You are on page 1of 6

KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN

SURAU AR RAYYAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LUMUT PERAK
TAHUN 2020M / 1442H

1
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU
SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN LUMUT , PERAK

1. PENDAHULUAN

Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan
pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat ,beribadah dan
menjalankan aktiviti kerohanian yang lain. Di SK Lumut juga terdapat sebuah surau,
namun perlu diberi penambahbaikan.

Oleh itu, pihak Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab memberi cadangan
kepada pihak sekolah menambahbaik seterusnya menaiktaraf surau yang sedia ada
kepada keadaan yang lebih baik, selesa dan berinformasi kepada semua murid
khususnya melibatkan mata pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di
sekolah.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.

2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas Tasmik dan Khatam serta amali
Kem Bestari Solat.

3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau sekolah yang
telah sedia ada kepada yang lebih baik.

4. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.

3. CADANGAN KERJA PENAMBAHBAIKAN

1. Menaiktaraf Surau Ar Rayyan Sk Lumut.

2
Lampiran 1

1) SURAU AR RAYYAN SK LUMUT

CADANGAN KEPERLUAN SURAU AR RAYYAN SK LUMUT

1. Cat dinding
2. Wallpaper mihrab surau
3. Langsir / tabir surau
4. Penghawa dingin
5. Projektor
6. Rak kasut
7. Meja guru kuliah ( pendek )
8. Rak rehal
9. Set Pa system surau

3
TUJUAN PENAMBAHBAIKAN

a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan solat.

b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani amali solat
dalam aktiviti Kem Bestari Solat serta aktiviti pdpc Tasmik dan Khatam Al Quran
serta program kebesaran islam sekolah.

c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di Surau sekolah.

4
4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Kos Keperluan Surau Ar Rayyan Dan Pemasangan


RM 12,050.00

BI KERPERLUAN KUANTIT ANGGARAN KOS JUMLAH


L I KOS PEMASANGAN ( RM )
( RM )
1
CAT 7 LITER 5 RM40 X 5 1000 1200.00
2
WALLPAPER 25’X10’ / 40’X10’ 2200 2200.00
MIHRAB 4 RM900 +
RM1300
3
LANGSIR/TABIR 2 90’-115’X97’-108’ 50 650.00
RM300 X 2
4
PENGHAWA 2 RM 1600 x 2 100 3300.00
DINGIN 1.5 Hp
-
5 PROJEKTOR 1 RM 1500 1500.00
-
6 RAK KASUT 2 RM 50 X 2 100.00

-
7 MEJA GURU 1 RM 300 300.00
KULIAH
-
8 RAK REHAL 3 RM 600 X 2 1200.00
-
9 SET PA SISTEM 1 RM 1600.00 1600.00

10 JUMLAH RM 3350.00 RM 12,050.00

5
5. PENUTUP

Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau sekolah


ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru dan
kakitangan sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan projek ini dapat menjadikan
kemudahan surau sekolah lebih bersih,ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan
dan pandangan daripada semua pihak amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerja-
kerja penambahkan surau.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………………………….

(MOHD.SYAFIQ BIN MD NOR) (NOOR AZRINA BT MAZLAN)

Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru Besar,

SK LUMUT SK LUMUT

You might also like