You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DARULAMAN HEIGHTS

06000 JITRA, KEDAH DARUL AMAN.

Tel : 04- 9172818 / 04-9173818


Fax : 04-9171251

Ruj Tuan :
Ruj Kami : SKDH KBA4065: 600-1/2/11 (2)
Tarikh : 06 SEPTEMBER 2018

Kepada

Encik Mohd Zakir Bin Majid


Pensyarah,
Institut Perguruan Guru Kampus Darul Aman
Bandar Darulaman, 06000, Jitra,
Kedah Darul Aman.
Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH MAJLIS MAAL HIJRAH 1440H

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam akan
menganjurkan Ceramah sempena Maal Hijrah bagi tahun 1440H. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah
ingin menjemput tuan sebagai penceramah bagi majlis tersebut. Butiran majlis adalah seperti berikut:.

Tarikh : 10 SEPTEMBER 2018


Hari : Isnin
Tempat : Surau SK. Darulaman Heights
Masa : 2.00 petang

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(RAMLEE BIN ABU BAKAR)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Darulaman Heights.
Jitra, Kedah Darul Aman.

s.k.
1.Fail Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (Unit Pendidikan Islam dan Moral)
2. Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu (Unit Pendidikan Islam dan Moral)
3. Fail Panitia Pendidikan Islam

You might also like