You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI KARANGAN

09410 PADANG SERAI, KEDAH DARUL AMAN.


Tel.Pej. & Fax : 04-4858590, Tel.Pengetua : 04-4858690

KEDAH GEMILANG

No.ruj.tuan :
No.ruj.kami :SMKSKR:30/002/11b
Jld.1(22)
Tarikh : 11 APRIL 2011

Y.B. DATUK IR. DR. WEE KA SIONG


TIMBALAN MENTERI PELAJARAN
Kementerian Pelajaran,
Aras 10, Blok E8, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.

Yang Berbahagia,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE KUALA LUMPUR DAN MELAKA

Semoga Y.B. Dato Seri sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dikurniakan
keberkatan dalam melaksanakan tugasan harian. Seterusnya saya ingin menarik
perhatian Y.B. Dato Seri kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan pelajar SMK Sungai Karangan akan mengadakan lawatan


sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Melaka seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru
pengiring pada ketetapan berikut :

Tarikh : 26, 27, 28 MEI 2011


Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu

3. Pihak sekolah akan mengadakan lawatan ke Petrosains pada hari Jummat, 27 Mei
2011 dan bertolak ke Melaka pada waktu petang untuk melawat ke Planetarium MITC
pada hari Sabtu.

4. Sehubungan dengan ini pihak sekolah ingin memohon kerjasama dan sumbangan
dari pihak tuan bagi membiayai perbelanjaan makanan dan tiket masuk bagi peserta
rombongan seramai 80 orang. Sumbangan boleh disalurkan kepada Ketua Rombongan
iaitu Cik Noor Diana Bt Yaacob nombor telefon 017-4898510 atau SMK SUNGAI
KARANGAN di nombor 04-4858590.

4. Segala perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan, pihak sekolah dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG

Saya yang menurut perintah,


______________________________
(HASHIM BIN ISMAIL )
Pengetua
SMK. Sungai Karangan.

You might also like