You are on page 1of 4

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4, 40604 Shah Alam,

Negeri Selangor Darul Ehsan

KATA ALU-ALUAN
PENGARAH PELAJARAN SELANGOR
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis
Sukan Sekolah Selangor atas usaha menggerak dan menjayakan pelbagai program
pembangunan sukan termasuk penganjuran pertandingan sukan Majlis Sukan SekolahSekolah Selangor (MSSS)
Sukan merupakan satu wadah yang boleh menjana integrasi kaum dalam sebuah masyarakat
majmuk seperti di Malaysia. Elemen-elemen seperti memupuk semangat juang yang tinggi,
meningkatkan disiplin kendiri dan pasukan, menekankan sikap kerjasama dan tolak ansur
dalam menjayakan aktiviti bersama, menjadi penggerak untuk mengeratkan persefahaman di
kalangan kaum dan perkembangan ini mampu menjadikan Negara Malaysia sebagai sebuah
Negara yang terus aman, makmur dan gemilang.
Dalam memonopoli sukan sebagai wadah Negara, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri dan
Malaysia hendaklah meneruskan usaha gigih tanpa jemu dalam mengenalpasti bakat-bakat
muda agar mereka dapat bimbingan dan asuhan yang terbaik agar objektif melahirkan atlet
berprestasi tinggi dan bertaraf dunia akan tercapai.
Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan MSSS di
semua peringkat atas komitmen dan sumbangan menjayakan kejohanan ini

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

(DATO' HAJI MAHMUD BIN KARIM)


Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Selangor

PPD Petaling Perdana Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana


Jalan Kepuk 19/2, Seksyen 19, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PELAJARAN DAERAH PETALING PERDANA
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
kerana memberi kepercayaan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Langat sebagai
pengelola Kejohanan Golf Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri Selangor tahun 2014
Semoga dalam kejohanan ini dapat melahirkan murid-murid yang berdisiplin dan berdaya
saing bagi menempuh semua cabaran yang mendatang. Diharapkan juga semua peserta dapat
bertanding dengan penuh semangat kesukanan. Sudah menjadi adat pertandingan, ada yang
berjaya dan ada yang tidak. Kepada peserta yang berjaya diucapkan tahniah dan yang kurang
berjaya, tidak cepat berputus asa. Teruskan usaha bagi meningkatkan pencapaian di
pertandingan yang seterusnya.
Akhir sekali, saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini.

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

(TUAN HAJI MOHAMMED GHAZALI BIN


HAMZAH, A.M.S.,PPT.,JCP)
Pegawai Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana

SENARAI PEMENANG
KATEGORI
NAMA PEMENANG
1.
2.
LELAKI
3.
BAWAH 18 TAHUN
4.
(ACARA A)
5.
6.
1.
2.
PEREMPUAN
3.
BAWAH 18 TAHUN
4.
(ACARA F)
5.
6.
1.
2.
LELAKI
3.
BAWAH 15 TAHUN
4.
(ACARA B)
5.
6.
1.
2.
PEREMPUAN
3.
BAWAH 15 TAHUN
4.
(ACARA G)
5.
6.
1.
2.
LELAKI
3.
BAWAH 12 TAHUN
4.
(ACARA C)
5.
6.
1.
2.
PEREMPUAN
3.
BAWAH 12 TAHUN
4.
(ACARA H)
5.
6.

You might also like