You are on page 1of 1

SELVARAJU A/L SAVARIMUTHU

PENGERUSI
KELAB KEBAJIKAN REKREASI & SUKAN PAGOH
NO.50 JLN BEREMBANG, RUMAH RAKYAT
84600 PAGOH
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
EN. BAHARUDIN BIN TUMIN
KETUA KAMPUNG
MPKK PAGOH
84600 PAGOH, MUAR 4 APRIL 2019

TUAN,
PER: MEMOHON PENGGUNAAN DEWAN BALAI RAYA
Merujuk kepada perkara di atas, pihak Kelab Kebajikan Rekreasi & Sukan Pagoh ingin
memohon kebenaran pihak Tuan untuk menggunakan dewan balai raya bagi menjalankan
program sumbangan yang dianjurkan oleh kumpulan sukarelawan SHARKZ.

2. Untuk makluman Tuan, majlis berikut akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

Tempat: Dewan Balairaya Pagoh


Tarikh: 6 April 2019 (Sabtu)
Masa: 11.30 – 2.30 Tengahari

3. Surat ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak Tuan bahawa kelab kami menganjurkan
program tersebut untuk menyalurkan bantuan berupaya alatan sukan, bahan bantu mengajar dan
buku-buku cerita kepada SJKT Ladang Lanadron Cawangan Palaniapa (Pagoh). Harap pihak
Tuan mengambil tindakan yang sewajarnya. Sekian terima kasih.

Yang benar,

…………………………………
(SELVARAJU A/L SAVARIMUTHU)
PENGERUSI
KELAB KEBAJIKAN REKREASI & SUKAN PAGOH

You might also like