You are on page 1of 2

PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA (PPIM) PERHUBUNGAN

NEGERI SABAH
lot 2 - 05, aras 2, wisma wanita, KM3.5, Jalan Tuaran 88999 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 0138712702 ( Pengerusi Daerah Tuaran )

Ruj : PPDTRN.600-3/1/5( )
Tarikh : 7 APRIL 2023

DATUK Dr ZAIFUDDIN MD RASIP


Pensyarah Kanan,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Malaysia Sabah.

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pergerakan Puteri Islam (PPIM) perhubungan Daerah Tuaran
akan mengadakan ceramah Ramadhan Tadabur al-Quran bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan
serta memberi penghayatan tentang keistimewaannya seterusnya menambah ilmu pengetahuan
khususnya kepada guru pembimbing dan ahli PPIM di daerah Tuaran.

3. Sehubungan dengan itu, dengan penuh sukacita pihak PPIM perhubungan Daerah Tuaran
berbesar hati ingin menjemput Tuan untuk menyampaikan ceramah berdasarkan ketetapan yang
berikut:

Tarikh : 12 April 2023 (Rabu)


Tempat : Surau Nurul Yaqin, IPG Kent , SM Sains Sabah
Masa : 9.30 Pagi

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak Tuan dapat membantu
dalam melancarkan lagi perjalanan program ini, jasa baik pihak Tuan kami dahului dengan ucapan
penghargaan dan jutaan terima kasih.

Sekian dan terima kasih.

“BERILMU,BERIMAN,BERAMAL”

Saya yang menjalankan amanah,

SALINAH BINTI SABLI


Pengerusi,
PPIM Perhubungan Daerah Tuaran
MAJIS IHYA RAMADHAN 2023

PPIM PERHUBUNGAN DAERAH TUARAN

12 April 2023

Masa Tentatif
7.15 – 7.45 am Pendaftaran
Peserta dan Fasilitator (Guru Pengiring)
8.00 – 9.00 am Tadarus Al – Quran
9.00 – 9.30 am Rehat
Solat Sunat Dhuha
9.30 – 10.45 am Ceramah Ihya Ramadhan
“ Ramadan Melahirkan Generasi Cemerlang”

Oleh Ybhg Datuk Dr Zaifuddin Bin Md Rasip


Pensyarah Kanan
Fakulti Pengajian Islam
UMS
10.45am – 1.00 pm Majlis Penutupan Ihya Ramadhan
- Doa
- Ucapan Aluan Pengerusi PPIM PD
- Ucapan Perasmian Majlis Ihya Ramadhan
oleh Pengerusi bersama PPIM PD, PPD
Tuaran
- Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta
Tadarus
- Bersurai

You might also like