You are on page 1of 3

RUMUSAN

Kejohanan bola tampar rendah MSSWPKL telah berlangsung dengan jayanya bermula daripada bulan Februari 2013 sehinggalah majlis penutup peringkat negeri pada 18 April 2013. Setiap kejohahan zon diadakan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah teknikal melibatkan penetapan tarikh pertandingan ( cuti tahun baru Cina dan cuti pertengahan penggal ), penggunaan padang dan gelanggang, kekurangan pengadil serta penggunaan bola dan jersi.Sebagai penganjur setiap zon, masing-masing berjaya menangani masalah secara professional dengan bantuan dan tunjuk ajar daripada para jurulatih, Pegawai Teknik Zon dan Pegawai Teknik Negeri. Hasil kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan, kejohanan di setiap zon berjalan dengan lancar dan sempurna. Sehingga ke tarikh kejohanan akhir, tiada perkara berbangkit dan masalah besar yang timbul. Pada hari kejohanan akhir negeri, sebanyak 16 pasukan mewakili 4 zon Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berentap di gelanggang SK Setapak Indah. Selaku Pengelola kejohanan, pihak jawatankuasa dengan persetujuan Pengelola Zon , kami menetapkan pertandingan selama tiga hari bermula daripada 16 April sehingga 18 April 2013. Bagi memudahkan pengurusan kejohanan, perlawanan di tetapkan dengan pertandingan bagi pasukan lelaki pada hari pertama, pasukan perempuan pada hari kedua dan perlawanan akhir pada hari ketiga. Majlis berjalan dengan baik dan sempurna. Kehadiran pengadil yang berpengalaman

dapat melancarkan perjalanan majlis .Tiada sebarang kemalangan dan kecederaan berlaku sepanjang acara berlangsung. Majlis penutup dimeriahkan dengan kehadiran para Guru Besar dan wakil Guru Besar bagi pasukan yang berentap dalam penentuan juara dan naib juara negeri.Majlis juga diserikan dengan kehadiran Pn Saadiah bt Kasim, selaku Penyelia Kanan Unit Sukan dan Pn Iznariza bt Che Izham, Penyelia Sukan PPW Keramat. Acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar. Selaku Pengelola, pihak Jawatankuasa berbesar hati menyumbangkan piala pusingan kepada dua buah sekolah yang menjuarai kejohanan bagi kategori lelaki dan perempuan. Selain daripada itu, hadiah individu bagi pemain terbaik lelaki dan perempuan juga disediakan, merangkumi Best Server, Best Receiver, Best Setter, Best Spiker dan Most Valuable Player ( MVP ). Pemenang di berikan sijil dan piala.Setiap penerima anugerah dinilai dan dipilih oleh para pengadil dan PT Zon dan PT Negeri. Adalah diharapkan kejohanan seumpama ini akan diteruskan pada masamasa akan datang bagi mencapai hasrat Kearah Membudayakan Dan Kecemerlangan MSSMKL. Acara yang penuh gemilang ini sewajarnya dirancang dan dilaksanakan dengan penuh perincian dan mengambilkira permasalahan yang timbul. Masalah penetapan tarikh, kelewatan surat panggilan mesyuarat penggunaan padang /gelanggang untuk pertandingan, kekurangan pengadil , pelarasan penggunaan jersi dan bola serta kekangan belanjawan adalah diantara faktor yang perlu dititik beratkan untuk pelaksanaan kejohanan pada masa akan datang.

Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang terlibat samada secara langsung atau tiadak langsung daripada awal sehinggalah akhir kejohanan berlangsung.

You might also like