You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

NAIK TARAF FIZIKAL DAN INSFRASTUKTUR


SURAU AL-MUTTAQIN SK PERIAN

TARIKH

26 Mac – 26 Mei 2018

TEMPAT

Surau Al-Muttaqin

ANJURAN

Panitia Pendidikan Islam

Sekolah Kebangsaan Perian


1. LATAR BELAKANG PROJEK

Kertas Cadangan ini ialah hasil perbincangan bersama Pihak Pentadbir Sekolah Kebangsaan
Perian dan dipersetujui semua ahli dan jawatankuasa PIBG SK Perian.

Kertas Kerja ini bertumpu kepada projek menaik taraf Surau Al-Muttaqin SK Perian dari segi
insfrastruktur dan fizikal bangunan. Hal ini kerana Surau Al-Muttaqin Sk Perian mempunyai kemudahan
fizikal dan insrfastuktur yang kurang baik bagi menampung jumlah murid yang semakin bertambah
saban tahun.

Selain itu, surau kami juga asalnya bukanlah tapak surau yang sebenar memandangkan
bencana banjir yang telah menimpa sekolah kami pada Disember 2014. Dengan keluasan surau iaitu
24 kaki persegi x 20 kaki persegi sahaja, serta kekurangan-kekurangan lain dari segi keperluan asas
yang lain maka pihak sekolah dan pihak PIBG SK Perian bersetuju menaik taraf surau kami.

Berdasarkan keadaan tersebut pihak sekolah dan Jawantankuasa PIBG SK Perian berharap
agar pihak tuan dapat mempertimbangkan sumbangan ikhlas yang dapat diberikan bagi menjayakan
projek naik taraf Surau Al-Muttaqin ini.

BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SK PERIAN


Kod Sekolah : CBA2014
Gred Sekolah : SEKOLAH KURANG MURID (SKM)
Daerah : JERANTUT
Status : SEKOLAH KERAJAAN
Bil. Murid : 85 ORANG MURID (PERDANA)
25 ORANG MURID (PRASEKOLAH)
JUMLAH MURID 110 ORANG
Bil. Guru : 13 ORANG (3 LELAKI / 10 PEREMPUAN)
Bil. Staf Sokongan : 4 ORANG (2 STAFF SOKONGAN / 1 PPM)
Bilik Darjah sedia ada : 6 KELAS
Sesi : 1 SESI (PAGI SAHAJA)
Kawasan : LUAR BANDAR

2. OBJEKTIF PROJEK

Pembinaan menaik taraf Insfrastruktur Surau Al-Muttaqin sebagai tempat ibadah untuk
keperluan murid serta kakitangan SK Perian bagi memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat
dijalankan dengan selesa selaras tuntutan Islam.
3. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan penambahan kekal kemudahan yang sedia
ada seperti berkut:

3.1. Menambah dan membina tempat wuduk Perempuan berbumbung dan Tertutup RM 3,000

3.3 Memasang penutup longkang besi sepanjang 60 kaki RM 3,000

3.3 Menambah keperluan seperti karpet, almari telekung solat dan almari Al_quran RM3,000

3.4 Mengecat semula bangunan surau dan tandas surau RM 1,000

3.5 Anjung Iman yang mendamaikan jiwa murid dan guru RM5,000

3.6 Menukar cermin tingkap NACO kepada tingkap cermin “Sliding” dengan saiz 25 inci 3 hon x 45 inci
RM1000

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan murid dan guru kerana penambahbaikan dapat meningkatkan
keyakinan penggunaannya dengan lebih selesa.

4.2 Meningkatkan dan memenuhi keperluan ruang kelas tambahan untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran murid.

4.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid SK Perian supaya dapat
belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.

5. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan kemudahan insfrakstruktur Surau Al-Muttaqin ini adalah untuk :

5.1 Membuktikan bahawa semua pihak prihatin dan serius terhadap keperluan pendidikan murid sekolah.

5.2 Keperluan sekolah untuk menjalankan kelas pembelajaran bagi menampung bilangan murid yang
semakin bertambah pada masa akan datang.

5.3 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid. Di
samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap program agama.

