You are on page 1of 5

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK MENINGKATKAN PRASARANA SEKOLAH 1.

TAJUK Memohon sumbangan kewangan untuk pembelian perabot sekolah yang terdiri dari kerusi dan meja kantin untuk kantin sekolah serta perabot kerusi meja tetamu untuk pejabat sekolah. PENDAHULUAN Pejabat sekolah merupakan cermin bagi sesebuah sebuah sekolah. Kekemasan dan keadaan sesebuah sekolah itu tergambar oleh pelawat atau pengunjung luar menerusi keadaan pejabat sekolah yang menjadi pusat pentadbiran sesebuah sekolah. Oleh itu kekemasan dan keselesaan perlu bermula dari pejabat sekolah untuk mendapat gambaran yang baik bagi keseluruhan sekolah ini . Keadaan yang sentiasa kemas dan selesa ini perlulah digambarkan apatah lagi sekolah ini sentiasa menjadi tumpuan bagi pelawat sama ada pelawat dalam dan luar negara. Apatah lagi SK Kuala Tahan ini berada di kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan dari seluruh dunia. Sementara itu tidak lengkap kemudahan di pejabat sahaja jika kemudahan pelanggannya yang terdiri dari murid-murid sekolah tidak dititikberat. Kantin sekolah merupakan salah satu tempat yang menjadi tumpuan dan perhatian pihak sekolah demi kebaikan murid-murid sekolah ini. Kemudahan kerusi meja yang kurang dan tidak lengkap memberikan ketidakselesaan kepada murid-murid terutamanya untuk makan dan minum pada waktu rehat. Ditambah lagi ruang makan yang sedia ada yang sememangnya kecil dan terhad. Diharapkan penambahan kerusi meja di kantin ini sedikit sebanyak dapat menyediakan ruangan rehat yang selesa untuk murid-murid pada waktu rehat mereka. Penambaik-baikan suasana pejabat dan kantin ini sangat penting bagi sekolah ini selaras dengan misi sekolah bagi menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dan gemilang menjelang tahun 2015. Insya Allah. .

2.

3.

OBJEKTIF 1. Menambahkan keceriaan dan kelengkapan di pejabat sekolah dan kantin sekolah. . 2. Mengwujudkan suasana mesra pelanggan di kawasan pejabat sekolah. 3. Mengelakkan kesesakan untuk menjamu selera ketika murid-murid makan pada waktu rehat. 4. Menggantikan perabot yang telah usang yang sedia ada.

4. ANGGARAN KOS Bil 1 2 3 Perkara Meja makan murid untuk kantin sekolah Kerusi makan untuk kantin sekolah Set perabot ruang tamu untuk pejabat sekolah Harga seunit RM150 RM25 RM2500 Kuantiti 10 100 1 JUMLAH Jumlah RM 1500 RM 2400 RM 2500 RM 6400

5.

SUMBER KEWANGAN: 5.1 Memohon sumbangan daripada Yang Berhormat Dato Haji Wan Amizan bin Abdul Razak, ADUN Tahan, Jerantut, Pahang.

5.

PENUTUP Kami pihak sekolah amatlah berbesar hati jika pihak Yang Berhormat Dato dapat memberikan bantuan dan sumbangan seperti yang dinyatakan di atas bagi kemudahan dan kebaikan anak-anak di kawasan pemerintahan ADUN Tahan amnya dan Kampung Kuala Tahan khasnya. Dengan penyediaan kemudahan kemudahan dan prasarana yang baik ini secara tidak langsung dapat memberi gambaran yang lebih baik pada sekolah ini yang menjadi salah sebuah sekolah yang menjadi perhatian dunia luar yang terletak di dalam kawasan ADUN Tahan. Kami pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan dan keprihatian yang diberikan oleh Yang Berhormat Dato. Semoga sumbangan yang diberikan akan memberi manfaat kepada semua pihak dan berjaya mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh, (ROSEAFZAN BIN MOHD KHONAPIAH) Pembantu Tadbir SK KUALA TAHAN Tarikh : 21 Januari 2013

Disemak oleh, . (AZMAN BIN ABDULLAH HASYIM) Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK KUALA TAHAN Tarikh :21 Januari 2013 Disahkan oleh

(NORAZMUDDIN BIN SULAIMAN) Guru Besar SK KUALA TAHAN Tarikh:21 Januari 2013

PUSAT SUMBER SEKOLAH SK KUALA TAHAN 27000 JERANTUT, PAHANG. Tel: 09-2667618 Ruj. Tuan Ruj. Kami Tarikh Kepada : Encik Abdullah bin Manan Yang Dipertua PIBG SK Kuala Tahan, Jerantut, Pahang Melalui, Encik Zainol bin Shahbuddin Guru Besar SK Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.
Tuan, MEMOHON SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROJEK KECERIAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2012

: : : 20 Januari 2012

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman tuan, Pusat Sumber Sekolah SK KUALA TAHAN, Jerantut ,
Pahang adalah sebuah sekolah yang sentiasa menjadi tumpuan pelawat dari dalam dan luar negara.

3. Oleh kerana terdapat banyak kekurangan yang masih ada dalam PSS ini. Pihak
kami memerlukan sokong dari pihak PIBG dalam sama-sama membangunkan keadaan fizikal dan infrastruktur dalaman dan luaran PSS sekolah ini.

4. Sehubungan itu J/K Induk PSS brharap pihak PIBG bagi menampung sebahagiann
perbelanjaan untuk aktiviti keceriaan PSS.

5.

Bersama permohonan ini disertakan kertas kerja berkaitan untuk rujukan tuan. Sekian, kerjasama dan keprihatinan tuan kami ucapkan ribuan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas, ( DAYANG SAFTUYAH BINTI AWANG HIDUP )


Guru Perpustakaan dan Media SK KUALA TAHAN, JERANTUT, PAHANG sk: 1. Guru Besar Fail PSS

2.

You might also like