You are on page 1of 4

Skrip Pengacara (MC)

Soleha : Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, para hadirin diminta untuk
mematikan telefon bimbit atau memastikan telefon bimbit anda berada dalam pengaturcaraan
senyap. Hadirin diminta berdiri apabila dif-dif jemputan diumumkan masuk ke dalam dewan.
Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan masuk ke dalam dewan.
Pergi bercuti di Pulau Tioman,
Sebelum pulang mengail ikan,
Kehadiran tuan puan kami alu-alukan,
Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera diucapkan kepada Yang Dipertua Pengarah
Program Belajar Melalui Bermain, Immazaitul Nur Aim Binti Naim, yang berusaha, Ketua
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Dr. Nordin Bin Mamat, Pensyarah Pendidikan Awal
Kanak-Kanak, Pn. Zaharah Binti Osman, Penyelia Tadika Cik Aida Binti Othman , guruguru NCDRC, barisan AJK dan anak-anak yang dikasihi sekalian.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan doa yang disampaikan oleh saudara Rasimanshah Bin Rasman. Majlis
mempersilakan.
[Bacaan doa]
Amin amin Ya Rabbal alamin. Terima kasih diucapkan kepada saudara Rasimanshah atas
bacaan doa sebentar tadi.
Shah : Untuk makluman hadirin sekalian, program ini diadakan bertujuan untuk melihat
kepentingan, kesan, dan keperluan belajar melalui bermain dalam pengajaran Pendidikan
Kerohanian dan Moral.

Bukan rumput sebarang rumput,


Rumput penghias tepi halaman,
Bukan jemput sebarang jemput,
Jemput memohon kata aluan.
Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Dipertua Pengarah Program, Immazaitul Nur
Aim Binti Naim untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
[Ucapan Pengarah Program]
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dipertua Pengarah Program atas
ucapan beliau sebentar tadi.
Soleha :

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan program kami.

Majlis mempersilakan Penyelia Tadika NCDRC Cik Nur Aida Binti Othman untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan penutupan program Belajar Melalui Bermain.
Majlis dengan segala hormat nya dipersilakan.
[Ucapan Penyelia Tadika NCDRC]
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Aida atas ucapan dan perasmian
sebentar tadi. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para hadirin sekalian untuk
menyaksikan sebuah persembahan teater muzikal yang akan dipersembahkan oleh rakanrakan kami. Marilah sama-sama kita menghayati persembahan mereka. Dipersilakan.
[Persembahan Teater Muzikal]
Shah : Majlis mengucapkan terima kasih di atas persembahan yang menarik dan penuh
penghayatan itu sebentar tadi. Di harapkan supaya anak-anak dapat mencontohi nilai-nilai
murni yang telah ditonjolkan di dalam persembahan tersebut seperti tolong-menolong,
bekerjasama, hidup aman dan harmoni dan sebagainya.

Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirlah majlis bagi
Program Belajar Melalui Bermain. Diharapkan agar program yang dijalankan ini dapat
memberikan manfaat kepada semua.
Soleha :

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Kami memohon ampun dan maaf atas kekhilafan sepanjang program ini berlangsung keran
yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada kelemahan
diri kami sendiri. Izinkan kamu mengundurkan diri dan semoga bersua lagi. Mohon permisi.
Shah : Mengumumkan keberangkatan keluar dif-dif jemputan meninggalkan perkarangan
majlis.

Bacaan Doa

Ya Karim,
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikan lah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama
ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya engkau Maha mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu Mu bagi
mengembangkan potensi kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru, berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu Mu.
Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah Mu. Semoga dengannya kami mudah
menerima dan menghayati seta mengamalkannya.
Ya Zal Jalahi Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecerdasan minda, ketenangan jiwa dan
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Amin amin Ya Rabbal Alamin

You might also like