You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 19


JALAN PETANI 19/1

40300 SHAH ALAM, SELANGOR Tel/Fax : 03-55415611

Ruj. Kami: PIBG/SKS19/2023(8)


Tarikh : 18 Julai 2023
Kepada :
YBhg. Dato’ Ketua Pegawai Eksekutif,
Perbadanan Wakaf Selangor,
Majlis Agama Islam Selangor,
Tingkat 10 Menara Selatan,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.

Melalui :
YBrs. Guru Besar,
SK Seksyen 19,
Jalan Petani 19/1, Seksyen 19,
40300 Shah Alam, Selangor.

YBhg. Dato’,

MEMOHON SUMBANGAN DANA PERBADANAN WAKAF SELANGOR BAGI


MENYIAPKAN KERJA MENAIKTARAF SURAU AN NAJIHAH, SEKOLAH
KEBANGSAAN SEKSYEN 19, SESI 2023/2024

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Seperti mana pihak YBhg. Dato’ sedia maklum, sumbangan dana wakaf bagi
Menaiktaraf Surau An Najihah Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 telah ditempatkan di
bawah tabung amanah di Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Kerja-kerja menaiktaraf ini
telah mula dirancang dan dana ini juga telah mula dikumpulkan di PWS bermula tahun
2019.

2. Untuk makluman pihak YBhg. Dato’ juga, kerja-kerja menaiktaraf Surau An Najihah
ini tergendala seketika akibat pandemik covid 19 dan dana yang masih belum mencukupi
serta beberapa perkara dokumentasi berkaitan aspek perlaksanaan sebut harga yang
belum dapat diselesaikan sebelum ini. Dalam tempoh itu, tiada sebarang permohonan
pengeluaran dana wakaf ini dikeluarkan.

3. Sehubungan dengan itu, PIBG SKS19 ingin memaklumkan akan hasrat pihak kami
dan khasnya pihak Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 untuk memohon sumbangan dana
dari pihak tuan bagi meneruskan usaha untuk menyiapkan kerja-kerja menaiktaraf surau
kami ini. Pihak PIBG SKS19 juga telah menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Sebut
Harga bagi memastikan segala aspek perolehan dan perlantikan dapat dilaksanakan
dengan baik dan teratur disamping dapat membuat pemilihan kontraktor yang berkualiti.
Ruj. Kami: PIBG/SKS19/2023(7)
Tarikh : 18 Julai 2023

4. Oleh yang demikian, pihak kami dengan rendah hati berharap agar pihak tuan
dapat mempertimbangkan untuk memberi sumbangan dana bagi menaiktaraf surau kami
ini agar Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 dapat mempunyai sebuah surau yang berfungsi
dengan baik dan selesa untuk kebaikan semua warga SKS19.

ʺMALAYSIA MADANI”
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMMED ZAHIR BIN KHARIRI)


Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Seksyen 19,Shah Alam.

Sk : Fail PIBG

You might also like