You are on page 1of 2

Majlis Penyerahan Keputusan STPM 2019 Smk Toh Muda Abdul Aziz

Diminta hadirin mengambil tempat kerana majlis akan dimulakan sebentar


sahaja lagi.
Mengumumkan ketibaan tuan pengetua dan para pentadbir ke dewan terbuka
Smk Toh Muda Abdul Aziz
Hadirin dipersilakan duduk
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Selamat datang kepada semua,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Yang Berusaha, Puan Nurhayati Bt Abdul Hamid pengetua Smk Toh Muda
Abdul Aziz
Tuan Haji Yusoff Bin Mohd Kassim, Pen.Kanan Pentadbiran,
Puan Hajah Roshafizah Bt Che Ros Pen.Kanan Hem
Encik Khairol Adha Bin Mohd Mokhtar, Pen. Kanan Tingkatan 6
Guru-guru kanan, guru-guru, yang diraikan para pelajar ting 6 2019, dan
hadirin sekalian.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, semua hadirin diminta
bersedia
Terima kasih atas nyanyian itu tadi, semua hadirin dipersilakan duduk,
Alhamdulilah bersyukur kita ke-hadrat ilahi kita dapat bersama-sama
berkumpul bagi meraikan kejayaan calon-calaon STPM 2019
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Saudara, Muhd Nabil
Aiman Bin Mohd Fuad daripada kelas 6A4 untuk membacakan doa
dipersilakan,
Terima Kasih diucapkan kepada Saudara Nabil Aiman atas bacaan doa itu
tadi.
Seterusnya, majlis menjemput Encik Khairol Adha Bin Mohd Mokhtar,
Pen.Kanan Ting 6 untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan,
Terima kasih diucapkan kepada Encik Khairol Adha atas ucapan itu tadi.
Tanpa melengahkan masa, majlis seterusnya menjemput Puan Nurhayati Bt
Abdul Hamid pengetua Smk Toh Muda Abdul Aziz untuk menyampaikan
ucapan, dipersilakan,
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas ucapan itu tadi.
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil cemerlang semester 3 kepada
calon STPM 2019
Majlis menjemput tuan pengetua diiringi oleh pen kanan tingkatan 6 untuk
menyempurnakan majlis dipersilakan,
……………………………………………………………………………………….
Seterusnya tibalah masa yang dinanti-nantikan penyerahan keputusan dan
sijil kepada calon yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2019
………………………………………………………………………………………….
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua dan pen.kanan tingkatan 6 di
atas kesudiaan menyampaikan keputusan dan sijil kepada calon STPM 2019.
Untuk makluman kepada calon stpm yang belum menerima keputusan stpm
2019 anda boleh berjumpa dengan guru-guru tingkatan 6 anda masing-
masing di belakang dewan.
Perhatian kepada penerima sijil STPM cemerlang anda diminta untuk naik ke
atas pentas bagi sesi fotografi bersama dengan guru-guru.
Sekian wabillah bi taufik wal hidayah wasalammualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh
Perhatian kepada penerima sijil STPM cemerlang anda diminta untuk ke
kantin sekolah bagi menikmati jamuan makan tengahari.

You might also like