5.4 Persiapan awal bagi menyertai pertandingan Imarah Surau yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan
Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.
6. CADANGAN PEMBINAAN NAIK TARAF SURAU AL-MUTTAQIN

6.1 Perkara 1 : Menambah dan membina tempat wuduk Perempuan berbumbung dan bertutup

- Tempat wuduk perempuan yang sedia ada hanya mempunyai 2 paip yang tak dapat menampung
bilangan murid seramai 110 orang.

Perkara 2 : Tempat Wudhuk perempuan juga tidak berbumbung dan tidak bertutup

- Menambah bumbung dan dinding yang bertutup untuk menjaga aurat pelajar perempuan

6.2 Perkara 3 : Memasang penutup longkang besi sepanjang 60 kaki

- Penutup longkang di hadapan Surau ke tempat wuduk Perempuan

6.3 Perkara 4 :Menambah keperluan di dalam Surau seperti karpet, almari telekung solat dan almari Al-
Quran

6.4 Perkara 5 : Menceriakan bangunan Surau, tandas Surau dengan mengecat semula di dalam dan di luar
Surau. Keluasan Surau Al-Muttaqin adalah 24 kaki x 20 kaki persegi.

6.5 Perkara 6 : Anjung Iman bagi memberi keselesaan kepada murid semasa mengambil wudhuk dan
sebagai anjung ilmu kepada murid

- Pemasangan bumbung berawning dari bumbung kaki lima surau dengan keluasan 30 kaki x 7 kaki
persegi

- Lantai bersimen dengan keluasan 30 kaki x 7 kaki persegi

-Bangku Panjang dengan 20 kaki panjang x 1 kaki lebar

- Pagar Mini dengan panjang 37 kaki

6.6 Perkara 7: Menukar cermin biasa kepada cermin tingkap “Sliding”

- cermin tingkap “Sliding” saiz 25 inci 3 hon x 45 inci

7. ANGGARAN KOS

Bil. Perkara Unit Harga Seunit (RM) Jumlah (RM)


1 Membina Tempat Wuduk 4 paip dan berbumbung l/s 3,000.00 3,000.00
= 15 ft x 5ft
2 Penutup Longkang Besi = 60 ft l/s 50.00 3,000.00
3 Cat = 24 ft x20 ft l/s 40.00 1,000.00
4 Karpet, Almari Telekung Solat dan Almari al-Quran l/s 4,000.00 3,000.00
5 Anjung Iman l/s 5,000.00 5,000.00
6 Cermin tingkap 25inci 3 hon x 45 inci 20 50.00 1,000.00
JUMLAH 16,000.00
8. KOS PEMBINAAN

Kos keseluruhan projek naik taraf Surau Al-Muttaqin ialah:

RM 16,000.00 (Ringgit Malaysia : Enam belas ribu sahaja)

9. SUMBANGAN

Sebarang sumbangan hendaklah ditulis atas nama TETUAN PIBG SK PERIAN

TETUAN PIBG SK PERIAN


(Bank Islam Malaysia Berhad : 06055020283922)

10. PENUTUP

Projek naik taraf keperluan Surau Al-Muttaqin ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharap semoga
ianya menjadi realiti oleh semua warga sekolah ini. Kewujudan surau ini melambangkan permuafakatan yang
terjalin antara warga pendidik SK Perian, agensi kerajaan dan swasta yng terlibat dan juga para penyumbang
yang mengharapkan keredhaan Allah swt semata-mata. Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan
demi mencapai impian warga sekolah.

Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar pembinaan naik
taraf Surau Al-Muttaqin ini dapat disegerakan demi keperluan murid-murid dan kakitangan sekolah.

Pihak jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Sumbangan yang disalurkan, semoga mendapat
kerahmatan dan keredhaan dari Allah swt di dunia dan di akhirat. InsyaAllah, Sekian.
Disediakan oleh,

…………..t.t……………………..
SURAYAWATI BINTI ABU BAKAR (011-40268124)
PENYELARAS SURAU AL-MUTTAQIN
SK PERIAN 27050 JERANTUT
PAHANG

…………..t.t………………….
MOHD SHAIFUL ANUAR BIN ABDULLAH YASSIN
PENOLONG SETIAUSAHA

You might also like