEKOLAH
PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-5 TAHUN 2005

TARIKH : 03 OKTOBER 2005 [ISNIN]


MASA : 8.00 MALAM
TEMPAT : DATARAN Q, JPNP

TEKS PENGACARA MAJLIS


Majlis Penghargaan & Kesyukuran Sempena
Perhimpunan Patriotik Murid Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2005

1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan


Yang Amat Yang Amat Berhormat
Berhormat
Menteri Besar Dato’ Sri Hj Adnan Bin Hj Yaakob
Menteri Besar Pahang
dan isteri
Datin Dato’ Sri Hjh Junaini Kasim
Pantun 1
2 Kata Alu-Aluan
Pengerusi Majlis Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Pantun 2

Mari menyusun bunga seroja


Hiasan sanggul puteri remaja
Assalamualaikum salam sejahtera
Buat semua tetamu setia

1. Yang Amat Berhormat


Dato’ Sri Haji Adnan bin Hj Yaakob
Menteri Besar Pahang dan
Isteri .
Datin Dato’ Sri Hjh Junaini Kasim
2...................................................................
Dato’ SUK

3. Yang Berbahagia
En Ahmad Azmey bin Hj Abu Talib
Pengarah Pelajaran Pahang
dan isteri

4. ..................................................................................[polis]

5. Yang Berbahagia
Tn Hj Sobirin bin Hj Duli
Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang

6. Yang dihormati
* Ketua-ketua sektor
* Ketua-ketua jabatan
* Pegawai-pegawai pelajaran daerah
* Pegawai-pegawai pelajaran negeri
* Pengetua-pengetua
* Guru-guru besar
* Urus setia dan warga kerja Program Perhimpunan Patriotik
Murid Sekolah Peringkat Kebangsaan 2005
* Hadirin dan hadirat yang dimuliakan

Salam bahagia dan selamat datang


Syukur alhamdulillah, dengan izin Allah SWT , dapat kita
bersama-sama berkumpul pada malam ini, bagi
menyempurnakan Majlis Penghargaan & Kesyukuran Sempena
Program Perhimpunan Patriotik Murid Sekolah Peingkat
Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2005.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga


kepada Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob
atas kesudian untuk hadir ke majlis pada malam ini.

Majlis juga ingin mengalu-galukan kedatangan semua urus setia


dan warga kerja Program Perhimpunan Patriotik Murid Sekolah
Peingkat Kebangsaan Kali ke-5 Tahun 2005.

3 Bacaan doa Berkicau merbah di pinggir hutan


Berlari lincah si anak rusa
Tangan ditadah mohon keberkatan
Sebelum juadah dijamah dirasa

Bagi memohon hidayah dan keberkatan yang maha Esa, majlis


dengan sukacitanya menjemput Al-Fadhil Ustaz Ariffudin bin Hj
Abdul Hamid untuk memimpin bacaan doa.
[bacaan doa]
4 Jamuan Bunga selasih di tengah bendang
Bersarang tempua di puncak ara
Sungguh enak juadah dihidang
Jemputlah semua menjamu selera
Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob, dif-dif jemputan dan tetamu
jemputan untuk menikmati hidangan yang telah disediakan.
Selamat menjamu selera
5 Ucapan Pengarah Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Pelajaran Pahang
Pada malam yang berbahagia ini, marilah sama-samalah kita
ikuti ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh
Yang Berbahagia
En Ahmad Azmey bin Hj Abu Talib
Pengarah Pelajaran Pahang.

Dengan segala hormatnya dijemput.

[Ucapan alu-aluan]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih Yang Berbahagia
En Ahmad Azmey bin Hj Abu Talib

Bagi meneruskan majlis pada malam ini,


6 Ucapan Menteri
Besar Dengan segala hormat dan takzimnya majlis mempersilakan
Yang Amat Berhormat
Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob
Menteri Besar Pahang
untuk menyampaikan ucapan .
Dengan segala hormatnya dijemput.

[Ucapan ]
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat
Berhormat Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob.

Orang memberi kita merasa


7 Penyampaian
Cenderamata Orang berbudi kita berbahasa

Sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan terima kasih,


kepada semua pihak yang telah menjayakan Program
Perhimpunan Patriotik Murid Sekolah Peringkat Kebangsaan Kali
ke-5 Tahun 2005,

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia


En Ahmad Azmey bin Hj Abu Talib untuk menjemput dan
mengiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj
Yaakob untuk menyempurnakan majlis penyampaian
cenderamata.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Seterusnya dipersilakan pula Yang Berbahagia En Ahmad


Azmey bin Hj Abu Talib untuk menyampaikan cenderamata
kenang-kenangan kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Hj
Adnan bin Hj Yaakob.
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Ahmad
Azmey bin Hj Abu Talib dan terima kasih sekalung budi buat
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob kerana
sudi menyampaikan cenderamata.

Pantun 1
Penutup
Hutan rimba sanggup diredah
Menuntut ilmu membela diri
Majlis kesyukuran berakhir sudah
Biar abadi di dalam hati
Pantun 2
Tenunan Pahang pakaian ulung
Corak pun manis silang kelarai
Budi tuan tetap dijunjung
Biarpun daging tulang berkecai

Pantun 3
Bunga tanjung penyeri di anjung
Selendang sutera pilihan bitara
Moga Pahang tetap disanjung
Negeri cemerlang rakyatnya terbilang.
Pantun 4
Bandar Kuantan bandar lestari
Jadi kebanggaan rakyat dan negeri
Salam perpisahan memohon diri
Panjang umur berjumpa lagi

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada


Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Hj Adnan bin Hj Yaakob yang
sudi hadir ke majlis pada malam ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah


Wassalamualaikum waraoh matullahiwabarokatuh
Terima kasih.

You might also like