You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHANG

09500 KARANGAN Tel: 04-4041081


Fax: 04-4041081
KEDAH DARUL AMAN Email: smkmahang.kbb@gmail.com

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN

Ruj. : SMKM 60/ 002/ 53 (83)


kami
Tarikh : 27 Oktober 2016
YB Dato Yahaya Bin Hasan,
Mantan Ketua Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor Malaysia,
No. 218, Jalan Seroja,
09000 Kulim,
Kedah Darul Aman.

YB Dato,

PERMOHONAN TAJAAN PERALATAN PEJABAT DAN SUMBANGAN DANA KEWANGAN


BAGI SMK MAHANG

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan perbualan antara Tuan Pengetua dengan wakil YB Dato (En. Shah)
pada 25 Oktober 2016, sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami ingin memohon jasa baik
YB Dato agar dapat menyumbangkan peralatan pejabat seperti berikut untuk kegunaan pihak
sekolah.

a) Komputer Peribadi (Personal Computer) - 2 set


b) Mesin Pencetak Berwarna jenis Laserjet (Laserjet Printer) - 1 buah

3. Untuk makluman, set komputer peribadi tersebut amatlah diperlukan sebagai tambahan
kerana jumlah komputer peribadi di pejabat SMK Mahang adalah tidak mencukupi untuk
kegunaan harian. Selain itu, komputer peribadi sedia ada telah usang dan hampir rosak.

4. Seterusnya, pihak sekolah juga memerlukan sebuah mesin pencetak berwarna kerana
pihak sekolah masih tidak mempunyai mesin pencetak berwarna. Hal ini menjadi satu kekangan
kepada pihak sekolah apabila terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk mencetak
dokumen berwarna sebagai contoh lampiran gambar-gambar untuk laporan kerosakan
bangunan atau kad jemputan di premis luar.

5. Tambahan daripada itu, pihak sekolah juga berbesar hati sekiranya YB Dato dapat
memberikan sumbangan dana kewangan sebanyak RM10,000.00 untuk kegunaan
pembangunan prasarana sekolah dan perkembangan akademik pelajar. Sumbangan melalui cek
bolehlah disalurkan terus ke akaun berikut:
-2-
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHANG
09500 KARANGAN Tel: 04-4041081
Fax: 04-4041081
KEDAH DARUL AMAN Email: smkmahang.kbb@gmail.com
NAMA AKAUN : PER IBUBAPA SEK MEN MAHANG
1NO.
MALAYSIA:
AKAUN RAKYAT DIDAHULUKAN,
: 0020 PENCAPAIAN DI UTAMAKAN
3620 6670 (MAYBANK).

6. Untuk makluman, pihak sekolah akan mengadakan Sambutan Jubli Emas sempena 50
tahun penubuhan yang akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 05 hingga 06 November 2016


Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : SMK Mahang
Dirasmikan oleh : Yang Berhormat Dato Seri Mahdzir Bin Khalid,
Menteri Pendidikan Malaysia

7. Dikesempatan ini, dengan penuh sukacita, pihak sekolah ingin menjemput YB Dato
sebagai tetamu kehormat pada 06 November 2016 (Ahad) dan sebagai penyampai hadiah
untuk Karnival Sukan Rakyat pada 05 November 2016 (Sabtu).

8. Bersama-sama ini disertakan kad jemputan dan tentatif program bagi Majlis Sambutan
Jubli Emas SMK Mahang untuk makluman dan perhatian YB Dato.

9. Segala sumbangan yang dihulurkan dan kesudian YB Dato untuk hadir ke majlis kami
amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


KEDAH AMAN MAKMUR * BERSAMA MEMACU TRANSFORMASI

Saya yang menurut perintah,

................................................
(HAJAH RUSNI BINTI AHMAD)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Mahang
09500 Karangan
Kedah Darul Aman

You might also like