You are on page 1of 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKBJ 2020

AGENDA TEKS PENGACARA CATATAN

Acara 1 Bismillah...
Assalamualaikum wrt wbkth
Alu-aluan
Pengacara Majlis Adat kita menyambut tetamu
Salam dihulur mesra bertamu
Hamparkan tikar lebarkan pintu
Pemanis bicara aluan didahulu

Yang Berusaha
Encik Yahya b. Mohamad
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jijan

Yang Berusaha
EN AB. RAHIM B. ABDULLAH Guru Besar SKBJ, Yang
Dihormati, Tn Hj Mohd Alawi B. Mustafa (PKP) SKBJ, En
Azman Bin Yaakob (PKHEM), Pn Hjh Zurita Bt Jusoh (PK
KO) SKBJ, Barisan guru-guru seterusnya pelajar-pelajar
yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan


kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA
dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang
gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Merentas Desa
pada kali ini.

Terima kasih kepada semua kerana sudi bersama-sama


memeriahkan majlis ini.

Acara 3 Tangan ditadah penuh inayah


Majlis dibuka penuh rahmat
Bacaan Doa Mohon keberkatan serta hidayah
Moga majlis mendapat berkat

1
Majlis dengan ini mempersilakan Us Abdullah Bin Ibrahim
untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

***********(Bacaan Doa)**********

*Amin-amin ya robbal a’lamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih kepada Us Abdullah Bin Ibrahim atas
pimpinan doa sebentar tadi.

Acara 4 Hadirin sekalian.

Ucapan Yang Adat berbahasa menyampaikan pesan


Berbahagia Adat majlis menyampaikan ucapan
Pengerusi PAJAM
Sebagai pembuka tirai ucapan Majlis Kejohanan merentas
desa pada kali ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berbahagia En Ab Rahim B.
Abdullah, Guru Besar SK Bukit Jarum untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

***********( Ucapan Yang Berbahagia GB )**********

*Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


Yang Berbahagia, En Ab Rahim B. Abdullah atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

2
Acara 5 Para hadirin yang dimuliakan.

PENYAMPAIAN Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian


hadiah kepada Para pemenang.
HADIAH
Majlis dengan sukacitanya menjemput Pn Hjh Zurita Bt
Jusoh PKKO SKBJ untuk mengiringi yang Berbahagia En
Ab. Rahim Bin Abdullah Guru Besar SKBJ bagi upacara
menyampaikan hadiah.

Seterusnya dijemput……………………………

TEMPAT KETIGA/KEDUA/JOHAN

Acara 7 Hadirin yang dimuliakan,

3
Kata-kata Penutup Terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang
Berbahagia En Ab. Rahim Bin Abdullah Guru Besar SKBJ
atas kesudiaan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga


kerja KEJOHANAN MERENTAS DESA SK Bukit Jarum
pada kali ini.

Tersilap tersalah harap diampun


Terkasar bahasa maaf dipohon

Akhir kata
Assalamualaikum wbt dan
Sekian wbt

You might also like