You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMENGGONG ( YBA 1333 )

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PADAWAN


LORONG 17, OFF JALAN KAPOR,
SUNGAI MAONG HILIR
93150 KUCHING
TEL: 082-380190

RuJ. Kami :JPS(W)/SKT/PMAS/153/09/02/002


Tarikh : 28 FEBRUARI 2019
PENGURUS BESAR
TABUNG BAITULMAL SARAWAK
LOT 3293, BLOK 217 KUCHING NORTH LAND DISTRICT
93250 KUCHING
SARAWAK

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN SEMPENA FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH PERINGKAT
DAERAH PADAWAN TAHUN 2019 M / 1440 H.

Sukacita dimaklumkan saya ingin merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa pada tahun SK Temenggong, Padawan akan menjadi tuan rumah
Festival Nasyid Sekolah-sekolah Rendah Daerah Padawan.

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berhasrat untuk memohon sumbangan daripada
Tabung Baitulmal Sarawak bagi menampung kekurangan dalam perbelanjaan pengelolaan festival
tersebut. Semoga dengan sumbangan ini kami akan dapat melaksanakan festival berkenaan dengan
lancer dan sempurna..

4. Bersama-sama ini disertakan satu salinan kertas kerja Festival Nasyid Sekolah-sekolah
Rendah Daerah Padawan tahun 2019 untuk perhatian dan tindakan pihak tuan jika permohonan ini
dipertimbangkan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila berhubung terus dengan Ustaz
Mohammad Faizer Bin Bahron di talian 019-8060667, selaku Penyelaras Tuan Rumah untuk Festival
Nasyid Sekolah-sekolah di SK Temenggong untuk perhatian serta tindakan pihak tuan.

5. Sokongan dari Pihak Tuan ke atas Festival Nasyid Sekolah-sekolah rendah ini amatlah di
harapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................
SUHAIMI BIN HAJI HEEP
GURU BESAR
SK Temenggong

You might also like