You are on page 1of 1

Tarikh : 22 24 Januari 2015

Tempat : SMK Merpati Sandakan

Pada 22 hingga 24 Januari 2015, Kelab Badminton SMK Elopura, telah menghantar dua
pasukan (Pasukan Bawah 15 Tahun dan Pasukan bawah 18 Tahun) untuk menyertai
Kejohanan Badminton MSSD Sandakan 2015 . Kejohanan ini bertempat di SMK Merpati,
Sandakan. Semua guru penasihat Kelab Badminton telah bergilir-gilir selama 3 hari
mengiringi 14 orang atlet sekolah yang mengikuti pertandingan dalam kategori perseorangan
dan bergu yang dilatih oleh En. Wee Fwen Yep.
Dalam kejohanan kali ini, pasukan Bawah 15 Tahun SMK Elopura telah mendapat tempat
ketiga dalam perlawanan Bergu Lelaki 15 Tahun yang diwakili oleh Jonathan Ho dan Joshua
Ho. Manakala, pasukan Bawah 18 Tahun telah memenangi dua perlawanan iaitu tempat
kedua dalam kategori Bergu Lelaki dan tempat ketiga dalam kategori Bergu Perempuan.
Pemain Bergu Lelaki dan Perempuan 18 Tahun tersebut ialah pasangan Jeremy Jaffirin dan
Faverizeo Joel serta pasangan Siti Nursheila Latip dan Clarise Edora Edlley.
Secara keseluruhannya, SMK Elopura telah mendapat tempat dalam 3 kategori dan 3 orang
atlet telah dihantar ke pemilihan peringkat bahagian di SMK Merpati iaitu Axycron Jibid
(L15), Jeremy Jaffirin(L18) dan Siti Nursheila Latip (P18) Kelab Badminton SMKE 2015
akan meneruskan latihan kepada atlet-atlet yang akan bertanding pada tahun 2016
kelak.Semoga segala kerjasama dan bantuan daripada semua pihak akan terus mendapat
impak positif pada masa akan datang.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

You might also like